Anda di halaman 1dari 9

Nama : Muhamad Ashraf Fahmi bin Mustafa Wan Ahmad Fitri bin Wan Aziz Amali 9 : Merancang dan

melaksanakan aktiviti berdasarkan Teknik drama (mimos, arca, improvisasi, main peranan, simulasi, teater bercerita, pentomin, mestamu, dekon), Teknik permainan bahasa, Teknik latih tubi, dan Teknik bercerita.

Mata Pelajaran Kelas Bilangan murid Tarikh dan masa

Bahasa Melayu 4 Seroja 40 orang 24/9/2013 (8.30 9.30 pagi)

TEMA TAJUK

Jati diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan Kemerdekaan Standard Kandungan 4.4 Melafazkan dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.

FOKUS UTAMA

Standard Pembelajaran

4.4.2 Mendeklamasi sajak dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas secara didik hibur serta memahami maksud sajak tersebut.

Pada akhir pengajaran, murid dapat: i. OBJEKTIF ii. iii. mendeklamasikan sajak dengan sebutan dan intonasi yang betul. melagukan sajak dengan kaedah mestamu menggunakan irama yang sesuai. Menyatakan maksud sajak dua daripada empat rangkap.

PENGISIAN KURIKULUM

i. Ilmu: Sivik dan kewarganegaraan ii. Nilai : Keberanian, kerjasama iii. TKP: Verbal-linguistik, interpersonal, muzik iv. KB: Menganalogikan, rasional, menganalisis, membuat kesimpulan

Nama : Muhamad Ashraf Fahmi bin Mustafa Wan Ahmad Fitri bin Wan Aziz SISTEM BAHASA MEDIA Kosa kata : bangkit, perkasa, petualang, waja. Video, komputer riba, lembaran kerja

Pengetahuan sedia ada Murid pernah didedahkan cara mendeklamasikan sajak pada pengajaran yang lalu. *Maklumat Tambahan Pendekatan: Eklektik Strategi: Berpusatkan murid Kaedah: Didik Hibur Teknik: Simulasi STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENGISIAN KURIKULUM

AKTIVITI

CATATAN

Set Induksi (3 minit) Teka lagu 1. Guru memperdengarkan kepada murid sebuah lagu bertajuk Merdeka. 2. Murid akan meneka lagu yang didengari. 3. Murid mengaitkan lagu tersebut menceritakan apa. 4. Guru mengaitkan lagu dengan tajuk pembelajaran pada hari ini. Nilai: Keyakinan Ilmu: Sivik daan kewarganegaraan KB: Menganalogikan

BBM: Komputer riba

Langkah 1 (15 minit) Mendeklamasikan sajak 1. Guru mengedarkan sebuah sajak bertajuk Sumpah Anak Merdeka (Lampiran 1) kepada murid. 2. Murid akan mendeklamasikan sajak secara individu dengan bimbingan guru. TKP: Verballinguistik KB: Rasional BBM: Lembaran kerja

Nama : Muhamad Ashraf Fahmi bin Mustafa Wan Ahmad Fitri bin Wan Aziz 3. Secara berpasangan, murid dikehendaki mencari makna bagi perkataan berikut: i - bangkit ii perkasa iii petualang iv waja

Langkah 2 (14 minit) Memahami sajak 1. Murid berbincang maksud sajak Sumpah Anak Merdeka secara berkumpulan. 2. Guru membimbing perbincangan setiap kumpulan. 3. Dua orang dari setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan mereka. 4. Seorang akan membentangkan maksud sajak manakala rakannya akan menggayakan apa yang diperkatakan. Nilai: Kerjasama, keyakinan TKP: Interpersonal, verbal-linguistik KB: Menganalisis BBM: Lembaran kerja

Langkah 3 (15 minit) Memberikan irama kepada sajak Nilai: Kerjasama 1. Guru menunjukkan klip video berkenaan mestamu melagukan sajak tanpa muzik. 2. Berdasarkan sajak Sumpah Anak Merdeka, murid memberikan irama kepada sajak secara berkumpulan. 3. Guru mengemukakan pendapat dan membuat penilaian. TKP: Muzik, interpersonal BBM: Video, Komputer riba

Nama : Muhamad Ashraf Fahmi bin Mustafa Wan Ahmad Fitri bin Wan Aziz Kemuncak (10 minit) 1. Guru mengedarkan sebuah sajak (Lampiran 2) yang berlainan bagi setiap kumpulan. 4. Setiap kumpulan dikehendaki untuk menggunakan irama yang sesuai bagi sajak mereka untuk aktiviti mestamu. 5. Murid akan membentangkan hasil tugasan mereka. 6. Rakan sekelas akan memberikan komen dan penambahbaikan. Penutup (3 minit) 1. Guru merumuskan isi pelajaran pada hari Nilai: Keberanian, ini. kerjasama 2. Guru dan murid menyanyikan lagu Merdeka. BBM: Komputer riba Nilai: Kerjasama TKP: Muzik, interpersonal KB: Membuat kesimpulan

Nama : Muhamad Ashraf Fahmi bin Mustafa Wan Ahmad Fitri bin Wan Aziz LAMPIRAN 1 Nama: SUMPAH ANAK MERDEKA Aku anak merdeka Bangkit dari persada luka Berdiri megah di pentas wira Inginku tebus maruah bangsa Aku anak merdeka Terjaga dari ranjang kecewa Berpaksi gagah di panggung perkasa Ingin ku bela nasib bangsa Aku anak merdeka Harapan nusa dan bangsa Akan kutentang petualang negara Yang tegar membuat angkara Aku anak merdeka Di hati semangat waja Di dada penuh satria Ini Tuah akan membela Untuk kubalut luka lama Serunai Faqir Wangsa Maju Berikan makna lain bagi perkataan-perkataan di bawah: 1. Bangkit 2. Perkasa 4. Waja = ________________ = ________________ = _________________ Kelas:

3. Petualang = ________________

Nama : Muhamad Ashraf Fahmi bin Mustafa Wan Ahmad Fitri bin Wan Aziz PADA TANAH MERDEKA INI Kami kenal tanah ini selutnya pernah berbaur hanyar darah yang tumpah daripada liang derita para pejuang lumpurnya pernah tersimbah daripada batang tumbuh para pahlawan relung tanah ini pernah bergegar dek jerit pekik pejuang kemerdekaan yang mencari benih kebebasan dadanya pernah mengambus kujuran kaku anak nusa yang bangkit membina benteng bersama keris dan tombahk bersahaja menyambung nyawa demi tanah ini tidak diragut ganas. Pada tanah merdeka ini telah tumbuh rimba kemajuan dan manusia kian lupa asal diri lalu api nasionalisme yang lantang bertiup sejak berdekad lalu kini terpaksa menunggu sepi mentari Ogos untuk bernyala kembali yang membelah relung tanah ini dahulu kini kian lenyap ditawan arus duniawi erti kemerdekaan kian kabur dalam mata fikir anak-anak kini. Namun kami tetap bersyukur kerana dengan korban suci Nukilan: Wan Muhamad Shukri Wan Abd Rahman LAMPIRAN 2

Nama : Muhamad Ashraf Fahmi bin Mustafa Wan Ahmad Fitri bin Wan Aziz

UNTUK BANGSA MERDEKA Untuk sebuah bangsa merdeka jauhlah daripada rendah diri dan hipokrasi mimpi malam kolonialisme yang ngeri keluh-kesah hak asasi menghilang identiti diri. Untuk sebuah bangsa merdeka luas dalam horizon perjuangan tiada lupa akar bangsa serta sejarah yang mengalurkan nama megahnya tiada lupa tentang jerit bahasa. Untuk sebuah bangsa merdeka teruslah bergelut dengan dilema yang mengganggu citra unggul semakin kuat ditekan makin kemas berpegang kepada ikatan bukan nama simbol keris merdeka tapi semangatnya menjadi tajam hingga akhirnya. Seperti sebuah jarak padang terbuka tetap berani dengan kewujudan dirinya seorang yang memahami tangis bangsa monolog pada dirinya sendiri bersyukur kepada hari-hari lalunya. MOHD FADZIL YUSOF

LAMPIRAN 2

Nama : Muhamad Ashraf Fahmi bin Mustafa Wan Ahmad Fitri bin Wan Aziz

CINTA WAJA WARGA MERDEKA Dengan zikir kasih kami bukakan singgahsana menjulang jalur gemilang bersama sejarah Yang tertarik ceritera luka bersama air mata dari simbahan maruah moyang berzaman inilah bisikan cinta kami istana kasih yang kukuh merangkul mesra di persada visi menganyam janji pada diri. Meski telah kami punahkan sejarah berdarah dalam zikir kasih menyusur perjuangan namun segala yang pernah musnah membangkitkan urat nadi pembela pertiwi menjujnjung martabat bangsa bermaruah kerana, kamilah warisan turun temurun memadu sumpah buat dititipkan pada seluruh cakerawala setia - akan kami laungkan keamanan - akan kami nyanyikan semangat merdeka. Di maya ini, kami tafsir segala peradaban menyirami kuntum perkasihan di laman telah kami baja keakraban pengalaman musteru ngeri luka silam masih mengimbau menggamit sejuta pesona waspada akan kami tangkis durjana menepis mengikis tapak sengsara di mata di sini, kamilah anak merdeka melangkah maju tidak gementar membentuk wawasan tidak gegar.

LAMPIRAN 2

Nama : Muhamad Ashraf Fahmi bin Mustafa Wan Ahmad Fitri bin Wan Aziz Demi cinta bersemi ketamadunan hakiki melaut kasih pada keharmonian kamilah pejuang pembangunan abadi akan kami cincang cabaran merentang akan kami tentang jejak melentang kamilah pewaris menunjang pedang kerukunan dengan benteng sejuta pagar keamanan akan kami wangikan seluruh maya menabur bunga bijaksana bangsa atas gemala cita menyatu sejahtera tidak akan rebah dimamah sejarah tidak akan goyah dipatah dugaan kami abadikan seluruh degup jantung membina cinta waja dalam sumpah - kami anak merdeka ada misi membentuk kemenangan ada visi membentuk kemahuan. Karya: Sabariah Bahari

Anda mungkin juga menyukai