Anda di halaman 1dari 4

DI TITIAN KEMERDEKAAN

BY DHARMAWIJAYA
telah datang angin kemerdekaan

melambai tanah air berlagu sentosa

telah gemilang sumpah kerelaan

membelai bangsa sepanjang usia.

setiap menjelang kemerdekaan ini

bergemalah di hati anak peribumi

sejahtera bangsa menggenggam kemenangan

keramat bangsa menentang keagungan.

Kemerdekaan, di sini bumi beningmu dipijak

di sini langit jernihmu dijunjung

cinta kasih tiadakan retak

meski debar sengketa melanda jantung.

tanah air tercinta hamparan setia

kamilah kini pewaris kemerdekaan

seluhur suara seteguh cita

menjunjung bakti mahkota kedaulatan.

MAKSUD RANGKAP SAJAK

Rangkap 1: Gambaran suasana sambutan hari kemeredekaan yang disambut dalam keadaan aman,
damai dan penuh dengan semangat patriotik oleh setiap warganegara yang cintakan tanah air.
Kemerdekaan yang dikecapi ini adalah hasil perjuangan yang ikhlas para pejuang terdahulu untuk
membebaskan negara tercinta ini, hingga kini semua warganegara berada dalam situasi yang
mendamaikan.

Rangkap 2: Apabila menjelangnya sambutan hari kemerdekaan, semangatnya kemerdekaan mula


dirasai oleh setiap warganegara. Kemerdekaan yang dikecapi hari ini membolehkan setiap rakyat
hidup dalam keadaan yang selesa Kemerdekaan dan kebebasan ini dicapai menerusi perjuangan para
pejuang tanah air yang menentang penjajah.
Rangkap 3: Kemerdekaan yang dicapai seharusnya menyedarkan setiap warganegara erti kesetiaan
dan ketaatan kepada negara tercinta tanpa berbelah bagi. Walaupun kita sering diancam dengan
perselisihan dan salah faham yang boleh mengugat keamanan serta keharmonian negara, cinta dan
kasih terhadap negara ini tak akan pudar.

Rangkap 4: Penyajak mengharapkan agar semua warganegara yang mendiami tanah tercinta ini
menumpahkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi pada negara ini kerana generasi muda hari ini
adalah pewaris kepada kemerdekaan dan kebebasan yang telah diraih.

UNSUR ESTETIK

GAYA BAHASA

• ANAFORA

MAKSUD: Pengulangan kata diawal baris

CONTOH: telah datang angin kemerdekaan

telah gemilang sumpah kerelaan

• RESPONSI

MAKSUD : Pengulangan kata ditengah baris

CONTOH : sejarah bangsa menggenggam kemenangan

keramat bangsa menentang keagungan

• METAFORA

MAKSUD : Kiasan atau perbandingan yang mempunyai dua kata yang berisi konkrit dan abstrak.

CONTOH : telah datang angin kemerdekaan

keramat bangsa sepanjang masa

mengunjung bakti mahkota kedaulatan

• PERSONAFIKASI

MAKSUD : Penggunaan unsur kemanusiaan terhadap unsur bukan manusia.

CONTOH : melambai tanah air berlagu sentosa

UNSUR BUNYI

• ASONANSI
MAKSUD: Pengulangan bunyi huruf vocal dalam sebaris sajak
CONTOH: telah datang angin kemerdekaan

• ALITERASI
MAKSUD: Perulangan bunyi huruf konsonan dalam sebaris sajak
CONTOH: seluhur suara seteguh cita
TEMA

Semangat nasionalisme. Kecintaan dan semangat terhadap negara tercinta semakin membara apabila
menjelangnya sambutan hari kemerdekaan. Pentingnya semangat kecintaan terhadap negara dengan
terus memberi sumbangan demi mempertahankan maruah dan kedaulatan negara. Menghargai jasa-
jasa pejuang yang mempertahankan negara.

BENTUK

➢ Separa terikat
➢ Mempunyai empat rangkap dan empat baris rangkap
➢ Satu baris mempunyai empat hingga lima patah perkataan
➢ Baris mempunyai sebelas hingga tiga belas sukukata
➢ Rima akhir ( a,b,a,b) (a,a,b,b) (a,b,a,b) (a,b,a,b)

PERSOALAN

1. Perjuangan para pejuang terdahulu untuk mendapat kemerdekaan. Kemerdekaan yang


diperolehi adalah hasil perjuangan para pejuang terdahulu untuk membebaskan negara.
(R1B1-B4)
2. Berjuang menentang penjajah. Semangat menentang penjajahan dalam pelbagai bentuk
harus disemai dalam setiap warganegara demi kedaulatan negara. (contoh: R1B1-B4)
3. Mempertahankan kemerdekaan yang dicapai. Setiap warganegara harus setia dan taat
kepada negara tanpa berbelah bagi serta tanpa mengira fahaman. (contoh: R3B1-B4)
4. Mempertahankan kedaulatan dan maruah negara. Kita harus mempertahankan
kedaulatannegara agar generasi akan dating dapat mengecapi nikmat kemerdekaan. (contoh:
R4B1-B4)
5. Keamanan dan kemerdekaan yang telah kita perolehi.
6. Menghargai jasa – jasa pejuangtanah air.
7. Perasaan cinta dan kasih terhadap negara.
8. Perasaan bangga dan bersyukur akan negara yang telah berdaulat dan mendapat
kemerdekaan serta menjunjung bakti demi kedaulatan.

NADA

• PATRIOTIK

CONTOH: “kamilah kini pewaris kemerdekaan”

NILAI

1. Nilai patriorik atau cinta akan negara.


2. Nilai toleransi atau bertolak ansur.
3. Nilai mempertahankan maruah bangsa.
PENGAJARAN

i. Kita mestilah mempunyai perasaan cinta akan tanah air untuk menunjukkan rasa sayang
yang mendalam akan negara.
ii. Kita mestilah bersikap toleransi antara semua masyarakat tidak kira kaum atau bangsa agar
rakyat tidak berpecah belah.
iii. Kita mestilah mempunyai semangat bersatu padu dlm menentang pejajah supaya negara
akan aman dan harmoni.

CITRA MASYARAKAT

i. Masyarakat yang ingin bebas dari penjajah


ii. Masyarakat yang mencintai negara.
iii. Masyarakat yang ingin hidup bersatu padu.
iv. Masyarakat yang setia.
v. Masyarakat yang menjunjung bakti.

Anda mungkin juga menyukai