Anda di halaman 1dari 3

KEPENTINGAN PERMAINAN KEPADA PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI Menurut Caplan 1973, aktiviti main adalah sebagai penentu penting bagi

perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi,perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan fizikal, koordinasi dan ketangkasan murid. Permainan tradisional lari dalam guni ini dapat memberi pengalaman kepada pemain tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Bermain sangat penting dalam memupuk interaksi dengan rakan-rakan dan orang-orang di sekeliling mereka. Kajian (Rubin & Howe 1986: Creasey, Jarvis,& Berk, 1998) menunjukkan bermain dengan individu lain memberi peluang kepada pemain untuk menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan memberikan pendapat mereka sendiri. Semasa bermain, ,mereka berpeluang belajar berinteraksi dengan orang lain secara positif, mengajak mereka keluar daripada pola egosentrik, mengambil kira pandangan rakan, menghormati hak orang lain, bersabar dan bertolak ansur. Mereka dapat belajar untuk menangguh kehendak semerta diri (delayed gratification) untuk mencapai matlamat jangka panjang. Mereka akan dapat mengenali dan mengetahui bahawa emosi seseorang mungkin berbeza mengikut situasi tertentu dan tahu bagaimana cara untuk mengawal emosi tersebut. Bermain juga dapat meningkatkan keyakinan dan keberanian diri mereka supaya tidak malu untuk bersosial dengan orang lain. Ini kerana dalam bermain permainan ini, mereka akan lebih seronok untuk bermain kerana akan bersaing sesama sendiri untuk mencapai kemenangan. Jadi keyakinan dan keberanian mereka untuk bermain akan lebih bertambahan kerana kepuasan bermain dengan bersaing dengan rakan yang lain. Permainan seperti ini membantu mereka dalam perkembangan mereka terhadap sosio emosi.

KEPENTINGAN PERMAINAN KEPADA PERKEMBANGAN FIZIKAL Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang brhubung rapat dengan perkembangan pemain dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran tentang badan mereka. Mereka akan berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Dalam bermain permainan tradisional lari dalam guni ini akan meningkatkan kekuatan kaki mereka dan memberikan mereka lebih aktif dalam bermain. Ini membolehkan mereka meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, yakin dan boleh berdikari. Dalam bermain bersama orang lain dimana mereka menghadapi tekanan, keyakinan dan sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidang ditonjolkan dalam bermain dalam permainan tersebut. (Berk, 1995: Fromberg, 2002 : Holms & Geiger, 2002). Jadi secara tidak langsung mereka lebih dapat memberikan keyakinan untuk lebih bersikap bersaing dalam merebut kemenangan dalam bermainan dengan rakan dalam memperoleh kepuasan dalam bermain. mereka perlu mengutamakan kesihatan dan keselamatan mereka semasa bermain. Pendedahan kepada permainan dalaman (indoor game) dan permainan luaran (outdoor game) perlu diterapkan agar mereka sentiasa diberi peluang untuk menyertai dan menunjukkan bakat yang terpendam. Melalu bermain dalam permainan tradisional lari dalam guni ini, kemahiran psikomotor dapat dibina dan ia juga dapat meningkatkan kemahiran motor halus dan koordinasi mata-tangan serta dapat mengeluarkan perasaan takut dan bimbang kepada peringkat sedar (Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, 2009). Jadi ini amat penting terhadap perkembangan mereka dalam mengembangkan fizikal mereka.

KEPENTINGAN PERMAINAN KEPADA PERKEMBANGAN INTELEKTUAL Kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara main dan pembelajaran kanak-kanak (Kumar & Harizuka, 1998: Lieberman, 1977). Mereka telah mengenal pasti kemajuan dalam penumpuan, kemahiraan kesediaan dan sikap . Jelas menunjukkan bahawa proses pembelajaran yang melibatkan operasi mental mengikut teori pembelajaran kognitif seperti Gagne, Ausubel, dan Bruner ada kepentingannya dalam aktiviti bermain. Terdapat banyak lagi kepentingan bermain, contohnya dalam perkembangan bahasa. Hal ini adalah apabila mereka terlibat dalam permainan tradisional lari dalam guni ini mereka akan menggunakan strategi yang dapat memberikan kemenangan dalam bermain. Walau bagaimanapun, jika bermain setakat digunakan untuk alat bermain dan bukannya alat pembelajaran tidak akan meninggalkan kesan positif dalam proses bermain mereka. pemain harus memainkan peranan yang penting dalam memberi panduan yang sepatutnya agar melalui bermain boleh menghasilkan pembelajaran optima kepada mereka sendiri. Melalui perkembangan intelek, mereka dapat mengetahui tahap keupayaan, kesediaan dan kecerdasan untuk belajar. Mereka juga akan mempelajari dan mengetahui pelbagai kemahiran sekaligus dapat membantu mereka berfikir dengan lebih kreatif dan logik. Mereka juga dapat menambahkan maklumat tambahan ke dalam minda dan akan mengembangkan potensi pemikiran mereka dalam mendedahkan mereka cara menyelesaikan masalah. Mereka akan lebih banyak ditekankan untuk lebih berfikir secara terbuka dan matang supaya mereka tidak ketinggalan di masa akan datang. Permainan ini amat penting terhadap perkembangan mereka dalam intelektual.

Anda mungkin juga menyukai