Anda di halaman 1dari 34

Topik2X Pendekatan,

Strategi dan Kaedah Pengajaran

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenalpasti pendekatan pengajaran yang sesuai digunakan; 2. Mengenalpasti strategi yang sesuai bagi pendekatan yang dipilih; 3. Menyatakan kaedah pengajaran yang sesuai dengan bidang pembelajaran; dan 4. Mengenalpasti peranan guru dalam melaksana dan menjayakan kurikulum Pendidikan Moral.

X PENGENALAN
Dalam bab 1, anda telah mengetahui tentang Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral dengan terperinci dan telah mendapat gambaran yang jelas tentang kandungan atau topik-topik matapelajaran Pendidikan Moral tahun 1 dan 2. Bab yang ke 2 ini pula akan membantu anda mengenal pasti pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran yang boleh dilaksanakan bersesuaian dengan nilai dan bidang pembelajaran yang telah diberi. Teruskanlah membaca bab ini, anda akan dijelaskan dengan maksud dan perbezaan antara pendekatan, strategi dan kaedah, khususnya dalam Pendidikan Moral untuk tahun 1 dan 2 ini.

AKTIVITI 1.1 24
X TOPIK 2 PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

2.1

PENDEKATAN
AKTIVITI 2.1

Sebagai seorang guru, anda pasti telah biasa dengan istilah pendekatan, strategi dan kaedah. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah-istilah tersebut dan perbezaannya dalam proses pengajaran. Sebagaimana yang kita tahu, , pendekatan ialah haluan atau cara yang diambil bagi mendekati, memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Guru hendaklah membina pendekatan yang sesuai dengan matlamat dan objektif pelajaran supaya sesuatu topik itu mudah diterima dan difahami oleh murid-murid. Apakah yang dimaksudkan dengan pendekatan dalam konteks ini. Secara ringkasnya, kita boleh definisikan pendekatan sebagai:
Pendekatan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan objektifnya.

Terdapat beberapa pendekatan khusus yang boleh dipraktikkan dalam Pendidikan Moral. Antaranya pendekatan penjelasan nilai, pendekatan pemupukan nilai, pendekatan perkembangan kognitif, pendekatan tindakan sosial dan pendekatan pembinaan rasional. Namun begitu, sebagai guru Pendidikan Moral, anda harus menganalisa dan memilih pendekatan yang sesuai dengan tahap dan kebolehan murid-murid.

2.1.1

Pendekatan-pendekatan dalam Pendidikan Moral

Pendekatan dalam Pendidikan Moral merangkumi teori dan prinsip-prinsip tentang bagaimana untuk membangunkan dan mengukuhkan perkembangan moral. Ia juga membantu kita untuk memahami dan mempraktikkan Pendidikan Moral. Terdapat sekurang-kurangnya 6 pendekatan khusus yang biasa digunakan secara meluas dalam perlaksanaan Pendidikan Moral sama ada secara formal atau tidak formal. Kita lihat dahulu secara ringkas contoh model-model pendekatan tersebut sebelum memilih yang sesuai dengan murid-murid tahun 1 dan 2.

TOPIK 2

PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

25

Rajah 2.1: Pendekatan dalam pendidikan moral

Mari kita bincangkan pendekatan-pendekatan tersebut dengan lebih lanjut: (a) Pendekatan Rasional Pendekatan yang digunakan lebih menekankan proses penaakulan dan kemahiran membuat analisa tentang nilai. Kemahiran berfikir secara rasional disampaikan menerusi: x makna nilai x prinsip demokrasi dan peranan individu di dalamnya x menganalisa pendidikan moral dalam masyarakat demokrasi. Pendekatan Bertimbang Rasa Pendekatan ini diperkenalkan oleh Peter Mc Phail. Matlamat pendekatan bertimbang rasa ialah untuk membantu murid-murid mengikuti satu gaya hidup atau cara hidup yang bertimbang rasa. Fokus utama pendekatan ini ialah belajar untuk memahami keperluan dan perasaan orang lain.

(b)

26

TOPIK 2 PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

(c)

Pendekatan Penjelasan Nilai Pendekatan ini melihat pendidikan moral sebagai alat untuk menggalakkan kesedaran diri dan mengambil berat tentang diri. Ia kurang memberi penekanan terhadap kemahiran menyelesaikan masalah moral. Pendekatan ini membantu murid mengenalpasti nilai-nilai mereka untuk mencapai matlamat ke arah kehidupan yang lebih terjamin dan bermakna. Pendekatan Analisa Nilai Pendekatan analisa nilai membantu murid-murid mengenalpasti langkahlangkah membuat keputusan dan pertimbangan moral secara sistematik. Metodologi yang digunakan ialah dengan melibatkan diri dengan persoalan-persoalan moral yang memerlukan kajian atau penyelidikan yang mendalam. Pendekatan Perkembangan Moral Kognitif Pendekatan perkembangan moral kognitif menekankan kepada cara untuk mengendalikan isu, masalah, konflik atau persoalan moral. Pendekatan Tindakan Sosial Pendekatan yang diperkenalkan oleh Fred Newman ini berkaitan dengan peranan warganegara dalam setiap institusi sosial. Fokus utama ialah kepada kebolehan sivik dan kecekapan bersosial. . Tujuannya ialah untuk memastikan setiap warganegara boleh berfungsi dalam masyarakat. Pendekatan Pemupukan Pendekatan ini adalah merujuk kepada teori pembelajaran tingkah laku. Menurut teori ini, seseorang belajar untuk bertingkah laku melalui pemerhatian terhadap persekitarannya. Sesuatu tingkah laku pula jika diberi peneguhan positif akan memungkinkan ianya diulang bila diberi rangsangan. Begitu juga sebaliknya jika diberi ganjaran yang negatif, akan memungkinkan perbuatan tersebut tidak akan diulangi lagi.

(d)

(e)

(f)

(g)

Walaupun terdapat pelbagai bentuk pendekatan yang dikemukakan untuk pendidikan moral, namun guru harus bijak memilih dan mengadunkannya mengikut kesesuaian isi pelajaran dan tahap kematangan murid. Ini kerana tidak dinafikan bahawa setiap pendekatan tersebut mempunyai kekurangan dan kelebihanya yang tersendiri. Manakala pendekatan yang akan kita bincangkan dengan lebih lanjut di sini adalah yang sesuai dengan murid-murid tahun 1 dan 2.

TOPIK 2

PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

27

2.1.2

Pemilihan Pendekatan yang Sesuai


AKTIVITI 2.2

Setelah membaca beberapa pendekatan khusus dalam pendidikan moral tadi, bolehkah anda memilih pendekatan manakah yang paling sesuai dilaksanakan kepada murid-murid tahun 1 dan 2. Mengapa?

Ya, model yang paling sesuai untuk diaplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut ialah model penjelasan nilai dan pemupukan nilai. Kita sedia maklum bahawa pada tahap 1, murid-murid masih belum matang. Oleh itu, kita tidak boleh menafikan pada peringkat awal mereka perlu didedahkan dengan nilai-nilai. Ia sebagai asas untuk mereka menggunakan kemahiran berfikir. Ini juga untuk melatih mereka membuat keputusan dan pertimbangan moral yang lebih berkesan dan bertanggungjawab untuk menjadi individu yang bersifat autonomi. Negara kita adalah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dengan kepelbagaian nilai di dalamnya. Suasana kepelbagaian nilai ini akan menyebabkan kemoralan terdedah kepada banyak pengaruh yang kadangkala mengelirukan. Oleh itu pendekatan penjelasan dan pemupukan nilai ini boleh membantu murid-murid mengatasi masalah kekeliruan nilai. Ia juga untuk mempromosikan set nilai-nilai yang konsisten dan selari dalam masyarakat majmuk. Maka, perbincangan kita seterusnya ialah tentang pendekatan penjelasan nilai serta pendekatan pemupukan nilai.

28

TOPIK 2 PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

(a)

Pendekatan Penjelasan Nilai Pendekatan penjelasan nilai bertujuan untuk membantu murid-murid memperolehi dan memahami nilai-nilai yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan. Terdapat 4 elemen utama dalam pendekatan penjelasan nilai. Ia meliputi:

Fokus kepada kehidupan. Ia menekankan tentang isu-isu yang relevan dalam kehidupan murid-murid seperti tanggungjawab pada diri dan keluarga. Menerima nilai-nilai yang baik yang dipersetujui dalam masyarakat sejagat dan boleh menerima pandangan orang lain. Pendekatan ini bukan saja menganjurkan penerimaan nilai-nilai yang baik, tetapi juga mempraktikkannya. Ini dilakukan dengan menjelaskan nilai-nilai yang baik, kesedaran tentang diri individu dan memupuk nilai dalam tingkah laku. Ia juga meningkatkan fungsi kendiri. Individu yang melalui proses ini akan menghargai keupayaan dirinya dalam membuat keputusan.

x x

Menurut teori penjelasan nilai (Raths, Harmin, Simon 1978), mereka yang jelas dengan hubungan antara diri mereka dengan masyarakat akan bersifat positif, bermatlamat, bersemangat dan bangga dengan diri mereka. (b) Pendekatan Pemupukan Nilai Sebelum kita meneruskan perbincangan kita ini, cuba renung kepada situasi berikut:

TOPIK 2

PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

29

Gambar kisah dalam video Bobo doll dan kesannya kepada kanak-kanak. Situasi: Beberapa orang kanak-kanak dibawa menonton video tentang kisah seorang yang bertindak agresif terhadap patung yang diberi nama Bobo. Bobo ditumbuk dan dipukul dengan kayu, dihumban serta disepak berkali-kali. Selepas menonton video itu, kanak-kanak itu dibawa ke sebuah bilik yang penuh dengan permainan yang menarik. Namun begitu, mereka tidak menyentuhnya. Kemudian, mereka dibawa pula ke sebuah bilik lain yang diletakkan patung yang serupa dengan Bobo. 88% daripada kanak-kanak itu melakukan seperti yang ditonton dalam video tadi. Manakala, 40% daripada mereka masih membuat perlakuan yang sama walaupun telah 8 bulan berlalu selepas peristiwa itu.

AKTIVITI 2.3
Sila layari laman web: www.criminology.fsu.edu/crimtheory/bandura.htm yang memaparkan situasi di atas. Apakah kesimpulan yang boleh anda buat daripada kisah atau eksperimen diatas? Menurut teori pembelajaran sosial, persekitaran memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk tingkah laku atau moral seseorang. Ini termasuklah keluarga, masyarakat, alam sekitar dan budaya. Terdapat empat cara utama yang mempengaruhi perlakuan seseorang, iaitu:

30

TOPIK 2 PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

Rajah 2.2: Cara utama yang mempengaruhi perlakuan seseorang

Albert Bandura (1963) yang menjalankan eksperimen di atas merumuskan bahwa personaliti terbina daripada interaksi 3 perkara utama iaitu persekitaran, tingkah laku dan psikologi dalam diri. Beliau mendapati kanak-kanak pada umur 3 hingga 6 tahun akan mengubah tingkah laku mereka dengan meniru orang lain. Peniruan boleh berlaku melalui 3 cara, iaitu:

Rajah 2.3: Cara peniruan berlaku

TOPIK 2

PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

31

Peniruan berlaku dengan berkesan melalui 4 proses, iaitu:

Rajah 2.4: Proses yang terlibat dalam peniruan

Beberapa perkara di bawah boleh mempengaruhi motivasi positif tersebut, iaitu:


(i) (ii) (iii) peneguhan daripada tingkah laku sedia ada peneguhan atau insentif yang dijanji atau digambarkan kepadanya melihat dan mengingati model yang ditiru

Motivasi negatif pula adalah untuk tidak meniru. Ia berlaku melalui:


(i) (ii) (iii) dendaan yang pernah diterima dendaan yang akan diperolehi (ancaman atau amaran) teringat dendaan.

32

TOPIK 2 PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

Skinner menamakan proses peniruan tersebut dengan gerak balas respondan. Peneguhan positif dan negatif akan melazimkan atau membiasakan sesuatu tingkah laku. Ini dinamakan dengan pelaziman operan. Peneguhan positif ialah memberikan ganjaran selepas sesuatu tingkah laku berlaku. Ganjaran boleh diberi dalam bentuk senyuman, pujian atau hadiah. Ia akan memungkinkan sesuatu tingkah laku tersebut diulang pada situasi yang serupa. Peneguhan negatif pula adalah dalam bentuk dendaan atau hukuman. Pengalaman menerima dendaan akan menghalang seseorang daripada melakukan tingkah laku yang ditegah tersebut. Walaupun kedua-dua teori ini tidak menekankan aspek emosi, tetapi ia penting pada peringkat awal perkembangan moral kanak-kanak. Ini kerana mereka mempelajari tingkah laku melalui pemerhatian dan meniru tingkah laku orang di sekeliling mereka samada ibu bapa, rakan atau guru. Manakala mereka memahami tingkah laku yang betul atau salah melalui ganjaran atau dendaan yang diperolehi. Oleh itu adalah sangat penting untuk ibu bapa dan guru untuk menunjukkan contoh teladan yang baik dan konsisten memberi peneguhan supaya tingkah laku yang baik dapat dipupuk dan yang salah ditinggalkan.

2.1.3
(a)

Aplikasi bagi pendekatan

Aplikasi Pendekatan Penjelasan Nilai Pendekatan penjelasan nilai menyediakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang konkrit untuk dilaksanakan dalam pendidikan moral. Secara umumnya, pendekatan penjelasan nilai melalui 3 proses utama dan 7 subproses, iaitu:
Jadual 2.1: Pendekatan Penjelasan Nilai Proses Utama (i) Pendedahan dan pemilihan nilai-nilai x x x x x x x Subproses pemilihan secara bebas, atau melalui pilihan selepas memikirkan kesan perbuatan dan sebagainya menghargai pilihan yang telah dibuat bersedia mempertahankan pilihan melakukan apa yang telah dipilih konsisten (bila berhadapan dengan situasi yang sama)

(ii) Penghargaan (iii) Bertindak

TOPIK 2

PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

33

Rajah 2.5: Proses dan peringkat pendekatan penjelasan nilai Sumber: http://scied.gsu.edu/Hassard/mos/6.4a.html

Kita sebagai guru perlu menggalakkan murid-murid melalui proses tersebut. Proses-proses tersebut dilaksanakan dalam 3 bentuk kandungan, iaitu:

34

TOPIK 2 PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

Rajah 2.6: Bentuk kandungan proses penjelasan nilai

Kirschenbaum (1977) menambah, pendekatan ini boleh diaplikasikan bersama dengan 5 dimensi lain, iaitu: (i) pemikiran (ii) emosi (iii) pemilihan (iv) komunikasi (v) tindakan/perlakuan Ini kerana pendekatan ini melibatkan perbincangan dan komunikasi, berkongsi pendapat dan perasaan serta kemahiran mendengar dan menyelesaikan konflik.

TOPIK 2

PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

35

Proses penjelasan nilai merangkumi perbincangan tentang isu kehidupan yang telah dinyatakan dalam topik pertama. Murid-murid perlu dibimbing untuk melahirkan sikap mereka terhadap sesuatu nilai. Kemudian, guru membincangkan isu-isu tersebut dengan nilai-nilai yang wajar. Ini dilakukan mengikut kesesuaian tahap pemikiran murid-murid kita.
SEMAK KENDIRI 2.1

Nyatakan 3 proses utama dalam pendekatan penjelasan nilai.

(b)

Aplikasi Pendekatan Pemupukan Nilai Pendekatan pemupukan berasaskan prinsip moral perlu diperkukuhkan dengan tindakan. Individu yang mempraktikkan prinsip moral dianggap matang. Suasana persekitaran seseorang memainkan peranan penting dalam memupuk kemoralan pada peringkat awal. Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini, terdapat 4 prinsip utama yang mempengaruhi tindakan moral pada peringkat awal, iaitu: (i) peniruan (ii) pelaziman (iii) ganjaran (iv) dendaan Berdasarkan teori tingkah laku tersebut, kemoralan boleh dipupuk dengan membiasakan perlakuan moral dan konsisten dalam memberi ganjaran atau dendaan. Contoh teladan yang baik juga penting untuk menjadi model kepada murid-murid. Tumpuan pembelajaran adalah kepada tingkah laku luaran yang dipengaruhi daripada peniruan dan peneguhan. Maka, prinsip utama pendekatan ini adalah rangsangan dan gerakbalas serta peneguhan. Ia berdasarkan anggapan bahawa murid akan mengekalkan sesuatu tingkah laku jika peneguhan yang sesuai diberikan. Ini bermaksud, apabila seseorang murid diberikan ganjaran selepas melakukan sesuatu, dia akan berkecenderungan untuk mengulanginya setiap kali menemui rangsangan yang serupa.

36

TOPIK 2 PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

Skinner (1968) telah mempraktikkan pendekatan ini melalui 4 langkah, iaitu:

Murid-murid didedahkan dengan fokus pelajaran yang tersusun, langkah demi langkah, dalam bentuk soal-jawab (stimulusrespon).Kita boleh mengaitkan pengalaman atau pengetahuan sedia ada yang positif dan baik dengan aktiviti pembelajaran tersebut. Murid-murid perlu memberi respon dan guru memberi maklum balas.Guru boleh juga menggalakkan aktiviti berkumpulan untuk mengelakkan perasaan takut murid-murid jika aktiviti dibuat secara individu. Murid-murid boleh belajar daripada kaitan antara rangsangan dan tindakbalas. Ini bermakna tingkah laku murid boleh dilazimkan menurut gerakbalas yang diingini oleh guru. Guru perlu cuba membimbing dengan membuat penyusunan soalansoalan dari yang mudah kepada yang susah. Ini untuk membolehkan murid-murid memberi jawapan yang betul dan guru memberi respon dan peneguhan positif. Murid yang menerima peneguhan positif seperti bagus, baik atau kamu berjaya akan cuba melakukan yang terbaik walaupun tidak lagi menerima pujian. Memastikan tingkah laku yang baik dipupuk dan dikukuhkan dengan memberi pujian, hadiah atau markah yang baik. Rangsangan dan motivasi seperti ini boleh membangkitkan tingkah laku positif. Bahkan ia boleh ditingkatkan dengan menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan mereka.

Pendekatan ini berasaskan beberapa prinsip iaitu: (i) tingkah laku yang diberi peneguhan positif akan diulang. Peneguhan yang konsisten dan berterusan adalah lebih efektif. (ii) maklumat atau nilai yang diberi tidak terlalu banyak dalam satu-satu masa. Ini supaya ia mudah dipupuk. (iii) peneguhan perlu diperluaskan kepada tingkah laku yang serupa untuk meneguhkan pelaziman. Ringkasnya, teori-teori ini boleh diaplikasikan dalam bilik darjah melalui: (i) Guru menunjukkan contoh yang baik kepada murid dalam semua aspek sama ada cara bertutur, bertindak dan cara berpakaian. (ii) Murid juga boleh belajar melalui model simbolik. Oleh itu pembelajaran melalui tayangan video boleh dilakukan. Namun, cerita mestilah yang tidak menunjukkan unsur keganasan.

TOPIK 2

PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

37

(iii) Memastikan objektif pembelajaran dan aktiviti dalam bilik darjah sesuai dengan tahap dan kebolehan murid. Ini untuk mengelakkan murid gagal untuk mencapai atau melakukannya. Kegagalan boleh membawa kepada pemupukan sikap negatif seperti rendah diri, malu dan sebagainya. (iv) Teori-teori ini boleh digunakan untuk mengubah tingkah laku yang tidak diingini kepada tingkah laku yang baik. Tingkah laku yang baik hendaklah sentiasa diberi ganjaran atau pujian. Tingkah laku yang tidak diingini pula perlu segera didenda untuk mengelakkan ianya diulangi. (v) Menjelaskan kesan sesuatu perbuatan boleh meningkatkan perilaku baik dan mengurangkan perilaku yang tidak sesuai. (vi) Guru perlu membantu murid mencapai matlamat tingkah laku yang diharapkan.

2.1.4
(a)

Peranan Guru dan Murid dalam Menjayakan Pendekatan

Peranan Guru

Guru memainkan peranan yang penting dalam menjayakan pendekatan. Bagaimanakah caranya? Berikut adalah beberapa cara yang boleh kita ambil sebagai contoh: (i) Sebagai guru, kita mesti sentiasa menunjukkan contoh perlakuan yang baik. Kita bertanggung jawab untuk mempraktikkan nilai-nilai yang disampaikan kepada murid. Ini kerana selain di rumah, murid akan belajar melalui pengalaman mereka di sekolah dan di dalam kelas. Oleh itu kita mesti mempunyai keperibadian yang tinggi supaya menjadi contoh dan teladan sama ada dari aspek perkataan, perbuatan atau gerak geri. Dengan kata lain, guru tidak boleh bersikap double standard.

38

TOPIK 2 PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

Guru perlu memahami dan menguasai ilmu mengenai perkembangan moral. Guru perlu membuat sintesis daripada teori-teori perkembangan psikologi, sosial, pembelajaran atau penaakulan. Contohnya, teori perkembangan kognitif akan membantu guru bila memberi penekanan kepada penaakulan moral. (ii) Guru juga mesti berusaha untuk cuba mewujudkan suasana sebenar seperti di rumah atau dalam masyarakat. Stimulasi moral dalam suasana bilik darjah memberi peluang kepada murid-murid mempraktikkan peranan sebenar mereka. (iii) Mempelbagaikan aktiviti berpandukan pendekatan yang sesuai dengan murid. Ini adalah untuk menarik minat dan menimbulkan semangat ke arah mempraktikkan moral. (iv) Guru juga mesti mengetahui dasar-dasar dan cara mengajar yang sesuai dan berkesan. Ini kerana peranan kita bukan saja untuk mengembangkan ilmu tetapi juga mendidik jasmani, rohani dan moral. Kita juga perlu mementingkan konsep dalam pengajaran. Pengajaran konsep penting kerana ia berhubung rapat dengan kefahaman dan makna sesuatu idea. Penerangan tentang sesuatu juga mesti jelas dan jitu kerana murid-murid juga belajar melalui model verbal. (v) Kita juga perlu sentiasa memberi motivasi dan rangsangan kepada murid-murid untuk mempraktikkan apa saja yang dipelajarinya. Antaranya dengan membantu mereka mengenalpasti matlamat, memantau perkembangan mereka dan menyediakan ruang untuk mereka belajar kendiri. Selain itu peneguhan yang positif mesti dilakukan secara konsisten untuk menggalakkan perilaku yang baik. (b) Peranan Murid Murid harus bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. Untuk itu mereka sememangnya mempunyai peranan dalam menjayakan proses pembelajaran yang mereka lalui. Antara peranan dan tugas murid adalah: (i) murid perlu belajar dan menghayati pengajaran yang disampaikan oleh guru. Tumpuan sepenuhnya perlu diberikan kepada proses pengajaran dan pembelajaran samada semasa guru membuat penjelasan atau menjalankan sesuatu aktiviti. Murid juga mesti sentiasa bermotivasi, tekun dan bersungguh-sungguh serta berkeyakinan dan berdisiplin ketika menghadapi pelajaran untuk mempertingkatkan prestasi diri. Paling penting, segala kemahiran dan nilai-nilai yang baik yang diperolehi mesti dipraktikkan sentiasa dalam kehidupan seharian. (ii) Murid perlu mengetahui tujuan dan hasil pembelajaran disamping kemahiran yang perlu dikuasai. Ini membolehkan mereka memberi tumpuan ke arah pencapaian dan penguasaan hasil pembelajaran tersebut.

TOPIK 2

PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

39

(iii) Murid perlu memberitahu guru sekiranya belum dapat menguasai atau memahami pelajaran. Ini supaya dapat membantu guru mengubahsuai aktiviti atau merancang pengajaran yang lebih berkesan. (iv) Semua murid perlu bersama-sama berbincang dan bermuafakat dengan bimbingan guru untuk menjayakan aktiviti atau menyelesaikan sesuatu masalah yang telah dirancang oleh guru. Melaluinya, murid akan sama-sama mencapai dan menghayati kefahaman terhadap idea dan konsep serta kemahiran-kemahiran yang diserapkan dalam aktiviti pembelajaran. (v) Murid sepatutnya tidak menganggap guru sebagai pembekal maklumat tetapi sebagai seorang yang menjadi sumber pengetahuan yang boleh membantu mereka mencari maklumat dan pengetahuan. Disamping itu , sebagai seorang insan yang menggalakkan, melatih dan menstimulasi mereka untuk berfikir dan berkomunikasi seterusnya melalui pengalaman kehidupan dengan baik. Untuk membolehkan murid-murid memainkan peranan tersebut dengan baik, kita sebagai guru mesti sentiasa membimbing dan membantu mereka untuk menjana pengetahuan, idea dan kemahiran-kemahiran baru.

SEMAK KENDIRI 2.2


Nyatakan 3 cara bagaimana teori pembelajaran sosial boleh dipraktikkan dalam bilik darjah.

2.2
2.2.1

PEMILIHAN STRATEGI YANG SESUAI


Aplikasi Kemahiran Sosial dan Kemahiran Pemikiran Kreatif

Strategi ialah susunan pendekatan dan kaedah atau langkah-langkah yang diambil untuk melaksanakan sesuatu perancangan dalam pengajaran untuk mencapai objektif. Pemilihan dan perlaksanaan strategi yang betul dan sesuai akan menyeronokkan proses pembelajaran dan mencapai objektif dengan berkesan.

40

TOPIK 2 PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

Strategi pengajaran yang disarankan ialah yang boleh membina dan mengukuhkan minat murid-murid terhadap pembelajaran. Teknik pengajaran yang digunakan seharusnya sesuai dengan perkembangan diri dan kebolehan murid-murid. Ini supaya proses pembelajaran lebih berkesan, menarik dan bermakna. Secara umum, terdapat 3 strategi utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Rajah 2.7: Strategi utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Mari kita tinjau setiap strategi dengan lebih lanjut. (a) Strategi Pemusatan Guru Dalam strategi ini, guru memainkan peranan utama dan menguasai aktiviti pembelajaran. Strategi ini sesuai untuk murid-murid pada peringkat awal seperti pada peringkat tahun 1 dan 2 ini. Ini kerana mereka belum mempunyai pengetahuan yang luas dan memerlukan banyak bimbingan. Guru perlu menjelaskan dahulu tentang konsep dan isi pelajaran kepada mereka. Antara kaedah yang biasa digunakan dalam strategi ini ialah syarahan, bercerita dan demonstrasi. Strategi Berpusatkan Murid Strategi berpusatkan murid melibatkan murid secara aktif dalam pembelajaran. Murid-murid dan guru perlu sama-sama memainkan peranan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada tahun 1 dan 2, kemahiran sosial dapat dipupuk melalui komunikasi dua hala antara murid dengan guru atau guru dengan murid. Sifat-sifat bersosial yang positif juga boleh diterapkan dan dipraktikkan dalam aktiviti kumpulan seperti tolong menolong, menghormati orang lain, bekerjasama dalam kumpulan dan sifat bertimbang rasa. Contoh aktiviti

(b)

TOPIK 2

PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

41

dalam strategi ini ialah perbincangan kumpulan, pembelajaran koperatif, lakonan, penyelidikan dan penyelesaian masalah. Proses peralihan dan arah pembelajaran daripada pembelajaran berpusatkan guru kepada berpusatkan murid mengambil masa. Proses tersebut akan meningkat mengikut umur dan kematangan pelajar. Rajah 2.8 menunjukkan kontinuum pergerakan pembelajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran berpusatkan murid.

Rajah 2.8: Strategi berpusatkan murid Sumber: http://mahirppb.tripod.com/murid.htm

Berdasarkan kepada rajah tersebut, strategi pembelajaran yang sesuai bagi murid pada peringkat awal bermula dengan pendekatan berpusatkan guru. Ini kerana mereka masih belum matang dan kurang pengetahuan untuk membuat keputusan yang baik. Mereka memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar guru untuk memperkembangkan minda. Apabila keupayaan, pengetahuan dan pengalaman mereka meningkat, pergantungan kepada guru boleh dikurangkan. Namun begitu, pada tahap tahun 1 dan 2 ini, guru boleh mendedahkan dan menggalakkan murid-murid melalui pengalaman pembelajaran berpusatkan murid walaupun tidak secara sepenuhnya. Antara strategi yang boleh digunakan ke arah pembelajaran berpusatkan murid adalah: x Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat murid serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Memberi peluang kepada murid belajar secara individu, berkumpulan dan kelas. Contohnya; membuat kad ucapan secara individu dan menyanyi beramai-ramai.

42

TOPIK 2 PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

x x x

Melibatkan murid dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar. Memberi murid kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran. Mewujudkan prosedur pemantauan agar murid bertanggungjawab ke atas apa yang mereka pelajari. Contohnya memantau kebersihan bilik darjah selepas mengajar mereka berkaitan kebersihan. Menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan pelajar.

(c)

Pengajaran Berpusatkan Bahan Strategi ini menekankan penggunaan bahan-bahan bantu mengajar seperti gambar atau carta, televisyen, grafik komputer, model atau slaid.

Penggunaan bahan boleh menarik tumpuan murid-murid terhadap pengajaran. Ia juga boleh membantu murid memahami pelajaran dengan cepat dan mudah. Bahan-bahan yang menarik atau berwarna warni atau bersifat tiga dimensi dengan ulasan yang baik menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan berkesan terutamanya bagi tahun 1 dan 2 ini. Ringkasan huraian di atas boleh dilihat melalui Rajah 2.9:

TOPIK 2

PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

43

Rajah 2.9: Strategi utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan, strategi-strategi tersebut perlu dirancang dengan menggabungjalinkan kemahiran sosial dan kemahiran pemikiran kreatif. Kelebihan menggabungjalinkan strategi tersebut adalah seperti berikut:
(i) (ii) (iii) (iv) Membolehkan murid-murid menguasai dua kemahiran serentak. Proses pembelajaran lebih menarik dan mengelakkan rasa bosan. Menimbulkan suasana pembelajaran yang lebih bermakna dan berkesan. Kedua-dua kemahiran itu berkait rapat dan saling mengukuhkan antara satu sama lain.

Kemahiran pemikiran kreatif perlu digandingkan dan beroperasi bersama kurikulum ilmu. Manakala, kemahiran sosial pula adalah komponen untuk mewujudkan dan membantu proses pembelajaran.

44

TOPIK 2 PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

Menurut De Nobile, Pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti melibatkan proses yang: x bermakna x relevan x berkaitan dengan kehidupan, x melibatkan murid-murid secara aktif x melibatkan kemahiran pemikiran.

Untuk mengaplikasi kemahiran-kemahiran tersebut, kita perlu menyediakan ruang dan peluang yang boleh merangsang murid-murid berfikir. Guru boleh memberi contoh atau aktiviti yang benar-benar berkait dengan suasana kehidupan mereka. Bukan sesuatu yang direka-reka atau boleh diselesaikan dengan hanya merujuk buku teks. Keadaan sebenar ini akan merangsang minat murid untuk melibatkan diri atau cuba berfikir dan mengunakan kreativiti untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang diberi.

SEMAK KENDIRI 2.3


Kemahiran apakah yang perlu ditekankan dalam Pendidikan Moral tahun 1 dan 2. Mengapa?

2.2.2

Peranan Guru dalam Memupuk Kemahiran Pemikiran Kreatif dan Sosial

Guru perlu memainkan peranan dan merancang strategi yang boleh memupuk kemahiran sosial dan berfikiran kreatif. Ia boleh dilakukan melalui (a) Guru Perlu Menjadi Model x guru juga perlu berfikiran kreatif x menggalakkan murid berfikiran terbuka iaitu tidak mengulang semula saja apa yang dikatakan oleh guru tetapi cuba memberi fakta lain dengan bantuan guru. x Memberi peluang kepada murid membuat pilihan.

TOPIK 2

PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

45

x (b)

Membenarkan murid mengambil bahagian dalam membuat peraturan atau mencari penyelesaian masalah. Contohnya berbincang bagaimana untuk mengekalkan kebersihan bilik darjah. Sentiasa memotivasikan pelajar untuk bertindak.

Guru Perlu Berusaha untuk Mencipta Suasana yang Kondusif untuk Mempraktikkan Kemahiran-kemahiran Tersebut x Menggunakan perkataan atau soalan yang menggalakkan pemikiran kreatif dan boleh dijawab oleh murid. Contohnya, adakah sifat jujur itu penting dalam persahabatan?. x Menggalakkan murid main peranan dalam perkara-perkara yang biasanya menjadi konflik dalam masyarakat. Main peranan juga boleh melatih kemahiran sosial. Contohnya, apa yang kamu akan lakukan jika kamu ternampak kawan kamu meniru semasa ujian?. x Menggalakkan dan membantu murid menghuraikan sesuatu jawapan yang diberi. x Memberi soalan terbuka iaitu yang ada banyak jawapan.

Contoh soalan-soalan yang boleh membina kemahiran pemikiran kreatif adalah seperti berikut: (a) Soalan Penjelasan Contoh: Berikan saya satu contoh. Anda setuju jawapan A atau B? (b) (c) (d) Soalan yang Meneroka Andaian Contoh: Adakah perkara ini selalu berlaku? Soalan yang Perlu Alasan atau Bukti Contoh: Boleh kita cari bukti yang perkara itu betul? Soalan yang Meminta Pandangan Contoh: Bagaimanakah pandangan orang lain? Mengapa mereka berkata begitu? Soalan yang Perlu Mencari Implikasi dan Kesan Contoh: Apa kesannya jika kamu buat begitu?

(e)

AKTIVITI 1.1 46
X TOPIK 2 PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

2.3

PEMILIHAN KAEDAH PENGAJARAN YANG SESUAI

Kaedah adalah satu perancangan aktiviti untuk melaksanakan pengajaran dengan teratur dan sistematik. Ia dibuat dalam bentuk langkah-langkah tersusun untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran. Guru perlu memilih kaedah yang sesuai dan boleh memenuhi objektif serta keperluan pembelajaran murid.

2.3.1

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Kaedah

Pemilihan kaedah yang betul akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Ini kerana setiap kaedah ada kelebihan dan kekurangannya jika dikaitkan dengan sesuatu topik pelajaran. Perkara-perkara berikut biasanya mempengaruhi guru dalam memilih kaedah yang sesuai: (a) Objektif Pengajaran (b) Bahan Pengajaran dan Pembelajaran x Ia merangkumi isi pelajaran dan bahan bantu mengajar yang digunakan. x Bahan bantu mengajar diubahsuai mengikut kaedah yang dipilh. Jangka Masa Pengajaran x Kaedah yang dipilih tidak boleh melebihi masa pengajaran. x Contohnya, kaedah perbincangan perlu mengambilkira berbincang dan membentang perbincangan.

(c)

masa

(d)

Latar Belakang dan Jumlah Murid x Latar belakang termasuk umur, jantina, peringkat pencapaian dan tahap keupayaan murid. Iklim dan Suasana Sekolah x Ini termasuk kemudahan infrastruktur dan suasana persekitaran sekolah. x Ini kerana aktiviti juga boleh diadakan di luar kelas untuk mengelakkan kebosanan murid.

(e)

2.3.2

Kaedah Pengajaran

Antara kaedah yang sesuai dilaksanakan untuk murid-murid tahun 1 dan 2 adalah seperti yang dicadangkan di bawah:

TOPIK 2

PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

47

(a)

Kaedah Bercerita Anda ingatkah lagi dengan kisah seekor anjing dengan bayang-bayangnya? Apabila disebut saja cerita ini, ia pasti terus membawa kita kepada keburukan sikap tamak. Cerita ini kukuh dalam ingatan kita kerana pada waktu itu kita sangat suka dan seronok mendengar cerita. Begitu juga dengan kanak-kanak pada tahap 1 ini, mereka akan merasa seronok jika guru boleh menyampaikan cerita dengan baik. Apatah lagi jika disampaikan dengan intonasi yang menarik, disertakan gambar, bunyi bunyian atau alat-alat yang digambarkan dalam cerita. Mereka akan mudah ingat dan terangsang untuk belajar. Cerita akan mengingatkan mereka dengan nilai-nilai yang diajar. Dalam masa yang sama, mereka akan mudah melihat kesan kebaikan atau keburukan sesuatu perbuatan: (i) Kelebihan Kaedah Bercerita
x x Kanak-kanak merasa lebih seronok belajar. Kanak-kanak mempunyai naluri semulajadi suka dan mudah meniru watak-watak yang diminati. Oleh itu cerita yang dipilih mestilah yang mempunyai unsur-unsur yang positif. Boleh memupuk interaksi dan kemahiran sosial yang baik terutamanya antara guru dan murid atau sesama murid. Muridmurid juga akan mudah memberi respon dan menjawab soalan apabila mereka merasa seronok.

(ii)

Langkah dalam Melaksanakan Kaedah Bercerita Semasa melaksanakan kaedah ini, guru dinasihatkan mengikuti beberapa langkah yang dicadangkan mennghidupkan lagi suasana, iaitu:

untuk untuk

48

TOPIK 2 PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

Suasana mestilah menarik dan teratur. Contohnya murid-murid duduk dalam bulatan. Guru juga boleh membawa murid keluar dari kelas seperti duduk di padang atau taman sekolah. Namun begitu, pastikan murid boleh duduk dalam keadaan selesa dan berdisiplin supaya tidak mengganggu murid lain. Guru digalakkan untuk menjadi pelakon iaitu menggunakan suara, intonasi dan gerak geri yang menarik. Guru juga digalakkan untuk menggunakan bahan sampingan untuk menarik tumpuan murid. Contohnya, gambar, patung atau topeng. Hendaklah memastikan cerita disampaikan dalam keadaan tersusun dan tidak terlalu cepat. Murid-murid di tahap rendah memerlukan masa untuk berfikir dan memahami cerita. Guru perlu mengaitkan nilai-nilai moral dan kelakuan-kelakuan yang terpuji di akhir cerita.

Cerita yang menarik memberi kesan yang mendalam kepada murid. Bahkan guru juga boleh menunjukkan cara untuk menyelesaikan masalah. Dalam satu kajian(Doland & Adelberg 1967), seorang guru menggunakan anak-anak patung untuk menggambarkan cerita mengenai 2 orang kanak-kanak bergaduh sehingga menyebabkan permainan pecah kerana mereka tidak mahu berkongsi. Kemudian, kanak-kanak tersebut diajak berbincang tentang cara-cara untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku. Selepas melalui sesi tersebut, kanak-kanak itu didapati menjadi kurang agresif dan mula boleh bertolak ansur bila bermain. (b) Kaedah Nyanyian Mendengar lagu dan menyanyi merupakan aktiviti yang digemari ramai. Kanak-kanak sehingga ke peringkat remaja malah kita semua amat menggemari muzik dan nyanyian. Sedar atau tidak, kita mudah mengingati senikata lagu daripada mengingati fakta ketika membaca buku. Maka, guru perlu mengambil peluang ini untuk menggunakan elemen muzik atau nyanyian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini sangat sesuai bagi murid-murid terutamanya pada tahap 1. Selain menyeronokkan, senikata yang diserap dan dikukuhkan dengan unsur-unsur moral mudah diingati. Zainure Mohd Said (2006) telah membuat kajian mengenai penggunaan elemen muzik dan nyanyian dalam matapelajaran Biologi. Beliau mendapati bahawa 88% daripada pelajar tersebut dapat melabelkan semula gambar rajah yang digunakan dalam pembelajaran dengan betul.

TOPIK 2

PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

49

Nor Hazrin (2006) pula, membuat kajian yang dinamakan Jazz Chant iaitu menggunakan teknik nyanyian untuk meningkatkan perbendaharaan kata sains dikalangan murid tahun tiganya. Sebelum menggunakan teknik itu, markah tertinggi yang boleh diperolehi adalah 86%. Selepas menggunakan teknik itu, didapati ada murid yang boleh mendapat markah sehingga 100%. Beliau juga mendapati sesi pembelajaran menjadi lebih aktif dan murid-murid memberi respon yang baik terhadap soalan-solan yang diberi: (i) Kelebihan Teknik Nyanyian
x x x murid-murid terangsang untuk belajar dengan aktif aktiviti ini melibatkan semua pelajar ia boleh memupuk kemahiran sosial melalui kerjasama semasa nyanyian beramai-ramai.

Aktiviti nyanyian boleh digunakan samada semasa memulakan pembelajaran untuk merangsang motivasi murid untuk belajar atau digunakan sebagai isi pelajaran sendiri. Ia juga boleh digunakan pada akhir pelajaran untuk mengukuhkan isi pelajaran yang diajar. (ii) Contoh Lagu Antara contoh lagu yang boleh digunakan.

Contoh 1 Pelajaran mengenai nilai kebersihan diri dalam bidang perkembangan diri.

Bangun pagi Gosok gigi Pergi mandi Pakai baju Makan roti Minum kopi Suka hati Setiap pagi
*Lagu ini boleh dikaitkan dengan nilai kebersihan diri dan minda yang positif.

50

TOPIK 2 PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

Contoh 2 Pelajaran mengenai nilai kasih sayang dalam bidang diri dan keluarga.

satu satu saya sayang ibu Dua dua saya sayang ayah Tiga tiga sayang adik kakak 1 2 3 saya sayang semuanya

AKTIVITI 2.4
Cuba senaraikan beberapa lagu lain yang boleh dikaitkan dengan nilainilai dalam bidang pembelajaran Pendidikan Moral tahun 1 dan 2. Lengkapkan jadual di bawah.
Topik /Nilai Tajuk Lagu

(c)

Kaedah Permainan Permainan juga merupakan aktiviti yang paling diminati dan sesuai untuk perkembangan kanak-kanak. Guru-guru boleh mengadakan perbincangan mengenai nilai-nilai moral semasa dalam permainan tersebut atau di akhir sesi pembelajaran. (i) Kelebihan Teknik Permainan
x Selain daripada merasa seronok dan menambah minat, kaedah permainan memberi peluang kepada murid membina kemahiran jasmani, keyakinan diri dan merangsang sifat kepimpinan. Ia boleh memupuk kemahiran sosial berinteraksi secara positif dengan guru dan sesama rakan. Melalui aktiviti ini juga, guru boleh mengenalpasti kelemahan dan kemampuan murid terutamanya yang berkaitan dengan kemahiran sosial.

x x

TOPIK 2

PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

51

(ii)

Contoh Aktiviti Permainan Bidang pembelajaran 1: Nilai berkaitan diri dan masyarakat. Topik: Menghormati rakan. Permainan mencantum kad. Guru membahagikan murid kepada 2 atau 3 kumpulan. Tiap-tiap kumpulan diberikan kad-kad sukukata yang mengandungi perkataan-perkataan tentang nilai dan sikap menghormati rakan. Murid dikehendaki mencantumkan kad-kad tersebut menjadi seberapa banyak perkataan yang boleh. Aktiviti ini boleh dilakukan di luar bilik darjah. Guru meletakkan kad-kad di satu tempat lain dan murid bergilir mengambil 1 kad untuk dicantumkan dengan kad yang telah mereka ada.

(d)

Kaedah Main Peranan Teknik main peranan melibatkan guru memberi situasi dan murid melakonkannya secara spontan. Main peranan boleh dilakukan secara berstruktur iaitu guru memberitahu murid apa yang perlu dilakukan dan dikatakan. Teknik main perana tanpa berstruktur pula ialah guru hanya memberitahu situasi dan murid melakukan dengan cara dan perkataannya sendiri. (i) Kelebihan Kaedah Main Peranan

Guru boleh menggalakkan murid berfikir dan bertindak secara spontan. Ini boleh mengasah kemahiran pemikiran dan kreativiti mereka. Guru boleh melatih murid mengembangkan kemahiran sosial murid dengan mendedahkan kepada mereka sesuatu perkara atau isu yang boleh dilakukan secara praktikal kepada mereka. Guru boleh melihat sejauhmana kefahaman murid tentang sesuatu perkara dan reaksi sebenar mereka dari segi perasaan atau perlakuan. Ia juga boleh melatih murid menjadi berani untuk mengambil bahagian dalam aktiviti.

52

TOPIK 2 PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

Namun begitu teknik main peranan ini hanya boleh melibatkan sebahagian kecil sahaja murid. Biasanya murid yang ingin megambil bahagian ialah murid yang aktif dan berbakat. Oleh itu guru perlu memberi peluang dan galakkan juga kepada murid yang lemah atau kurang aktif untuk melibatkan diri. Guru juga boleh cuba untuk menggandingkan antara murid yang lemah dan yang aktif dalam sesuatu situasi. (ii) Contoh Aktiviti Main peranan boleh dilakukan contohnya dalam topik: x menghormati keluarga iaitu memainkan peranan sebagai ibu bapa dan anak. x hemah tinggi dalam pergaulan iaitu memainkan peranan dalam satu situasi suai kenal.

(e)

Kaedah Lawatan

Ini adalah satu kaedah yang membolehkan murid membuat pemerhatian secara langsung, membuat penilaian dan pertimbangan tentang sesuatu perkara di luar bilik darjah. Aktiviti secara langsung ini memudahkan guru menerapkan nilai moral dengan lebih berkesan. Lawatan biasanya dibuat ke luar sekolah seperti rumah-rumah kebajikan. Namun begitu bagi peringkat rendah, guru juga boleh membawa murid melihat di dalam lingkungan sekolah saja seperti di taman bunga sekolah atau tempat mengumpul sampah. Kaedah lawatan lebih berkesan kerana murid boleh menggunakan pelbagai deria iaitu melihat, bau, rasa dan sebagainya dan juga pelbagai kemahiran. Guru perlu memilih tempat yang sesuai berdasarkan nilai moral yang hendak disampaikan. Semasa lawatan, guru hendaklah memberi keterangan dan penjelasan serta membantu dan memandu murid mencapai objektif yang sepatutnya dari lawatan tersebut. Nilai-nilai moral boleh dibincangkan selepas lawatan dilakukan.

TOPIK 2

PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

53

Aktiviti ini boleh dilakukan contohnya ketika menyampaikan nilai yang berkaitan dengan isu alam sekitar dan kebersihan di tempat awam. Guru boleh membawa murid ke taman sekolah atau ke kantin sekolah sendiri. Guru boleh membincangkan bagaimana murid boleh melibatkan diri dalam sebarang usaha untuk menjaga kebersihan kawasan-kawasan tersebut. (f) Kaedah Tunjuk Cara Guru akan menunjukkan sesuatu perlakuan cara di hadapan kelas. Murid pula akan cuba memahami dan meniru perlakuan tersebut dengan melihat, mendengar, berkomunikasi dan menggunakan pemikiran mereka. Teknik tunjuk cara perlu dilakukan dengan jelas dan teratur. Guru perlu memastikan semua murid dapat melihat dan mendengar dengan baik dan jelas. Kaedah ini boleh dilakukan bila menyampaikan topik kebersihan diri. Guru boleh menunjukkan cara yang betul untuk membersihkan anggota badan dan murid meniru atau sama-sama melakukan seperti mana yang dilakukan guru. Walaupun beberapa kaedah pengajaran telah dicadangkan di atas, namun sebenarnya tiada satu kaedah pun boleh dianggap terbaik dalam semua aspek, setiap masa atau dengan semua murid. Oleh itu guru perlu menggunakan sepenuhnya kreativiti dalam memilih kaedah yang sesuai dengan nilai atau topik, masa dan keupayaan serta juga latar belakang murid. Jika kita menggunakan satu teknik saja dalam pengajaran, ia sebenarnya akan menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran itu sendiri.

AKTIVITI 2.5
Anda ada idea lain tentang kaedah yang sesuai? Bincangkan untuk berkongsi dengan rakan sekelas anda.

54

TOPIK 2 PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

SEMAK KENDIRI 2.4


(a) (b) (c) Bincangkan secara ringkas 2 pendekatan yang sesuai dilaksanakan dalam Pendidikan Moral tahun 1 dan 2. Apakah faktor-faktor yang perlu diteliti dalam memilih kaedah pengajaran yang sesuai? Berikan tiga contoh kaedah pengajaran yang sesuai untuk tahun 1 dan 2. Apakah teknik yang perlu untuk menjayakan kaedah tersebut.?

x x x x

x x x x

Pendekatan ialah cara untuk melaksanakan sesuatu tugas. Pendekatan yang sesuai untuk tahun 1 dan 2 ialah pendekatan penjelasan nilai dan pendekatan pemupukan. Pendekatan penjelasan nilai adalah untuk membantu murid memperolehi dan memahami dengan jelas nilai-nilai dalam kehidupan. Pendekatan pemupukan nilai adalah untuk menggalakkan dan memupuk tingkah laku yang baik melalui pemerhatian dan peneguhan yang positif. Begitu juga sebaliknya. Pendekatan pemupukan berasaskan teori pembelajaran tingkah laku. Contoh, teori oleh Skinner dan Bandura. Guru bertanggungjawab untuk menunjukkan sikap dan nilai-nilai yang positif kerana murid juga belajar melalui pemerhatian mereka. Pemilihan strategi pengajaran yang betul perlu untuk keberkesanan dalam pembelajaran. Kaedah yang sesuai dalam Pendidikan Moral tahun 1 dan 2 antaranya ialah bercerita, nyanyian, main peranan dan lawatan.

Pendekatan pengajaran Pendekatan penjelasan nilai Pendekatan pemupukan Strategi pengajaran Strategi berpusatkan guru Strategi berpusatkan murid Strategi berpusatkan bahan

Kaedah pengajaran Kaedah nyanyian Kaedah bercerita Kaedah main peranan Kaedah lawatan Kaedah tunjuk cara

TOPIK 2

PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

55

x x x x

Albert Bandura dicapai pada 30 jun 2007 dari laman web:


http://webspace.edu/cgboer/bandura.html.

Bobo Doll experiment. Dicapai pada 6 Julai 2007 dari:


http://academic.evergreen.edu/n/hiljusol/bobo.htm. Bowring-Carr,C. & West-Burnham,J. (2004). Pent: Annuar Ayub. Belajar Cara Berkesan Di sekolah. Institut Terjemahan Negara Malaysia. De Nobile,J. (2006). Values Education and Quality Pedagogy. Paper presented at the Board of studies Primary education Forum, Sydney. Dicapai pada 29 Jun 2007 dari: http://news.boardofstudies.nsw.edu.au/index.cfm/2007/5/14/valueseducation-and-quality-pedagogya-summary-paper. Hersh R.H, Miller J.P, Fielding G.D.Friend. (1980). Models of Moral Education : an appraisal. New York: Longman. Hopkins,D. A Teachers Guide To Classroom Research. (3rd Ed.). Buckingham: Open University. Kirschenbaum,H. (1992). A Comprehensive Model for Values Education and Moral Education. Phi Delta Kappan:v73n10p77176. dicapai pada 1 Julai 2007dari: http://www.eric.ed.gov/ERICWebPortal/custom/recordDetail?accno=E J445733 Nor Hazrin Diana Abdul Razak. (2006). Kajian meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata dalam sains dicapai pada 7 julai 2007 dari: apps.emoc.gov.my/jpnperak/kajian/2006/laporan/45_nor_azrin.pdf

x x x

x x

Operant Conditioning (B.F Skinner). Dicapai pada 30 Jun 2007 dari


http://tip.psychology.org/Skinner.html

Observational (social) learning: An overview.dicapai pada 30 jun 2007 dari


laman web Educational psychology interactive, Valdosta GA: Valdosta State University: http://chiron.valdosta.edu/whuitt/col/soccog/soclrn.html

x x

Rosini Abu & Ramlah Hamzah. (1998). Pedagogi 1: Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah. Selangor: Longman Malaysia. Tam Yeow Kwai. (2006). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

56

TOPIK 2 PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

x x x

Tyler, R.W. (1997). Pent: Kamaruddin Hussin & Hazil Ahmad, Prinsip Asas Kurikulum dan Pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Wright,D. (1971). The Psychology of Moral Behaviour. England: Penguin Books Ltd. Zainure. (2006). Penggunaan Elemen Muzik di Dalam Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran. Biologi dicapai pada 7 Julai 2007 dari: apps.emoe.gov.my/jpnperak/kajian/2006/laporan/48_zainure.pdf

Anda mungkin juga menyukai