Anda di halaman 1dari 15

MENGAPA PERLU BERMAIN?

MENGAPA PERLU BERMAIN? Ramai ibubapa sering mengajukan soalan, "Mengapa anak-anak di peringkat awal asyik bermain sahaja dan apabila diminta membaca buku mereka cuba menolak?" Di kalangan ibu bapa yang kurang memahami perkembangan dan sifat semulajadi kanak-kanak menganggap bermain hanya sia-sia dan membuang masa sahaja. Sebenarnya sifat naluri semula jadi kanakkanak suka bermain. Pada peringkat ini mereka suka meneroka, ingin tahu dan masih di alam fantasi. Dengan bermain pelbagai persoalan di dalam kepala mereka akan terjawab. Sebagai guru, ibu bapa ataupun siapa sahaja perlu tahu sifat kanak-kanak peringkat prasekolah. Antaranya adalah: Suka bertanya Suka meniru Suka mencuba Suka bermain Suka pada ulangan Suka memerhati Suka berimaginasi Suka menunjuk-nunjuk Suka meneroka Apa maksud bermain? Bermain adalah proses semula jadi dan spontan. la adalah kerja kanak-kanak yang dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran. Bermain membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain adalah suatu keperluan. Melalui bermain kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan isi dikenali sebagai pembelajaran tidak formal.

Apa Pendapat Tokoh Perkembangan Kanak-kanak? Beberapa tokoh pendidikan memberi pandangannya berkaitan bermain antaranya adalah: Froebel Froebel (1782-1852) mewujudkan program kindergarten 1 di Jerman untuk kanakkanak 4 hingga 5 tahun berkonsepkan 'bermain sambil belajar'. Beliau percaya proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu aktiviti yang menggembirakan. Bermain adalah salah satu aktiviti yang menggembirakan. Dengan bermain kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran. John Dewey John Dewey (1852-1859) menggalakkan proses pembelajaran melalui prinsip belajar melalui bermain. Aspek keseronokan adalah hak setiap kanak-kanak. Piaget Piaget pula menyatakan bermain memberi kesan ke atas perkembangan kognitif. la terbukti mempunyai perkaitan dengan proses pembinaan pengetahuan melalui interaksi dan persekitarannya. Soderman Soderman (1984) menyatakan, kanak-kanak empat hingga lima tahun mempunyai keperluan

asas untuk bermain. Masanya sama ada daripada segi kualiti ataupun kuantiti dihabiskan untuk bermain. Apa Kanak-kanak Dapat Melalui Bermain? Amir adalah seorang kanak-kanak yang cergas dan aktif. bia suka meneroka. Suatu hari dia asyik bermain di bilik air, apabila ditinjau rupanya dia sedang bermain dengan syampu yang menghasilkan buih yang begitu banyak. Bukan main seronoknya lagi. Adakah aktiviti yang dapat dilakukan oleh Amir adalah aktiviti yang tidak berfaedah dan membazirkan syampu, air dan masa? Itu adalah pandangan daripada perspektif negatif. Sebaliknya, daripada perspektif pendidikan dan psikologi terdapat faedah dan kebaikan yang tersirat dalam permainan itu. Amir sebenarnya sedang mempelajari konsep udara daripada bermain buih tadi. Amir mendapat keseronokan di samping dapat menggunakan deria melihat melalui pemerhatian perubahan syampu daripada cecair pekat kepada buih. Daripada aspek deria sentuh pula dia dapat merasa syampu yang licin. Daripada permainan yang tidak kita sedari ini Amir belajar pelbagai aspek pembelajaran sains yang kemungkinan tidak dapat diperoleh daripada pembelajaran formal semasa kecil. Sering juga pihak-pihak tertentu bertanya apakah konsep belajar sambil bermain benar-benar memberi faedah kepada kanak-kanak. Tentunya kita semua sedia maklum bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia sedang memperhebatkan gerakan menyelaraskan Kurikulum Prasekolah dengan menerbitkan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003 dengan tujuan supaya kurikulum dan pendekatan mengajar dapat diselaraskan dengan menggunakan konsep yang ditetapkan dalam Prasekolah Kebangsaan. Salah satunya adalah 'belajar melalui bermain. Kenapa belajar melalui bermain? "Belajar melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Pendekatan belajar melalui bermain diberi penekanan khusus dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana bermain adalah fitrah kanak-kanak. Melalui bermain mereka gembira dan senang hati membuat penerokaan, penemuan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi." (Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003.) Tentu ada sebab yang konkrit di sebalik pendekatan pengajaran kurikulum itu. Antaranya adalah sistem pendidikan prasekolah menekankan pembelajaran yang menggembirakan. Dengan itu dapat kita katakan permainan membantu kanak-kanak dalam aspek berikut: 1. Membantu kanak-kanak memahami aktiviti di sekitar mereka. Kanak-kanak belajar melalui penglibatan secara terus dan pengalaman langsung. 2. Membantu pembentukan personaliti melalui kerjasama, berkongsi, mengikut peraturan, inisiatif dan kesedaran tentang kebersihan dan urutan. 3. Meningkatkan keyakinan diri. 4. Meningkatkan kebolehan fizikal daripada aspek motor halus dan motor kasar. 5. Memberi peluang mengenal persekitaran fizikal, seperti saiz, bentuk, warna, berat, tekstur dan jenis. 6. Sebagai salah satu cara kanak-kanak meluahkan perasaan gembira, marah dan geram. 7. Mengembangkan kebolehan kreatif semasa menyelesaikan masalah dalam bermain. 8. Sebagai latihan menyelesaikan masalah dengan mencuba berbagai-bagai-bagi penyelesaian. 9. Sebagai satu kaedah berkomunikasi dan berinteraksi. 10. Meningkatkan perkembangan bahasa dan perbendaharaan kata kanak-kanak.

Kesimpulannya, dengan bermain kanak-kanak dapat: Menggunakan lima deria Bergerak

Berfikir Berkomunikasi Eksperimen atau uji kaji Membuat andaian dan keputusan Meluahkan perasaan marah, geram dan gembira Berinteraksi dengan persekitaran Kematangan bersosial Urutan Perkembangan Bermain Tingkah laku bermain terbahagi kepada enam kategori: 1. Kosong 2. Solitari 3. Pemerhati 4. Sejajar 5. Perkongsian 6. Bersama atau cooperative Apabila kanak-kanak mula bermain, mereka bermain sendirian dan terlibat dalam permainan solitari. Sebagai pemerhati kanak-kanak melihat orang lain bermain. Dalam kedudukan bermain sejajar, kanak-kanak bermain bersebelahan dengan kanak-kanak lain dan biasanya gembira bersama kanak-kanak itu. Walau bagaimanapun dia lebih berminat dengan aktivitinya sendiri. Bermain secara berkongsi adalah apabila kanak-kanak bertambah minat dalam bermain dengan kanak-kanak lain, di mana dua atau tiga orang main bersama dalam kumpulan tetapi kumpulan dan aktiviti yang dilakukan sentiasa berubah. Permainan bersama pula berlaku apabila saiz kumpulan itu bertambah besar iaitu antara dua hingga lima orang, biasanya berlaku pada kanak-kanak antara umur lima hingga lapan tahun. Menurut Bee (1985) pola permainan kanak-kanak berubah dengan jelas daripada usia satu hingga tujuh tahun. Beliau menyatakan terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis pola ataupun peringkat permainan kanak-kanak, antaranya: Main pura-pura atau olok-olok Kanak-kanak mula menggunakan objek untuk mewakili sesuatu yang lain. Tanda yang pertama dapat dilihat apabila kanak-kanak menggunakan sudu mainan untuk menyuap dirinya ataupun sikat mainan untuk menyikat rambutnya. Alat mainan itu digunakan seperti untuk kegunaan sebenar dan aksinya masih ditujukan kepada diri sendiri, dan sifat kepura-puraan jelas kelihatan. Mainan pura-pura atau olok-olok gantian Dalam lingkungan umur tiga tahun, kanak-kanak membuat perubahan besar dalam cara bermain dan menghuraikan objek untuk mewakili sesuatu yang benar-benar berlainan. Mereka mungkin menyikat rambut anak patung dengan botol susu dengan mengatakan botol itu adalah sikat ataupun menggunakan penyapu sebagai kuda ataupun membuat trak menggunakan blok. Bentuk permainan yang awal menggunakan alat mainan untuk tujuan sebenar masih wujud. Tetapi di kalangan kanak-kanak sebanyak 20% cara mainan olok-oloknya adalah baru dan lebih rumit.

Penghuraian objek Kanak-kanak masih menggunakan objek untuk kegunaan cara praktikal, tetapi cara mereka

berpura-pura lebih rumit. Contohnya menyuap anak patung menggunakan sudu mainannya, menyikat rambutnya, dan memakai dan menanggalkan baju. Kanak-kanak dalam lingkungan umur 18 hingga 24 bulan banyak menunjukkan cara permainan ini. Main sosiodrama Pada umur empat hingga lima tahun kanak-kanak mula bermain peranan. Mereka bermain 'mak-mak',mak-ayah' ataupun 'main doktor'. Kadang-kadang cerita yang dilakonkan begitu luas dan kanak-kanak biasanya seronok me-lakukannya. Dengan bermain peranan kanak-kanak lebih menyedari bagaimana perkara atau objek dilihat ataupun dirasainya oleh orang lain. Ini menunjukkan sifat tumpuan diri atau egosentrik semakin berkurang. Menyedari peranan Kanak-kanak enam tahun bukan sahaja mencipta 'drama', tetapi juga menerang dan melabel peranan yang dimainkan, contohnya permainan doktor dan pesakit. Biasanya, mereka merancang permainan ini lebih awal dan menetapkan siapa yang akan memainkan peranan tertentu. Situasi demikian menggambarkan perkembangan kognitif yang semakin meningkat dan biasanya kelihatan pada umur enam tahun ataupun lebih.

Main berperaturan Pada peringkat sekolah rendah, main pura-pura mula hilang dan diganti dengan permainan yang lebih kompleks dengan peraturan yang spesifik seperti main gulf dan main getah. Pola permainan sebelum ini banyak melibatkan peraturan yang spontan, tetapi semasa di sekolah rendah, kanak-kanak bermain permainan yang mempunyai peraturan yang sudah dipersetujui dan ditetapkan.

Kriteria Memilih Alat Dalam menyediakan alat kelengkapan, kriteria pemilihan seperti berikut perlu digunakan: 1. Untuk umur berapakah alat mainan itu sesuai? 2. Adakah material pembuatannya sesuai? 3. Adakah saiznya sesuai? 4. Adakah bentuknya sesuai untuk digunakan? 5. Adakah warnanya menarik 6. Adakah permukaan mudah dicuci? 7. Adakah permukaan tahan lama? 8. Adakah alatan itu cukup kuat? 9. Adakah bentuk sudutnya licin, bulat dan tidak tajam? 10. Adakah cat yang digunakan selamat? 11. Adakah alatan itu mudah terbakar? 12. Adakah alatan itu lasak? 13. Bolehkah alatan itu digunakan untuk lebih daripada satu cara?dan lebih daripada seorang kanak-kanak? 14. Adakah alatan itu merangsang perasaan ingin tahu, minat, manipulasi, inisiatif, daya usaha, penyelesaian masalah, imaginasi, dan daya kreatif kanak-kanak? 15. Adakah ia dapat membantu perkembangan koordinasi motor, kebebasan bergerak, kemahiran?

16. Adakah ia dapat membantu membina teknik dalam menulis, membaca dan mengira? 17. Adakah ia menggalakkan kebebasan penerokaan. Adakah ia menggalakkan aktiviti kumpulan, perhubungan sosial ataupun perhubungan interpersonal? Keperluan Ruang Permainan dan Peralatannya Aktiviti luar kelas memberi banyak peluang untuk kanak-kanak menjalankan aktiviti fizikal, penerokaan, penemuan dan pembelajaran. Kanak-kanak memerlukan kawasan luar kelas yang mudah dimasuki, cukup luas, menarik dan. selamat. Menurut National Association for the Education of Young Children atau NAEYC, luas kawasan permainan luar yang minimum bagi seorang kanak-kanak adalah 75 hingga 100 kaki persegi. Sekiranya luas kawasan luar terhad, aktiviti mainan luar perlu dijadualkan secara bergilir-gilir bagi memberi peluang kepada semua kanak-kanak bermain. Kawasan permainan luar perlu ada ruang seperti berikut: 1. Kawasan teduh dan panas yang seimbang 2. Kawasan yang bersimen supaya alat mainan dapat dinaiki, ditolak ditarik dan dibina. 3. Kawasan terbuka dan tertutup yang seimbang. 4. Kawasan yang berumput untuk berlari, melompat dan sebagainya. 5. Kawasan untuk binatang kesayangan, tanaman dan aktiviti menggali. 6. Kawasan untuk aktiviti bermain pasir dan manipulatif. 7. Kawasan untuk bermain air. Di samping itu alatan permainan luar yang lain seperti buaian, papan lungsur, monkey-bar, terowong, pondok, papan pengimbang, kuda kayu, tangga, bola, tali, alatan menanam, meja air dan sebagainya boleh juga diadakan.

Ruang dalam Bangunan Untuk aktiviti dalam kelas, ruang yang perlu disediakan bagi seorang kanak-kanak adalah di antara 35 hingga 60 kaki persegi. Ruang yang disediakan dalam kelas perlu cukup bagi menempatkan berbagai-bagai jenis alatan. la juga penting supaya aktiviti dapat dijalankan dengan baik dan membolehkan kanak-kanak bebas bergerak. Oleh itu guru perlu menyusun alat kelengkapan dalam kelas dengan bijak supaya ruang benar-benar digunakan dengan baik. Antara alatan yang perlu disediakan di dalam kelas seperti alatan memanjat yang mudah, blok, alat pasang suai, alatan mainan drama. Meja dan alat pertukangan, alat memasak, manipulasi, 'easel' dan sebagainya. Alatan yang disediakan biasanya disesuaikan dengan sudut-sudut pembelajaran yang dirancang oleh guru.

Penyeliaan Guru dan pembantu di Taska atau Tadika perlu sentiasa mengawasi dan menyelia kanak-kanak semasa aktiviti di dalam dan di luar kelas. Demi keselamatan, kanakkanak tidak boleh dibiarkan sendirian tanpa diawasi. Mereka perlu dibimbing dalam aktiviti-aktiviti yang mereka jalankan. Bagi membantu mereka menjalankan aktiviti, guru ataupun pembantu boleh mengambil peranan kecil untuk beberapa ketika sahaja dalam aktiviti mainan kanak-kanak. Dalam melakukan demikian guru ataupun pembantu boleh me-negaskan konsep atau idea baru yang ditemui, di samping itu ia juga dapat menambah keseronokan kanak-kanak dalam aktiviti yang

mereka jalankan. Hindarkan atau ketepikan objek yang dapat menyebabkan kanak-kanak terjatuh. Dari semasa ke semasa ingatkan kanak-kanak peraturan yang ditetapkan, contohnya: 1. Kita berjalan di dalam kelas, dan tidak berlari. 2. Kita menunggu giliran untuk mendapatkan sesuatu alat permainan, dan tidak merampasnya daripada kawan ataupun berebut mainan. 3. Kita menggunakan alatan untuk bermain, dan bukan memukul kawan. 4. Kita menggunakan kedua-dua tangan kita untuk memanjat dan meninggalkan alatan mainan seperti anak patung, blok di atas tanah apabila memanjat. 5. Kita melungsur di atas papan lungsur dan bukan memanjat di atas papan gelungsur. Peraturan Permainan Semasa permainan bebas: 1. Dua orang kanak-kanak sahaja boleh naik gelongsor dalam satu masa. Naik ikut tangga dan kanak-kanak tidak dibenarkan untuk naik melalui depan gelongsor. 2. Semasa bermain buaian, buaian tidak perlu diayun oleh orang lain, kerana berbahaya. Jangan sekali-kali berada di belakang buaian semasa rakan lain sedang bermain buaian. 3. Enam kanak-kanak sahaja dibenarkan bermain buaian pusing, kanak-kanak lain hendaklah berdiri dua meter daripada tempat buaian. 4. Jangan sesekali memasukkan mainan yang kecil seperti lego ataupun manik ke dalam mulut, hidung ataupun telinga. 5. Pasir hanya dimainkan di dalam bekas pasir. Jangan mengeluarkan pasir dari bekasnya. Tidak dibenarkan membaling pasir kepada kawan. 6. Contohnya, ada kanak-kanak membaling pasir pada rakannya semasa bermain pasir. Sedangkan peraturan-peraturan bermain luar termasuk bermain pasir sudah diberitahu semasa peringkat awal persekolahan iaitu tidak dibenarkan sekali-kali membawa keluar pasir daripada bekas pasir, membalingnya keluar ataupun membaling ke arah kawan, kerana ia dapat menyebabkan pasir masuk ke dalam mata serta rambut dan pakaian kotor

Pendekatan Belajar Melalui Bermain Persepsi guru tentang faedah belajar melalui bermain. Pendidikan tadika adalah

peringkat pendidikan yang paling awal bagi kanak-kanak, selepas pendidikan yang diperolehi daripada keluarga. Oleh sebab itu, guru tadika haruslah memikirkan strategi-strategi yang boleh menyeronokkan kanak-kanak. Dalam usaha mengajar kanak-kanak itu, guru tidak harus memikirkan pencapaian akademik semata-mata tanpa memikirkan aspek perkembangan yang lain. Kanak-kanak tidak harus dibebankan dengan aktiviti-aktiviti kelas yang terlalu berat dan rigid kerana ia boleh menghilangkan minat mereka untuk belajar. Salah satu strategi pengajaran yang difikirkan sesuai bagi peringkat kanak-kanak prasekolah ialah belajar melalui bermain .Sehubungan dengan itu tugas-tugas menyampaikan aktiviti ini memerlukan kepakaran. Aktiviti yang dijalankan perlulah mempunyai perancangan yang perlu disediakan. Ini sesuai dengan pendapat Mc Cutcheon (1990) bahawa persediaan yang telah dirancang perlu dilaksanakan oleh guru dengan sempurna dan teratur. Berhubungkait dengan kajian ini, didapati tujuh daripada 10 orang guru faham kepentingan belajar melalui bermain dan 3 orang sangat faham. Ini menunjukkan mereka berkemahiran dalam tugasan mereka, tetapi bila dapatan kajian melalui pemerhatian yang dibuat di kelas tadika yang menjadi subjek kajian, dapatan aplikasinya kaedah tersebut tidak dijalankan kerana beberapa sebab dan alasan dan di antaranya ialah murid terlalu ramai dan tidak cukup ruang untuk menjalankan sesuatu aktiviti misalnya 45 orang kanak-kanak dan tiada pembantu untuk membantu guru melaksanakan aktiviti beljara melalui bermain yang memerlukan pembantu membantu guru. Teknik-teknik atau amalan yang digunakan oleh guru-guru tadika dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan tentang teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran telah dapat menyaksikan guru-guru masih kurang menjalankan kaedah belajar sambil bermain, sedangkan belajar sambil bermain berperanan menyuburkan lagi perkembangan kanak-kanak (Robinson, 1977). Ini jelas dapat diperlihatkan dalam perkembangan motor di mana dengan adanya keseimbangan dan pergerakan badan dalam satu-satu aktiviti akan membolehkan kanakkanak itu melahirkan perasaan mereka dengan cara yang paling optima.

Seperti yang telah diperjelaskan guru perlulah peka dengan minat, keperluan dan memahami perkembangan kanak-kanak bagi mempermudahkan untuk merancang sesuatu aktiviti contohnya aktiviti belajar melalui bermain. Ada di antara guru yang baru menyatakan sukar bagi mereka untuk memikirkan tentang kaedahkaedah bagaimana hendak menjalankan aktiviti kanak-kanak di samping bagaimana untuk memperkembangakan seluruh potensi mereka. Dapatan kajian juga menyokong fakta di atas di mana mereka memahami minat kanak-kanak, keperluan kanak-kanak dan mempelajari dan mengetahui perkembangan mereka, tetapi di peringkat aplikasi sukar untuk dilaksanakan kerana faktor-faktor kebolehan guru itu sendiri menguasai pengetahuan, teori pengajaran dan pembelajaran dan aplikasikannya di samping sikap ibu bapa yang

telah hilang kepercayaan akibat aktiviti belajar melalui bermain yang bagi mereka hanya membuang masa sahaja. Pendidikan prasekolah memberi penekanan kepada belajar melalui bermain dalam proses pengajaran dan pembelajran. Pendekatan meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan halus, kemahiran inovatif, kritis dan kreatif serta membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan. Pendekatan menekankan ciri-ciri berikut: Aktiviti yang menggembirakan Penerokaan dan interaksi dengan persekitaran Permainan bebas dan terancang Kelonggaan masa Percubaan idea sendiri Peluang untuk memberikan tumpuan dan perhatian

Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa. Menurut Caplan dan Caplan 1973, main sebagai penentu penting bagi perkembagan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid. Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Sebagai contoh, aktiviti fizikal yng dilakukan di dalam kelas. Melalui permaian yang melibatkan perlumbaan misalnya. Selain itu bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan. Almy (1984, Fagen) menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambilkira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka, bebas dari segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanak-kanak melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh Almy bersesuaian dengan pandangan Rubin, Fein, dan Vendenberg (1983). Dalam membincangkan ciri-ciri main mereka menyebut; Pertama, main adalah motivasi dalaman. Lenyap dengan sendiri, berlaku hanya

untuk kepuasan semasa melakukannya. Kedua, ciri-ciri yang berkaitan dengan main mestilah ada kebebasan memilih oleh peserta . ( Fergus 1995,2). Mengikut Vygotsky (1967) Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Perkembangan Fizikal dapat dikuasai melalui aktiviti fizikal di dalam dan di luar bilik darjah dengan menggunakan pelbagai alat permainan yang disediakan dan aktiviti pergerakan lokomotor kreatif. Komponen Perkembangan Fizikal membolehkan murid: i. Menguasai kemahiran motor halus untuk membantu aktiviti dalam pembelajaran ii. Membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal iii. Mengamalkan cara hidup yang sihat dan selamat iv. Membina minda yang sihat dan cerdas Oleh itu, pendekatan belajar sambil bermain amat sesuai dilakukan dalam aktiviti fizikal. Hal ini kerana ia dapat merangsang minat kanak-kanak dalam melakukan aktiviti fizikal.

Bermain Anak Tinjauan Perkembangan Kemampuan Sosial


April 16, 2008 oleh missunita

Buat kita orang dewasa bermain adalah lawan kata dari bekerja. Beberapa dari kita mungkin sering mencuri waktu di padatnya jadwal kerja dengan main computer game. Atau susah payah menyisipkan kegiatan bermain tenis di padatnya jadwal kerja. Tapi tentu ini berbeda dengan anak-anak. Bagi anak-anak bermain adalah pekerjaannya. Di tahap perkembangan nantinya mereka tidak akan pernah sesibuk itu bermain. Bagi orang dewasa, bermain memang benar-benar berlawanan dengan aktivitas bekerja. Bekerja identik dengan aktivitas yang merupakan keharusan. Memang banyak orang yang menyukai pekerjaannya (beruntunglah mereka..:P), namun lebih banyak lagi yang mengeluhkan rutinitas kerja. Bermain identik dengan kegiatan yang menyenangkan, mengendorkan urat syaraf, menghadirkan antusiasme, serta rekreatif. Tentu saja, aktivitas bermain anak-anak memiliki karakteristik yang khas (walaupun tidak sepeuhnya berbeda dengan bermain orang dewasa). Di bidang psikologi, para ahlinya memberikan perhatian khusus pada kegiatan bermain anak. Bukan saja karena anak-anak identik dengan masa bermain. Di sisi lain, bermain memiliki banyak peranan bagi perkembangan anakanak. Dalam perkembangannya, bermain juga dimanfaatkan oleh para terapis untuk memberikan terapi atau penanganan bagi anak-anak dengan gangguan

atau masalah khusus. Biasanya terapi itu lebih dikenal dengan sebutan play therapy. Bahkan di Indonesia juga memiliki psikolog yang ahli di bidang terapi bermain yaitu Mayke Tedjasaputra psikolog dari Universitas Indonesia. Sebagai salah satu aktivitas vital dalam tahapan perkembangan anak-anak, aktivitas bermain dapat dijadikan sebagai tolak ukur perkembangan anak, baik secara kognitif maupun sosialemosional-nya. Kali ini secara khusus saya akan membahas perkembangan perilaku bermain anak berdasarkan perkembangan kemampuan sosialnya. Adapun ahli yang mempopulerkan teori perilaku bermain sosial adalah Mildred Parten. Jenis bermain menurut Parten atau yang lebih dikenal sebagai Partens Classic Study of Play adalah : 1. Unoccupied play dimana anak terlihat tidak bermain seperti yang umumnya dipahami sebagai kegiatan bermain. Anak mungkin hanya berdiri di suatu sudut, melihat ke sekeliling ruangan, atau melakukan beberapa gerakan tanpa tujuan tertentu. Jenis bermain semacam ini hanya dilakukan oleh bayi. Jenis bermain ini belum menunjukkan minat anak pada aktivitas atau objek lainnya. Biasanya hanya dilakukan oleh bayi. 2. Solitary play dimana anak bermain sendiri dan tidak berhubungan dengan permainan teman-temannya. Anak-anak sepertinya asyik dengan aktivitasnya sendiri dan tidak tertarik tentang hal lain yang terjadi. Pada aktivitas ini anak menikmati aktivitasnya. Tentu saja, bermain di sini tidak selalu seperti aktivitas bermain yang dipahami oleh orang dewasa. Dimana anak merasa antusias dan senang melakukan aktivitas itu, itulah permainan anak. Mungkin anak hanya sekedar mengetuk-ngetukkan sendok ke piring, atau menggoyang-goyangkan tangannya. Pada tipe bermain ini, anak belum menunjukkan antusiasmenya kepada lingkungan sekitar, khususnya orang lain. Anak-anak usia bayi sampai 2 tahun sering melakukan permainan semacam ini dan cenderung menurun di masa-masa selanjutnya. 3. Onlooker play dimana anak melihat atau memperhatikan anak lain yang sedang bermain. Anak-anak mungkin berbicara atau bertanya kepada temannya yang bermain namun tidak terlibat terhadap dalam orang permainan. lain. Di Anak-anak anak mulai mulai memperhatikan ketertarikan sinilah

mengembangkan kemampuannya untuk memahami bahwa dirinya merupakan

bagian dari lingkungan. Anak sudah mulai tertarik dengan aktivits lain namun belum memutuskan untuk bergabung. Dalam tahapan ini, biasanya anak cenderung mempertimbangkan apakah Ia akan bergabung atau tidak. 4. Parrarel play dimana anak bermain terpisah dengan teman-temannya namun menggunakan mainan yang sama dengan temannya atau melakukan perilaku yang sama dengan temannya. Pada permainan ini, anak sudah berada dalam suatu kelompok, biasanya melakukan aktivitas yang serupa, bahkan mulai berbagi properti. Memang masing-masing anak masih bekerja sendiri sehingga belum ada satu tujuan yang ingin dicapai bersama. Tipe-tipe bermain seperti ini biasanya mulai dimainkan anak-anak di masa awal sekolah. Biasanya mereka mulai tertarik satu sama lain, namun belum merasa nyaman untuk bermain bersama. 5. Associative play dimana anak terlibat dalam interaksi sosial dengan sedikit atau tanpa pengaturan. Dalam tipe permainan ini anak sudah mulai melakukan interaksi yang intens dan bekerja sama. Sudah ada kesamaan tujuan yang ingin dicapai bersama namun biasanya belum ada pengaturan. Permainan ini akan mewarnai sebagian besar masa anak-anak prasekolah. Misalnya melakukan anak melakukan permainan kejar-kejaran, namun seringkali tidak tampak jelas siapa yang mengejar siapa. 6. Cooperative play meliputi interaksi sosial dalam kelompok dimana dapat ditemui identitas kelompok dan aktivitas yang teratur. Permainan ini banyak dimainkan oleh anak-anak pada masa sekolah dasar, namun dalam bentuk sederhana sudah dapat dimainkan oleh anak-anak taman kanak-kanak. Tipe permainan ini yang mendorong timbulnya kompetisi dan kerjasama anak. Tipe permainan ini juga mendominasi jenis-jenis permainan yang dilakukan oleh orang dewasa. Gagasan Parten mengenai perilaku bermain sosial ini seringkali dijadikan tolak ukur dalam menilai kemampuan sosial anak. Nah, anda sendiri bisa menilai perilaku bermain apa yang biasanya dilakukan anak anda. Jika anak anda sudah berusia 5 tahun, namun cenderung lebih sering melakukan solitary play, tentu anda bisa was-was. Untuk baiknya bila memang sampai usia tertentu, perilaku bermain sosialnya tidak berkembang, anda dapat melakukan konsultasi kepada psikolog anak. Gagasan Parten ini juga dapat digunakan untuk membantu anda untuk menstimulus perkembangan kemampuan sosial anak. Misalnya anak anda sudah sangat tertarik dengan aktivitas-aktivitas bermain asosiatif, maka tidak

salah kalau anda mulai kenalkan dengan permainan-permainan kooperatif yang sesuai dengan kemampuan lainnya. Seperti yang saya sampaikan sebelumnya, aktivitas bermain ini juga dapat ditilik dari sudut pandang perkembangan kognitifnya. Hmmmsepertinya saya juga perlu membuat postingan khusus untuk itu. InsyaAllah secepatnyaSemoga bermanfaat

JENIS DAN CIRI-CIRI MAIN


Kanak-kanak belajar melalui proses main. Hal ini mengundang ramai pendidik awal kanakkanak mengkaji dengan lebih mendalam tentang sesuatu permainan dan hasil kajian mereka kita dapati bahawa permainan dapat dibahagikan kepada beberapa kategori seperti, main sosial, main dengan objek atau disebut main kognitif, main sosiodramatik, main bebas dan main diluar bilik darjah.

1. Kategori Main Sosial mengikut Mildred Parten (1932)


Mildred Parten (1932) telah mengkategorikan main sosial kepada enam peringkat pembentukan sosial kanak-kanak melalui main. Kategori main sosial mengikut Parten adalah seperti berikut : Unoccupied Play Kanak-kanak bergerak di kelas dari satu tempat ke tempat yang lain sambil memerhati tetapi

tidak bermain. Kanak-kanak tidak bermain dengan sesuatu atau sesiapapun dan hanya duduk atau berdiri tanpa melakukan sesuatu yang dapat diperhatikan. Solitary Play Kanak bermain sendirian, tidak melibatkan kanak-kanak lain yang duduk berhampiran dengannya. Mereka bermain tanpa menghiraukan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak yang ada di sekitar mereka. Seorang kanak-kanak mungkin membina menara menggunakan blokblok dan secara keseluruhannya mengabaikan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak lain yang ada dalam bilik yang sama. Onlooker Play Kanak-kanak memerhatikan kanak-kanak yang lain bermain tetapi tidak melibatkan diri dalam permainan. Parallel Play Kanak-kanak bermain benda yang sama tetapi setiap orang bermain secara sendirian. Apa yang dilakukan oleh seorang kanak-kanak tidak bergantung kepada apa yang dilakukan oleh kanakkanak yang lain. Contoh yang dapat dilihat ialah permainan puzzle, apabila seorang kanakkanak meniggalkan meja permainan, kanak-kanak yang laian akan terus menyambung permainan. Assosiative Play Kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan berkongsi peralatan mainan. Contohnya ialah main kejar-kejar. Cooperative Play Kanak-kanak bermain dalam bentuk sosial dan melibatkan permainan bersama dan berkongsi aktiviti. Contohnya kanak-kanak bekerjasama membuat binaan dari bongkah.

2. Main Kognitif (Piaget, 1962)


Practice Play/ Functional Play Kanak-kanak bermain menggunakan motor untuk meneroka rupa bentuk objek dan cuba memahami apa yang boleh dibuat dengan objek berkenaan. Contohnya bermain lego dimana kanak-kanak dapat membuat bermacam-macam binaan dengan menggunakannya. Symbolic Play Permainan yang melibatkan kanak-kanak menukar sesuatu objek kepada sesuatu yang lain. Permainan ini berlaku apabila kanak-kanak cuba berlagak menjadi sesuatu yang lain dari dirinya seperti berlagak menjadi seekor binatang ataupun kanak-kanak menganggap sesuatu objek sebagai objek yang lain seperti bermainan menggunakan blok sebagai kereta. Play With Rules

Dalam permainan ini kanak-kanak bermain berdasarkan peraturan yang telah mereka gariskan ataupun berdasarkan peraturan yang diterima umum untuk bermain permainan tersebut. Dalam permainan ini kanak-kanak bermain melibatkan penerimaan pandangan, mengubahsuai peraturan dalam permainan. Constructive Play Permainan ini merupakan perkembangan daripada permainan simbolik. Dalam permainan ini kanak-kanak bermain dengan memanipulasikan bahan permainan kemudian menggunakan bahan tersebut untuk mencipta dan membina sesuatu objek. Permainan ini merupakan permainan yang melibatkan mencipta sesuatu objek. 3. Sociodramatic Play Main simbolik ini menjadi lebih jelas kelihatan semasa peringkat perkembangan pra-operasi di mana kanak-kanak pada peringkat ini mula mengganti sesuatu objek dengan seuatu yang lain. Permainan ini biasanya melibatkan aktiviti harian atau peristiwa yang sebenar dalam kehidupan seharian di mana dalam permainan ini kanak-kanak memegang sesuatu peranan kemudiannya melakonkannya. Contohnya seperti kanak-kanak mengisytiharkan dirinya sebagai bomba, pegawai polis, superhero dan sebagainnya. 4. Free Play Dalam permainan ini kanak-kanak diberi kebebasan untuk bermain beberapa jenis permainan yang disediakan oleh guru. Permainan ini diadakan dalam kelas atau di luar kelas. Ketika permainan ini dijalankan ada kanak-kanak yang melibatkan diri secara langsung dan ada juga yang hanya memerhati. Permainan ini boleh menggalakkan kanak-kanak untuk berinteraksi dengan aktiviti yang menarik, alat-alat permainan dan orang-orang di sekelilingnya. 5. Outdoor Play Merupakan permainan yang dilakukan diluar bilik darjah samada dipadang ataupun di taman permaianan. Permainan ini meningkatkan perkembangan otot, koordinasi badan, perkembanagan penguasaan bahasa, interaksi sosial dan kreativiti. Guru hendaklah merancang supaya aktiviti yang dilakukan dapat meningkatkan kemahiran kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai