Anda di halaman 1dari 16

ELMK3033

TAJUK TUTORIAL: Hasrat kerajaan untuk


membangunkan nilai-nilai moral, spiritual
dan akhlak sememangnya mempunyai
banyak cabaran dan rintangan. Sebagai
insan guru, buat penilaian tentang elemen-
elemen yang mencabar terhadap amalan
nila-nilai murni dalam masyarakat Malaysia.

NAMA AHLI KUMPULAN : POK HUI CHEE


JOEY YONG JO YI

PENSYARAH : ENCIK AMIR BIN HASSAN


1. Jurang antara generasi
(Generation Gap)
• Dalam sesebuah masyarakat yang serba moden,
anak-anak muda mudah dipengaruhi oleh
pelbagai fesyen pakaian dan rambut, muzik,
gaya perjalanan dan sebagainya.

• Perbezaan pandangan dan idea yang wujud di


antara generasi muda dengan generasi tua
telah menimbulkan jurang generasi di antara
anak-anak dengan ibu bapa.
Contoh 1
Ramli ingin mengikut fesyen rambut rakan-rakannya ataupun
rambut kumpulan popular yang digemari seperti berambut
panjang ala penyanyi rock.

Ayahnya tidak gemar dan meminta dia menggunting rambut


agar panjangnya tidak melebihi kolar baju.

Tambahan lagi, mungkin si ayah ingin mendengar muzik yang


perlahan atau jenis instrumental dan lagu lama tetapi Ramli
lebih meminati lagu berunsur “pop” dan “rock”.
Cara-cara mengatasi masalah jurang
antara generasi

1. Ibu bapa perlu menerangkan kesesuaian pakaian,


fesyen rambut dan sebagainya.
2. Pengetahuan agama dan pegangan moral generasi
muda perlu dipentingkan.
3. Ibu bapa perlu mengenali rakan-rakan anak yang
didampingi.
4. Ibu bapa perlu melibatkan diri dalam permainan yang
digemari anak-anak seperti permainan catur, monopoli,
badminton, bola sepak dan sebagainya.
2. Ekonomi- Jurang Pendapatan

• Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia telah


menumpukan perhatian untuk membangunkan
ekonominya bagi mewujudkan pembangunan sosial,
keseimbangan antara kaum dan meningkatkan
pendapatan rakyat.

• Kesan dari pembangunan yang pesat telah


menyebabkan berlakunya proses urbanisasi,
industrilisasi dan penghijrahan masyarakat dari luar
bandar ke bandar.
Contoh 1

• Seorang ibu yang bersikap materialistik pula sentiasa merancang


cara-cara menambahkan pendapatan dengan menjual insurans
nyawa, alat-alat solek, jualan langsung (direct selling), pelbagai jenis
barangan kegunaan rumah dan sebagainya.

• Dalam keadaan ini, tentulah ibu tersebut tidak dapat memberikan


asuhan dan didikan sebaik-baiknya kepada anak-anaknya.

• Pengajaran nilai-nilai moral secara langsung terhadap anak-anak


memang tidak dapat dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa yang amat
sibuk itu.
• Contoh 2
• Encik Ahmad cuba memaksimumkan keuntungannya dengan
menggunakan beberapa penipuan seperti membekalkan barangan
dengan timbangan berat yang tidak mencukupi, mencampurkan gred
beras yang kurang baik dengan yang baik serta menyorokkan sesuatu
barangan yang dijangka harganya akan naik.
• Dengan ini, Encik Ahmad dikatakan tidak mempunyai sikap belas
kasihan, tidak bertimbang rasa serta tidak jujur.

• Dalam sebuah masyarakat kebendaan, anggota-anggotanya bersaing


untuk memiliki rumah yang lebih besar, jenis kereta yang lebih besar
dan lebih berjenama, dan kerap pergi melancong.
3. ELEMEN DALAM SEKOLAH
• Kanak-kanak menghabiskan masa enam hingga lapan jam setiap
hari di sekolah. Ini bermakna individu-individu, kemudahan-
kemudahan dan budaya sekolah akan mempengaruhi sosialisasi
seseorang kanak-kanak.

• Guru juga sangat berpengaruh di sekolah. Gaya penampilan,


sikap kepimpinannya memainkan peranan dalam proses
sosialisasi individu.

• Cara pentadbiran sekolah, persekitaran serta budaya sekolah


juga berperanan mempengaruhisosialisasi kanak-kanak atau
pelajar.
a) Pentadbir

• Pentadbir yang efektif adalah penting untuk mewujudkan suasana


mendorong pengajaran yang bermakna dan menyeronokkan.

• Pentadbir hendaklah berupaya membentuk satu struktur dan


amalan yang mengintegrasikan maklum balas, membuat refleksi
dan amalan-amalan dan tindak balas yang diterima berlandaskan
aspek-aspek berikut:
mengesan kecekapan pentadbiran sekolah.
menilai budaya moral sekolah.
menilai secara moral guru-guru di bawah pentadbirannya.
b) GURU

• Seseorang guru mempunyai gaya kepimpinan yang tersendiri kerana


ada guru yang bersifat autokratik, demokratik dan “laissez-faire”.
• Guru yang autokratik tidak bersedia mendengar pandangan dan
pendapat murid. Murid akan menjadi pasif serta tidak terdorong
untuk memberi pendapat.
• Suasana sosioemosinya yang dipenuhi ketegangan tidak
menggalakkan interaksi guru dan murid.
• Guru yang demokratik memberi kesan yang positif kerana pelajar-
pelajar diberi ruang untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara
terbuka.
• Suasana sosio emosi yang demokratik akan menggalakkan
perkembangan yang positif dan meningkatkan kemahiran sosial.
• Guru yang “laissez-faire” memberi kebebasan
penuh kepada pelajar untuk memikir dan menyusun
aktiviti mereka dan kurang memberi idea dan
inisiatif terhadap aktiviti yang dijalankan. Guru juga
tidak menilai tingkah laku pelajar menyebabkan
pengurusan bilik darjah yang longgar dan suasana
pembelajaran dan pengajaran terganggu oleh
masalah disiplin.

• Seorang guru yang berkesan mempunyai ciri-ciri


seperti ingin membaca untuk menambah ilmu,
berupaya berfikir secara kritis, ingin belajar dan
menitikberatkan pendidikan seumur hidup.

• Guru juga hendaklah mempunyai personaliti yang


sesuai dengan profesion perguruan dan memberi
kesan kepada pembentukan tingkah laku pelajarnya.
c) Budaya, Iklim dan
Fizikal
• Budaya sekolah merangkumi aspek-aspek seperti ilmu,
insan, moral budaya kerja, budaya komunikasi, budaya bilik
darjah dan budaya kepimpinan.

• Faktor utama membentuk budaya sekolah ialah input


sekolah yang berunsurkan sumber iaitu saiz bilik darjah,
nisbah guru-pelajar, pembelajara setiap pelajar, keadaan
bangunan sekolah, bentuk kurikulum, bahan kurikulum,
bahan pengajaran dan pembelajaran dan kemudahan fizikal
yang lain.
c) Budaya, Iklim dan
Fizikal
*Iklim sekolah ialah sifat dan suasana yang terdapat dalam
sesebuah sekolah.

*Iklim sekolah sangat penting untuk melahirkan insan yang baik


dan dapat membantu perkembangan pelajar selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) iaitu melahirkan insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi,rohani dan intelek (JERI).

*Aspek yang mempengaruhi iklim sekolah ialah aspek fizikal


sekolah, aspek sosial sekolah dan aspek budaya sekolah.
c) Budaya, Iklim dan
Fizikal
• Aspek fizikal sekolah meliputi semua infrastruktur yang
terdapat di kawasan sekolah seperti bangunan, padang,
tandas bengkel, makmal, pusat sumber, kantin dan lain-lain.

• Pengurusan fizikal yang berkesan mempengaruhi pengajaran


dan pembelajaran pelajar dan guru dalam suasana yang
tenteram, selesa, harmoni dan menyeronokkan.

• Keadaan fizikal sesebuah sekolah memainkan peranan


penting dalam mencorakkan tingkah laku pelajar-pelajarnya.
SEKIAN TERIMA KASIH!

Anda mungkin juga menyukai