Anda di halaman 1dari 1

Tersentak Hairil mendengarkan namanya disebut dengan kuat.

Matanya yang separuh


terbuka melilau-lilau mencari arah suara tersebut. Kelihatan seorang lelaki tercegat di
hadapannya bercekak pinggang dengan riak muka bengis seolah-olah mahu menelan dirinya.
Rotan yang dipegang lelaki itu dihempaskan sekuat hati di meja Hairil. Hairil, bangun !!!
bentak Cikgu Azrul yang sejak tadi memerhatikan tingkah laku Hairil yang lena tidur umpama
sejak awal kelas Bahasa Melayu bermula. Sambil menggosok-gosok mata, Hairil berdiri di
tempatnya tanpa sebarang rasa bersalah. Seluruh ahli kelas 5 Dahlia senyap tanpa bicara
menantikan hukuman yang akan diberikan oleh Cikgu Azrul kali ini kepada Hairil. Guru-guru
serta rakan-rakan sekelasnya kenal benar akan perangai Hairil yang selalu menimbulkan
masalah dalam bilik darjah dan di sekolah. Hairil, kali ini saya tidak akan bertolak ansur lagi.
Ikut saya sekarang, saya akan adukan masalah awak ini pada pengetua sekolah.

Anda mungkin juga menyukai