Anda di halaman 1dari 25

Soalan Peperiksaan Percubaan KMK Semester 1( 2012) 922/1 STPM

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMUNTING 34600 KAMUNTING.

KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF KERTAS 1 (DUA JAM)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2012

Arahan kepada calon :

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab tiga soalan sahaja : satu soalan daripada tiap-tiap bahagian A, B, dan C. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda [ ]

Kertas soalan ini 5 halaman bercetak Disediakan oleh : Zulkiflee Bin Abd. Manaf SOALAN PENGUKUHAN KMK 2012

Bahagian A : Puisi [ 25 markah ] Jawab satu soalan sahaja. 1. Baca puisi di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya. Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Tenang-tenang air dilaut Sampan kolek mudik ke tanjung, Hati terkenang mulut menyebut, Budi yang baik rasa nak junjung. (Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012, Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka) (a) Nyatakan jenis puisi di atas dan jelaskan tiga ciri yang terdapat dalam puisi tersebut ?[7] (b) Huraikan empat nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam puisi di atas? [12] (c) Bincangkan tiga peranan puisi tersebut kepada masyarakat? [6]

2.

Baca sajak di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

PERNAHKAH ENGKAU MENTAFSIR KEDAMAIAN (karya Baha Zain) i Aku terbangun pada waktu tengah malam membuka jendela melihat seluas alam pernahkah engkau terbangun seperti ini Diganggu mimpi buruk atau gelisah rindu. Lihatlah gelap pekat di mana-mana nampakkah engkau di sana ada pelita? Pada setiap jalur cahaya ada bayang-bayang tidak pekat hitam, tetapi remang-remang.

ii

Sepi malam melindungi engkau dari bisikan orang kecuali di kiri kanan ada syaitan-syaitan putuskanlah ke mana matamu memandang pernahkah engkau secara sedar membuat pilihan? masuk rongga-rongga hati nurani, sukma kalbu dan akal budi atau tergoda bisikan halus syaitan-syaitan itu. Kita sering melihat cahaya benderang jauh ke depan meskipun berdiri dalam gelap pekat atas tanah perkuburan di situ kita injak keamanan dengan mencerca keganasan kita laungkan suara-suara keramat seolah-olah kita malaikat agama jadi alasan, jadi boneka permainan kita benci perang, kita cinta kedamaian jadi slogan perjuangan kita yaringkan suara supaya orang tidak mendengar: mendengar bisikan hati nuraninya sendiri, syaitan lebih nyaring bersuara tentang erti keamanan Engkau harus kuasai mereka dengan harga setinggi mana pun atas nama kemenangan, apa ertinya kedamaian sebuah kota yang telah menjadi perebutan. iii Perang akan memusnahkan kubu, bangunan, muzium, galeri dan universiti perang telah mengoyakkan halaman-halaman sejarah perang akan mencipta sejarah baru di halaman-halaman yang baru sejarah baru itu hanya derap kaki askar-askar yang dahulu. Seorang pemimpin menumpaskan bekas-bekas keagungan pemimpin lama jadi tirani apabila mencium bau wang pernahkah engkau jadi haloba apabila mencium bau keuntungan? Perang akan memusnahkan bahasa dan kesenian yang merumahkan kemanusiaan.

Orang lupa bahawa Islam itu agama kehidupan untuk semua bangsa yang membenci persengketaan. Pernahkah engkau terfikir bahawa engkau telah dipermainkan? (Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012, Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka) (a) Nyatakan tema dan huraikan ciri-ciri sajak di atas? [4] (b) Jelaskan empat persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut? [12] (c) Dengan mengemukakan contoh, huraikan tiga unsur gaya bahasa yang memperlihatkan nilai estetik sajak tersebut? [9]

Bahagian B : Prosa Tradisional [ 25 markah ] Jawab satu soalan sahaja. 3. Pada suatu hari Tuan Syeikh Alam Dirimba bertitah kepada segala isi rimba itu katanya, Hai tuantuan sekalian, muafakatlah tuan-tuan; jangan aniaya menganiaya antara suatu dengan lain dan janganlah elat dan dengki dan janganlah berbuat fitnah kerana di dalam firasatku akan datang bala dan huru-hara menimpai tuan-tuan. Jikalau ada sesuatu perkara berlaku atas tuan-tuan, hendaklah segera beri tahu hamba. Dan lagi hendaklah tuan-tuan sekalian tujuh hari sekali datang kepada hamba dan bawa buah-buahan yang baik dan taruk kayu yang muda-muda jadi tanda kita bersahabat pada zahir dan batin. Janganlah tuan-tuan sekalian lupa akan pesanan hamba ini. (Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012. Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka) (a) Nyatakan lima amanat yang terdapat dalam petikan di atas. [5] (b) Berdasarkan keseluruhan cerita dalam Hikayat Pelanduk Jenaka yang termuat dalam Permata Sastera Melayu, sejauh manakah firasat Tuan Syeikh Alam Dirimba yang terdapat dalam petikan di atas menjadi kenyataan? [10] (c) Huraikan lima nilai kemanusiaan yang terdapat dalam Hikayat Pelanduk Jenaka? *10+ 4. Bincangkan lima syarat yang perlu dipelihara oleh segala raja sebagaimana yang termuat dalam Taj Us-Salatin yang termuat dalam Permata Sastera Melayu. *25+

Bahagian C : Prosa Moden [ 25 markah ] Jawab satu soalan sahaja.

5. Baca petikan cerpen di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya. Oh ibuoh bapa + Bagaimana hendak jadikan ruang kubur itu lapang? - Jangan tinggalkan sembayang + Bagaimana hendak jadikan ruang kubur terang-benderang? - Bacalah Al-Quran malam dan siang + Bagaimana hendak hidup selesa di sana? - Buatlah apa yang Allah suruh tinggalkan apa yang Allah larang. (Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012, Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka) (a) Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas? [4] (b) Berdasarkan cerpen Melankoli di Atas Rumput karya Fatimah Busu, huraikan empat persoalan yang hendak disampaikan oleh pengarang? [12] (c) Bincangkan tiga teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang dalam cerpen Melankoli di Atas Rumput karya Fatimah Busu? [9]

6. Baca petikan drama di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya. ANAS SAMANDA: Aku kecewa dengan kau! Malangnya dunia ilmu ini kalau setiap cendiakiawannya memilih untuk memencilkan diri. MARGA MUDA: Dengan apa kau mahu ubah dunia ini? Dengan air liur? ANAS SAMANDA: Dengan kekuatan, dengan iman, dengan keyakinan, dengan semangat, dengan pengorbanan! MARGA MUDA: Kau mahu menentang mereka? ANAS SAMANDA: Kita! Kita bersama! MARGA MUDA: Aku ucapkan selamat berjaya. Kau bermimpi di siang hari. Kita semua tidak lebih daripada ikan bilis yang mengacau perjalanan mereka untuk membuat lebih banyak kekayaan lebih banyak harta! ANAS AMANDA: Aku tidak menyangka kau sebacul ini! (Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012. Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka) (a) Huraikan tiga unsur moral yang terdapat dalam petikan di atas. (b) Bincangkan empat persoalan drama Asiah Samiah. [9] [16]

SOALAN TAMAT

(a).Jelaskan tema sajak di atas[ 4 ](b). Berdasarkan contoh, huraikan gaya bahasa dalam sajak di atas.[12](c).Huraikan tiga citra watak ayah yang terdapat dalam sajak di atas[ 9 ] Bahagian B : Prosa Tradisional [25 markah ]Jawab satu soalan sahaja.3.Hang Tuah merupakan tokoh epik yang terkenal dan menjadi kebanggan masyarakatMelayu. Berdasarkan kenyataan tersebut,(a).Bincangkan sifat-sifat Hang Tuah sebagai tokoh epik[16](b).Terangkan kepentingan Hang Tuah kepada diri anda[ 9 ] 4. Pada suatu hari Tuan Syeikh Alam Dirimba bertitah kepada segala isi rimba itu katanya, Haituan-tuan sekalian, muafakatlah tuan-tuan; jangan aniaya menganiaya antara suatu dengan lain dan janganlah elat dan dengki dan janganlah berbuat fitnah kerana di dalam firasatku akan datang bala danhuru-hara menimpai tuan-tuan. Jikalau ada sesuatu perkara berlaku atas tuan-tuan, hendaklah segera beritahu hamba. Dan lagi hendaklah tuan-tuan sekalian tujuh hari sekali datang kepada hamba dan bawa buahbuahan yang baik dan taruk kayu yang muda-muda jadi tanda kita bersahabat pada zahir dan batin.Janganlah tuan-tuan sekalian lupa akan pesanan hamba ini.(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012. Permata Sastera Melayu , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka) ( a ) Nyatakan lima amanat yang terdapat dalam petikan di atas. *5+(b).Berdasarkan keseluruhan cerita dalam Hikayat Pelanduk Jenaka yang termuat dalam Permata Sastera Melayu , huraikan 4 peristiwa bagaimana Tuan Syeikh Alam Dirimbamengalahkan gergasi.[ 8 ](c) Jelaskan nilai kemanusiaan yang terdapat pada watak Tuan Syeikh Alam Dirimba [ 12 ] Bahagian C: Prosa Moden 4 [25 markah ] Jawab

satu soalan sahaja . 5. Baca petikan cerpen di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutnya .Orang tua memerlukan kasih sayang anak-anaknya. Mendapat tempat tinggal yang wajar yangmereka boleh melanjutkan ibadatnya, bukan tersorok bagai barang yang tidak berguna dalam bilik sempit dengan lampu 15 wat. Sebab kebanyakan orang yang sudah lanjut usia ingin menggunakansisa-sisa hidup mereka untuk beribadat secara konsisten, mahu menebus ketinggalan pada masamudanya, kata Cikgu Baharum dalam suratnya yang agak panjang. Kasih Sayang itulah yangmereka perlukan. Dan hanya orang tua yang tidak mempunyai anak sahaja yang patut disantuni dirumah kebajikan, tempat mereka boleh mendapat kasih Sayang yang jujur dan ikhlas di sampingmakan minum yang teratur. Masya-Allah. Terlalu tinggi falsafahnya, Saya terlalu kagum danmahu memeluknya jika dia ada bersama-sama waktu itu.(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012. Permata Sastera Melayu , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)( a ) Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas. [4]( b ) Berdasarkan cerpen Usia Emas, huraikan tiga falsafah yang dipegang oleh watak CikguBaharum sehingga menjadikan watak saya terlalu mengaguminya.[12]( c ) Cerpen Usia Emas banyak menggunakan teknik imbas kembali dalam menggerakkan plot ceritanya. Nyatakan maksud imbas kembali dan huraikan empat peristiwa yang digambarkanmelalui teknik imbas kembali. [ 9 ]6. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya. ASIAH SAMIAH TUA: Pasti abang itu. Saya denar tapak kaki abang. Saya dengar dehem abang.Saya rasa hampirnya abang dengan saya. Saya rasakan nafas abang yang hangat itu. Nafasabang yang bernafsu. Yang menyesakkan saya. Yang menyelimutkan saya dalam rindu dan berahi.MARGA TUA: Lihat! Itulah sebabnya kenapa saya harus melayani kegilaanya. Dia luar biasa malah istemewa, kalian akan tahu nanti dia perempuan yang cerdik atau mungkin juga terlalu cerdik. Bukankah orang cerdik selalu kurang waras, kata orang ! Saya tak kata begitu. Tunggu, dengar apa katanyaASIAH SAMIAH TUA: Abang tahu saya menunggu abang bukan? Macam saya janjikan dulu.Di bawah tiang lampu ini, sewaktu senja begini, ketika lembayung dan cahaya matahariyang berbaki macam manic-manik yang berturutan lalu meninggalkan warna kemilauyang indah, saya akan tetap menunggu abang. (Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012. 5

Dicatat oleh Zulkiflee Manaf di Khamis, Oktober 11, 2012 Skema Jawapan. KMK Percubaan STPM 2012. 1. Baca puisi di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya. Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Tenang-tenang air dilaut Sampan kolek mudik ke tanjung, Hati terkenang mulut tersebut, Budi yang baik rasa nak junjung. (Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012, Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka) (a) Nyatakan jenis puisi di atas dan jelaskan tiga ciri yang terdapat dalam puisi tersebut ?[7] (b) Huraikan empat nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam puisi di atas? [12] (c) Bincangkan tiga peranan puisi tersebut kepada masyarakat? [6] (a) Jenis puisi ialah pantun [1]

Tiga cirri puisi : i. Mempunyai tiga rangkap, satu rangkap mempunyai empat baris. ii. Setiap rangkap mempunyai dua baris pembayang dan dua baris maksud. iii. Rima akhirnya a,b,a,b. a,b,ab. a,b,a,b. *sertakan contoh. Cirri-ciri yang lain boleh diterima. [6] (b) Empat nilai kemasyarakatan. i. Masyarakat yang berpegang pada janji. ii. Masyarakat yang sentiasa mengenang budi / jasa . iii. Masyarakat yang menyanjung kebaikan yang dilakukan oleh seseorang. iv. Masyarakat yang sentiasa melakukan perkara-perkara yang baik. v. Masyarakat yang hidup tolong-menolong antara satu sama lain. *sertakan contoh puisi bagi setiap fakta. Nilai yang ada kaitan dengan puisi boleh diterima. [12] (c) Tiga peranan puisi. i. Sebagai pengajaran / mendidik masyarakat. ii. Mengingatkan manusia/masyarakat supaya menepati janji. iii. Mendidik masyarakat supaya melakukan perkara-perkara yang positif/baik. *peranan yang besesuaian dengan puisi boleh diterima. Sertakan contoh puisi. [6] PERNAHKAH ENGKAU MENTAFSIR KEDAMAIAN (karya Baha Zain)

(a) Nyatakan tema dan huraikan ciri-ciri sajak di atas? [4] (b) Jelaskan empat persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut? [12] (c) Dengan mengemukakan contoh, huraikan tiga unsur gaya bahasa yang memperlihatkan nilai estetik sajak tersebut? [9]

(a) Bertemakan tentang Keamanan dan kedamaian Penyajak mengajak pembaca menolak peperangan yang boleh mengakibatkan kemusnahan harta benda serta menghapuskan nilai-nilai kemanusiaan dan akhirnya akan meninggalkan kesan sejarah yang sukar untuk dilupakan. [2] Ciri-ciri sajak jumlah rangkap, jumlah baris dalam satu rangkap, rima akhir, dll. *sekurang-kurangnya satu cirri berserta contoh sajak. [2] (b) Empat persoalan. i. Persoalan tentang harapan dalam kehidupan Biarpun terpaksa berdepan dengan kesusahan dalam kehidupan tetapi masih ada harapan yang diberikan tuhan. ii. Persoalan tentang peperangan memusnahkan harta benda Peperangan telah mengakibatkan kemusnahan harta benda yang turut memusnahkan monumen sejarah sesebuah negara. iii. Persoalan tentang keamanan

Konflik yang berlaku akan mencetuskan situasi yang tidak menyenangkan lalu suara kedamaian akan dilaungkan bagi menyedarkan tentang keamanan. iv. Persoalan tentang menggunakan agama untuk kepentingan peribadi Sering agama dimanipulasikan untuk kepentingan tertentu kerana agama menolak keganasan dan menyuruh penganutnya berbuat baik v. Persoalan tentang gangguan tidur Tidur penyajak terganggu oleh mimpi-mimpi ngeri dan teringat seseorang hingga menyebabkan tidurnya tersedar. *persoalan yang besesuaian boleh diterima. Sertakan contoh sajak sekurang-surangnya tiga baris sajak bagi setiap fakta. [12] (c) Tiga unsur gaya bahasa. [9] i. Ansonasi perulangan bunyi huruf vokal (a,e,i,o,dan u) ii. Aliterasi perulangan bunyi huruf konsonan selain daripada (a,e,i,o,dan u) iii. Anapora perulangan perkataan/kata diawal baris/ayat. *unsur gaya bahasa yang lain boleh diterima. Sertakan contoh sajak. 3. Pada suatu hari Tuan Syeikh Alam Dirimba bertitah kepada segala isi rimba itu katanya, Hai tuantuan sekalian, muafakatlah tuan-tuan; jangan aniaya menganiaya antara suatu dengan lain dan janganlah elat dan dengki dan janganlah berbuat fitnah kerana di dalam firasatku akan datang bala dan huru-hara menimpai tuan-tuan. Jikalau ada sesuatu perkara berlaku atas tuan-tuan, hendaklah segera beri tahu hamba. Dan lagi hendaklah tuan-tuan sekalian tujuh hari sekali datang kepada hamba dan bawa buah-buahan yang baik dan taruk kayu yang muda-muda jadi tanda kita bersahabat pada zahir dan batin. Janganlah tuan-tuan sekalian lupa akan pesanan hamba ini. (Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012. Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka) (a) Nyatakan lima amanat yang terdapat dalam petikan di atas. [5] (b) Berdasarkan keseluruhan cerita dalam Hikayat Pelanduk Jenaka yang termuat dalam Permata Sastera Melayu, sejauh manakah firasat Tuan Syeikh Alam Dirimba yang terdapat dalam petikan di atas menjadi kenyataan? [10] (c) Huraikan lima nilai kemanusiaan yang terdapat dalam Hikayat Pelanduk Jenaka? *10+

(a) i. ii. iii. iv. v. (b) i. ii. iii. iv.

Lima amanat. [5] Kita mestilah hidup bermuafakat Janganlah kita menganiaya orang lain Janganlah kita saling dengki mendeki dengan orang lain Janganlah membuat fitnah Janganlah kita menipu Firasat Tuan Syeikh Alam Di Rimba akan datang bala dan huru-hara. [10] Sesuatu perkara yang dirancang tidak akan berjaya tanpa muafakat Berlaku penindasan terhadap orang yang lemah Sukar untuk mencapai kemajuan apabila ada sifat dengki Berlaku perpecahan dan bunuh membunuh antara satu sama lain kerana fitnah

v.

Rosaknya perhubungan persahabatan apabila berlaku penipuan.

*peristiwa yang lain boleh diterima, sekiranya ada kaitan dengan teks. (c) Lima nilai kemanusiaan. [10] i. Masyarakat yang hidup bersatu padu. ii. Masyarakat yang sentiasa membantu golongan yang memerlukan bantuan. iii. Masyarakat yang sering menyokong perkerjaan yang baik. iv. Masyarakat yang mempunyai pemimpin yang bertanggung jawab. v. Pemimpin atau golongan pemerintah yang jujur/amanah/dan bijak. *nilai kemanusiaan yang berkaitan teks boleh diterima.

4. Bincangkan lima syarat yang perlu dipelihara oleh segala raja sebagaimana yang termuat dalam Taj Us-Salatin yang termuat dalam Permata Sastera Melayu. *25+ i. Pemerintah mestilah adil. ii. Pemerintah yang bertanggungjawab iii. Pemerintah yang jujur dan amanah iv. Pemerintah mestilah bijaksana dalam menyelesaikan sesautu masalah v. Menjalankan pemerintahan berpandukan kitab Al-Quran. *sebarang syarat yang berkaitan dengan teks boleh diterima. Sertakan huraian dan contoh peristiwa.

5. Baca petikan cerpen di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya. Oh ibuoh bapa + Bagaimana hendak jadikan ruang kubur itu lapang? - Jangan tinggalkan sembayang + Bagaimana hendak jadikan ruang kubur terang-benderang? - Bacalah Al-Quran malam dan siang + Bagaimana hendak hidup selesa di sana? - Buatlah apa yang Allah suruh tinggalkan apa yang Allah larang. (Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012, Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka) (a) Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas? [4] (b) Berdasarkan cerpen Melankoli di Atas Rumput karya Fatimah Busu, huraikan empat persoalan yang hendak disampaikan oleh pengarang? [12] (c) Bincangkan tiga teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang dalam cerpen Melankoli di Atas Rumput karya Fatimah Busu? [9]

(a) Dua nilai murni. [4] i. Tidak meninggalkan solat/sembahayang. ii. Sentiasa membaca Al-Quran

iii. Sentiasa mengerjakan perkara-perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang ditegah oleh Allah. *sertakan huraian dan contoh daripada petikan. (b) Empat persoalan. [12] i. Pentingnya menjaga solat ii. Keistemewaan/kebaikan membaca Al-Quran iii. Pentingnya mematuhi ajaran agama Islam. iv. Meninggalkan perkara-perkara yang ditegah/larang oleh Allah. v. Balasan kepada orang yang ingkar. *persoalan lain yang berkaitan dengan cerpen boleh diterima. Sertakan hurai dan contoh.

(c) Teknik penceritaan. [9] i. Teknik Imbas Kembali ii. Teknik Dialog iii. Teknik Monolog iv. Teknik mimpi *sebarang teknik penceritaan yang berkaitan dengan cerpen boleh diterima, sertakan hurain dan contoh. 6. Baca petikan drama di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya. ANAS SAMANDA: Aku kecewa dengan kau! Malangnya dunia ilmu ini kalau setiap cendiakiawannya memilih untuk memencilkan diri. MARGA MUDA: Dengan apa kau mahu ubah dunia ini? Dengan air liur? ANAS SAMANDA: Dengan kekuatan, dengan iman, dengan keyakinan, dengan semangat, dengan pengorbanan! MARGA MUDA: Kau mahu menentang mereka? ANAS SAMANDA: Kita! Kita bersama! MARGA MUDA: Aku ucapkan selamat berjaya. Kau bermimpi di siang hari. Kita semua tidak lebih daripada ikan bilis yang mengacau perjalanan mereka untuk membuat lebih banyak kekayaan lebih banyak harta! ANAS AMANDA: Aku tidak menyangka kau sebacul ini! (Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012. Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka) (a) Huraikan tiga unsur moral yang terdapat dalam petikan di atas. (b) Bincangkan empat persoalan drama Asiah Samiah. (a) i. ii. iii. iv. Tiga Unsur Moral. [9] Kita mestilah berkeyakinan tinggi. Kita mestilah berani menghadapi cabaran Mempunyai semangat yang kental. Kekuatan keimanan yang tinggi [9] [16]

*unsur moral yang lain boleh diterima. Sertakan huraian dan contoh yang sesuai.

(b) Persoalan dalam drama Asiah Samiah. [16] i. Keberanian masyarakat yang berani menghadapi cabaran hidup demi kebenaran. ii. Keimanan masyarakat yang mempunyai keimanan yang kuat. iii. Semangat kental masyarakat yang mempunyai semagat juang yang tinggi untuk menegakkan kebenaran. iv. Pengorbanan masyarakat yang sanggup berkorban demi kebenaran. * persoalan yang lain boleh diterima. Sertakan huraian dan contoh yang sesuai soalan percubaan KMK pahang 2012

JABATAN PELAJARAN PAHANG DARUL MAKMUR

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM BAHARU 2012 2 Jam KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 922/1 PENGGAL 1 Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN Jawab tiga soalan sahaja: satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B dan C. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

Soalan ini terdiri daripada 4 halaman bercetak @ Hakcipta Terpelihara Jabatan Pelajaran Negeri Pahang Darul Makmur Bahagian A : PUISI [ 25 markah ]

Jawab Satu soalan sahaja. 1. Baca puisi di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya. Pisang emas di bawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Hutang emas boleh dibayar,

Hutang budi dibawa mati. ( Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [ peny ] , 2012 Permata Sastera Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Hal. 3 )

(a) (b) (c) Nyatakan jenis puisi dan huraikan tiga ciri yang terdapat di dalam puisi di atas. Jelaskan tiga gambaran masyarakat yang terpancar menerusi puisi tersebut. Terangkan kesan puisi tersebut kepada diri anda. [ 07 ] [ 12 ] [ 06 ] 2. Baca sajak di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya. Seorang Jemaah A. Wahab Ali I Pada setiap subuh bening Sedang azan memancar di menara masjid Kutemui dia tenang berjalan Jubahnya putih, serbannya putih, kasutnya juga putih. Sesekali aku berhenti Mempelawanya menaiki kereta Dia memberikan salam Bersamanya menerpa wangi haruman. Bila berjemaah Sesekali kami bersebelahan Sebelum takbir Dia sibuk bersugi. Sebaik imam selesai memberi salam Dia berdoa singkat Kemudian menerjah keluar Melipat jubahnya Dia ligat berjoging di asfalt Putih topinya, putih bajunya, putih seluarnya Putih kasutnya. Setiap derap sepatunya Dia menyebut kebesaran Allah Setiap denyut jantungnya

Dia menyambung doa yang tertinggal Minta umur dipanjangkan Minta diselamatkan anak isteri Minta selamatkan saudara seagama Selamat yang hidup Selamat yang telah mati Selamat di dunia Selamat di akhirat Selamat semuanya. II Kini Setiap subuh bening Azan tetap memancar di menara masjid Jalan tinggal sepi, pintu keretaku tertutup Tetapi setiap kali lalu di tempat aku mengambilnya dulu wangi harumnya masih menerpa putih jubah dan putih serbannya kubawa bersama. Kini Ketika aku berjemaah Di sisiku dia tiada Tetapi sugi dan usallinya Memanjang di mataku. Kini Bila selesai imam memberi salam Tidak kelihatan dia bergegas ke luar Asfalt lama merindukan seretan kasut putihnya Pejalan kaki pagi Merindukan topi putihnya Doanya masih mengambang Tapi degup jantungnya sudah lama berhenti Dia telah lama selamat Berbaring bersama deretan pusara Dato dan Tan Seri. Kuala Lumpur Kuala Terengganu 56. 12. 1991

12

19

31

38

43

54

( Dipetik Majlis Peperiksaan Malaysia [ peny ], 2012 Permata Sastera Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Hal. 32-33 )

(a) (b) (c) Jelaskan maksud rangkap 4 sajak ini. Bincangkan tiga persoalan yang dikemukakan dalam sajak tersebut. Kemukakan empat gaya bahasa yang digunakan dalam sajak di atas. [ 04 ] [ 09 ] [ 12 ]

Bahagian B : PROSA TRADISIONAL [ 25 markah ]

Jawab satu soalan sahaja. 3. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya. Setelah didengar oleh Rasulullah kata Akasyah demikian itu, maka Rasulullah pun menitahkan Bilal katanya, Hai Bilal, pergilah ke rumah Fatimah itu ambilkan camti kudaku kerana aku hendak membayar hutangku kepada Akasyah kerana pada hari ini kiamat malulah aku dipukul Akasyah hadapan kadhi Rabbul Jalil. ( Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [ peny ], 2012 Inilah Hikayat Menyatakan Nabi Wafat, Permata Sastera Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Hal. 94 )

(a) (b) (c) (d) Siapakah Akasyah? Jelaskan hutang yang hendak dibayar oleh Rasulullah kepada Akasyah. Huraikan peristiwa yang membawa kepada dialog di atas. Berdasarkan cerita tersebut, jelaskan nilai-nilai murni yang patut dicontohi daripada baginda Rasulullah dan para sahabat. [ 02 ] [ 05 ] [ 09 ] [ 09 ]

4. Berdasarkan Taj Us Salatin, bincangkan :

(a) (b) (c) Syarat yang harus dipatuhi oleh golongan raja. Syarat yang harus dipatuhi oleh golongan menteri. Syarat yang harus dipatuhi oleh golongan pegawai. [ 09 ] [ 08 ] [ 08 ]

Bahagian C : PROSA MODEN [ 25 markah ]

Jawab satu soalan sahaja. 5. Berdasarkan Cerpen Usia Emas karya Abdullah Hussain, jawab soalan-soalan berikut :

(a) (b) (c) Dengan memberikan contoh, nyatakan tiga perwatakan Cikgu Baharum. Huraikan dua perbezaan pandangan masyarakat dalam cerpen ini. Jelaskan lima pemikiran yang hendak disampaikan oleh pengarang. [ 06 ] [ 04 ] [ 15 ]

6. Baca petikan drama di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya. TUAN SETIAWAN TANJUNG

ASIAH SAMIAH TUA PUAN SUARI ALIMIN :

: : Kebahagiaan itu ialah bila kau ada cukup makan pakai, malah lebih lagi. Kebahagiaan itu ialah bila kau ada rumah besar, kereta besar, pakaian mahal, boleh ke luar negeri. Hati saya macam mana? Hati perempuan hati perempuan juga Asiah. Mula-mula memang tak suka, lama-lama sukalah. ( Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [ peny ], 2012 Drama Asiah Samiah, Permata Sastera Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Hal. 233 )

(a) (b)

(c) Siapakah Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin serta hubungannya dengan Asiah Samiah Tua? Apakah hajat Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin terhadap Asiah Samiah. Mengapakah Asiah Samiah membantah? Bincangkan empat pemikiran masyarakat dalam drama Asiah Samiah [ 03 ] [ 06 ] [ 16 ] Dicatat oleh Guru Akademik KMK Ahmad Yani Salleh di 2:27 PG

Soalan percubaan KMK negeri Terengganu 2012 Bahagian A: Puisi [25 markah] Jawab satu soalan sahaja. 1 Baca puisi di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Raja muafakat dengan menteri, Seperti kebun berpagar duri. Betul hati kepada raja, Tanda jadi sebarang kerja. Hukum adil atas rakyat, Tanda raja beroleh inayat.

Kasihkan orang yang berilmu, Tanda rahmat atas dirimu. Hormat akan orang pandai, Tanda mengenal kasa dan cindai. (Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012. Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka) (a) Nyatakan jenis puisi di atas dan jelaskan tiga ciri-ciri yang terdapat dalam puisi tersebut. [7] (b) Bincangkan tiga natijah daripada keharmonian hubungan raja dan rakyat sebagaimana yang terdapat dalam puisi di atas. [12] (c) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri raja atau pemimpin yang dapat dijadikan teladan oleh orang bawahannya. [6]

Baca sajak di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Pahlawan Ialah Dia Abdul Ghafar Ibrahim Pahlawan ialah warga yang mengalirkan keringat demi menyuburkan ladang negara sayang Pahlawan ialah warga yang menitiskan darah demi menghidupkan simfoni negara berbilang. Dialah pahlawan yang mengumpulkan tenaga siap sedia atas nama negara yang tidak dibiarkan leka Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia tahan uji atas nama negara yang tak dibiarkan mati Siang-siang berjaga-jaga kerana tak rela masa depan bangsanya lena Malam-malam waspada kerana tak sanggup peluang bangsanya tertutup. Khidmat cemerlangnya mengapung pada permukaan bahang puji dan keji Semangat wajarnya kental membara di udara kaji dan uji. Mentari waktu menyambar kasih sayangnya 15 5

10

pada keluarga semasa bertugas jauh Bulan masa merebut tidurnya dari sisi dikasihi oleh jadual cemas. Dialah laskar pelindung kota penyokong desa warga yang tekadnya disimpulmatikan oleh jawapan sejahtera aman Dialah nadi ketahanan industry teknologi kembangan memikul amanah tak berkesudahan demi mencari jawapan makmur raya. Tubuhnya perisai tembus peluru. Bom-bom-boom-bamm dia tak gentar Tum-tam-tum-tammm dia tunggu Tret-tet-tret-tett dia terus maju. Baktinya bunga harum warna-warni dia tak peduli dia tak terpegun dia terus tugas tekun. Sebagai warga bangsa bermaruah dia terus gemakan gunung hasrat: Selamat negara Besar bangsa Pelihara agama Daulat bahasa Cemerlang budaya

20

25

30

35

40

45

Kerana dialah anak watan pewaris keselamatan Kerana dialah kelompok rakyat penjunjung amanat 50 yang bersandar pada sinar takwa yang pernah mengalami erti sengsara: Cedera di bukit tangis di laut jerit di udara tempang di sempadan buta di lading lemas di sungai lesu di sawah parah di lembah

55

60

Yang menjadikan kematian bukti hidupnya pahlawan bukti zaman yang pernah dilindungi zaman yang menjadi saksi kepada nilai kemanusiaan yang megah dipertahankan.

65

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny] 2012. Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan , Bahasa dan Pustaka) (a) Jelaskan tiga sifat pahlawan yang dikemukakan oleh penyair berdasarkan sajak di atas. [3] (b) Dengan mengemukakan contoh, huraikan empat unsur gaya bahasa yang memperlihatkan nilai estetik sajak di atas. [16] (c) Berdasarkan sajak di atas, nyatakan pandangan anda mengenai kewajipan seorang warganegara terhadap negara yang merdeka [6]

Bahagian B: Prosa Tradisional [25 markah] Jawab satu soalan sahaja. 3. Baca petikan prosa di bawah kemudian jawab soalan yang mengikutinya.

Maka segala orang banyak pun suka melihat Tun Tuah bertikam dengan Taming Sari itu. Maka Tun Tuah pun fikir dalam hatinya, Apa juga dipakainya maka tiada lut kuparang? Tetapi pada firasatku sebab kerisnya inilah maka ia tiada dapat ditentang lawan dan tiada lut kuparang tubuhnya itu. Jikalau demikian, apa juga kehendaknya? Baiklah kerisnya kuperdayakan. (Dipetik daripada Majlis Peperiksaa Malaysia[peny.]2012.Permata Sastera Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a) Jelaskan tindakan Hang Tuah seterusnya berdasarkan ayat petikan di atas Baiklah kerisnya kuperdayakan [8] (b) Pada pendapat anda, apa yang mungkin berlaku jika Laksamana HangTuah tidak berjaya mendapatkan keris Taming Sari itu? [9] (c) Berdasarkan Hikayat Hang Tuah (Bab VII) ini bincangkan empat peristiwa yang menunjukkan Hang Tuah seorang watak epik yang hebat.

[8]

4. Berdasarkan cerita dalam Hikayat Pelanduk Jenaka yang termuat dalamPermata Sastera Melayu; (a) Jelaskan lima nilai moral yang terkandung dalam cerita ini [10]

(b) Bincangkan persamaan kehidupan manusia dengan kehidupan masyarakat binatang dalam Hikayat Pelanduk Jenaka. [15] Bahagian C: Prosa Moden [25 markah] Jawab satu soalan sahaja. . 5. Baca petikan cerpen di bawah kemudian jawab soalan yang mengikutinya. Saya lalu mencari poskad dengan gambar yang sesuai untuk mengucapkan tahniah. Sebelum menulis Saya baca sekali lagi berita dalam akhbar itu. Melihat gambarnya, gambar yang paling baharu kata wartawan yang menemuramahnya, dalam baju batik dia kelihatan seperti orang yang berusia 45 atau 50 tahun sahaja, dia seorang yang tinggi dan maskulin pada masa mudanya. Lebih tegap daripada saya.Kalau berjalan macam tentera, belakangnya selalu tegak. Pada gambar itu tidak nampak tandatanda ketuaan seperti kebanyakan orang yang seusia dengannya. Dalam rencana itu dia mendedahkan rahsia keawetmudaannya yang disimpan sejak enam dekad sesudah didesak oleh wartawan yang ditemuramah, demi untuk menjadi teladan kepada generasi muda hari ini yang terlalu banyak menghabiskan masa dengan hiburan, kata wartawan itu.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaa Malaysia[peny.]2012Permata Sastera Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a) Huraikan rahsia keawetmudaannya sebagaimana yang diceritakan kepada wartawan dalam cerpen di atas. [4] (b) Berdasarkan cerpen Usia Emas bincangkan tiga sebab Cikgu Baharum bimbang dengan usia yang dipinjamkan ini. [9]

(c) Pada pandangan anda, bincangkan empat ujian Allah S.W.T terhadap anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang sudah lanjut usianya dapat membuahkan sifat kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan dalam cerpen Usia Emas. [12]

6.

Baca petikan cerpen di bawah kemudian jawab soalan yang mengikutinya.

(MARGA MUDA sedang duduk di bangku. Masuk MISA SAGARAGA dengan pembantunya diikuti oleh pengikut-pengikut yang lain. ANAS SAMANDA berselisih dengan mereka. Dia memandang dengan jelek). ANAS SAMANDA: Lihat keangkuhan mereka! Kau sendiri lihat keangkuhan mereka.

MARGA MUDA: Dia kaya, dia berpengaruh, dia berkuasa. ANAS SAMANDA: Kau setuju cara mereka? MARGA MUDA: Banyak orang, aku salah seorang daripada mereka, lebih suka melihat daripada campur tangan. MARGA MUDA: Kerana aku memilih untuk tidak mahu terlibat. ANAS SAMANDA: Kau tahu apa yang baru mereka lakukan? Mereka dating kerumah bapaku! Mereka mahu menghalau bapaku dari rumah yang sudah didiaminya lebih 50 tahun! MARGA MUDA: Dia pasti menawarkan sesuatu, Ringgit misalnya. ANAS SAMANDA: Jadi, kita harus tunduk kepada ringgit? MARGA MUDA: Kalau itu ganjaran yang disetujui. Adat berniaga, ada tawar menawar. ANAS SAMANDA: Ini soal maruah, soal harga diri. Tanah itu nyawa kami, urat nadi ayahku, harga diri keluarga kami.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaa Malaysia[peny.]2012 Permata Sastera Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a) Huraikan tiga mesej yang terdapat dalam petikan di atas.

[9]

(b) Berdasarkan drama Asiah Samiah yang termuat dalam Permata Sastera Melayu bincangkan empat kepincangan hidup masyarakat yang boleh dijadikan panduan kepada anda. [16]

Anda mungkin juga menyukai