Anda di halaman 1dari 20

ELMK 3023: TEORI ETIKA

MORAL
PEMBENTANGAN INDIVIDU
ISU MORAL: BUNUH DIRI
NAMA PEMBENTANG : JOEY YONG JO YI
UNIT /OPSYEN : T9/BAHASA CINA SJK(C)
PENSYARAH: DR. YUSOFF BIN YAACOB
Apa itu Bunuh diri?

•Isu bunuh diri melibatkan tingkah laku bunuh diri, idea bunuh diri dan
cubaan membunuh diri.

• Asal perkataaan “Suicide” dalam bahasa Inggeris adalah diambil


daripada dua perkataan Latin iaitu“Sui” bermaksud diri dan “caedere”
bermaksud untuk membunuh (Marcus, 1996).

•Dalam fahaman Greek pula bunuh diri adalah satu tingkah laku
rasional yang membenarkan manusia untuk mengawal kematian
mereka (Stillion & Stillion 1999).
Apa itu Bunuh diri?
• Kamus dewan edisi keempat pula mendefinisikan bunuh diri sebagai seseorang
yang mengambil nyawa sendiri dengan sengaja.

• Menurut Granello dan Granello (2007) pula, bunuh diri berhubung kait dengan
komponen biologikal, sosial, dan psikologikal.

• Durkheim (1897), bunuh diri berlaku secara langsung atau tidak langsung hasil
daripada tindakan yang positif atau negatif yang mengorbankan diri sendiri dan
diketahui akan menyebabkan kematian.

• Maniam Thambu (2010)pula menyatakan istilah tingkah laku bunuh diri boleh
ditafsirkan merangkumi tingkah laku idea untuk bunuh diri, merancang untuk
bunuh diri, mencederakan diri sendiri, percubaan bunuh diri dan bunuh diri.
Apa itu Bunuh diri?
• Menurut Maris, Berman, Silverman & Bongar (2000), tingkah laku bunuh diri
didefinisikan sebagai semua tingkah laku yang dilakukan untuk mencari
penyelesaian atas sesuatu masalah dalam kehidupan.
• Beliau membahagikan tingkah laku bunuh diri kepada 3 bahagian iaitu:
Bunuh diri adalah membunuh sendiri secara sukarela
Bunuh diri dilakukan oleh diri sendiri kepada diri sendiri dan
Bunuh diri secara langsung atau tidak langsung seperti makan ubat secara
berlebihan

Berdasarkan kepada definisi di atas, dapat dirumuskan bahawa tingkah laku


bunuh diri secara umum ialah perbuatan yang dilakukan bagi membunuh diri
sendiri dengan harapan kematian dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Data Bunuh Diri
• Kadar bunuh diri semakin hari semakin meningkat, meningkat lebih
daripada 60% dalam tempoh setengah abad yang lalu.

• Menurut pertubuhan kesihatan sedunia (WHO), kira-kira satu juta orang


membunuh diri setiap tahun.

• Pada tahun 1950, kadar bunuh diri di seluruh dunia adalah 10 bagi setiap
100 000 orang, dan kini ia telah mencapai 16 daripada 100 000 orang.

• Jika trend ini berterusan, menjelang 2020 akan lebih 1.5 juta kes bunuh
diri di dunia setiap tahun (Granello & Granello, 2007).
Faktor-faktor yang menyumbang kepada bunuh diri
• 1) Tekanan emosi dan hidup

berlaku kemurungan yang menyebabkan akhirnya orang terbabit


dengan berhalusinasi
bunuh diri dianggap penyelesaian kepada tekanan berat yang
ditanggung
 psikologi dan emosi yang tidak mantap ini mungkin berpunca
daripada masalah peribadi seperti putus cinta, terlibat dengan
masalah kewangan, konflik keluarga, bebanan kerja, dan sebagainya.
Maka dengan itu, mereka sanggup memilih jalan untuk bunuh diri
kerana menganggap perbuatan bunuh diri dapat menyelesaikan
masalah yang dihadapi.
Teori Egoisme
• Pelaku bunuh diri bersifat individualistic dan mengutamakan
kepentingan diri sendiri tanpa memikir kesan yang akan dihadapi oleh
ahli keluarga setelah mereka telah membunuh diri.

• Menurut Ross(1998), egoism tidak mengutamakan kemurahan hati


kerana mengejar kepentingan diri.

• Hal ini jelas menunjukkan pelaku bunuh diri mempunyai egoisme


dalam dirinya kerana dalam teori ini mereka hanya mementingkan
perbuatan diri sahaja dan tidak memikirkan dari sudut orang lain.
Teori Egoisme
• Maka, mereka menganggap perbuatan bunuh diri dapat
menyelesaikan segala masalah kehidupan dan tidak perlu
bertanggungjawab lagi sekiranya telah bunuh diri serta tidak perlu
bertanggungjawab tetapi mereka tanpa memikir kepada pihak lain.

• Pelaku yang berpegang kepada teori egoisme akan mengekspresikan


emosi diri sendiri dan seterusnya mendapat kepuasan sendiri dan
mereka akan menganggap bunuh diri merupakan perbutatan yang
dapat mencapai kepuasan mereka.
Faktor-faktor yang menyumbang kepada bunuh diri
• 2) Diri sendiri

Seseorang individu mempraktikkan teori eksistensialisme akan melakukan


bunuh diri sesuka hati dan tanpa mempedulikan peraturan atau norma
masyarakat yang dialami.

Hal ini demikian kerana dalam teori eksistensialisme menekankan


kemoralan individu berdasarkan kebebasan yang bermaksud setiap inidividu
bebas bertindak mengikut naluri serta keputusannya dan dialah yang
bertanggungjawab terhadap tindakannya sendiri.
Teori ini dapat memenuhi keinginan seseorang ketika berlakunya perbuatan
bunuh diri.

 Misalnya, apabila seseorang inidividu melakukan bunuh diri, inidividu tersebut


akan berasa kepuasan diri kerana mereka telah mencapai keinginan dan
matlamat sendiri walaupun mereka mengetahui bunuh diri adalah perbuatan
yang negatif.

Lantaran itu, mereka sanggup berbuat apa sahaja demi kepentingan, kepuasan
kendiri dan inginkan mencuba sesuatu yang baru.
Teori Eksistensialisme
• Menurut Eow Boon Hin (2002), teori eksistensialisme menegaskan bahawa
nilai baik buruk adalah berdasarkan niat seseorang inidividu.

• Menurut Sartre (1977) seorang ahli falsafah Perancis pula berpendapat bahawa
peraturan dan prinsip kemoralan adalah terlalu abstrak, subjektif dan berubah-
ubah.

• Beliau juga menyatakan bahawa tidak ada satu set peraturan yang boleh
digunakan oleh manusia untuk menentukan tindakan bermoral.

Maka, perkara baik atau buruk yang dilakukan adalah bergantung pada
matlamat seseorang individu.
Faktor-faktor yang menyumbang kepada bunuh
diri
• 3) Pengaruh Media Massa

• Banyak menyiarkan dan mensensasikan berita tentang bunuh diri.


Filem dan drama baik tempatan mahupun luar negara tonjolkan
bunuh diri sebagai penyelesaian, cth, CSI, filem Tamil dan Hong Kong
dan lain-lain.

Internet memang banyak gambar dan cerita tentang bunuh diri,


mereka yang tertekan boleh terpengaruh dengan berita dan gambar
bunuh diri yang disensasikan.
Faktor-faktor yang menyumbang kepada bunuh diri
• 4) Kurang didikan dan pegangan agama –
Tidak tahu hukum membunuh diri dan tiada ketenangan jiwa
meyebabkan mudah mengalami kemurungan dan tekanan.

Gagal menyelesaikan masalah melalui pendekatan agama kerana diri


mereka terlalu jauh daripada ajaran agama itu sendiri.

Tiada benteng yang menghalang mereka, sebaliknya hidup dan mati


mereka berpandukan akal dan hawa nafsu.

Oleh itu, bunuh diri menepati logik akal dan nafsu.


LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH
SOSIAL-BUNUH DIRI
• 1) Penguatkuasaan undang-undang terhadap pelaku bunuh diri
supaya mereka tidak akan melakukannya sesuka hati dan
mengelakkan banyak kes bunuh diri berlaku di Malaysia.
Hal ini demikian kerana dalam teori kemoralan sosial, peraturan dan
kepiawaian yang diikuti oleh kelompok masyarakat membentuk satu
norma dan kriteria bagi kehidupan sosial.
Menurut Durkheim (1974), peraturan moral diberi autoriti khas atau
kuasa memerintah supaya dipatuhi. Maka, peraturan yang ditetapkan
dan dapat diterima umum oleh masyarakat perlu dilaksanakan
terhadap pesalah bunuh diri.
• Sebagai contoh, setiap individu yang sebagai pelaku bunuh diri
seyogia dikenakan hukuman yang setimpal seperti menghantar pelaku
bunuh diri ke pusat pemulihan akhlak ataupun hukuman yang lebih
berat iaitu hukuman denda dan penjara untuk memberi kesedaran
dan amaran kepada mereka supaya tidak berani untuk mengulangi
kesalahan bunuh diri.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH SOSIAL-
BUNUH DIRI
• 2) Penerapan nilai-nilai murni dan akhlak mulia dalam setiap individu
Dalam teori keperibadian mulia berkisar tentang sifat peribadi untuk
mencapai hidup yang baik dengan mengamalkan kesederhanaan.
Menurut Aristotle(1979), teori ini merupakan sekumpulan konsep
merangkumi sifat keadilan, kemurahan hati, keberanian, kejujuran, kesabaran
dan kebijaksanaan.
Justeru, individu yang berkeperibadian mulia akan berkifir dahulu sebelum
bertindak untuk bunuh diri supaya tidak menjatuhkan imej diri dan keluarga.
Maka, penerapan nilai-nilai murni amat penting dalam jati diri individu
supaya tidak membuat perbuatan yang negatif.
Kesimpulan
•Secara konklusinya, semua pihak perlu memandang serius akan perkembangan masalah
sosial ini kerana perkembangannya dalam masyarakat boleh mempengaruhi aspirasi
pembangunan negara pada masa depan.
•Ini kerana sebilangan besar yang terlibat dalam masalah sosial ini terdiri daripada golongan
muda yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan dan pemerintahan negara kita pada masa
depan.
•Tanpa komitmen daripada semua pihak dan langkah penguaktkuasaan susulan, golongan
ini akan mudah hanyut dan terjerumus ke dalam kancah masalah lain yang seterusnya
boleh menggugat pencapaian pembangunan negara pada masa depan.
• Sebagai bakal guru perlu memahami teori-teori etika dan perkembangan moral kerana ia
membolehkan guru mengetahui tingkah laku pelajar-pelajar secara mendalam dan dapat
mengelakkan berlakunya gejala bunuh diri yang semakin serius di Malaysia khususnya
dalam golongan remaja yang belum mencapai tahap kematangan supaya melahirkan model
insan yang menyeluruh.

Video
Rujukan
• Asmah Ismail. 2012. Bimbingan dan Kaunseling: Maklumat dan
Panduan. Selangor: FAR Publishers.

• Emile Durkeim, (1951), Suicide- A study in Sociology, translated and


edited witn anintroduction by John A. Spaulding & George Simpson,
The Free Press New York, London, Tokyo, Singapore.

• World Health Organization. 2010. Suicide Prevention (SUPRE).


Geneva: World Health Organization. Dicapai daripada
http://www.who.int/mental_health/prevention/suicide/suicidepreven
t/en/index.html
(24 Mei 2014).
Terima Kasih!

Anda mungkin juga menyukai