Anda di halaman 1dari 5

Apakah 4C? Terangkan implikasi dan peranan guru dalam pendidkan Abad ke-21.

Jawapan:

C – Communication
• Pelajar digalakkan untuk berkomunikasi, iaitu menggunakan apa-apa bahan dan juga
pendekatan bagi menyampaikan ilmu yang mereka faham daripada pembelajaran.
• Pembentangan, penggunaan kertas mahjong, powerpoint, gambar rajah, perbincangan
dan lain-lain membolehkan pelajar untuk berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan-
rakan yang lain.

C – Collaboration
• Pembelajaran pelajar berlangsung dengan cara berkolaborasi dengan rakan-rakan
mereka yang lain.
• Buat aktiviti berkumpulan atau berpasangan bagi mereka bertukar-tukar idea dan
pandangan. Banyak strategi yang boleh diguna pakai seperti Gallery Walk, Think-Pair-
Share, Role Play dan lain-lain.
• Guru juga boleh mencari lebih banyak contoh aktiviti yang menggalakkan pembelajaran
kolaboratif dan koperatif.
C - Critical Thinking
• Ini boleh dilakukan dengan cara teknik penyoalan yang betul.
• Contoh Soalan Untuk Mencari Sebab atau Penjelasan
1. Mengapa anda terfikir bahawa ... ?
2. Bagaimana kita tahu bahawa ... ?
3. Kenapa anda menyatakan sedemikian ... ?
• Penggunaan tools seperti I Think, peta minda, soalan KBAT juga mampu menggalakkan
pelajar berfikir secara kreatif.

C – Creativity
• Dalam pdp cikgu mesti masukkan unsur kreatif pada aktiviti, kreatif pada bahan, kreatif
pada soalan, dan paling penting mampu menjana pelajar untuk menjadi kreatif
terutamanya dari segi berfikir.

Implikasi ( Komunikasi)
 Murid dapat memerhati, mendengar dan memberi maklum balas dengan orang lain.
Contoh: Bolehkah anda nytakan pemahaman rakan anda melalui penyampaian anda?

 Murid dapat menyusun pemikiran mereka secara logik dan menyatakannya secara jelas
dan ringkas.
Contoh: Apa perkara utama yang anda mahu rakan memahami penyampaian anda?

 Murid dapat memahami cara menyesuaikan mesej atau kaedah tertentu untuk
menyampaikannya.
Contoh: Bagaimanakah anda menyampaikan mesej ini kepada seseorang yang tidak
pernah mengalami sebelumnya?

 Murid yakin berinteraksi dengan rakan mereka semasa menyampaikan sebarang topik.
Contoh: Apakah reaksi anda jika soalan yang dikemukakan tidak dapat dijawab?

Implikasi (Kolaboratif)
 Murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama untuk mencapai matlamat yang sama dan
saling bergantungan untuk berjaya.

 Murid bertanggungjawab terhadap tugasasn yang diberikan dalam kumpulan dan


menghargai sumbangan dan idea rakan-rakan yang lain.

 Murid dilibatkan secara seimbang dalam kumpulan melalui pembahagian tugasan


berdasarkan keupayaan murid.

 Murid dapat menghormati pandangan orang lain. Bersikap fleksibel dan dapat bertolak
ansur untuk mencapai matlamat yang sama.

Implikasi (Pemikiran Kritis)


 Murid memiliki maklumat mengenal pelbagai perkara atau bidang.

 Murid meneroka sesuatu bidang ilmu dengan cara pembacaan, penyoalan dan
melakukan aktiviti secara hands-on untuk mendapat maklumat.

 Murid membuat keputusan berdasarkan maklumat dan berupaya mempertahankan


keputusan dengan memberikan bukti.

 Murid berfikiran terbuka, menerima pandagan orang lain dan merendah diri.

Implikasi (Kreativiti)
 Murid melihat situasi sedia ada daripada pelbagai sudut untuk menjana idea dan
melaksanakan sesuatu dengan cara yang berbeza.

 Murid menghasilkan dan menggunakan idea-idea baru dalam konteks tertentu dan
menjana hasil yang positif.
 Murid berani mencuba dan diberikan galakan tanpa merasa bimbang dengan kritikan.

 Murid mempunyai hala tuju yang jelas dan berimaginasi secara asli serta tidak mengikut
kelaziman.

Peranan guru dalam pendidikan adab ke-21


• Bina persekitaran pembelajaran kondusif yang konstruktif
 Iklim bilik darjah yang dikatakan kondusif akan memberi kesan cita rasa, semangat,
kesejahteraan dan bahagia kepada murid-murid yang menggunakannya untuk
menjalankan aktiviti pembelajaran mereka.

• Rangsang pemikiran kritis secara hands-on & minds-on


 Menarik minat dan memotivasikan murid yang kurang menumpukan perhatian dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
 Membantu murid dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan.

• Meningkatkan kemahiran literasi (maklumat, digital & visual)


 Lima ciri terbaik apabila membina komunikasi secara interaktif melalui TMK adalah sifat
mobilitinya seperti menggunakan telefon pintar, sifat penyambungan (connectivity)
seperti Wi-Fi, aplikasi rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, engin pencarian
seperti Google dan Yahoo dan portal perkongsian maklumat seperti Youtube dan
Wikipedia.

• Galak pembelajaran aktif pelajar secara koperatif dan kolaboratif


 Komunikasi dalan P&P boleh berlaku secara bersemuka atau atas talian dengan
menggunakan pelbagai media termasuk media digital yang membolehkan semua ahli
berhubung tanpa had, masa dan lokasi.

• Penerapan inovasi dalam PdP berbantukan TMK


 Murid harus berfikir pada aras pemprosesan kognitif yang lebih tinggi dalam proses
P&P. Kualiti pembelajaran masa kini mahukan murid menguasai kemahiran berfikir
seperti mana yang termaktub dalam aspirasi kedua Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM 2013-2025) .
• Memberi maklum balas berkesan & berterusan
 Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran pembelajaran.
 Mengambil tindakan susulan atau jalan penyelesaian untuk mempertingkatkan mutu
pengajaran pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai