Anda di halaman 1dari 12

Masyarakat Dalam SBDKL

Dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur, Keris Mas telah memaparkan masyarakat
kampung dan kota. Masyarakat kampung dalam novel ini difokuskan akan ditumpukan kepada
masyarakat Kampung Pulai dan Kampung Tualang. Manakala masyarakat kota pula difokuskan
kepada masyarakat Kuala Lumpur.
(a) Terdapat dua buah masyarakat kampung novel ini, iaitu Kampung Pulai dan Kampung
Tualang.
Masyarakat di Kampung Pulai
Masyarakat Kampung Pulai terdiri daripada orang-orang Melayu yang beragama Islam.
Masyarakat di kampung ini terdiri daripada golongan tua seperti Tuk Empat Dahlan, Imam Saad,
Bilal Endut, dan lain-lain. Manakala, golongan muda terdiri daripada Lebai Maarup, Kemat
Jerangkung, Mat Akil, Sudin, Man, Jamaludin, dan lain-lain. Golongan tua dan golongan muda
di kampung saling menghormati antara satu sama lain. Contohnya, Sudin amat menghormati
Pak Salim, Bilal Endut. ayahnya, Imam Saad dan lain-lain.
Masyarakat di kampung ini berpegang teguh dengan agama Islam. Mercka beriman dan patuh
kepada ajaran Islam. Contohnya, Lebai Maarup dianggap pendakwah yang sanggup
menggadaikan nyawanya, dan dialah orang yang boleh memberi pimpinan akhlak serta moral
manusia zaman moden ini. Imam Maarup, juga rela dipandang hina, tetapi sanggup memikul
beban yang besar, sanggup dicerca, dipukul dalam gelap dan difitnah. tetapi beliau tetap
menjalankan kerja-kerja dakwahnya.
Masyarakat Kampung Pulai rata-ratanya terlibat dalam bidang pertanian seperti mencari hasilan
hutan dan menangkap ikan di sungai. Ada juga masyarakatnya yang terlibat dengan dunia
perniagaan secara kecil-kecilan, seperti Pak Salim yang, membuka kedai kopi. Kedai kopi
Pak Salim adalah sebuah kedai kopi yang menjadi tumpuan orang Kampung Pulai. Memang
menjadi kebiasaan orang kampung menghabiskan masa mereka di kedai kopi ini berjam-jam.
Golongan muda yang terdiri daripada Mat Akil, Man, Kemat Jerangkung, Sani, Udin dan lainlain dapat dibahagikan kepada dua puak. Satu puak terdiri daripada pemuda-pemuda yang
bersikap jahat dan menjadi pengacau di kampung ini seperti Mill Akil dan kawan-kawannya.
Mat Akil yang tidak berpelajaran dan kawan-kawannya berkelakuan jahat seperti suka
memukul orang yang tidak disukainya. Mal Akil sendiri pernah membuang air besar di atas
tilam Sudin. Mat Akil dan kawan-kawannya juga menjadi samseng di Kampung Pulai. Walau
bagaimanapun, pada suatu hari, mereka berjaya ditangkap dan dipenjarakan.
Golongan pemuda yang kedua di Kampung Pulai terdiri daripada pemuda-pemuda, yang baik
dan bermoral seperti Sudin, Sani, Lebai Maarup dan lain-lain. Mereka rajin bekerja dan berusaha
untuk memajukan diri dan bangsa serta agama. Contohnya, Sudin ke Kuala Lumpur untuk
mencari kerja, pernah menjadi broker, dan wakil kepada Yang Berhormat Muhd. Yusuf,
pegawai perhubungan Syarikat Perlombongan Lembah Tualang. Malah dia sentiasa memikirkan
1

kehidupan pada masa hadapannya dan bekerja kuat untuk menyara keluarganya.
Digambarkan juga masyarakat di sini mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka
seperti tolong-menolong, hormat-menghormati, bermuafakat serta herkasih sayang antara satu
sama lain. Contohnya, mereka sentiasa berkumpul di balal raya untuk berbincang atau
menyelesaikan masalah yag dihadapi.
Masyarakat Kampung Pulai juga menghadapi konflik dengan masyarakat luar. Contohnya,
masyarakat kampung ini berkonflik dengan orang kota terutama dengan saudagar besar, iaitu
Encik Muhammad dari Kuala Lumpur. Pada peringkat awal, orang kampung menentang orang
kota yang diketuai oleh Encik Muhammad yang ingin membeli tanah mereka untuk dilombong
oleh Syarikat Lombong Lembah Tualang. Tetapi konflik ini akhirnya selesai apabila penduduk
Kampung Pulai sanggup menjual tanah mereka kepada Syarikat Lombong Lembah Tualang.
Masyarakat kampung ini akhirnya terpaksa berpindah ke rancangan FELDA setelah tanah
mereka dibeli oleh Syarikat perlombongan tersebut.
Masyarakat di Kampung Tualang
Masyarakat di Kampung Tualang tediri daripada orang-orang Melayu yang Tualang yang
beragama Islam seperti kaum kerabat Datuk Indera, golongan muda serta wakil r akyat. Kaum
kerabat Datuk Indera merupakan golongan yang berkedudukan, mulia dan berada di Kampung
Tualang. Watak-watak yang tergolong dalam kaum kerabat Indera ialah Orang Kaya Datuk
Indera Idris bin Muhammad Saman, Encik Muhammad, Penghulu Mahmud, Jahid, Kasim,
Gayah, Muhammad Alif dan lain-lain. Orang Kaya Datuk Indera Idris bin Muhammad
Saman merupakan orang bcsar wilayah yang pertama berkongsi dengan Tauke Cina
melombong bijih dalam wilayahnya. Manakala, Penghulu Mahmud ialah orang terkaya di
Kampung Tualang dengan memiliki tanah dan kebun yang luas.
Kaum kerabat Datuk Indera bekerjasama, bermuafakat dan bersatu padu demi kebaikan
bersama. Contohnya, seluruh ahli keluarga Indera Mahmud berkumpul di rumahnya untuk
menghadiri mesyuarat pembahagian sebahagian daripada harta datuk Indera yang akan
dibeli oleh Syarikat Lombong Lembah Tualang. Mesyuarat itu berjalan dengan baik dan
mereka bersetuju pembahagian itu dibuat mengikut farait.
Ada antara kaum kerabat Datuk Indera berjaya dalam kehidupan. Contohnya, Encik
Muhammad berjaya dalam bidang perniagaan dan menjadi saudagar besar di Kuala Lumpur.
Beliau juga merupakan seorang yang terpelajar dan pernah menuntut di London. Encik
Muhammad juga berhasrat ingin memajukan dan membangun Kampung Tualang melalui
projek perlombongannya. Encik Muhammad piing menjalinkan hubungan kekeluargaan
dengan penduduk di Kampung Tualang walaupun beliau menetap di kola. Contohnya, beliau
menerima anak saudaranya, Kasim dan Jahid bekerja dengan syarikatnya, Firma Serba Dagang
Internasional.
Golongan yang tidak berketurunan Datuk Indera terdiri daripada mereka yang hidup dalam
serba kekurangan serta terlalu mengharapkan bantuan dan tinggal di bawah payung orang
yanga lebih berwibawa tetapi mempunyai sikap, pendirian dan usaha diri. Rata-rata
2

daripada mereka mengusahakan kegiatan pertania seperti menoreh getah, mencari


hasilan hutan, menangkap ikan, dan menjaga kebun kepunyaan Penghulu Mahmud.
Golongan muda pula tidak berminat dengan pekerjaan kampung. Mereka sanggup
berhijrah ke Pekan Kuala dan Kuala Lumpur untuk bekerja di kilang-kilang. Contohnya,
Kasim dan Jahid bekerja di Kuala Lumpur di syarikat hapa saudara mereka, Encik
Muhamamad.
Masyarakat di Kampung Tualang juga terlibat dengan dunia politik, tetapi berlaku
kepincangan politik di kampung ini sehingga menyebabkan berlakunya pergaduhan,
perselisihan dan konflik di kalangan ahli politik dan parti. Misalnya, kejadian Ali,
pengelola kebun orkid Cik Puan Tipah dipukul dan kejadian menjahanamkan
kebun orkid Cik Puan Tipah di Jeram Medang dikaitkan dengan masalah pergolakan
politik di kampung tersebut. Kejadian ini ada yang mengaitkannya dengan
Pendekar Omar yang berbalah dengan Ali yang menjadi penyokong sebuah parti politik
dan orang kuat pemuda parti politik di Pekan Tualang.
(b) Masyarakat Kota
Dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur, pengarang mengambil latar Kuala
Lumpur dengan masyarakat dapat dibahagikan kepada sauadagar-saudagar besar,
masyarakat berbilang kaum, golongan muda, orang kampung yang berhijrah ke Kuala Lumpur
dan golongan bangsawan atau elit Melayu (golongan Syed/Arab).
Saudagar-saudagar Besar
Saudagar-saudagar besar di Kuala Lumpur termasuklah Encik Muhammad, Tan Sri
Syed Aris, Datuk Tan Chong Seng, dan lain-lain. Encik Muhammad menubuhkan
syarikat perniagaannya sendiri iaitu Firma Serba Dagang Internasional yang terletak di
bangunan Maju Jaya. Encik Muhammad juga berkongsi dengan seorang pedagang Cina
yang bernama Datuk Chong Seng. Syarikat Firma Serba Dagang Internasional adalah anak
syarikat Tan Enterprise dengan Datuk Tan Chong Seng menjadi pengerusinya. Firma Serba
Dagang Internasional menjalankan kegiatan import-eksport, ladang lada hitam di Johor dan
perlombongan.
Saudagar-saudagar besar dari Kuala Lumpur ini mempunyai sikap individualistik
dan kapitalis. Contohnya, Encik Muhammad hanya mementingkan diri sendiri dalam
mengejar kekayaan dan keuntungan dalam dunia perniagaan tanpa mengambil kira
kepentingan orang lain dan tanggungjawab sosial. Melalui Syarikat Lombong Lembah
Tualang, Encik Muhammad sebagai pengerusinya ingin membeli semua tanah di
Kampung Pulai dan menghalau keluar semua penduduk kampung ini ke rancangan
FELDA kerana kampung ini akan dilombong oleh syarikat perlombongan tersebut.
Encik Muhammad hanya membayangkan keuntungan yang besar daripada kegiatan
perlombongan tersebut.
Saudagar-saudagar besar ini juga memiliki dan mengamalkan nilai-nilai negatif dalam
kehidupan mereka. Contohnya, Encik Muhammad berkonflik dengan masyarakat
3

Kampung Pulai dan masuk campur dalam pentadbiran di kampung tersebut. Encik
Muhammad menggunakan tipu muslihat yang halus untuk mendapat tempat di hati
beberapa orang tua yang berpengaruh tetapi tidak layak lagi menyertai rancangan FELDA.
Imam Saad, Imam Kampung Pulai yang sudah tua dijadikan atau dilantik menjadi imam
kerajaan di Pekan Tualang, imam yang sedia ada di Pekan Tualang dan imam Pekan Kuala
dari Pekan Tualang dan imam Pekan Kuala dipersarakan.Tuk Empat Dahlan, ketua kampung
dijadikan penghulu di Pekan Tualang mengganti Datuk Indera Mahmud.
Dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur, pengarang meletakkan kcdudukan
kalangan korporat dan ekspatriat Melayu dalam suasana yang mencabar dan penuh
persaingan dan menembusi, memperolehi dan mengekalkan pencapaian ekonomi yang
dimiliki setelah sekian lama berada dalam benteng kukuh kaum lain. Novel ini dikatakan
hasil penelitian kesan Dasar Ekonomi Baru terhadap peranan perekonornian dan
perdagangan bangsa Melayu.
Golonyan pemuda-pemudi
Golongan pemuda-pemudi di Kuala Lumpur terdiri daripada Robert, Rahim, Mahani,
Lily dan lain -lain. Robert ialah anak Datuk Tan Chong Seng dan Datin Tan. Dia meminati
ilmu dan pelajaran. Dia menuntut dan belajar di London dalain Iiii jurusan kejuruteraan
perlombongan. Dia juga digambarkan seorang yang patuh kepada ibu bapanya. Adik
Robert yang hernania Lily juga meminati ilmu dan pelajaran menuntut di Universiti
Malaya. Novel ini juga menggambarkan golongan pemuda-pemudi Cina yang bersikap
terbuka dan menjalinkan hubungan baik dengan pemuda-pemudi Melayu. Contohnya, Robert
berkawan dan bersahabat dengan Rahim dan Mahani sejak di bangku sekolah lagi. Rahim pula
mewakili golongan pemuda Melayu merupakan anak sulung Encik Muhammad yang
meminati dan mencintai ilmu pelajaran. Contohnya, dia berjaya melanjutkan pelajaran ke
London bersama Robert. Beliau mempunyai sikap dan pendirian yang berbeza dengan
Robert. Rahim merupakan anak muda lambang generasi baru yang gemar
mempersoalkan sistem yang sedia ada. Dia seorang kaki bahas, praktikal, tidak
imaginative dan seperti Encik Muhammad, dia juga seorang yang jujur. Walaupun dalam
novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur ini beliau dijodohkan dengan Mahani, tetapi dari
segi sifat, mereka tidak mempunyai persamaan yang cukup untuk hidup bersama. Rahim
juga tidak bersetuju dengan tindakan bapanya, Encik Muhammad yang ingin menghalau
semua penduduk Kampung Pulai ke rancangan FELDA dan kampung ini dijadikan
kawasan perlombongan oleh Syarikat Lombong Lembah Tualang yang akan membawa
keuntungan yang besar kepada bapanya.
Berbeza pula dengan Mahani yang mewakili golongan pemudi masyarakat kota.
Perwatakan golongan pemudi ini juga jelas berjaya membawa fahaman moden Islam yang
dinamik serta lebih meyakinkan masyarakat dewasa ini. Mahani digambarkan sebagai
wanita yang anggun, boleh dianggap mempunyai wawasan serta modenisme yang progresif
serta radikal di samping suaminya, Rahim. Mahani juga diperlihatkan dengan sifat-sifat
keislaman yang moden serta progresif. Walaupun dia tidak bersetuju dengan
establishment, menentang tindakan majikan sendiri, Mahani juga mempunyai
pandangan yang berbeza daripada keluarga elit Melayu atau golongan Syed (Arab).
4

Isteri-isteri Saudagar-saudagar Besar


Isteri-isteri saudagar-saudagar Besar di Kuala Lumpur terdiri daripada Cik Puan Tipah isteri
Encik Muhammad, Syarifah Mu'inah pula, isteri Tan Sri Syed Aris, Datin Tan ialah
isteri Datuk Tan Chong Seng dan lain-lain. Isteri-isteri saudagar besar ini juga terlibat
dalam dunia perniagaan. Contohnya, Cik Puan Tipah melibatkan diri dalam dunia perniagaan
kebun orkid di Jeram Medang di Kampung Tualang. Manakala, Syarifah Mu'inah pula
seornag isteri yang tidak angkuh dan sombong, malah begitu mesra dengan orang yang lebih
rendah daripadanya. Isteri-isteri saudagar ini menjalinkan hubungan baik dan mesra antara
satu sama lain. Misalnya, mereka saling mengunjungi dan jika ada sesuatu keramaian dan
majlis jamuan di rumah masing-masing. Ini dapal dibuktikan melalui petikan berikut.
...Sebentar lagi mereka dari Pekan Tualang akan tiba; Yang Berhormat Muhd Yusof dan Datuk
Indera Mahmud, Sudin, Sani dan Jahid. Jamuan makan malam yang istimewa telah disediakan
untuk mereka. Datuk Tan dan Datin, Tan Sri Syed Aris dan Puan Sri Syarifah Mu'inajuga
akan hadir (SBDKl,: 321)
Golongan Bangsawan atau Golongan Elit Melayu atau Golongan Syed (Arab)
Dalam hal kebangsawanan ini, Kamaludin Muhammad turut menggambarkan
golongan elit Melayu atau golongan Syed(Arab) malah dengan berlangsungnya
perkahwinan Rahim dan Syarifah Mahani, golongan elit atau golongan Syed yang selalu
dianggap mempunyai status tertentu dalam struktur masyarakat Melayu di Malaysia mulai
jatuh. Menerusi perkahwinan anak wiraniaga Encik Muhammad dengan anak perempuan Syed
Aris ini, terlihat semacam ada mesej serta pengertian tertentu yang ingin disampaikanoleh
pengarang. Barangkali, perubahan ini boleh difahami sebagai suatu agenda baru dalam
negara yang mempunyai wawasan baru.
Masyarakat Kota dan Adat Istiadat Melayu
Masyarakat kota terutama di Kuala Lumpur masih lagi mengekalkan serta
mengamalkan adat istiadat Melayu seperti adat meminang dan perkahwinan. m isalnya,
Penghulu Mahmud yang mewakili keluarga adiknya, Encik Muhammad meminang Syarifah
Mahani, anak gadis Tan Sri Syed Aris untuk anak Encik Muhammad,yang bernama Rahim.
Encik Muhammad juga mengadakan majlis perkahwinan anak saudaranya, Gayah
dengan Sudin di kediamannya di Kuala I tinipur. Contohnya,
Nanti lepas istiadat pinang meminang, wakil-wakil Rahim akan naik ke atas menyarung
cincin tunang. Tetapi Mahani tidak mahu berpakaian lekas-lekas. Dia mahu sembahyang
Isyak duhulu. Apahal pun upacara sarung cincin itu hanya akan dilakukan lama selepas
Isyak nanti... (SBDKL: 208 - 209)
Masyarakat Bukan Melayu
Orang bukan Melayu dalam novel ini terdiri daripada Datuk Tan Chong Seng, Robert , Lily,
Tauke Chan, Datin Tan dan lain-lain. Masyarakat bukan Melayu dalam novel SBDKL
mempunyai hubungan dengan masyarakat Melayu sama ada di kota atau di desa. Contohnya,
Datuk Indera Idris merupakan orang Melayu pertama yang berkongsi dengan saudagar5

saudagar Cina untuk melombong bijih timah di Wilayah Tualang.Kini, anaknya Encik
Muhammad pula menggantikannya dan berkongsi perniagaan dengan Datuk Tan Chong
Seng.
Datuk Tan dengan Encik Muhammad dalam novel SBDKL dapat dianggap simbol kerjasama
dan perpaduan,walaupun dengan kerjasama seperti itu telah melahir kan usahawan yang
kecil bilangannya, sedangkan majoriti masyarakat Melayu, khususnya yang tinggal di
kawasan-kawasan luarbandar, masih lagi dihimpit kemiskinan. Malah, kebanyakan
usahawan muda yang muncul di kalangan orang-orang Melayu berkat keramat DEB itu
adalah berpunca daripada kepintaran mereka memainkan tipu muslihat. Dan saudagarsaudagar besar seperti Datuk Tan mempunyai kepentingan yang tersendiri untuk mahu
bekerjasama dengan Encik Muhammad. iaitu kepentingan hendak menambahkan harta
kekayaan supaya Tan Enterprise turut berkembang maju serta terus dapat menubuhkan banyak
anak syarikat.
Orang-orang Cina generasi ketiga pula terdiri daripada Robert dan Lily yang berkawan dengan
pemuda dan pemudi Melayu seperti Rahim dan Syarifah Mahani. Misalnya, Syarifah
Mahani berkawan dengan Robert sejak di sekolah rendah lagi. Mereka hanya berpisah
setelah Robert melanjutkan pelajaran ke London. Tctapi mereka bertemu kembali dan terus
berkawan setelah Robert tamat pengajian dan pulang ke tanah air.
"Hei. Sudan lupakah?" "Ini Robert di sebelah ini."
"Oh, Robert. " Tangan lepas lalu ke tangan Robert pula. (SBDKL: 3511)
Namun begitu ada juga orang-orang Cina yang berkonflik dengan orang-orang Melayu.
Misalnya, Tauke Chan mengupah Pendekar Omar supaya merosakkan 1adang orkid kepunyaan
Cik Puan Tipah di Jeram Medang, kerana membalas dendam terhadap suami Cik Puan Tipah,
iaitu Encik Muhammad yang telah menggagal projek perumahannya dengan Penghulu
Mahmud.

Watak-watak modal insan sempurna dalam Saudagar Besar dari Kuala Lumpur
Kertas kerja ini memberi tumpuan kepada empat watak utama yang merupakan kejayaan
membangunkan modal insan yang boleh dijadikan contoh kepada pembaca menerusi novel
Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. Watak-watak tersebut akan dianalisis berdasarkan tiga
perspektif modal insan seperti yang telah dihuraikan di atas.
Encik Muhammad bin Idris.
Encik Muhammad bin Idris merupakan keturunan orang besar wilayah Sungai Tualang dan
pekan wilayah itu bernama Pekan Tualang. Ayah Encik Muhammad bergelar Orangkaya Indera
Datuk Idris bin Muhammad Saman. Sementara datuknya Orangkaya Indera Datuk Muhammad
Saman bin Bendahara Muda adalah orang kaya yang mempunyai kawasan lombong timah di
wilayah tersebut yang berkongsi dengan tauke Cina. Sebagai anak orang besar beliau
mempunyai pelajaran tinggi kerana dihantar oleh keluarganya belajar di England. Sekembalinya
ke tanah air dia bekerja dengan sebuah syarikat dagang orang Inggeris di Kuala Lumpur.
Oleh kerana ada hubungan persahabatan antara Keluarga Datuk Tan Cong Seng ( memiliki
syarikat besar Tan Enterprise) dengan keluarga Encik Muhammad sejak lama dahulu, Datuk
Tan memberi kepercayaan kepada Encik Muhammad dilantik mengetuai salah sebuah anak
syarikat di bawah Tan Enterprise. Sehingga Datuk Tan menyifatkan Encik Muhammad,
memperlihatkan kewibawaan seorang dagang dan usahawan yang ulung, lebih baik dari
setengah-setengah orang Cina sendiri... (hal. 15). Akhirnya dia menubuhkan syarikatnya
sendiri iaitu Firma Serba Dagang Internasional dan bekerjasama dengan Datuk Tan.
Encik Muhammad, watak utama dalam novel ini merupakan tokoh koperat Melayu yang
berjaya. Syarikatnya yang beroperasi di Kuala Lumpur mempunyai hasrat murni untuk
membangunkan kampung asalnya iaitu dengan membuka lombong bijih timah. Baginya
inilah salah satu cara untuk merubah nasib masyarakat kampung Pulai. Usaha ini bukan
sesuatu yang mudah kerana industri perlombongan akan melibatkan tanah pusaka
kepunyaannya dan saudara maranya serta tanah milik orang-orang kampung Pulai. Tanah
inilah merupakan sumber pendapatan penduduk di sini dengan menoreh getah dan bercucuk
tanam. Bermula dari sinilah konflik timbul, iaitu bagaimana caranya untuk membeli tanah-tanah
tersebut. Sebagai usahawan yang cekap dan dengan kebijaksanaannya orang kampung dan
seluruh keluarga Encik Muhammad bersetuju menjualkannya dengan harga yang dijamin tinggi
yang akan dibayar oleh syarikatnya.
Perancangan yang dilaksanakan oleh usahawan Encik Muhammad dilakukan secara rapi dan
penuh manusiawi. Beliau tidak sewenang-wenang menghalau penduduk kampung Pulai,
yang ada juga dalam kalangan mereka saudara maranya sendiri. Mereka semua akan diberi
tanah dan ditempatkan di tanah FELDA yang lebih luas dan dapat memberikan hasil yang
lumayan.
Dari segi hubungan dengan Allah, Encik Muhammad seorang tokoh koperat yang warak.
Walaupun beliau seorang tokoh usahawan berjaya beliau tidak melupakan tanggungjawabnya
kepada Allah. Petikan di bawah menjelaskan sifatnya;
Encik Muhammad bin Idris duduk tafakur di atas sejadah, berzikir dan berdoa. Dia baru selesai
sembahyang sunat syukur dan sunnat tahajjud. Dia mencuba sedaya upaya mengheningkan
cipta, mengosongkan hati nubarinya dari segala was-was dan khannas, menyerah seikhlas7

ikhlasnya kepada Allah subhanahu wa taala. Dia mohon petunjuk dan hidayat, mohon taufik dan
bimbingan untuk kejayaan usahanya mengendalikan syarikat yang baru ditubuhkan. (hal. 113).
( Lihat juga hal. 260).
Natijah manusia yang kuat pegangan agamanya, Encik Muhammad akur dengan tuntutan
Lebai Maarup, agar tanah kepunyaannya yang seluas dua ekar diwakafkan untuk
dijadikan tapak kompleks Syarikat Lombong Lembah Tualang yang antara bangunan yang
perlu didirikan ialah sebuah surau untuk kegunaan para pekerja lombong kelak. Ini
memperlihatkan Encik Muhammad bukannya seorang saudagar yang rakus yang tidak
mempunyai pertimbangan keagamaan. Bagi orang Islam tanah wakaf itu membawa konotasi
yang amat berat kerana ia melibatkan hukum agama. Sesuatu benda yang diwakafkan wajar
digunakan untuk tujuan kebaikan bersama. Encik Muhammad merasakan tidak wajar semua
tanah dijadikan lombong.
Hasil daripada hidupnya yang sentiasa mengerjakan suruhan Allah wajib dan sunat dan
tidak henti-henti memanjatkan doa, kehidupannya sentiasa tenang, menjadi tokoh
usahawan Melayu yang berjaya dan mempunyai keluarga dan rumahtangga yang aman dan
damai. Kehidupan berumahtangga bersama Cik Puan Tipah dianugerahi oleh Allah dua cahaya
mata seorang lelaki bernama Rahim yang menuntut di England dan seorang anak gadis yang
masih bersekolah menengah bernama Ana.
Encik Muhammad merupakan kelahiran seorang modal insan yang sempurna, memiliki
kekayaan, pengetahuan tinggi dalam perniagaan, kuat berpegang kepada agama, menjadi
pemimpin yang baik kepada pekerja bawahannya dan kepada keluarga, wajar dicontohi oleh
kita semua.
Yang Berhormat Muhd Yusuf.
YB Muhd Yusuf seorang wakil rakyat di Wilayah Sungai Tualang. Antara kampung di bawah
jagaannya ialah kampung Kuala, kampung Pulai dan beberapa buah kampung lagi. Pejabat
tempat beliau beroperasi di Pekan Tualang. Sebagai seorang wakil rakyat beliau amat
mengambil berat tentang kemiskinan hidup masyarakat desa. Terutama kepada mereka yang
tidak mempunyai tanah dan mendirikan rumah menumpang di tanah kepunyaan orang-orang
yang simpati dengan mereka.
Pada mulanya dia bekerjasama dengan Tauke Chan di tempat itu untuk mendirikan projek
perumahan kerajaan untuk diberikan kepada orang-orang miskin yang tidak mempunyai rumah.
Tetapi akhirnya YB Muhd Yusuf tidak setuju kerana Tauke Chan memberi syarat, syarikatnya
boleh juga mendirikan rumah sambung dua tingkat untuk dijual kepada peniaga-peniaga Cina
yang ramai tidak punya rumah dan tinggal menyewa di rumah-rumah kedai tempat mereka
menjalankan perniagaan (hal.72).
Justeru apabila syarikat Encik Muhammad berhasrat hendak membuka kawasan lombong di
wilayah tersebut YB Muhd Yusuf amat menyetujuinya. Baginya inilah caranya untuk membantu
masyarakat desa memiliki rumah dan tanah yang agak luas. YB Muhd Yusuf tokoh politik yang
jujur. Dengan pengaruh yang ada sebagai wakil rakyat beliau boleh berunding dengan pegawai
FELDA untuk memberi penempatan dan tanah kepada para penduduk kampung Pulai yang
bakal dipindahkan nanti. Sifat jujurnya dan ingin membantu rakyat miskin terpancar menerusi
petikan berikut:

Beginilah Cik Mat. Katanya. Saya ini orang politik. Tugas saya, tanggungjawab saya dan
minat saya, iaitu minat yang inti dalam hati jantung saya, ialah hendak membela nasib rakyat,
khususnya nasib rakyat Melayu yang menjadi penduduk teramai dan termiskin dalam kawasan
pilihan raya saya.
Dia berhenti sebentar sebelum meneruskan. Cik Mat pun maklum keadaan orang Melayu di
kampong kita, dalam wilayah Sungai Tualang sana. Dalam menjalankan tugas ini saya
bertembung dengan masalah yang berhubung rapat dengan dunia dagang, dunia perniagaan
dan dunia perusahaan. Saya tak boleh bergerak dengan tidak melintasi lapangan dagang ini.
Apa saja yang hendak saya lakukan dalam usaha pembangunan yang boleh mendatangkan
kehidupan yang baik dan makmur bagi rakyat, tak dapat tidak ada hubungannya dengan dunia
perniagaan dan perusahaan. (hal. 69).
Berdasarkan petikan di atas YB Muhd Yusuf mempunyai sifat jujur untuk membela orang
Melayu miskin di kawasan yang diwakilinya agar mereka dapat menikmati penghidupan yang
selesa dan sempurna. Untuk membangunkan kawasan yang diwakilinya, beliau secara jujur
perlu mempunyai hubungan baik dengan ahli perniagaan kerana mereka mempunyai modal
untuk melabur.
Walaupun pada peringkat awal beliau mempunyai hubungan dengan Tauke Chan yang akan
membangunkan kawasan perumahan kos rendah, tetapi ada beberapa syarat yang tidak
menguntungkan penduduk, lantas beliau menerima tawaran Encik Muhammad yang dilihatnya
lebih memberi keuntungan kepada rakyat. Tambahan pula Encik Muhammad sendiri berasal
dari kampung Pulai tentulah dia tidak sanggup melakukan sesuatu perkara yang merugikan
orang-orang sekampungnya. Apa yang jelas, persetujuan YB Muhd Yusuf menerima Encik
Muhammad membawa pelaburan di kampung itu bukanlah ada kepentingan peribadi, tetapi
beliau meletakkan kepentingan rakyat mengatasi segala-galanya. Itulah matlamat
pembangunan yang ingin dibawa oleh YB Muhd Yusuf, yang perlu pembaca jadikan contoh
pemimpin yang jujur dan tidak berkepentingan.
Rahim
Rahim anak sulung Encik Muhammad dan Cik Puan Tipah. Setelah menamatkan pengajian
menengahnya, dia dihantar oleh ayahnya menuntut di universiti terkenal di London dalam
jurusan Sarjana Muda Pengurusan Dagang (hal.194). Sebagai pelajar universiti dia didedahkan
dengan pelbagai ilmu pengetahuan serta teori tentang pengurusan perniagaan. Pergaulannya
bersama penuntut universiti, menjadikan Rahim seorang anak muda yang idealis, perihatin
terhadap kemiskinan masyarakat. Lantaran itu apabila dia mendapat tahu ayahnya akan
membuka lombong bijih timah di Kampung Pulai yang mengorbankan banyak tanah orang
kampung yang miskin mendapat tentangannya.
Hal ini diketahui menerusi surat-surat Rahim yang dikirimkan kepada rakannya Mahani
(akhirnya menjadi tunangnya) yang melahirkan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap tindakan
ayahnya. Sikap Rahim ini sedikit banyak merisaukan Encik Muhammad kerana beliau
mengharapkan Rahim akan bekerja dengan syarikat ayahnya apabila pulang nanti. Namun
Encik Muhammad tidak bersikap marah kepada Rahim kerana dia memahami inilah idealisme
anak muda.
Sebagai seorang jejaka Rahim tidak terlepas daripada mempunyai rasa cinta yang mendalam
terhadap wanita. Wanita yang dapat menambat hatinya ialah Syarifah Mahani iaitu rakan
sewaktu di sama-sama bersekolah dahulu. Namun perasaan cintanya tidak diluahkan secara
9

berlebihan seperti pasangan kekasih pada kebiasaannya. Rahim dan Mahani terus
berhubungan menerusi surat. Namun surat-surat Rahim tidakpun meluahkan perasaan cinta
yang romantik dengan bahasa yang muluk-muluk dan melankolik, tetapi lebih kepada
pendiriannya dan prinsip hidupnya yang tegas dan idealisme anak muda yang menentang
penindasan. Pemikiran dan sifat cinta Rahim dapat ditebak daripada isi suratnya (tahun 70an
awal 80an tidak ada internet) kepada Mahani seperti berikut:
Ayah memang punya sifat semula jadi untuk selalu berlaku tidak patut dan tidak adil. Dia tidak
pernah tahu menimbang hati orang, kecuali berpura-pura. Yang diketahuinya ialah menimbang
hati dan memuaskan nafsu kekayaannya sendiri. Mahani jangan bimbang dan jangan berasa
tersinggung. Surat itu hanya untuk memberikan bahan berfikir dan memperhalus perasaan
orang tua itu saja. Antara kita berdua tidak ada perubahan sedikit jua pun. Macam dulu juga,
masa kita sama di Kuala Lumpur.
Antara kita berdua tidak ada perubahan sedikit jua pun! Sejak itu Mahani berasa mendapat
sesuatu dirasanya telah hilang (hal.157).
Surat tersebut bukanlah menunjukkan Rahim seorang anak yang menderhaka kepada ayahnya,
tetapi hanya sekadar perbezaan pendapat dengan tujuan untuk menimbulkan keinsafan kepada
ayahnya yang dianggap banyak menimbulkan kesusahan kepada orang kampung. Tentang
cinta ternyata dia seorang yang setia. Ini hanya dapat difahami Mahani apabila Rahim
menyatakan antara kita berdua tidak ada perubahan sedikit jua pun! membawa maksud
yang amat dalam tentang kesetiaan.
Yang lebih mengkagumkan sifat anak muda ini adalah ketaatannya kepada agama. Walaupun
Rahim belajar di kota London, tetapi segala budaya hidup hidonisme tidak mempengaruhinya.
Rahim banyak menumpukan kepada pelajarannya di samping banyak membaca buku-buku
agama seperti pengakuannya
Saya tidak masuk kegiatan dakwah apa pun. Tapi saya terbaca juga beberapa buku kerana
Robert banyak sekali mempelajari buku-buku teologi pelbagai agama, termasuk Islam. (hal.
364).
Sifatnya yang kuat berpegang agama akhirnya menundukkan sedikit rasa ego Encik
Muhammad apabila berat hati untuk menerima cadangan Lebai Maarup bahagian tanahnya
seluas dua ekar diwakafkan dan dijadikan komplek pentadbiran syarikat dan termasuk di
dalamnya didirikan surau. Rahim pandai memainkan emosi apabila dia hanya akan bekerja
dengan ayahnya sekiranya Encik Muhammad menerima cadangan Lebai Maarup. Akhirnya
Encik Muhammad akur dengan desakan Rahim seperti katanya;
Dan dia meneruskan, Syukurlah ayah sekarang telah sedar bahawa pembangunan ekonomi ini
bukannya banjir besar yang boleh melanda apa saja. Agama, moral dan kebajikan masyarakat
orang Melayu tidak patut dan tidak boleh dilanda sama... (hal. 364).
Demikian watak Rahim insan yang dibina oleh kedua orang tuanya menjadi anak yang berjasa
walaupun mempunyai pandangan dan pemikiran berbeza dengan ayahnya. Sungguhpun
belajar di London, sifat kemelayuan dan pegangan agamanya tidak pernah luntur malah
semakin mantap. Di samping itu kesetiaan cintanya terhadap Mahani tidak pernah pudar dan
akhirnya kedua ibu bapanya mempertunangkannya dengan Mahani, gadis cantik dan manis
yang bekerja dengan ayahnya sendiri.
10

Syarifah Mahani binti Syed Aris.


Syarifah Mahani anak kepada Tan Sri Syed Aris. Ibunya Syarifah Naimah meninggal dunia
selepas melahirkannya. Tan Sri Syed Aris kemudian berkahwin dengan Syarifah Muinah adik
Syarifah Naimah (salin tikar) dan Mahani (anak saudaranya) dipeliharanya dengan penuh kasih
sayang seperti menjaga anak kandungnya sendiri. Hakikatnya sehingga berumur 20 tahun,
selama itu jugalah perkahwinan Syed Aris dengan Syarifah Muinah, Mahani tidak tahu bahawa
ibunya yang sebenar telah meninggal dunia. Secara kebetulan juga perkahwinan Syed Aris dan
Syarifah Muinah tidak dikurniakan anak. Maka Mahanilah tempat tumpah kasih sayang mereka.
Selepas selesai persekolahannya Mahani bekerja dengan syarikat Encik Muhammad kawan
baik Tan Sri Syed Aris ayahnya. Sebagai setiausaha pejabat Encik Muhammad. Sebagai anak
seorang sahabatnya sendiri Encik Muhammad tidak membenarkan memanggilnya Tuan atau
Encik, tetapi lebih senang dengan panggilan Pakcik. Sebagai pekerja Mahani menunjukkan
kemampuan yang baik dan cekap, ini memudahkan tugas-tugas Encik Muhammad.
Encik Muhammad dan Cik Puan Tipah amat berkenan dengan Mahani dan berhasrat untuk
menjodohkannya dengan anaknya Rahim yang sedang menuntut di London. Peribadi Mahani
digambarkan seperti berikut;
...Mahani tak pernah tinggal sembahyang. Mahani rajin menolong di dapur, menyediakan
masak makan macam di rumahnya sendiri. Mahani sopan, pandai merendah diri. (hal. 31)
Bagi ibu bapa, gadis seperti inilah yang menjadi pilihan untuk dijodohkan dengan anak
lelakinya. Mahani bukan sahaja gadis cantik, ditambah lagi dengan budi bahasa yang baik,
tidak lepas laku dan taat kepada ibu bapa satu pakej yang cukup sempurna untuk dijadikan
menantu.
Walaupun Mahani anak Tan Sri, dia gadis yang sederhana, tidak meninggi diri malah majlis
pertunangannya dengan Rahim kelak, dia hendak adakan secara sederhana. Nampaknya
jiwanya secocok dengan Rahim yang ideal dan praktikal. Pendiriannya ini dapat diteliti daripada
petikan berikut:
Umi jangan pedulikan kehendak orang. Kita tak perlu sibuk-sibuk menghabiskan wang dan
tenaga, dia berkata pada ibunya. Itulah pertama kali dia sedikit berkasar dengan ibunya. Itu
berlaku sepuluh hari yang lalu, tatkala ibunya bercadang hendak mengadakan majlis besarbesaran. Dia terlajak mengeluarkan kata-kata itu kerana ibunya berkeras hendak menyembelih
lembu seekor, menjemput 300 orang tetamu dan keluarga, mendirikan sabak di perkarangan
belakang rumah untuk masak-memasak. (hal. 209).
Bagi Mahani pertunangan dan perkahwinan bukanlah satu pesta besar-besaran dan hiburan.
Mereka saling menghibur antara satu sama lain. Kalau ada yang tidak puas hati kerana
peranannya terasa tidak berkesan, dia akan mencari salah orang lain kerana sangkanya orang
lain itulah yang menyebabkan peranannya tidak berkesan. Kesudahan semua upacara dan
istiadat seperti ini sering menimbulkan kecil hati (hal. 209). Bagi Mahani yang penting ialah
syarat wajib nikah kahwin itu berjalan dengan sempurna. Baginya perkahwinan adalah
mengikat kedua hati kepada satu ikatan tanggungjawab yang besar yang perlu dipikul oleh
pasangan suami isteri.
11

Pemikiran Mahani tersebut semacam kritikan sosial yang ingin disampaikan oleh pengarang
yang melihat masyarakat Melayu gemar melakukan acara besar-besaran pada majlis
perkahwinan dan membazir. Pada akhir majlis masih tetap mendapat umpatan orang juga.
Mahani walaupun anak orang berada dan terhormat, adalah gambaran seorang gadis yang
sederhana dan tidak suka berhabis-habisan hanya semata-mata untuk meraikan
perkahwinannya. Memadailah disambut secara sederhana.
Kesimpulan
Empat watak yang dikupas dalam kertas kerja ini merupakan contoh kewujudan modal insan
yang sempurna. Dua orang yang diangkat Encik Muhammad dan YB Muhd Yusuf mewakili
generasi tua, manakala Rahim dan Mahani mewakili generasi muda. Meskipun kedua-dua
generasi berlainan ini mempunyai pandangan berbeza tetapi mereka merupakan generasi yang
dihasilkan dengan banyak memberi kebaikan kepada masyarakat dan negara. Keempat-empat
watak merupakan modal insan yang sempurna yang memenuhi tuntutan perspektif modal insan
seperti dinyatakan di atas. Mereka semua mempunyai pendidikan dunia yang cukup dan
dimantapkan lagi dengan pegangan agama yang kuat. Walaupun mereka bukan dari kalangan
berpendidikan agama, tetapi jiwa agama itu cukup kuat menjadi pegangan mereka. Justeru
kehidupan mereka sentiasa dalam reda Allah. Keempat mereka boleh dijadikan model kepada
pembentukan pembangunan modal insan yang sempurna untuk membawa kebaikan kepada
masyarakat dan negara.

12

Anda mungkin juga menyukai