Anda di halaman 1dari 50

MITOS SECEKAK

KERTAS TISU
 MARY
CASSANDRA
 VANESSA
 ELLY
 DENALIAH
SINOPSIS
Wang bukan segala-galanya. Ketika wang mempunyai nilai yang tinggi, kita
sangat bergembira untuk memiliki pelbagai barangan dan keperluan. Apabila
nilai wang jatuh, manusia mula menjadi keluh kesah dan porak peranda.
Lebih-lebih lagi apabila nilai wang jatuh yang menyebabkan harga barangan
menjadi terlalu mahal. Wang yang banyak tidak mampu memiliki sejumlah
barangan yang banyak dan tinggi nilainya. Manusia boleh hilang pegangan
akibat mempunyai masalah kewangan. Sejarah wang telah bermula sejak
sekian lama. Terdapat banyak pendapat tentang asal usul wang. Daripada
tamadun awal manusia hinggalah berlakunya revolusi perindustrian. Malah
sebelum itu, mata wang asalnya diperbuat daripada emas dan perak yang
kemudiannya wujud dalam bentuk kertas yang diberi nilai. Manusia perlu
sedar supaya mengelakkan diri daripada menjadi hamba kepada wang. Razeki
kita bukan tertakluk kepada nilai wang semata-mata. Teguhkan iman dan
yakinlah bahawa Allah yang memberi rezeki untuk kita
Maksud mitos adalah satu kepercayaan yang dipercayai benar. Apa
yang masyarakat percaya itu selalu dikaitkan dengan unsur luar
biasa dan unsur suci. Namun dalam kes wang kertas secekak itu
mungkin tiada yang jelas unsur sucinya. Tetapi ia memberi impak
yang luar biasa. Jika kita fahami naik dan turunnya nilai matawang
dalam ekonomi, kita mudah memahami bagaimana masyarakat
dunia termasuk negara kita bimbang apabila nilai matawang jatuh.
Wang yang banyak hanya boleh mendapat barang dan
perkhidmatan yang sedikit apabila nilainya jatuh. Dengan itu,
matawang telah menjadi satu dogma dan menakutkan ramai orang
jika jatuh nilainya.
Mereka takut tak cukup makan, pakaian dan tempat tinggal. Hal ini dikaitkan
dengan beberapa ayat dalam cerpen yang menggambarkan secekak kertas
tisu itu adalah wang yang sudah tiada nilai. Asalnya nilainya macam emas
malah kadang lebih tinggi daripada itu. Bila sudah tiada nilai maka ia seperti
sehelai kertas tisu yang gunanya hanya untuk lap kekotoran. Seluruh cerpen
ini berkait dengan kebimbangan masyarakat terhadap kejatuhnnya melalui
penceritaan watak "dia". Bagi yang beragama Islam sepatutnya percaya
bahawa rezeki manusia bukan semestinya sumber wang. Ada lagi lain cara
untuk mendapatkan rezeki. Contoh, bercucuk tanam, nelayan dan lain-lain
kerana yang dikatakan rezeki itu ialah apa yang kita dapat makan dan masuk
dalam mulut kita. Itu sebab dalam cerpen tersebut ada menyebut burung-
burung masih bebas terbang mencari rezeki tanpa risau tentang kejatuhan
"dia" secekak kertas yang jatuh nilai menjadi seperti tisu yang murah
harganya
BINAAN PLOT
■Permulaan
■ Pencerita menyatakan bahawa kewujudan
wang tidak dapat diramalkan oleh orang
ramai. Namun, ayah pencerita menjelaskan
bahawa wang itu telah berusia lama
dengan nafsu manusia yang ingin memiliki
segala-galanya.
■Perkembangan
■ Ayah mempunyai dua pancaindera yang disyukuri olehnya iaitu mata
yang rabun dan telinga yang kurang pendengaran. Ayah menceritakan
bahawa apabila nilai mata wang jatuh, segelintir rakyat akan
mengalami kegusaran dalam diri mereka untuk mencari rezeki.
Kerajaan telah menjalankan usaha-usaha untuk mengatasi kejatuhan
nilai mata wang ini, namun mungkin mengambil masa yang agak lama
untuk memulihkan kembali. Ayah memberitahu bahawa dengan
kerabunannya itu, beliau sedar bahawa kejatuhan nilai matawang ini
akan memberi kesan kepada keluarganya. Ayah pencerita tahu kerana
ibu menceritakan bahawa ayah telah pun melalui semua ini sejak
■Klimaks
■ Pada hari itu, pencerita bersama-sama dengan
penduduk kecil ini telah digemparkan dengan
kejatuhan nilai matawang yang mendadak. Hal ini
telah memberi kesan yang ketara kepada kemelesetan
ekonomi serta rakyat yang lain. Mula lah timbul rasa
kerisauan di hati pencerita tentang kejatuhan nilai
mata wang tersebut. Namun ayahnya menanamkan
keyakinan di dalam dada pencerita untuk tidak
berasa risau dan menerima dengan ikhlas dugaan
yang diuji oleh Tuhan
■Peleraian
■ Pencerita dikejutkan dari tidurnya oleh ayah dan
ibunya kerana mereka memberitahu bahawa nilai
mata wang yang jatuh telahpun memberi kesan
kepada ekonomi kewangan keluarganya.
Mendengarkan bisikan ayahnya, pencerita
memanjatkan doa kepada Tuhan agar
memperteguhkan keimananya dan memimpin dia
agar tidak berputus-asa mencari rezeki tanpa
menghiraukan kejatuhan nilai mata wang seperti
TEMA
MASALAH EKONOMI IAITU KEJATUHAN NILAI
MATA WANG
-Kejatuhan nilai mata wang akan menyebabkan kemelesetan
ekonomi negara dan memberi kesan yang buruk kepada semua
pihak.

Contoh:
Kejatuhan nilai mata wang yang berlaku di sesebuah negara
membawa kepada masalah ekonomi yang menjejaskan kehidupan
semua orang tidak kira yang kaya mahupun yang miskin.
Sesetengah mereka yang terkesan menjadi sasau dan diserang
histeria. Mereka juga berasa hampa, kecewa, putus asa sehingga
ada yang membunuh diri.
PERSOALAN
PERSOALAN SIFAT MANUSIA YANG TAMAK AKAN
WANG
-Sifat tamak akan wang melahirkan golongan kaya yang tidak
berperikemanusiaan dan menindas golongan yang lemah.

Contoh:
Ramai orang yang taksub akan kekayaan wang memjadi buta
tentang kemanusiaan seperti ahli korporat. Mereka yang berkuasa
seperti ahli politik, menyalahgunakan wang untuk mendapatkan
perlindungan politik. Kesannya, invididu seperti penipu kewangan
Amerika disingkirkan dari negaranya.
PERSOALAN BERSYUKUR
-Individu yang sentiasa bersyukur dengan apa-apa sahaja yang
dimiliki akan menjalani hidup yang sempurna walaupun serba
kekurangan.

Contoh:
Ayah bersyukur kerana masih memiliki dua pancainderanya iaitu
deria melihat dan mendengar walaupun tidak sempurna. Matanya
yang rabun mengelakkannya melihat wanita yang berpakaian tidak
senonoh. Pendengarannya yang kurang sempurna membolehkan
ayah mendengar Forum Perdana Hal Ehwal Islam di televisyen.
PERSOALAN KASIH SAYANG
TERHADAP PASANGAN
-Pasangan yang saling mengasihi antara satu sama lain akan
hidup bahagia dan dan sentiasa berjuang bersama-sama
menghadapi rintangan hidup.

Contoh:
Bagi ayah, ibu merupakan sayap dan tenaga kepada ayah.
Disebabkan ibu juga,ayah memperolehi keyakinan dan semangat
kemahuan serta semangat berjuang dalam hidupnya. Ibu pula
tidak pernah jemu merenung wajah ayah yang amat dia kasihi.
PERSOALAN SIKAP RASIONAL
-Seseorang yang bersikap rasional dapat menjalani hidup yang
selesa kerana mampu berfikiran waras dalam mengambil
pertimbangan yang wajar.

Contoh:
Ayah tidak terpengaruh dengan kejatuhan nilai mata wang
tersebut kerana masalah ekonomi yang timbul disebabkan hal itu,
tidak akan menggoyahkan gunung kasih sayang yang wujud
dalam sesebuah keluarga. Bagi ayah, hubungan keluargaan lebih
penting daripada nilai mata wang semata-mata. Buktinya,
hubungan penulis dengan ibu bapanya amatlah erat.
PERSOALAN BERIMAN
-Iman yang teguh dapat menjadi panduan hidup kepada
manusia agar dapat menjalani hidup yang mulia dengan
mematuhi segala ajaran agamanya.

Contoh:
Penulis berdoa agar dia tidak terpengaruh dengan
kejatuhan nilai mata wang tersebut. Dia mempercayai
bahawa Allah yang memberikan rezeki kepada manusia dan
bukanlah kekayaan wang yang menentukan rezeki kita.
NILAI
1.Nilai kasih sayang
Contohnya:
• Kasih sayang antara suami antara suami isteri
biarpun sudah menjangkau usia emas tetapi tetap
utuh sepertimana kasih sayang ibu ibu penulis tidak
pernah luak untuk suaminya
2 .Nilai Beriman
Contohnya;
• Hanya mereka yang mempunyai keimanan yang teguh
tidak mudah goyah dan terpedaya dengan tipu daya dan
tipu helah yang berkait dengan mata wang kata ayah
kepada penulis.
3. Nilai Rasional
Contohnya;
• Akal fikiran manusia sebenarnya adalah keyakinan yang akan
menentukan apa jua keputusan yang hendak dibuat. Ayah
penulis yakin dengan akal fikiranya sebab itu dia dapat
merasakan kesan kejatuhan mata wang yang turut
mempengaruhi kehidupan penulis.
4. Nilai Keinsafan
Contohnya;
• Ayah penulis menyatakan bahawa sekiranya kita terjerumus
dalam dosa,kita haruslah bertobat dan mendekatkan diri dengan
Tuhan supaya kita tidak kekal dalam dosa yang boleh
memudaratkan diri sendiri.
5. Nilai Keyakinan
Contohnya;
• Ayah amat yakin yang kejatuhan mata wang yang berlaku
akan memberi kesan pada kehidupan mereka sekeluarga,
Cuma orang yang beriman sahaja yang mampu
menghadapinya.

6. Nilai Kesetiaan
Contohnya;
• Ibu penulis setia berada bersama dengan ayahnya biarpun
kehidupan mereka diuji dengan pelbagai dugaan dan
cabaran
UNSUR
PENGAJARAN
1. Kita mestilah menyayangi dan menghargai orang
tersayang agar dapat mencapai kebahagiaan
dalam kehidupan.

2. Kita perlulah beriman kepada Tuhan agar kita


dapat membezakan perkara yang baik dan tidak
baik.

3. Kita perlulah rasional dalam membuat sesuatu


keputusan agar tidak mudah tersalah pilih
4. Kita hendaklah mempunyai keinsafan dalam diri kita
agar tidak mudah melakukan perkara yang mendatang
dosa

5. Kita haruslah mempunyai keyakinan dalam menetu


sesuatu perkara agar dapat membezakan kesan buruk dan
baik dalam kehidupan

6. Kita hendaklah menerapkan nilai kesetiaan dalam diri


kita agar dapat mengharungi cabaran dan dugaan dengan
dihadapi walaupun banyak rintangan yang mendatang
WATAK &
PERWATAKAN
• WATAK UTAMA
• WATAK SAMPINGAN
[ YANG PALING MENONJOL ]
WATAK UTAMA
DIA
AYAH
AKU
WATAK SAMPINGAN
IBU
PERWATAKAN [DIA]
• 1.DIA TELAH DIBERI NILAI YANG
TINGGI

CONTOH :
Penduduk pada masa itu menjadi tidak tentu arah hanya
disebabkan nilainya yang sangat tinggi sehinggi ramai
penduduk di pekan itu berkejaran ke tempat
kejatuhannya
• 2.DIA KEMUDIANNYA TELAH
JATUH NILAI

CONTOH :
Melalui kata orang, ‘dia’ telah wujud dalam zaman
tamadun sumieria dan tamadun lembah sindhu
dalam kira-kira 4000-3000 tahun sebelum
masihi
• 3. DIA ADALAH KERTAS
TISU

CONTOH:
Menurut ayahnya,kertas tisu ini berasal
dari pengelap keringat atau digunakan
sebagai pengelap najis yang terletak di
tandas.
• 4. DIA MENJADIKAN ORANG
BERTINDAK JAHAT

CONTOH :
‘Dia’ menjadikan seseorang ahli korporat
itu tamak akan kekayaan yang dimilikinya
sehingga meminggirkan nilai
kemanusiaan.
• 5. DIA MEMPUNYAI SEJARAH YANG
PANJANG

CONTOH :
Menurut kata orang, ‘dia’ telah wujud dalam zaman
tamadun tiongkok dan yunani pada 2000 tahun
sebelum masihi. selain itu, ‘dia’ juga telah lama hidup
di awal tamadun babylon, assyria dan hethit sekitar
tahun 2000 hingga 1300 tahun sebelum masihi
PERWATAKAN AKU
• 1. SEORANG ANAK YANG PENYAYANG

CONTOH :
‘Aku’ tinggal bersama orang tuanya iaitu ibu dan
ayahnya yang sudah tua,rabun dan mempunyai
masalah pendengaran
• 2. SEORANG YANG PRIHATIN
CONTOH :
Prihatin dengan ayahnya yang
mempunyai kecacatan fizikal dan sentiasa
mendengar kisah silam ibu bapanya
dengan penuh perhatian .
• 3. SEORANG YANG INGIN
BERPENGETAHUAN

CONTOH:
‘Aku’ ingin mengambil tahu apakah yang di
maksudkan dengan “ dia jatuh” dan seluruh
penduduk di pecan menjadi seperti histeria.
Dengan puluhan,ratusan,ribuan,berkejar ke
tempat dia jatuh.
PERWATAKAN AYAH
• 1. SEORANG YANG BERIMAN

CONTOH :
‘Ayah’ tidak peduli walaupun buta tetapi ayahnya lebih
berpendapat agar ‘ayah’ tidak dapat melihat perkara-
perkara cabul dan mungkar yang disiarkan di tv
• 2.
SEORANG YANG
BERSYUKUR

CONTOH :
Ayahnya berasa gembira kerana masih
dikurniakan dua pancaindera yang dianggap
kurang sempurna.
• 3. SEORANG YANG BIJAKSANA

CONTOH :
Ayah telah mencipta semua pintu rekahan
di seluruh rumah untuk mendengar suara
anak-anaknya yang bermain di luar atau
orang lain
• 4. SEORANG YANG TABAH

CONTOH:
Walaupun ayah mempunyai
kekurangan dari segi fizikal dia tetap
bersyukur dan menjalankan hidup
seperti biasa dengan isteri dan
anaknya.
5. SEORANG YANG KASIH SAYANG
CONTOH:
Ayah menyayangi ibu dengan sepenuh
hati. Kerana ibulah ayah tetap teruskan
hidupnya, ayah tetap terus bertenaga,
mempunyai semangat berjuangan,
semangat kemahuan dan mempunyai
keyakinan.
PERWATAKAN [IBU]
• 1.SEORANG YANG KASIH SAYANG

CONTOH:
Cinta ibu kepada ayah sangat mendalam
sehingga tidak terungkap. Ibu sentiasa berada
di sisi ayah.
• 2. SEORANG YANG PENDORONG
KEPADA AYAH

CONTOH:
Ibu yang mendorong semangat
berjuang,semangat kemahuan,tenaga dan
mempunyai keyakinan dalam diri ayah untuk
meneruskan kehidupannya walaupun ayah
mepunyai masalah fizikal.
• 3. SEORANG YANG SETIA

CONTOH:
Ibu sentiasa berada di samping ayah
dan menguatkan diri ayah bila ayah
berasa tidak berkeyakinan dan
berputus asa untuk terus hidup
• 4. SEORANG YANG
BERTANGGUNGJAWAB
CONTOH:
Ibu bertanggungjawab menjaga
kebajikan ayah dengan penuh kasih
sayangnya.
TEKNIK
PENCERITAAN
DIALOG
“Bagaimana ayah tahu itu “?
“Ayah dapat rasakan itu. Tentu
saja dia yang mengetuk pintu
rumah kamu.”
IMBAS KEMBALI
Kata ayah pada suatu hari :
“Biarlah mata ayah rabun. Dengan
demikian ayah tidak usah melihat perkara-
perkara cabul dalam TV. TV ada di dalam
rumah. Sudah ratusan saluran. Semuanya
cabul. Bukannya elok mata ayah menjadi
rabun supaya mengelakkan daripada
melihat perkara mungkar.?”
MONOLOG DALAMAN
“Ya Tuhan. Perteguhkan imanku. Biarlah aku tidak
terjejas oleh kejatuhan kertas tisu seharga emas itu.
Ikan di lsut dan burung di udara masih bebas
berterbangan mencari makan tanpa mempedulikan
dia yang jatuh. Selama ini pun Engkau ,ya Allah ,yang
menberi rezeki ,bukan dia. Perteguhkan imanku.
Kaulah yang memberi rezeki itu. Bukan dia.”
IMBAS MUKA
Menurut ibu, dongeng ayah itu benar. Ayah
berjuang setiap zaman. Ayah dengan kawan-
kawannya berjuang sejak zaman Melaka.
Kemudian melalui zaman Johor. Dan melalui
zaman nasionalisme Melayu. Akhirnya zaman
mencapai kemerdekaan. Ini pengisahan sejarah
ayah ,menurut ibu. Ayah kau itu adalah
sejarah,kata ibu.
SASPENS
Kehairanku jatuh berlambak-
lambak. Setahuku dia jatuh
sendirian. Betullah awalnya
seluruh pekan kecil ini
menjadi gempar.

Anda mungkin juga menyukai