Anda di halaman 1dari 1

TUGAS AHLI JAWATANKUASA

SEBELUM

 Mendapatkan kafetaria yang menawarkan perkhidmatan untuk keperluan


makanan dan minuman.
 Menyediakan bajet dan jenis makanan atau hidangan yang perlu disediakan
bagi hadirin-hadirat sepanjang program berlangsung.
 Menyenaraikan menu makanan dan minuman yang dibincang dalam kelas
kepada kafetaria.
 Menyediakan kos perbelanjaan untuk bahan keperluan makanan ketika
program.
 Membuat perbincangan dengan pihak kafetaria untuk membuat pertempahan
makanan mengikut bajet yang ditetapkan dan bilangan orang.
 Menyediakan makanan tambahan untuk mengelakkan kekurangan makanan
pada hari program tersebut.

SEMASA

 Memaklumkan kepada rakan kumpulan tentang hidangan makanan.


 Menyediakan hidangan jamuan makanan kepada pihak-pihak yang berkaitan
dan memastikan tiada sesiapa pun yang tiada makanan dan minuman.
 Memastikan kebersihan makanan dan tempat makanan dihidangkan.
 Memastikan semua hadirin yang hadir mendapat makanan yang secukupnya.
 Memastikan bilangan makanan yang ditempah adalah betul dan mencukupi.

SELEPAS

 Memastikan sisa-sisa makanan dapat diuruskan dengan baik dan


memastikan tempat membuang sisa-sisa dibersihkan dengan kadar segera
selepas program.
 Menyenaraikan masalah-masalah yang berlaku dalam penyediaan makanan
seperti menu makanan ataupun masalah bajet.
 Memberi cadangan penambahbaikan untuk program yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai