Anda di halaman 1dari 3

Huraikan ciri-ciri multimedia yang berkesan

Integrasi secara seamless jalinan yang terhasil diantara media-media berlainan yang sungguh rapi sehingga tidak dapat dikesan oleh mata kasar. Pengguna boleh melihat sesuatu animasi atau video sambil mendengar muzik latarbelakang yang dimainkan pada sesebuah aplikasi. Persekitaran Digital Setiap media yang digunakan perlu ditukar kepada bentuk digital supaya boleh dimanipulasi dan disebarkan oleh komputer dengan lebih mudah. Digital menjadi bahasa pengantaraan dalam bidang teknologi maklumat dan media elektronik. media dalam bentuk digital mempunyai masa depan yang lebih cerah dibandingkan dengan media bercetak yang sukar dikemaskini.

Interaktif merupakan aplikasi yang membenarkan pengguna untuk berinterksi dengan media yang disampaikan secara aktif. Pengguna boleh mengawal apa yang dilihat dan dengar serta boleh menentukan hala tuju masing-masing semasa berinteraksi. Tidak Berturutan Kandungan aplikasi multimedia yang baik adalah tidak berturutan dari segi penyampaiannya. Pengguna boleh meneroka aplikasi dengan cepat tanpa mengikut tururtan sambil membina hala tuju sendiri. Kaedah ini adalah lebih berkesan dibandingkan dengan cara biasa di mana pengguna perlu melihat satu demi satu kandungan yang disampaikan.

Anda mungkin juga menyukai