Anda di halaman 1dari 5

Alat permainan Minda

Naluri anak kecil memang sukakan mainan. Pantang ke kedai, mesti anak-anak akan minta untuk pergi
ke seksyen mainan. Bagi sesetengah mereka, dapat tengok saja pun jadilah.

Sebagai ibu bapa, sebenarnya kita boleh menjadikan mainan sebagai alat untuk mengasah kemahiran
anak-anak di samping meneroka bakat terpendam mereka. Permainan yang baik bukan sekadar
menyeronokkan, tetapi ia juga mampu memberi manfaat sepanjang hayat serta mengukir memori
indah.

Memilih mainan yang baik tak semestinya mahal dan baru. Ada juga permainan murah dan klasik yang
masih relevan serta tetap mempunyai nilai tertentu – melebihi daripada apa yang kita fikirkan.

10 MAINAN KLASIK YANG TERBAIK UNTUK ANAK ANDA, MENURUT KATA PAKAR

Beberapa jenis mainan klasik sebenarnya telah terbukti sebagai mainan yang baik kerana ia bertahan
sehingga ke hari ini. Walaupun kita sudah melangkah jauh dalam dunia moden, namun ia masih sangat
relevan. Antara mainan ini mungkin pernah kita lihat atau mainkan di zaman kecil kita dulu.

Salah seorang Pakar Pendidikan di The Goddard School Educational Advisory, Lee Scott berpendapat
bahawa mainan sebeginilah yang membuatkan anak-anak lebih kreatif, belajar menggunakan kemahiran
sambil bermain, dan paling penting – dapat turut berseronok. Permainan yang baik juga bukan sekadar
cantik dipamerkan sebagai perhiasan, malah tidak akan ‘terperam’ lama di dalam kotak mainan anak-
anak.

1. BLOK BINAAN

Blok binaan adalah sumber inovasi yang mampu mengembangkan kemahiran kejuruteraan dan
pemikiran kritikal. Tidak kiralah sama ada blok binaan kayu atau blok yang boleh dicantum-cantumkan
seperti Lego, kedua-duanya memberi ruang yang luas untuk si kecil berimaginasi.

2. BOARD GAMES

Board Games atau permainan papan seperti dam haji, ular tangga, Monopoly atau yang lebih moden
seperti UNO adalah permainan yang sangat menghiburkan. Lagi ramai yang main, lagi meriah dibuatnya.

Apa yang mungkin kita tak perasan, permainan ini sebenarnya menggalakkan anak-anak belajar
menunggu giliran, mengira, dan memperkayakan kosa kata. Permainan seperti ini juga membantu anak
belajar berkomunikasi serta berunding dengan baik dalam kumpulan. Biasalah, kalau main macam ni
mesti ada drama!

3. PUZZLE

Bagi ibu bapa yang inginkan sedikit quiet time, permainan seperti puzzle adalah pilihan yang terbaik. Di
samping mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah, puzzle juga boleh membina konsentrasi
serta membantu pembentukan self-regulation.
Seeloknya mainkan puzzle yang ‘sebenar’ dan bukannya yang maya di dalam tablet atau Ipad. Ini kerana,
kemahiran motor halus anak-anak juga boleh dipertingkatkan.

4. BOLA

Kita semua tahu betapa kanak-kanak zaman sekarang perlu lebih banyak bergerak dan menghirup udara
luar. Jadi, jangan bosan membelikan anak bola. Ada banyak jenis dan saiz bola yang boleh dibeli dan
dimainkan bersama.

Anak kecil boleh berlatih menendang, melempar, melantunkan bola, dan menangkapnya. Semua ini
sangat baik untuk perkembangan fizikal mereka.

5. TALI SKIPPING

Sama seperti bola, tali skipping juga akan memberi banyak manfaat kepada kesihatan serta
perkembangan fizikal anak-anak. Selain itu, mereka juga dapat belajar mengimbangkan badan dan
meningkatkan lagi kemahiran motor kasar.

Kalau dulu-dulu kita main lompat getah saja. Memang seronok dan lebih mencabar sebab ada banyak
level nak kena lepas. Siap ada lagu atau sebutan juga yang perlu kita sebut masa nak lompat tu, kan?

6. TANAH LIAT / PLASTISIN

Nama moden bagi mainan ini yang lebih dikenali oleh anak-anak adalah play dough. Sambil mencipta
bentuk-bentuk menarik dan mengkombinasikan warna tanah liat, mereka akan mempelajari begitu
banyak perkara sama ada secara logik mahupun artistik.

Tahukah anda, dengan memicit-micit play dough juga anak-anak boleh menghilangkan stres dan belajar
mengekspresikan diri mereka dengan lebih positif. Tak hairanlah, ada yang menjadikan play dough ini
sebagai bahan terapi minda.

Apa yang menarik, anda boleh buat sendiri play dough ini dengan hanya menggunakan bahan-bahan
biasa di rumah.

TIPS MEMILIH PERMAINAN UTK ANAK2 MENGIKUT USIA.

Mainan adalah pelaburan untuk perkembangan minda anak-anak,” kata Marianne Szymanski, Presiden
Toy Tips Inc. menerusi laman web Parents. Oleh kerana perkembangan kanak2 adalah secara
berperingkat, sebab itulah perlunya membeli mainan bayi mengikut usia yang sesuai dengan
kemampuannya. Bila alat mainan sesuai dengan usia anak, barulah ia boleh bantu merangsang
perkembangan minda si kecil.

==========

0 - 12 BULAN
==========

Permainan yang sesuai ialah berbentuk rangsangan sensori. Contohnya yang berwarna terang dan
berbunyi. Saiz haruslah besar kerana bayi pada peringkat ini mempunyai 'sensory seeking' di bahagian
oral motor (sekitar mulut). Sebab itulah selalu nak masukkan segalanya dalam mulut.Saiz yang
dicadangkan ialah palmar size, sebesar tapak tangan bayi untuk digenggam. Tidak terlalu besar dan tidak
terlalu kecil. Peringkat ini, kita nak ajar dia lihat, dengar, capai, sentuh, genggam dan seterusnya tekan.

Contoh mainan yang sesuai :

- Teether (boleh digigit untuk 'sensory seeking' sekitar oral motor) - Rattle

- Mainan tekan-tekan (cause and effect toys) - piano atau lampu

- Mainan berlampu untuk rangsangan visual

- Mainan yang mengeluarkan bunyi untuk rangsangan auditori

- Soft/fabric book & soft toys

- Permainan beroda untuk rangsangan kemahiran berjalan

============

12 - 24 BULAN

============

Kebanyakan bayi pada usia ini sudah pantas bergerak, tidak kiralah sama ada mengengsot, merangkak,
atau bertatih. Oleh yang demikian, mereka lebih tertarik kepada sesuatu yang bersifat interaktif. Pada
usia ini juga, bayi sudah mula memahami konsep penyelesaian masalah dan mereka punyai sifat ingin
tahu yang sangat tinggi.

Contoh mainan yang sesuai :

- Telefon mainan

- Blok mainan kayu

- Shape sorter

- Buku kulit keras jenis interaktif (boleh ditarik, pelbagai tekstur).

===============

24 BULAN KEATAS
===============

Pada usia ini, anak kecil sudah pandai bercakap, mereka akan mula mempelajari lebih banyak perkara
dan imej yang sentiasa dilihat berulangkali. Oleh itu, kini mereka mampu mengkategorikan objek
mengikut saiz, warna, atau bentuk. Memori mereka juga sedang terbentuk dengan aktif.

Banyakkan permainan berbentuk fizikal sebagai rangsangan kemahiran motor. Alatan permainan yang
dibeli boleh merangkumi kemahiran motor kasar, motor halus, kognitif dan visual persepsi, sosial dan
pengalaman sensori. Seperkara lagi, anak kecil pada usia ini sangat bertenaga dan tidak mengenal erti
penat! Seeloknya, pilih mainan yang dapat ‘menyedut’ dan menghabiskan tenaga mereka secara fizikal
dan mental.

Kemahiran motor kasar :

- Bola (baling, sambut, sepak)

- Mainan panjang memanjat

- Balance board

Kemahiran motor halus :

- Blok. Susun menegak dan meniru bentuk.

- Penyepit (sebarang jenis penyepit untuk finger manipulation)

- Manik dan tali

- Pensel atau crayon. Main lukis bentuk.

- Fishing game

- Pegboard / Puzzle

- Lacing

Kognitif :

- Matching game. Padankan objek yang sama atau warna yang sama.

- Lego atau apa sahaja constructive toys.

- Matching Puzzle

- Right brain game. Permainan yang melibatkan kemahiran persepsi visual, meniru dan menyusun
gambar, mengingat gambar/objek.

Sensori :
- Play dough

- Pasir

- Air atau buih sabun

- Mainan berbentuk pengalaman sentuhan objek

Sosial / Pretend play :

- Set masak-masak atau apa sahaja mainan yang boleh merangsang perlakuan sosial dan emosi

- Turn taking games! Permainan yang membolehkan mereka belajar untuk menunggu giliran.

Mainan yang saya nyatakan tidak semestinya wajib dibeli. Ibu bapa boleh guna kemahiran berfikir untuk
membeli mainan yang mempunyai konsep yang sama seperti yang dinyatakan.

Anda mungkin juga menyukai