Anda di halaman 1dari 5

Melalui lakaran grafik, bandingkan

aliran pemikiran naturalis, emotivis,


intuisionis dan rasionalis dari sudut
doktrin masing-masing.

Nama: Joey Yong Jo Yi


Unit: T9
Pensyarah: En. Faozai bin Yusof
Pemikiran Naturalis
Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu dalam
keadaannya yang sebenar.

Menurut Peter R.S. dalam Ethnics and Education, tabii (nature)manusia perlu


diketahui sebelum memahami cara bagaimana mereka harus hidup. 

Contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang


berfikiran sedemikian ialah:

Seorang pelajar Tingkatan Lima mengeluh apabila melihat slip keputusan


peperiksaan percubaan setara yang keseluruhannya teruk. Pelajar tersebut
mengeluh dan menerima keputusan itu dengan mengatakan memang dia bodoh,
belajar macam mana pun begitu juga prestasinya. Dia tidak berusaha untuk
mencari alasan-alasan yang menyebabkan dia mendapat markah yang rendah.
Pemikiran Emotivis
Emotivis berasal dari perkataan emosi yang merujuk kepada kebangkitan perasaan.
Emotivis menerangkan bahawa pertimbangan moral bukanlah mengikut pernyataan
fakta seperti yang dinyatakan oleh naturalis, tetapi adalah mengikut emosi, sikap atau
perasaan.

Menurut Muhammad Uthman Najati (1993), emosi merupakan bangkitan perasaan


hasil tindak balas seseorang terhadap sesuatu perkara yang berlaku seperti emosi
takut, marah dan gembira.

contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran


sedemikian ialah:
Lupin berasa marah apabila didapati tugasannya telah diberi markah yang rendah
oleh pensyarahnya. Mengenai markah yang rendah itu, Lupin mungkin berkata ,
“Pensyarah itu aneh betul! Adakah dia membaca dan meneliti tugasan saya dengan
rapi? Mungkin tidak. Pemalas!”
Pemikiran Intuisionis
Pemikiran intuisionis merupakan sebuah fahaman atau pengertian langsung.

Henri Bergson (1859-1941) berpendapat intuision adalah naluri yang membolehkan


individu memahami hidupnya dari segi kerohanian. Orang beraliran intuision ini
biasanya bertindak mengikut bisikan hati kecilnya.

contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran


sedemikian ialah:
Gerak hati orang tua ketika menilai bakal menantu pada kali pertama berdasarkan
timbunan pengalaman lalu serta kematangan fikiran lantaran faktor usia.
Pemikiran Rasionalis
Golongan rasionalis mempunyai ciri-ciri penaakulan atau pemikiran sebagai faktor utama
dalam pengetahuan.

Menurut Ahmad Tafsir (2010), rasionalis adalah pemahaman falsafah yang mengatakan
bahawa sebab adalah wadah penting dalam memperoleh ilmu pengetahuan.

Contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran


sedemikian ialah:
Siti, seorang guru pelatih, telah menyempurnakan kerja kursus alat pandang dengar
dengan baik tetapi markah yang diperolehnya adalah rendah. Siti, yang menunjukkan
aliran pemikiran rasionalis mungkin berkata, ‘Apakah sebab-sebabnya tugasan saya kurang
elok? Mungkinkah gambar-gambar yang saya gunakan itu kurang jelas? Elok saya tanya
pensyarah saya supaya saya tidak mengulangi kesalahan-kesalahan itu pada masa yang
datang.’

Anda mungkin juga menyukai