Anda di halaman 1dari 3

Latihan 1.

Huraikan tiga kategori media pengajaran yang terdapat di pusat sumber untuk pengajaran mata pelajaran pengkhususan anda. 1) Media cetak seperti buku teks dan akhbar sebagai rujukan murid. 2) Sampel sebenar seperti bahan pameran tiga dimensi 3) Media visual iaitu media tayang kaku seperti transparensi, slaid dan mikrofilem 4) Papan pameran seperti papan kapur, papan putih, papan flannel dan papan buletin.

2. Terangkan bagaimana anda memilih media yang sesuai untuk kategori murid berikut - Pelajar visual - Pelajar kinestatik

Bagi pelajar visual, saya akan memilih media yang mempunyai perkataan dan berbentuk dua dimensi. Sebagai contoh, media cetak seperti buku teks dan surat khabar dan media bahan grafik seperti lukisan, poster dan kartun.

Manakala, bagi pelajar kinestatik saya memilih media sampel sebenar iaitu bahan pameran tiga dimensi iaitu boneka, diorama dan model. Melalui media ini, murid akan melakukan aktiviti yang diminta oleh guru seperti membuat cerita menggunakan boneka. 3. Jelaskan dengan contoh yang sesuai bagaimana pelbagai jenis dan bentuk media dapat digunakan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

i)

Media gambar kaku iaitu kad imbasan seperti bentuk-bentuk dua dimensi dan tiga dimensi. Pada kad imbasan, bentuk-bentuk dua dimensi dan tiga dimensi dipamerkan beserta nama bentuk-bentuk terbabit. Selain itu, cara melukis bentuk dan penggunaan bentuk pada objek sebenar boleh ditunjukkan kepada murid. Ini membolehkan murid mengaplikasikan konsep belajar kendiri.

ii)

Bahan pameran tiga-dimensi iaitu model seperti model realia, ikan hiasan yang sebenar. Berdasarkan ikan hiasan yang sebenar, murid dapat meneroka lebih jauh tentang bahagian-bahagian luar ikan hiasan dan fungsinya untuk menambahkan kefahaman mereka.

Latihan iii) Media tayang bergerak iaitu pita video seperti demonstrasi mengurus tanaman hiasan. Melalui apa yang dilihat oleh murid, peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran timbul kerana murid berupaya melihat dan merasai sendiri pengalaman mengurus tanaman hiasan.

4. Terangkan perbezaan antara media tayang kaku dan bahan grafik dengan memberi contoh yang sesuai.

Media tayang kaku Perbezaan - Boleh ditayangkan pada skrin atau layar - Perlu menggunakan alatan berteknologi untuk dipaparkan Contoh Transparensi, slaid

Bahan grafik - Boleh ditayangkan tanpa menggunakan skrin - Tidak perlu menggunakan alatan berteknologi untuk dipaparkan

Lukisan, poster

Fotografi 1. 2. 3. Jelaskan kesan komponen berikut terhadap mutu gambar foto yang terhasil - Lensa bidang luas (wide angle) - Lensa telefoto - Filem ISO 500 4. Jelaskan pelarasan yang perlu dilakukan terhadap yang berikut untuk menghasilkan gambar pemandangan dalam rajah, - saiz apertur - kelajuan pengatup

Latihan Kamera video 1. Luahan idea melalui kamera video boleh dilakukan secara imaginatif dengan menggunakan shot daripada pelbagai sudut kamera serta cara pergerakan kamera.

a) Bincangkan bagaimana shot berikut boleh digunakan semasa anda membuat rakaman lawatan ke Zoo Negara. Berikan contoh yang sesuai - Long shot - Medium shot - Close-up

b) Cadangkan dua jenis pergerakan kamera video yang anda boleh gunakan untuk merakam pemandangan di kawasan Zoo Negara.

Anda mungkin juga menyukai