Anda di halaman 1dari 12

Tugasan 1: Penulisan Akademik

Soalan 1
1.1 Nyatakan Definisi Moral, Nilai, Etika dan Akhlak

Moral pada dasarnya berasal daripada perkataan Latin “mores’ yang


membawa maksud sama seperti etika (Ashmore, 1987). Menurut pengertian bahasa,
moral berasal daripada bahasa latin moralis atau mores iaitu yang bererti kebiasaan
iaitu perbuatan, budi pekerti dan perangai atau pun tingkahlaku yang sejajar dengan
tatasusila atau peraturan hidup bermasyarakat. Moral merangkumi segala nilai murni
seperti merendah diri, benar, belas kasihan, keadilan, persefahaman, kasih sayang,
berdikari dan lain-lain.

Jules Henry (1975) mendefinisikan nilai sebagai sesuatu yang dikira baik
sepertikasih sayang, baik hati, kepuasan hati, keseronokan, kejujuran,
kesopanan,ketenangan dan kesederhanaan. Raths, Harmin dan Simon (1980)
merumuskan nilai sebagai garis panduan umum terhadap tingkah laku. Garis panduan
ini memberikansatu arah kepada kehidupan seseorang atau anggota sesuatu
masyarakatNilai merupakan standard dan prinsip kita dalam mempertimbangkan
harga sasuatu benda. Nilai juga merupakan kriteria bagi kita mempertimbangkan
sesuatu benda, situasi dan manusia. Dengan ini, nilai jelas dilihat sebagai suatu kualiti,
motif atau piawai norma yang ada dalam pertalian antara benda, fikiran dan pemilikan.
Secara amnya, nilai bertindak sebagai ukuran yang membantu individu mengenal
pasti kedudukannya dalam sesuatu isu sosial atau moral.

Definisi Etika adalah norma atau peraturan yang digunakan sebagai pedoman
dalam berperilaku dalam masyarakat bagi seseorang yang berkaitan dengan sifat-sifat
baik dan buruk. Terdapat juga sebutan bahawa pengertian etika adalah sains moral
dan tingkah laku manusia dalam hubungan mereka dengan orang lain yang
merangkumi prinsip dan peraturan tingkah laku yang betul. Dengan kata lain, etika
adalah kewajipan dan tanggungjawab moral semua orang yang berkelakuan dalam
masyarakat. Secara etimologis, etika perkataan berasal dari bahasa Yunani purba,
iaitu "Ethikos",yang bermaksud ia timbul dari kebiasaan. Dalam hal ini etika
mempunyai sudut pandang normatif di mana objek itu adalah manusia dan
tindakannya.

1
Menurut perkataannya, akhlak berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu
kata daripada perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat ,kelakuan, perangai, tingkahlaku,
matuah, adat kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu sendiri. Antara definasi akhlak
menurut istilah ialah: sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan
sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan
paksaan. Menurut Islam, akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai satu sifat atau
sikapkeperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha
membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah
ditetapkan oleh Allah.

2
1.2 Bincangkan dua daripada empat aliran pemikiran moral

1.2.1 Aliran Pemikiran Rasionalis


Rasionalis berasal daripada perkataan ‘ratio’ yang bermakna ‘reason’ atau
sebab. Segala tingkah laku moral seperti menghormati orang tua & menyayangi alam
sekitar dan semangat patriotik perlukan asas pemikiran rasional yang waras dan logik.
Perbezaan antara manusia dan binatang ialah akal. Manusia yang waras akan
menggunakan akal fikirannya untuk penaakulan, membuat keputusan dengan bijak,
menyelesaikan masalah, merekacipta sesuatu yang boleh dimanfaatkan manusia
sejagat. Kes-kes bunuh diri, menggunakan keganasan untuk mendapat
sesuatu, bukanlah berpunca daripada pemikiran rasional.

Ahli-ahli falsafah yang menekankan penaakulan atau pemikiran sebagai faktor


utama dalam pengetahuan sebagai rasionalis. Golongan rasionalis mempunyai
pendangan bahawa kita mengetahui sesuatu hasil daripada pemikiran kita bahawa
fikiran kita berupaya menemui kebenaran dengan dirinya sendiri. Mengikut pandangan
ini, pengetahuan diperoleh dengan cara membandingkan idea dengan idea-idea lain.
Pengalaman-pengalaman yang diperoleh itu perlu disusun oleh pemikiran kita supaya
membentuk satu sistem yang bermakna sebelum ia menjadi pengetahuan.

Contoh pemikiran rasionalis adalah seperti berikut: ‘Kalau Abu lebih berat
daripada Lupin dan Lupin lebih berat daripada Seng Hui, maka Abu adalah lebih berat
daripada Seng Hui.’ Berdasarkan contoh atas, kita menggunakan kelogikan akal untuk
menentukan sesuatu.

3
1.2.2 Aliran Pemikiran Intuitionis

Kadangkalanya, kita tahu kita boleh mempercayai seseorang walaupun kita


baru pertama kali menemui orang itu. Setengah-setengah orang merasakan mereka
tahu perkara-perkara seperti ini. Pengetahuan ini diperoleh melalui intuisi. Perkataan
‘intuisi’ berasal daripada perkataan Latinintueor yang bermakna ‘saya memandang
tepat kepada sesuatu’. Ia merupakan satu proses ‘melihat’ atau ‘memahami’ secara
intelek. Menurut pandangan intuisionis, pengetahuan ini boleh diperoleh melalui
fahaman atau pengertian langsung.

Aliran pemikiran intuisionisme merujuk satu proses ‘melihat’ dan ‘memahami’


secara spontan. Aliran ini ada kaitannya dengan gerak hati. Dengan itu, tindakan
seseorang individu yang berfikiran intuisionis adalah berlandaskan apa yang dirasai di
dalam hatinya.

Kesimpulannya, orang yang terlebih dahulu makan garam, maka teballah


intuisionisnya berbanding dengan gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki ‘don juan’
atau ‘kasanova’ lantaran pengalaman hidupnya yang masih hijau; sebab itulah mereka
mudah diperkotak-katik dengan janji-janji manis lelaki hidung belang.

Contoh pemikiran intuitionis adalah apabila Ali yang tidak membuat kerja
sekolah ingin menipu gurunya dengan pelbagai alas an, sebenarnya gurunya sudah
mengetahu kebenaran sejak dia datang kelas. Ini merupakan pengalaman guru yang
telah pernah mengajar berpuuh-puluh tahun. Oleh itu, guru tersebut mempunyai gerak
hati tentang perangai-perangai murid sebegitu.

4
Soalan 2: Banding bezakan jenis-jenis nilai dalam pendidikan moral

2.1 Perbandingan Nilai Relatif dan Nilai Mutlak

Yang pertama, nilai relatif boleh didefinisikan sebagai nilai yang diterima atau
ditolak dengan berdasarkan peraturan masyarakat untuk mencapai matlamat
masyarakat. Nilai mutlak pula adalah nilai yang dihargai dan tidak terikat kepada
sesuatu kebiasaan bagi sesebuah masyarakat. Segala idea atau fakta dapat diterima
secara umun dan diuji atau terbukti sama ada ia baik ataupun buruk.

Seterusnya, bagi nilai relatif, ia adalah bersifat arbitrary, iaitu tidak tertentu,
tidak sempurna dan berbeza antara masyarakat yang berlainan. Jadi, nilai relatif ini
boleh berubah mengikut semasa dan fahaman mengenai benar atau salah bagi suatu
topik yang dibincangankan. Sebaliknya, bagi nilai mutlak, ia tidak berubah-ubah. Nilai
mutlak berfungsi sebagai satu standard yang konsiten dan kukuh bagi seseorang
individu atau masyarakat untuk bertindak supaya tindakan mereka adalah berhala niat
baik dan betul serta dapat diterima oleh pihak lain

Walau bagaimanapun, nilai relatif boleh berubah mengikut perubahan zaman.


Contoh Nilai relatif ialah seperti bermain mercun merupakan
amalan penting dalam sambutan Tahun Baru Cina dan masyarakat Cina mula
menerima pengharaman bermain mercun yang dikuatkuasakan oleh kerajaan sebagai
tindakan rasional menjaga keselamatan dan keamanan masyarakat masa kini. Bagi
nilai mutlak pula, ia tidak perlu diubah dan telah diterima umum. Contoh nilai mtlak
adalah menghormati ibu bapa. Seorang anak dituntut untuk menghormati ibu bapa
kerana ibu bapa merupakan titik permulaan seorang anak. Anak yang tidak
menghormati ibu bapanya adalah dianggap derhaka bagi hampir semua masyarakat
di seluruh dunia.

Perbezaan yang terakhir adalah sifat bagi kedua-dua nilai. Bagi nilai relatif,
Sifatnya tidak menentu, tidak sempurna dan berbeza-beza antara masyarakat yang
berlainan. Ia boleh berlainan dari segi tempat, kaum, bangsa, agama, adat,
kepercayaan dan sebagainya. Berbanding dengan nilai mutlak, sifatnya adalah kekal.
Hal ini demikian kerana nilai mutlak telah diuji melalui masa pajang dan ia telah diwarisi
sejak beratus-ratus dari sekarang.

5
2.2 Perbandingan Nilai Objektif dan Nilai Subjektif

Definisi bagi Nilai Subjektif adalah nilai (kualiti) yang diterima atau ditolak oleh
seseorang individu dengan berdasarkan kepada pandangannya sendiri terhadap
sesuatu benda atau perkara. Sebenarnya, Nilai subjektif adalah berasal daripada
“dunia dalaman” individu, iaitu berpunca daripada dalaman individu. Nilai Objektif
pula adalah nilai yang bebas daripada pilihan peribadi. Nilai yang diterima atau ditolak
berdasarkan pengalaman dalaman yang dialami atau berpunca dari aspek luar yang
dipersetujui oleh kebanyakkan orang.

Selain daripada definisi, terdapat juga perbezaan nilai subjektif dan objekti fdari
segi fungsi. Fungsi nilai subjektif adalah membayangkan keinginan, minat dan
harapan terhadap sesuatu benda atau perkara. Nilai Subjektif juga berperanan dapat
membayangkan perasaan gemar atau tidak gemar bagi individu terhadap sesuatu
perkara atau benda. Nilai Objektif berfungsi bagi menegaskan bahawa setiap
barangan atau objek tersebut mempunyai bentuk dan kegunaan tersendirinya.
Dengan dapat mengenalpasti bentuk atau kegunaan objek, maka kita dapat membuat
pertimbangan selanjutnya.

Salah satu contoh nilai subjektif adalah seperti hukuman rotan ke atas murid
di dalam kelas. Sebenarnya terdapat sebabnya guru merotan muridnya dalam kelas.
Mungkin ia berlaku disebabkan murid tersebut terlalu nakal atau malas dalam kelas
sehingga menganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh ini amat sesuai
kerana ia boleh memberi impak kepada murid supaya membentuk sikap dan moral
yang baik. Bagi contoh nilai objektif ialah seperti pandangan tentang penderaan
haiwan adalah tidak mencerminkan nilai perikemanusiaan. Sebenarnya haiwan
memang memberi banyak kegunaan dan kelebihan kepada manusia. Dengan itu,
segala kebajikan bagi haiwan harus dijaga oleh tuannya. Akan tetapi, masih terdapat
penderaan haiwan dengan cara dendaan atau deraan memang harus dikejikan. Ini
dapat membolehkan remaja mengamalkan nilai moral dengan tidak mengabaikan
kebajikan pihak lain.

6
2.3 Perbandingan Nilai Intrinsik dan Nilai Instrumental (Ekstrinsik)

Nilai instrinsik boleh didefinisikan sebagai nilai yang tidak perlu bergantung
kepada nilai lain untuk mencapai matlamatnya manakala nilai instrumental adalah
nilai yang memerlukan kepada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Nilai
intrinsik merupakan nilai peringkat pertama (first order value), misalnya baik hati,
kasih saying, keadilan dan sebagainya manakala Nilai instrumental ini adalah nilai
peringkat kedua (second order value), misalnya berani, rajin, dan hormat-menghormati.

Selain itu, nilai intrinsik mempunyai fungsi tersendiri, antaranya ialah menjadi
penentuan dalam membuat pilihan atau tindakan. Nilai instrumental pula dijadikan
satu kepiawaian kepada apa yang dilaksanakan serta membentu adalam menunjukan
arah dan menjadi penentu dan dalam membuat pilihan dan tindakan

Contoh nilai intrinsik adalah seperti membantu guru mengangkat barang.


Apabila Ali nampak guru mempunyai banyak buku yang perlu diambil, Ali yang
mempunyai nilai intrinsik akan membantu guru secara automatik. Sebaliknya, kalau
Ali mempunyai nilai ekstrinsik, dia tidak akan menolong gurunya sehingga guru
meminta bantuan daripadanya.

7
Soalan 3: Analisis Tiga Ciri-ciri Pembentukan Insan Bermoral di Malaysia

3.1 Ciri Pertama: Prinsip Altruisme

Thomas (I970) menjelaskan perkataan altruisme sebagai “sesuatu sikap atau


perbuatan yang menyenangkan orang lain, memanfaatkan dan prihatin terhadap
orang lain”. Oleh itu, altruis (altruist) ialah orang yang pemurah, atau dermawan. Nagel,
T. berpendapat utk memperoleh sifat altruism dalam diri sendiri, seseorang individu
mesti iuga bersifat empati, bersifat terbuka & percaya akan orang Iain, bertoleransi &
boleh menerima orang lain. Untuk ahli altruis,
merekamasih menganggap bahawa ada sesuatu altruism dalam sifatmanusia, iaitu
manusia hanya hendak melakukan sesuatu yang baikuntuk orang lain.

Sebenarnya, prinsip Altruisme ada berkaitan dengan dimensi moral individu,


iaitu emosi moral. Perasaan emosi moral dapat membawa kepada perlakuan individu
yang mengawal perlakuan, menghalang individu membuat sesuatu yang bersifat
antisosial. Contohnya, perasaan empati menyrbabkan seseorang individu membantu
orang yang miskin tanpa mengira kepentingan diri. Individu yang boleh beremosi moral
dapat memahami kesusahan, perasaan dan pemikiran orang lain. Maksud emosi
moral ini sama dengan ciri-ciri dalam prinsip autonomi.

Contoh prinsip altruisme ialah seperti seluruh dunia tanpa mengira bangsa
telah bersatu padu menyumbangkan tenaga dalam bentuk tenaga dan wang ringgit
untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa. Hal ini demikian kerana
mereka mempunyai rasa empati terhadap kanak-kank yang kehilang ibu bapa dalam
tsunami tersebut.

8
3.2 Ciri Kedua: Prinsip Autonomi

Konsep autonomi melibatkan pertimbangan serta kebebasan dalam memilih


untuk melakukan sesuatu perbuatan atau sebaliknya, maksudnya seseorang individu
tersebut bebas untuk membuat apa yang diingini atau memberi sebab-sebab tertentu
jika seseorang itu dihalang daripada melakukan apa yang dirasakannya baik. Ia
adalah berdasarkan kepada dua perkara iaitu kemahuan atau paksaan.

Prinsip altruisme ini juga sama maksud dengan salah satu dimensi moral, iaitu
penaakulan moral. Pada penaakulan moral, ia bermaksud seseorang individu dapat
membuat pertimbangan atau fikiran secara rasional dan berautonomi. Ini juga
bermaksud melakukan sesuatu dengan bebas seperti yang disebut dalam prinsip
altruisme.

Walau bagaimanapun, prinsip autonomi ini tidak merangkumi perkara2 yg


boleh meruntuhkan atau memusnahkan kebajikan orang lain. Terutama sekali
sekiranya tindakan seseorang tersebut memudaratkan orang lain ataupun melakukan
sesuatu

Antara contohnya adalah Nazri memilih tidak merokok kerana dia sedar
bahawa merokok membahayakan kesihatan. Dia tidak merokok bukan kerana dia
takut dimarah ibubapa / guru tetapi kerana kesedaran dalaman yang tinggi dantidak
mudah dipengaruhi oleh sesiapapun. Ini bermaksud dia bebas memilih apa yang
bermoral dan betul.

Dalam doalan ketiga pula, beberapa ciri pembentukan insan bermoral telah
diutarakan sepeti Altruisme, Autonomi dan juga Keadilan. Nilai-nilai tersebut amat
penting dalam individu, masyarakat, dan juga negara. Maka, kanak-kanak sekarang
haruslah diterapkan nilai-nilai tersebut supaya melahirkan generasu baru yang lebih
cemerlang. Guru-guru sekarang juga perlu bekerjasama membantu dalam penerapan
moral kepada murid-murid terutamanya guru moral. Dengan kerjasama semua pihak,
negara kita mesti akan menjadi lebih maju pada masa akan datang.

9
3.3 Ciri Ketiga: Prinsip Keadilan

Perkataan keadilan berasal daripada istilah ‘justice’ yang berasal daripada


bahasa Latin yang bermaksud ‘Law’. Kini “justice”. Menurut Kamus Dewan “keadilan”
bererti sifat (org, perbuatan, tindakan, keputusan, undang-undang ,hukuman dan lain-
lain) yang wajar atau berpatutan, tidak memihak kepada mana-mana (apabila
memutuskan sesuatut dan sebagainya). Konsep keadilan melibatkan sebarang
perbuatan &kelakuan yg adil terhadap diri sendiri dan orang lain, tidak merugikan
diri&org lain, serta melayan semua org dengan cara yang saksama.

Keadilan penting dalam penilaian moral dan prinsip ini amat berkaitan dgn
pemikiran atau pentaakulan. Apabila konsep keadilan ini dipegang oleh seseorang
individu, individu tersebut akn sentiasa berfikiran secara rasional dalam apa jua
keadaan pun. Ini secara langsung membawa individu tersebut utk mengawal dirinya

Keadilan merupakan satu piawai yang penting dalam penilaian moral dan
prinsip ini aat berkaitan dengan pemikiran atau penaakulan. Apabila konsep keadilan
ini dipegang oleh seseorang individu, maka individu tersebut akan sentiasa berfikiran
secara rasional dalam apa jua keadaan pun. Ini secara langsung akan membawa
individu tersebut untuk mengawak dirinya daripada unsur-unsur yang buruk seperti
perasaan tamak, kemarahan, panas baran dan sebagainya

Contoh yang berkaitan dengan prinsip keadilan adalah apabila guru melayan
murid pelbagai kelas sosial. Katakan dalam satu kelas, terdapat murid yang kaya dan
murid yang miskin, guru haruslah melayan mereka secara adil dan tidak berat sebelah.
Apabila membuat aktiviti guru perlu menjaga kepentingan semua pihak, dan bukannya
member keutamaan kepada murid yang kaya sahaja.

10
4.0 Kesimpulan

Secara kesimpulan, soalan satu dalam tugasan telah mengajar kita memahami
definisi bagi moral, nilai, etika dan juga akhlak. Inia mat penting bagi kita untuk
mengetahui asas dalam perlakuan baik. Dalam bahagian kedua dalam soalan 1 pula,
kita telah megetahui bahawa aliran pemikiran dalam moral adalah amat penting bagi
masyarakat. Saya talah membincangkan ciri-ciri aliran rasionalis dan intuitionis
daripada keempat-empat aliran pemikiran tersebut. Walaupun dikatakan aliran
pemikiran moral, tetapi kalau seseorang itu tidak menggunakannya dengan baik, maka
ia boleh membawa keburukan kepada seseorang. Oleh itu, seseorang itu perlu
memahami apakah oerkara betul yang terkandung dalam aliran tersebut.

Dalam soalan 2, jenis-jenis nilai dalam pendidikan moral telah dibanding


bezakan. Antara beberapa nilai yang telah dibanding adalah nilai relative dan nilai
mutlak, nilai objektif dan nilai subjektif, dan juga nilai intrinsic dan nilai instrumental.
Beberapa nilai tersebut terdapat keistimewaan atau ciri-ciri yang berbeza.

11
5.0 Rujukan

Ashmore, R. B. (1987). Building A Moral system. Hall: Prentice.

Henry, J. (1975). Golden rule days: American schoolrooms. Culture against man.

Nagel, T. (1970). The Possibility of Altruism. Cladendon Press: Oxford.

Raths, L., Harmin, M., dan Simon, S. (1980). Values and teaching. Ohio: Charles B. Merrill.

12

Anda mungkin juga menyukai