Anda di halaman 1dari 16

PEMBANGUNAN INSAN

SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR


(BAHAGIAN A)
KONSEP PEMBANGUNAN INSAN
 Pembangunan merupakan proses berbagai-bagai dimensi yang melibatkan perubahan
terhadap struktur masyarakat, sikap dan institusi yang juga melibatkan pertumbuhan
ekonomi, pengurangan kadar ketidakalan dan penghapusan kemiskinan.
 Insan atau modal insan merujuk kepada manusia yang dianggap sebagai asset paling
penting dan berharga yang perlu dibangunkan secara berterusan kea rah melahirkan
tenaga kerja yang berkualiti dan mampu menghasilkan produk yang berkualiti dan
meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi dan negara.
KEAGAMAAN

KONSEP DALAM KEAGAMAAN:

 Keagamaan merujuk kepada perihal agama/hal-hal yang berkaitan dengan agama


sama ada berbentuk niat, lafaz, perbuatan, atau sebagainya.
 Nilai agama merujuk kepada sifat ketinggian agama islam yang disampaikan oleh
Nabi Muhammad SAW
 Kehidupan beragama merujuk kepada perihal hidup yang mematuhi ajaran
agama, taat agama, beribadat. Mengikut Zainal Abidin Borhan dalam artikel
beliau “Peradaban dan Jati Diri Melayu” (atas talian), kehidupan beragama bukan
sekadar perilaku yang ritualistic sahaja, tetapi menuntut interaksi yang amat
mendalam antara makhluk dengan Khalid. Suatu tuntutan yang habluminallah,
yang menyatu antara yang ritualistic dengan ketaqwaan dan keimanan, juga
interkasi perilaku dan tuturkata yang habluminannas sesame manusia.

KEHIDUPAN BERAGAMA SECARA UMUM

 Menuntut ilmu agama dan mengajarkanya


Syed Salim al-Makky belajar ilmu agama di Mekah. Bila pulang ke kampong,
beliau menjadi guru agama yang terkenal dan dihormati, serta mengajar di
istana baginda. Haji Ismail pula menjadi guru agama yang disegani di
Kampung Pulai. Imam Saad dan Pak Salim berguru kepadanya. Imam Saad
kini menjadi imam dan bertanggungjawab mengajar mengaji kepada budk-
budak kampong. Lebai Maarup pula belajar ilmu agama di Tanjung karang ke
Kampung Pulai untuk mengajar ilmu agama di sana
 Mendirikan solat
Pada malam penubuhan SLLT, Encik Muhammad telah menunaikan solat
tahajud. Melalui solat juga menjadikan Lebai Maarup seorang yang penyabar,
redha dan pemurah. Malah beliau juga berusaha mengajak masyarakat
kampong khususnya golongan muda untuk bersama-sama meramaikan surau
di kampong.
 Mewakafkan harta/bersedekah
Lebai maarup mewakafkan tanah pusakanya seluas 2 ekar kepada SLLT bsgi
pembinaan kompleks pekerja termasuklah pembinaan surau.
 Berzikir atau menginati Allah
Encik Muhammad bangun bersolat tahajud, berzikir, dan bersyukur kepada
Allah pada malam penubuhan SLLT. Dia merasakan dirinya dekat dengan
tuhan dan akan mendapat [ertolongan dariNya
 Taat kepada ibubapa
Syarifah Mu’inah mematuhi suruhan ayahnya, Syed Salim supaya kahwin
dengan abang iparnya sendiri, Syed Aris selepas kakaknya meninggal dunia.
Arahan itu dipatuhi walaupun dia terasa amat berat.
 Menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran
Lebai Maarup meminta penjelasan dari Encik Muhammad apakah benar beliau
ingin membina motel di Jeram Medang. Pada pandangan Lebai Maarup
pembinaan motel itu akan mengundang angkara judi, arak dan zina. Kalua
boleh dia tidak mahu semua maksiat itu berlaku di Kampung Pulai. Menyedari
tentang kemungkinan kemungkaran akan bertapak dalam kalangan penduduk
Kampung Pulai maka Lebai Maarup secara tegas tidak bersetuju dengan
pembinaan motel tersebut.
 Berdakwah/menyebarkan ajaran islam
Lebai Maarup mengajak masyarakat kampungnya kembali mengamalkan
ajaran islam khususnya golongan muda. Apabila generasi muda kembali
mentaati Allah SWT, secara tidak langsung dapat membentuk peribadi yang
sempurna dan ini dapat mengelak berlakunya perkara yang negative.
 Mengajar membaca Al-Quran
Lebai Maarup dan Imam Saad mengajar budak-budak di Kampung pulai
mengaji Al-Quran.
KEHIDUPAN BERAGAMA LEBAI MAARUP
 Mengerjakan solat
Lebai Maarup sentiasa mengerjakan solat secara berjemaah di surau bersama-
sama Imam Saad, Tuk Empat Dahlan dan beberssps orang kampong. Dia juga
berusaha mengajak masyarakat, khususnya golongan muda untuk bersama-
sama berjemaah di surau.
 Mewakafkan tanah
Lebai Maarup ingin mewakafkan tanah pusaka milik keluarganya kepada
SLLT bagi membina surau untuk pekerja.
 Menentang kemungkaran
Lebai Maarupmenentang perancangan pembinaan hotel di Jeram Medang
kerana bimbang perbuatan maksiat akan menular ke kampong dan merosakkan
golongan muda.
 Berdakwah
Lebai Maarup mengajak masyarakat kampungnya mengamalkan ajaran islam,
khususnya golongan muda.
 Menuntu ilmu
Haji Ismail pula menjadi guru agama yang disegani di Kampung Pulai. Imam
Saad dan Pak Salim berguru kepdanya. Imam Saad kini menjadi iman dan
mengajar anak-anak mengaji Al-Quran di Kampung Pulai. Lebai Maarup pula
belajar ilmu agama di Tanjung Karang dan pulang ke kampong Pulai untuk
mengajarkan ilmu agama.
 Hukum Faraid
Pembahagian harta pusaka keluarga Datuk Idris dilakukan mengikut hokum
Faraid
 Zikir, tasbih, tahmid, tahlil dan takbir kepada Allah
Encik Muhammad bangun untuk beroslat tahajud, berzikir dan bersyukur
kepada Allah pada malam penubuhan SLLT. Dia merasakan dirinya begitu
dekat dengan Allah

NILAI ISLAM

 Berbudi mulia
Tingkah laku dan tutur kata baik yang ditonjolkan oleh Lebai Maarup
mewujudkan hubungan yang baik dalam kalangan semua penduduk kampong.
 Kerjasama
Bagi mengukuhkan ukhwah dalam kalangan penduduk, program-program
berbentuk kemasyarakatan seperti gotong-royong mampu memberikan impak
baik dalam kalangsn penduduk kampong.
 Taqwa
Tuan Guru Syeikh Salim tidak membenarkan Syarifah Naimah dan Syarifah
Mu’inah bergaul bebas dengan Syed Aris kerana mereka bukan mahram.
 Amanah
Sifat amanah yang dimilki oleh Sharifah mahani telah menempatkannya
sebagai seorang pekerja yang dipercayai oleh Encik Muhammad. Hal ini
dilihat melalui gaya kerjanya dalam melaksanakan urusan pejabat.
 Bertanggungjawab
Rahim memanjatkan kesyukuran atas permintaan Encik Muhammad dalam
memberi laluan bagi pembinaan di tanah yang diwakafkan oleh Lebai Maarup.
 Pengorbanan/sanggup berkorban
Sharifah Muinah sanggup berkorban untuk berkahwin dengan Syed Aris demi
membesarkan Mahani yang kematian ibu sedari lahir.
 Insaf
Encik Muhammad telah insaf dan berubah dengan menghambakan diri kepada
Allah daripada kesilapannya yang lalu
 Syukur
Encik Muhammad yang berjaya mendapatkan kontrak mengeksport lada hitam
daripada Syarikat Jerman telah membuat jamuan kesyukuran dengan
menjemput staf-staf syarikatnnya.
 Tawakal
Mahani bertawakal kepada Allah mengenai jodohnya. Mahani percaya bahawa
Allah merupakan sebaik-baik perancangan dan dia berserah segalanya kepada-
Nya.
 Reda
Sharfiah Muinah redha akan ketentuan hidupnya yang dipaksa berkahwin
dengan Syed Aris yang merupakan suami kakaknya sendiri demi menjaga
Mahani yang kehilnagn ibu sejak kecil.
 Taat kepada Tuhan
Encik Muhammad sering melakukan solat sunat tahajud di rumahnya.

AGAMA MENGIKUT WATAK (Cth Soalan: Agama merupakan kunci kejayaan


indvidu)

 Lebai Maarup
Lebai Maarup dilihat sebagai watak yang paling kuat mengamalkan ajaran
Islam. Dia sering solat berjemaah di surau yang menjadi tuntutan dalam Islam.
Di samping itu, dia juga mengajak golongan muda untuk solat berjemaah.
Lebai Maarup turut menentang pembinaan hotel di Kampung Tualang kerana
beranggapan pembinaan hotel menggalakkan gejala maksiat. Lebai Maarup
turut mewakafkan tanah pusakanya untuk pembinaan surau di kawasan
lombong Encik Muhammad
 Imam Saad
Imam Saad merupakan seorang yang taat beragama. Dia merupakan imam di
Pekan Tualang. Selain itu, dia juga berwawasan dalam memajukan bidang
agama di kampong dengan mengajar kanak-kanak dan orang dewasa mengaji
al-Quran. Orang islam wajib membaca al-Quran kerana al-Quran merupakan
sumber rujukan utama. Jika seseorang Muslim itu tidak boleh membaca al-
Quran, dia tidak boleh dianggap seorang Islam yang sempurna.
 Encik Muhammad
Encik Muhammad merupakan seorang tokoh yang berjaya berubah kerana
agama. Kejayaannya memegang jawatan Pengarah Urusan di syarikat milik
Datuk Tan mengubah perjalanan hidupnya. Dia menyuruh Mahani
memanggilnya ‘pak cik’ kerana tidak mahu peristiwa dia dengan Mery
berulang. Selain itu, Encik Muhammad juga selalu melakukan solat sunat
tahajud dan solat taubat. Pada mulanya dia menentang usaha Lebai Maarup
untuk mendirikan surau kepada pekerja di lombongnya tetapi akhirnya dia
mengubah fikiran. Hal ini menunjukkan bahawa beliau telah mula melihat
agama sebagai jalan hidupnya.
 Rahim bin Muhammad
Rahim merupakan individu yang berpegang kepada agama. Sewaktu belajar di
London dalam bidang kejuruteraan, dia terlibat dalam gerakan dakwah dan
islamiah sehingga membimbangkan encik Muhammad. Namun begiru,
kebimbangan Encik Muhammad itu hilang apabila Rahim berjaya dalam
pelajarannya dan sanggup berkerja di syarikat perlombongan bapanya. Rahim
turut menyokong cadangan Lebai Maarup untuk mewakafkan tanahnya bagi
pembinaan surau di kawasan lombong bapanya

JATI DIRI

KONSEP:
 Jati diri merupakan keperibadian unik, utuh dan istimewa dari segi adat,
Bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras dan lambing keperibadian
seseorang individu atau bangsa. Mengikut Zainal Abidin Borhan dalam
majalhnya Peradaban dan Jati Diri Melayu (atas talian) menyatakan bahawa
jati diri melayu itu ada jiwa dan rohnya. Kemelayuan bukan sahaja dilihat dari
sudut siratan yang bertali kepada asal-usul sejarah, Bahasa, budaya, agama,
dan wilayah. Peberokaan selanjutnya ialah menyelusuri aspek dalaman atau
batiniah Melayu.

JATI DIRI DALAM WATAK-WATAK SBDKL

 Mementingkan ilmu/berilmu pengetahuan


Encik Muhammad dan Datuk Tan mementingkan pendidikan kepada anak-
anak mereka. Encik Muhammad telah mengahnatar anaknya Rahim kesalah
sebuah university di London untuk mempelajari bidang pengurusan dangang,
manakala Datuk tan menghantar Robert ke university di London untuk
menguasai bidang kejuruteraan lombong.-dapat meneruskan legasi mereka
sebagai pegusaha dan ahli perniagaan yang berjaya
 Berpandangan jauh/berwawasan
Walaupun Rahim belajar di London dan berjaya memperolehi ijazah dalam
bidang pengurusan dagang, namun beliau berhasrat untuk kembali ke tanah air
bagi mencurahkan baktinya, beliau sanggup berkerja dengan Syarikat
Lombong Lembah Tualang asalkan ayahnya bersetuju dengan rancangan
Lebai Maarup berhubung dengan tanah wakaf di Kampung Pulai.
Encik Muhammad- beliau tidak mahu bangsanya diperlekehkan oleh bangsa
asing yang diketahuinya masih tertinggal dalam dunia perniagaan.- beliau
sentiasa berusaha dengan gigih untuk memajukan perniangaanya dengan
harapan apabila perniagaannya maju dan berkembang beliau dengan dapat
menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk Kampung Pulai.
 Bijaksana/berilmu
Rahim menetang hasrat ayahnya untuk membuka lombong bijih di Lembah
Tualang kerana pada pandngannya kegiatan perlombingan boleh membawa
kesan negative kepada penduduk kampong.
Encik Muhammad- guna ilmu perniagaan untuk rebut peluang perniagaan
yang tersedia di hadapnnya.
 Merendah diri
Biarpun Rahim memiliki ilmu yang tinggi dalamkalangan keluarga yang
berada, beliau tidak sombong dan bangga diri. Beliau sanggup mendengar dan
menerima cadangan Sudin serta Lebai maarup yang hendak mewakafkan
tanah untuk kepentingan penduduk kampong.
 Bertanggungjawab
Rahim menentang cadangan ayahnya untuk menjalankan kegiatan
perlombongan di kampong Pulai. Rahim cuba membela nasib penduduk
kampong yang mungkin akan kehilangan tanah jika cadangan Encik
Muhammad untuk membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang menjadi
kenyataan
Encik Muhmmad- mrmberi pendidiksn tinggi kepada anaknya
Lebai Maarup- menjalankan gerakan dakwah kepada generasi muda di
kampong Pulai
 Berani
Rahim mengkritik dan menentang sikap ayahnya yang dirasakan lebih
mengutamakan keuntungan semata-mata berbanding dengan nasib yang akan
menimpa penduduk Kampung Pulai apabila ingin membuka Syarikat
Lombong Lembah Tualang
Encik Muhammad-ambil risiko dan merebut peluang perniagaan tanpa
mengira kesusahan yang bakal ditempuhinya. Beliau sanggup membekalkan
lada hitam ke Jerman barat antara 800 dengan 100 tan selama tujuh tahun,
sedangkan selama ini hanya 50 tan setahun sahaja dieksport.
 Sanggup berkorban demi agama/kepentingan agama
Lebai Maarup-beliau sanggup mewakafkan tanh pisakanya untuk keperluan
masyarakat Kampung Pulai bagi mendirikan surau.

JATI DIRI ENCIK MUHAMMAD

 Bijak mengurus
Bertindak pantas merebut peluang perniagaan dan menewaskan lawan secepat
mungkin
 Berani
Encik Muhammad memiliki salah satu ciri keusahawanan, iaitu berani
mengambil risiko. Beliau berusaha untuk merebut peluang perniagaan tanpa
mengira kesusahan yang bakal ditempuhinya. (kes Jerman)
 Berwawasan
Encik Muhammad- beliau tidak mahu bangsanya diperlekehkan oleh bangsa
asing yang diketahuinya masih tertinggal dalam dunia perniagaan.- beliau
sentiasa berusaha dengan gigih untuk memajukan perniangaanya dengan
harapan apabila perniagaannya maju dan berkembang beliau dengan dapat
menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk Kampung Pulai.
 Gigih
Meluaskan empayar perniagaannya selagi ada peluang dengan pelaksanaan
Dasar Ekonomi Baru yang mahukan penyertaan orang Melayu sebanyak
mungkin dalam dunia perniagaan
 Bertanggungjawab
Memberikan pendidikan tinggi kepada anaknya di samping meneruskan legasi
perniagaan keluarganya.

KEMANUSIAAN
KONSEP:
 Nilai kemanusiaan ialah nilai tegak berdasarkan penghirmatan terhadap hak-
hak asasi dan kemuliaan manusia.
 Nilai kemanusiaa juga merujuk perihal manusia atau sifat-sifat manusia yang
baik yang dapat membangunkan seseorang insan menjadi individu yang
unggul

NILAI KEMANUSIAAN SECARA UMUM

 Sopan santun
Tindakan mahani yang bingkas bangun semasa bermain piano untuk
berjabat tangan dan mencium tangan Cik Puan Tipah
 Simpati
Sikap ini ditunjukkan oleh Rahim yang sangat prihatin akan nasib
penduduk Kampung Pulai. Dia sangat risau sekiranya mereka ditindas dan
telah menunjukkan proses Kampung Pulai sepatutnya dibela dengan
diberikan tanah luas supaya kehidupan mereka bertambah baik.
 Prihatin
Encik Muhammad yang sangat prihatin akan nasib penduduk kampong
Pulai. Dia merasakan bahawa penduduk Kampung Pulai sepatutnya dibela
dengan tanah yang luas supaya kehidupan mereka bertambah baik.
 Kasih saying
Nilai ini terjelma melalui watak Sharifah Muinah yang sangat meyayangi
Sharifah Mahani
 Keinsafan
Encik Muhammad yang akhirnya insaf akan keterlanjurannya dengan
Mary. Dia kemudiannya semakin mendekatkan diri dengan Allah.
 Hormat-menghormato
 Ali yang sangat menghormati majikannya, iaitu Cik Puan Tipah.

NILAI KEMANUSIAAN LEBAI MAARUP:

 Pemurah
Beliau mewakafkan tanah pusakanya untuk keperluan masyarakat
Kampung Pulai mendirikan surau.
 Prihatin
Lebai Maarup mengajar budak-budak di Kampung Pulai mengaji Al-
Quran. Bagi Lebai Maarup penguasaan terhadap Al-Quran merupakan
banteng yang dapat menghindari seseorang itu daripada melakukan
kemungkaran. Beliau juga amat prihatin dengan keperluan penduduk
Kampung Pulai dan pekerja lombong yang memerlukan tempat beribadat.
 Merendah diri
Lebai Maarup sentiasa merendah diri walaupun beliau memiliki ilmu
agama yang agak tinggi. Sebagai generasi muda, beliau tetap menghormati
ilmu agama yang ada pada Imam Saad dan Lebai Endut.
 Berilmu
Ilmu agama yang dipelarinya oleh Lebai Maarup di Tanjung Karang
menjadikannya seorang yang berilmu dan disanjung tinggi oleh penduduk
Kampung Pulai.
 Tabah/Sabar
Lebai Maarup tabah/sabra dengan peristiwa buruk yang menimpanya
yakni beliau telah dipukul oleh Mat Akil dan rakan-rakannya, dia telah
menjemput orang kampong ke baliraya untuk menyatakan sikapnya yang
tidak berdendam. Beliau juga tidak akan melakukan pembalasan terhadap
orang yang memukulnya.
 Amanah
Lebai Maarup bertanggungjawab menjalankan gerakan dakwah kepada
generasi muda di Kampung Pulai. Semenjak kedatangnnya ke Kampung
Pulai, ramai golongan muda telah ke surau untuk menunaikan solat
berjemaah dan mengaji al-Quran.

NILAI KEMANUSIAAN CIK PUAN TIPAH

 Kasih sayang
Cik Puan Tipah mempunyai nilai kasih saying yang tinggi, dia
menyayangi setiap ahli keluarganya dan berasa sangat gembira apabila
mengetahui bahawa dia mempunyai keluarga yang besar di kampong, iaitu
keluarga sebelah suaminya.
 Mengambil berat
Cik Puan Tipah mengambil berat hal ehwal keluargnya. Dia sentiasa
bertnya khabar tentang keluarganya di kampong melalui kiriman surat.
 Bertimbang rasa
Cik Puan Tipah bertimbang rasa dengan pekerjanya. Nilai ini dapat
dilihatvsemasa Ali sedang membantu Cik Puan Tipah menata bunga
orkidnya. Pada mulanya, Cik Puan Tipah ingik meminta pertolongan Ali
untuk ke kedai tetapi membatalkan hasratnya apabila memikirkan Ali yang
kepenatan.
 Bersopan
Cik Puan Tipah memperlihatkan tingkah laku sopan ketika menghadiri
majlis perkahwinan antara Sudin dan Gayah.

NILAI KEMANUSIAAN ENCIK MUHAMMAD

 Bijaksana/berilmu
Encik Muhammad merupakan seorang ahli perniagaan yang
bijaksana/berilmu khususnya dalam selok belok perniagagaan.
Kebijaksanaan/ilmu perniagaan yang dimiliki oleh beliau menjadikan
beliau seorang ahli perniagaan yang dihormati dan disegani oleh orang
lain. Contohnya Datuk Tan mengagumi dan menghormati Encik
Muhammad sebagai seorang ahli perniagaan melayu yang berjaya.
 Berani
Encik Muhammad bercadang memajukan tanahnya di Jeram Medang
untuk dijadikan kawasan pelancongan, kerana pada pandangannya ia
mampu meraih pendpatan yang lumayan. Selain dari itu juga Encik
Muhammad berani untuk membekalkan lada hitam antara 800 hingga 1000
tan dalam masa tujuh tahun kepad Frankfurt Import-Eksport di Jerman
sedangkan bekalan lada hitam semasa tidak mencukupi.
 Berwawasan
Encik Muhammad dikatakan mempunyai wawasan apabila beliau tidak
bangsanya diperlekehkan oleh bangsa asing yang diketahuinya masih
tertinggal dalam dunia perniagaannya. Lantaran itu beliau memiliki
kejituan idea dan pandangan dalam menangani dunia perniagaan. Beliau
telah menubuhkan Firma Dagang Internasional bersama Datuk tan untuk
mengeksport lada hitam ke Jerman. Beliau juga dikatakan mempunyai
wawasan apabila beliau dan Cik Puan Tipah bercadang untuk memajukan
tanah miliknya di Jeram Medang untuk dijadikan kawasan pelancongan,
kerana pada pandangannya ia mampu meraih pendapatan yang lumayan.
 Gigih
Encik Muhammad cuba meluaskan empayar perniagannya di mana-mana
sahaja asalkan ada peluang, sesuai dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi
Baru yang mahukan penyertaan orang Melayu sebanyak mungkin dalam
dunia perniagaan. Kegigihan Encik Muhammad dapat dilihat apabila
beliau berusaha menubuhkan Syraikat Lombing Lembah Tualang bagi
menjalankan kegiatan perlombongan di Lembah Tualang.
 Merendah diri
Encik Muhammad masih bersikap merendah diri dengan YB Muhd. Yusof
dengan penglibatannya dalam dunia perniagaan masih lagi sperti dalam
hutan rimba.
 Tenang/sabra
Encik Muhammad tenang/sabra dalam menghadapi cabaran dalam
menguruskan Syarikat Lombong Lembah Tualang. Ketenangan dan
kesabarannya jelas apabila dia dapat menerima secara rasional tuduhan
yang dilemparkan kepadanya oleh pemuda berjubah dan Jamaluddin yang
menuduhnya dengan pelbagai tuduhan yang menyakitkan hati.

NILAI KEMAUSIAAN DALAM WATAK MAHANI:

 Hormat-menghormati
Mahani amat menghormati kedua-dua ibu bapanya. Dia menerima
keputusan ayah dan ibunya untuk menerima pinangan Rahim. Mahani juga
menghormati Encik Muhammad semasa berada di pejabat.
 Prihatin
Mahani sangat prihatin akan nasib penduduk Kampung Pulai apabila
Syarikat Lombong lembah Tualang hendak dibangunkan. Dia meikirkan
nasib dan kesusahan penduduk.
 Berbudi Bahasa
Mahani sangat menghormati Cik Puan Tipah sehingga Cik Puan Tipah
berhasrat untuk menjadikannya sebagai menantu
 Kasih saying
Mahani bukan sahaja menyayangi ibu dan bapanya malah dia turut
menyayangi Rahim. Walaupun mereka jauh terpisah dan jarang
berhubung, namun kasih saying akhirnya menyatukan mereka dengan
ikatan perkahwinan.
 Bersopan santun
 Mahani bingkas bangun semasa bermain piano untuk berjabat tangan dan
mencium tangan Cik Puan Tipah.

ILMU

KONSEP:

 Ilmu merujuk kepada pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir,


batin dan sebaginya.
 Ilmu juga merujuk kepada pengetahuan tentang sesuatu bidang/disiplin
yang disusun secara bersistem menurut metod yang tertentu yang dapat
dihunakan untuk menerangkan/merungkaikan gejala/fenomena tertentu.

MANFAAT ILMU YANG DIMILIKI DALAM KEHIDUPAN: (mesti disebut ilmu


jenis apa, watak dan manfaatnya)

 Ilmu kegamaan akan membentuk akhalak dan peribadi insan kea rah yang
lebih baik
Lebai Maarup amat mementingkan ilmu keagamaan. Beliau berdakwah
kepada masyarakat kampong supaya mendekati Allah dan mematuhi ajaran
agama. Ramai masyrakat kampong mula solat/sembahyang berjemaah di surau
termasuklah Kemat Jerangkung dan Sudin. Golongan muda turut belajar
mengaji al-Quran daripada beliau. Jelaslah bahawa ilmu agama mampu
membentuk diri individu agar menjadi lebih bertakwa dan mematuhi ajaran
agama.
 Ilmu perniagaan/perdagangan penting kepada seorang peniaga atau pedagang
untuk memajukan diri dan dapat bersaing di peringkat nasional dan
atarabangsa
Encik Muhammad menimba ilmu perniagaan melalui pengalamnnya bekerja
dengan sebuah syarikat Inggeris di Kuala lumpur. Pengalamannya itu telah
membantu beliau untuk membuka syarikat perlombongan sendiri. Kejayaan
Encik Muhammad ini boleh dijadikan inspirasi oleh kita untuk menceburkan
diri dalam bidang perniagaan.
 Ilmu politik
Penguasaan ilmu politik terutama yang berkaitan dengan keperluan rakyat
dalam satu-satu kawasan pilihan raya mampu memenangi hati rakyat. Yang
Berhormat Yusuf merupakan ahli politik yang berjaya kerana selalu
mengambil tahu keperluan rakyat di kawasannya. Contohnya, keperluan tanah
FELDA. Penguasaan ilmu politik mampu membantu seseorang dalam
memahami scenario politik negara untuk membolehkan kita mencurahkan
bakti kepada negara.
 Ilmu kesetiausahaan
Mahani yang belajar ilmu kesetiausahaan telah berjaya menjadi setiausaha
yang cekap kepada Encik Muhammad. Kejayaan Mahani ini boleh menjadi
pendorong seseorang untuk menguasai ilmu dan kemahiran yang diminati agar
dapat menjadi pekerja pada masa akan datang.
 Ilmu pertanian penting untuk menjadi petani yang berdaya saing dalam bidang
pertanian
Ilmu pertanian perlu jika seseorang ingin menceburkan diri sebagai usahawan
tani. Cik Puan Tipah mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam tentang
tanaman orkid sehingga mampu membuka lading orkid di Jeram Medang. Hal
ini secara tidak langsung telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk
di sekitarnya. Ilmu pertanian bukan sahaja boleh dijadikan sebagai sumber
pendpatan tetap tetapi boleh juga menjadi pendapatan sampingan bagi mereka
yang telah mempunyai pekerjaan lain.

Anda mungkin juga menyukai