Anda di halaman 1dari 2

Soalan : Jelaskan implikasi Teori huraian bahasa (Nahu Tradisional, Struktural, Transformasi Generatif, Fungsional) terhadap pengajaran bahasa.

Implikasi Teori huraian bahasa Nahu Tradisional Teori ini mengemukakan ciri bahawa tulisan lebih penting daripada pengucapan atau lisan maka dalam bilik darjah, pengajaran bahasa yang berbentuk deduktif sangat ditekankan. Dalam konteks ini, hukum-hukum bahasa perlu dikuasai oleh murid dan kemahiran menulis merupakan kemahiran utama yang terlebih dahulu dikuasai oleh murid. Tatabahasa terjemahan juga digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua.

Implikasi Teori huraian bahasa Struktural Dalam teori ini, bahasa merupakan alat komunikasi yang utama dan aspek pertuturan merupakan alat perhubungan asas utama. Implikasi teori ini terhadap pengajaran bahasa adalah ia menekankan lebih kepada rangsangan dan gerak balas. Bahan rangsangan untuk penguasaan lisan ditunjukkan dahulu sebelum pengajaran kemahiran menulis. Berbanding teori nahu tradisional, teori ini lebih kepada pengajaran menggunakan pendekatan berbentuk induktif. Pendekatan induktif mempunyai tanggapan bahawa

mempelajari sesuatu itu ialah untuk mendapat hukumnya yang dibentuk melalui pengumpulan maklumat. Tugas dan tanggungjawab guru ialah memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman. Pengajaran juga berasaskan fakta dalam erti kata lain, ia dijalankan secara formal. Teori ini tidak menekankan penyampaian makna dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Makna perkataan dijelaskan dengan cara memberikan makna yang sama dalam bahasa natif dalam pembelajaran bahasa kedua.

Implikasi Teori huraian bahasa Transformasi Generatif Melalui teori ini dinyatakan bahawa manusia itu dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk berbahasa. Justeru, implikasi melalui teori ini terhadap pengajaran bahasa adalah menggunakan pendekatan huraian bersifat deduktif dan kaji diri. Hal ini kerana guru bertindak memberikan rumus-rumus struktur frasa dan transformasi. Rumus-rumus transformasi berkuasa menggugurkan dan menambahkan unsur kata dan mengubah atau menyusun semula ayat.

Implikasi Teori huraian bahasa Fungsional Teori ini memberikan implikasi terhadap pengajaran bahasa bahawa sebagai alat perhubungan, fungsi bahasa bukan setakat untuk menggambarkan fikiran tetapi juga dapat menggambarkan penuturnya. Aspek yang ditekankan ialah perubahan yang berlaku pada bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi. Tiga fungsi utama dalam berbahasa ialah fungsi ideasonal, interpersonal, dan tekstual. Seterusnya, melalui teori ini juga dirumuskan bahawa asas elemenelemen dalam struktur bahasa ialah semantik dan bukannya hubungan sintaksis.

Anda mungkin juga menyukai