Anda di halaman 1dari 12

Pemikiran Emotivis dan

Pemikiran Intuisionis
DISEDIAKAN OLEH :
JEEVA RUBYNI A/P SINNAYAH
HEW YEE TENG
TING EE SYUEN
HOO KAI YUAN
Bincang dan bahaskan :
Pemikiran Emotivis merupakan
pemikiran yang amat baik
dalam masyarakat
Aliran pemikiran ini merujuk sikap
manusia yang bertindak mengikut
perasaan atau emosi.
Perasaan ini dilahirkan melalui air
muka, kata-kata, tingkah laku sama ada
perasaan gembira mahupun sedih.
Emotivis berasal dari perkataan emosi
yang merujuk kepada kebangkitan
perasaan.
Emotivis menerangkan bahawa
pertimbangan moral bukanlah mengikut
pernyataan fakta seperti yang
dinyatakan oleh naturalis, tetapi adalah
mengikut emosi, sikap atau perasaan.
• Menurut golongan emotivis,individu-
individu tersebut hanya menyatakan
perasaan mereka dan pada masa yang
sama mungkin menimbulkan perasaaan
yang sama di kalangan orang-orang
yang mendengar pernyataan-pernyataan
itu.
• Dengan kata lain, golongan emotivis
berpendapat bahawa pentafsiran-
pentafsiran moral tidak menyampaikan
maklumat-maklumat mengenai dunia ini
tetapi hanya merupakan pernyataan
mengenai emosi atau perasaan orang
yang membuat pentafsiran atau
pernyataan-pernyataan moral.
Menurut pandangan emotivis, pertimbangan moral
adalah subjektif, dan tidak memerlukan sebarang teori
asas yang istimewa atau yang boleh mendukung
perlakuan moral. Pandangan emotivis memberi
sumbangan dengan memperkenalkan satu dimensi
yang penting yang bukan sahaja berfokus kepada
pemikiran rasional, malah emosi moral.
Golongan emotivis cuba menganalisis “apa yang
salah” dari segi emosi, sikap atau perasaanyang tidak
dipersetujui. Tetapi konsep “tidak dipersetujui”
mengandaikan terlebih dahulu penanggapan “salah”.
Pentafsiran -pentafsiran seperti ini mempunyai unsur
emosi atau perasaan. Jelaslah bahawa kelemahan
teori emotivis ialah ia tidak mempunyai konsep“emosi”
yang lengkap.
Sifat-sifat Pemikiran Emotivisme
• Mudah tersentuh perasaan
• Mudah bersimpati/kasihan kpd orang lain
• Mudah tersinggung & kuat cemburu serta iri hati
• Sentiasa menghadapi tekanan emosi.
• Bersikap agresif apabila menhadapi keadaan
yang tidak menyenangkan.
• Pendiam, enggan bergaul.
Kesan Pemikiran Emotivisme
• Mengutamakan perasaan
dalam membuat tindakan.
• Bertindak mengikut
perasaan dalam menangani
suatu isu.
• Ketidakmantapan mengawal
emosi sering menimbulkan
masalah moral.
Bincang dan bahaskan tajuk:
Pemikiran Intuisionis merupakan
pemikiran yang hebat.
BETAPA HEBATNYA PEMIKIRAN
INTUITIONIS????
Bertindak mengikut bisikan hati berdasarkan
maklumat dan persekitaran.

Adakalanya, kita tahu kita boleh mempercayai seseorang walaupun kita baru
pertama kali menemui orang itu. Setengah-setengah orang merasakan mereka
tahu perkara-perkara seperti ini. Pengetahuan ini diperoleh melalui intuisi.

Perkataan ‘intuisi’ berasal daripada perkataan Latin intueor yang bermakna ‘saya
memandang tepat kepada sesuatu.

Menurut pandangan intuisionis, pengetahuan ini boleh diperoleh melalui fahaman


atau pengertian langsung.
Menentukan apa yang baik dan
sebaliknya melalui naluri bukan atas
sebab @ penerangan berkaitan.
• Aliran pemikiran intuisionis ini merujuk satu proses ‘melihat’ dan
‘memahami’ secara spontan.

• Aliran ini ada kaitannya dengan gerak hati. Dengan itu, tindakan
seseorang individu yang berfikiran intuisionis adalah berlandaskan apa
yang dirasai di dalam hatinya.

• Orang tua yang bijak telah banyak mengalami pengalaman hidup. Oleh itu
apabila mereka menghadapi sesuatu masalah atau isu, mereka dapat
membaca apa yang tersirat daripada yang tersurat. Bak kata pepatah
Melayu ‘terkilat ikan di air sudah tahu jantan betina’.
Cepat membuat keputusan dan mudah
menerima arahan.

• Dengan kata lain pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan


yang lebih tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh secara
individu.

• Boleh dikaitkan dengan pemikiran spontan celik akal. Kemunculan


idea yang meledak secara tiba-tiba dalam memberikan tafsiran
terhadap sesuatu perkara boleh dikaitkan dengan aliran pemikiran
ini.

• Maka berkatalah Munsyi Abdullah, intelek Melayu dalam bahasa


indahnya, ‘lagi kutebas pohon di hutan, baru kutahu luasnya
bentara’.
• Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu
atau masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah:

+ Gerak hati orang tua ketika menilai bakal menantu pada kali
pertama berdasarkan timbunan pengalaman lalu serta
kematangan fikiran lantaran faktor usia.

-Gadis remaja yang mudah ditipu lantaran pengalaman


hidupnya yang masih hijau kerana mereka mudah diperkotak-
katik dengan janji-janji manis lelaki hidung belang.

Anda mungkin juga menyukai