Anda di halaman 1dari 2

WAN AHMAD FITRI BIN WAN AZIZ 5 PISMP RBT/PJ/BM(C/T) TUGASAN ISL : PERANCANGAN DAN RAMALAN KEWANGAN Seseorang

individu menjalankan sesuatu perniagaan sebagai suatu sumber

pendapatan. Melalui perniagaan yang dijalankan pula, keuntungan yang maksimum diletakkan sebagai matlamat utama. Namun begitu, keuntungan sahaja tidak dapat menjamin hayat sesuatu perniagaan disebabkan ada lagi matlamat-matlamat lain yang mesti dititkberatkan bagi memastikan hayat sesuatu perniagaan dapat bertahan lama. Antara matlamat bagi memastikan hayat sesuatu perniagaan dapat bertahan lama adalah dapat memberikan kepuasan kepada pengguna dan penjual itu sendiri. Apabila kehendak dan keperluan seseorang itu dipenuhi, maka dia akan berasa puas hati. Jika tidak, kepuasannya tidak akan tercapai. Misalnya, barang atau perkhidmatan yang dibeli oleh seseorang itu dapat memenuhi keperluan dan kehendak pihak pembeli, maka pembeli akan berasa puas hati. Begitu juga dengan penjual barang atau perkhidmatan. Bayaran yang diperoleh daripada jualan barang atau perkhidmatan dan ia digunakan untuk memenuhi keperluan dan kehendak penjual, maka penjual akan mencapai kepuasan. Di samping itu, matlamat untuk mempelbagaikan produk atau perkhidmatan boleh juga membantu dalam meningkatkan hayat sesuatu perniagaan supaya mampu bertahan lebih lama. Melihat kepada persekitaran perniagaan yang terdiri daripada ramai pesaing-pesaing yang turut memperniagakan produk dan perkhidmatan mereka, kelebihan untuk sesebuah perniagaan yang dijalankan terus berada dalam komuniti perniagaan yang stabil dapat dijelmakan melalui kemahiran untuk memperbaharui serta mereka cipta sesuatu produk yang jauh berbeza dari pesaing-pesaing yang menjalankan perniagaan yang sama. Sebagai contoh, dalam perniagaan perabot, sebuah kedai mampu menjana pendapatan yang konsisten meskipun persekitarannya mempunyai banyak kedai-kedai yang turut menjual perabot yang sama kerana kedai tersebut menawarkan perabot dengan rekaan baru yang menepati kehendak pengguna selain kefungsian produk ditambah baik. Kesimpulannya, ternyata matlamat untuk memaksimumkan keuntungan sahaja tidak mampu untuk memastikan hayat sesuatu perniagaan dapat bertahan lama. Justeru itu, sebagai seorang peniaga, minda mereka haruslah terbuka untuk menjamin hayat perniagaan selain mampu berjaya dengan cemerlang dalam perniagaan yang dijalankan.

WAN AHMAD FITRI BIN WAN AZIZ 5 PISMP RBT/PJ/BM(C/T) TUGASAN ISL : PENYEDIAAN BELANJAWAN TUNAI

Butir Baki awal Penerimaan tunai Jualan tunai Bantuan kewangan Bayaran masuk Jumlah Penerimaan Pembayaran tunai Sewa Kadar bayaran Pelbagai belanja Belian kredit Mesin fotostat Jumlah Pembayaran Lebihan (kurangan) Baki akhir

Jun RM 3600

Julai RM 13800

Ogos RM 29250

RM 10000 RM 750 RM 10750

RM 11000 RM 5000 RM 16000

RM 12100 RM 12100

RM 250 RM 120 RM 180 RM 550 RM 10200 RM 13800

RM 250 RM 120 RM 180 RM 550 RM 15450 RM 29250

RM 250 RM 120 RM 180 RM 6500 RM 4000 RM 11050 RM 1050 RM 30300

Anda mungkin juga menyukai