Anda di halaman 1dari 10

Kajian Perbandingan Genre Kesusasteraan Terpilih

1. Pengenalan

Ulasan buku ini akan merujuk kepada novel Rimba Harapan karya Keris Mas. Novel

yang mengandungi sebanyak 265 halaman ini dipecahkan kepada empat bahagian. Setiap

bahagian dipecahkan pula kepada beberapa bahgian kecil. Bahagian Satu dipecahkan kepada

tujuh bahagian, Bahagian Dua sepuluh bahagian, Bahagian Tiga sepuluh bahagian dan

Bahagian Empat kepada tujuh bahagian.

Rimba Harapan mengisahkan kisah hidup penduduk di Ketari, Bentong dan Janda Baik

pada tahun 1920-an dan 1930-an. Ia kisah penghijrahan orang Melayu ke kampung baru,

akibat dasar penjajah yang memaksa peluasan perladangan getah dan industri perlombongan

di Tanah Melayu. Penjajah telah berjaya mempengaruhi dan memusnahkan kehidupan

penduduk kampung lalu memaksa mereka lari meneroka hutan untuk membina hidup

baru.

Di samping itu bencana alam juga telah orang Melayu lari ke Janda Baik dan meneroka

hutan untuk memulakan hidup baru. Kisah kesusahan meneroka tanah baru memang begitu

memberi kesan mendalam kepada yang membaca buku ini. Buku ini menceritakan tentang

perubahan sosial yang dihadapi oleh masyarakat Melayu di tanah air mereka sendiri akibat

dari pemodenan hidup. Pengarang juga menceritakan bagaimana orang Melayu harus

menyesuaikan diri untuk menghadapi perubahan sosial yang berlaku. Ini terselit di dalam

dialog seperti antara Pak Kia dan anaknya Karim sewaktu mereka bersama-sama menerang

tanah,meneroka hutan untuk dijadikan kampung yang baru.

Pengarang juga menyelitkan tentang amalan orang Melayu yang percaya kepada

pawang dan bomoh dalam urusan hidup. Pawang dianggap seorang yang begitu berpengaruh

1
Kajian Perbandingan Genre Kesusasteraan Terpilih

dalam masyarakat. Turut diselitkan tentang pengaruh Kaum Muda yang telah mewujudkan

kesedaran dalam masyarakat melayu pada ketika itu.

2. Perbincangan

Penulis akan membuat ulasan secara sepintas lalu tentang tema dan persoalan yang

cuba diketengahkan oleh Keris Mas melaui novel ini. Fokus penulis ialah akan menekankan

watak utama dan perwatakannya di dalam novel ini. Novel Rimba harapan ini bertemakan

tentang perjuangan kaum petani yang miskin serta kekurangan untuk membina kehidupan

yang lebih baik dan terjamin dalam meneruskan kehidupan mereka semasa keadaan

masyarakat dan negara yang sedang bergolak.

Gambaran kaum petani yang miskin berlatarkan kepada Kampung Ketari,Bentong dan

Janda Baik di Pahang. Petani yang menjalankan kehidupan secara tradisional ini terpaksa

berhadapan dengan ancaman bah besar, keadaan kemelesetan yang melanda dan dasar yang

dijalankan oleh penjajah Inggeris. Semua ini telah berjaya menggugat kehidupan sosial,

ekonomi dan kepercayaan orang Melayu. Dasar perluasan penanaman getah dan pembukaan

kawasan perlombongan bijih timah secara besar-besaran selepas Perang Dunia Pertama

khususnya telah mengakibatkan corak kehidupan tradisional tergugat. Dalam keadaan yang

serba mencemaskan dan tertekan itulah, penulis melihat mereka terpaksa mengambil

keputusan yang terbaik.Mereka akhirnya berhijrah beramai-ramai ke Janda Baik meneroka

hutan untuk membina kehidupan yang baharu.

Penulis melihat cerita ini berkisar tentang kehidupan Pak Kia yang merupakan

seorang petani yang tinggal di dusun. Sementara dia menjalani kehidupan yang sering di

2
Kajian Perbandingan Genre Kesusasteraan Terpilih

landa masalah, adiknya Zaidi sudah terlebih dahulu meneroka bidang perniagaan yang lebih

terjamin. Kejadian bah besar telah menyebabkan Pak kia berfikir semula sama ada masih

mahu bertahan mengerjakan sawahnya atau mengikut jejak langkah petani-petani lain

meneroka hutan. Dalam hal ini, penulis melihat peranan Zaidi iaitu adik Pak Kia amat besar

dan berpengaruh. Pak Abu pula merupakan seorang sahabat yang turut menyokong sebarang

langkah yang diambil oleh Pak Kia. Manakala Pendekar Atan adalah antara golongan yang

mengambil kesempatan daripada kesusahan dan kesempitan hidup petani untuk membeli

tanah mereka bagi tujuan dijadikan kawasan perlombongan Tuan Pekok.

Pendirian tegas Pak Kia untuk tidak berpindah pada asalnya, bagaimanapun telah

berubah demi kepentingan keluarganya. Penulis melihat tindakan drastik telah Pak Kia iaitu

dengan memberhentikan persekolahan anaknya Karim. Karim yang masih kecil di bawa ke

tengah hutan Janda Baik untuk dibentuk supaya menjadi seorang petani yang gigih, berjaya

dan maju. Berada di Janda Baik penulis melihat Pak Kia berjaya dalam mencapai misinya

walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan.

Penulis seterusnya melihat beberapa persoalan yang cuba disampaikan oleh

pangarang. Antaranya, kesedaran yang belum wujud dakam masyarakat Melayu pada ketika

itu. Mereka hanya bekerja ibarat “kais pagi makan pagi,kais petang makan petang”

Pemikiran mereka sempit baik dari segi ekonomi, keagamaan dan semangat nasionalisme.

Sebagai petani, penduduk-penduduk Ketari umumnya mundur dan pendapatan mereka hanya

sekadar mencukupi sahaja tetapi bagi mereka itu telah memadai. Walaupun sudah wujud

orang-orang yang sedar, namun jumlahya tidaklah ramai. Antaranya ialah Zaidi. Zaidi sudah

meneroka bidang perniagaan dan penanaman getah. Penulis pula melihat watak Pendekar

Atan merupakan seorang manusia yang sudah maju pemikirannya khususnya daripada segi

3
Kajian Perbandingan Genre Kesusasteraan Terpilih

ekonomi, tetapi lebih condong kearah yang negetif. Pendekar Atan dilihat lebih banyak

membantu Tuan Pekok memujuk orang-orang kampung menjual tanah mereka. Orang-orang

kampung yang merperoleh wang hasil jualan tanah mereka dilihat semakin lalai untuk

merancang masa depan yang lebih kukuh dan stabil. Pendekar Atan juga sanggup menipu

Tapa dan Tutung untuk menguasai tanah mereka.

Kesedaran keagamaan juga ditonjolkan oleh pengarang novel ini. Penulis melihat

kemunculan tokoh agama, khususnya kaum muda untuk memberi kesedaran dan keinsafan

kepada masyarakat. Walaupun tokoh-tokoh ulama dan agama ini berasal dari Sumatera,

namun pengaruh mereka besar. Peranan Cikgu Nasir dalam hal ini adalah besar. Walau

bagaimanapun, usaha ini tidak terlepas dari cabarannya. Sarjan Mat Diah telah bertindak atas

arahan Tuan OCPD untuk melemahkan kegiatan ini. Terdapat juga percanggahan antara

kaum muda dengan golongan kaum tua dalam hal-hal keagamaan. Ini telah menggambarkan

kepada penulis tentang keadaan masyarakat yang tidak bersatu hati.

Seterusnya penulis dapat mengesan juga kesedaran kebangsaan diterapkan oleh

pengarang. Melalui kegiatan keagamaan dan hasil pembacaan akhbar dan majalah dari luar,

tercetusnya kesedaran untuk menaikkan semangat masyarakat terhadap agama, negara dan

bangsa. Cikgu Brahim, seorang yang boleh digolongkan terpelajar sudah mula memikirkan

nasib tanahair yang semakin dicengkam penjajah Inggeris. Kelompok ini menyedari selagi

masyrakat berpecah, selagi tiadanya kesedaran, selagi itulah kemajuan dan kejayaan bangsa

Melayu tidak boleh dikecapi. Malahan Cikgu Brahim juga yakin bahawa orang Melayu

tidaka akan bangkit lagi jikalau mereka tidak tekun bekerja dan bersatu hati.

Seterusnya penulis pada bahagian ini akan menekankan perwatakan watak-watak

utama di dalam novel ini. Pertamanya ialah watak Pak Kia.Watak Pak Kia dimunculkan oleh

4
Kajian Perbandingan Genre Kesusasteraan Terpilih

pengarang sepanjang perkembangan novel Rimba Harapan (hal. 1-265). Ini memang wajar

kerana Pak Kia merupakan watak utama yang paling penting bagi pengarang untuk

menyalurkan segala pemikiran dan renungan falsafahnya. Keris Mas telah melekatkan pada

watak Pak Kia ini dengan perwatakan positif, terutamanya perwatakan batiniahnya.

Sifat bertanggungjawab pada watak Pak Kia digambarkan oleh Keris Mas sepanjang

perkembangan plot novel ini. Pak Kia bukan sahaja bertanggungjawab terhadap keluarganya

tetapi juga terhadap segala perbuatan dan tindak tanduknya terutamanya sewaktu membuka

ladang dan perkampungan baharu di Janda Baik bersama-sama dengan beberapa orang

kawannya seperti Pak Abu dan Jusuh. Sifat tegas digambarkan oleh pengarang sewaktu Pak

Kia menghadapi berbagai-bagai halangan dan rintangan dalam melakukan kerja-kerja

membuka ladang dan perkampungan baharu di Janda Baik itu. Ketegasan fikiran dan

pendiriannya dalam meneroka tanah baharu itu akhirnya membuahkan hasil.

Penulis juga melihat sifat berani diutarakan oleh Keris Mas dimana Pak Kia berani

menghadapi onak dan duri sewaktu meneroka dan membuka perkampungan baharu tersebut.

Segala rintangan dan kesulitan ditempuhnya dengan tabah dan berani walaupun risikonya

besar. Sifat berani juga ditonjolkan melalui peristiwa dimana Pak Kia bersama kawan

termasuk anaknya Karim keluar malam untuk mengawal tanaman mereka daripada

dirosakkan oleh musuh terutamanya babi hutan. Pak Kia tidak mahu melihat tanamannya

dimusnahkan oleh musuh. Dia tidak mahu segala titik peluhnya hilang begitu sahaja tanpa

mendatangkan hasil. Pak Kia juga dilukiskan oleh pengarang sebagai seorang yang gigih. Hal

ini dapat dilihat sewaktu Pak Kia mengusahakan pembukaan tanah dan perkampungan baru

di Janda Baik itu. Walaupun dibantu oleh anaknya Karim, Pak Kia terpaksa mengharungi

5
Kajian Perbandingan Genre Kesusasteraan Terpilih

berbagai – bagai rintangan dan kesulitan, namum kegigihannya tidak pernah luntur

sehinggalah usahanya itu mendatangkan hasil.

Penulis juga dapat mengesan sifat bangga diri dalam diri Pak Kia setelah usahanya

berhasil. Bangga diri dalam hal ini bukanlah membawa makna yang negetif. Salah satu sebab

yang menimbulkan perasaan bangga diri pada watak Pak Kia ini ialah kerana kejayaannya

membimbing anaknya Karim menjadi seorang petani yang tabah, gigih, rajin dan

bertanggungjawab.

Sungguhpun begitu, terdapat juga beberapa sifat yang boleh dianggap negetif pada

watak Pak Kia. Sebagai contonya ialah keras hati. Hal ini dapat dilihat pada waktu dia

mendapat kecederaan disondol oleh babi hutan. Dia tidak mahu dibawa ke rumah sakit di

Bentong. Pak Kia lebih mempercayai perubatan tradisional. Di samping itu, sifat keras hati

ini dapat juga dilihat dimana dia menolak mentah-mentah nasihat yang diberikan oleh

adiknya Zaidi supaya mengusahakan tanaman getah. Walaupun pelbagai hujah telah

diberikan oleh Zaidi tentang kebaikan dan keuntungan yang mungkin diperoleh dari

penanaman getah itu, namun hati Pak Kia tidak pernah terbuka ke arah itu.

Penulis seterusnya melihat watak Zaidi juga penting dalam perkembangan novel

Rimba Harapan ini. Watak ini dimunculkan oleh Keris Mas sepanjang ceritanya sama seperti

watak abangnya Pak Kia. Namun dari segi pemikiran dan pandangan hidup antara keduanya

agak berbeza. Zaidi berpandangan jauh berbanding abangnya itu. Dalam hal kemajuan

terutama dari segi sosial dan ekonomi, Zaidi lebih bersifat terbuka menerima perubahan.

Zaidi percaya hasil penanaman getah akan memberikan pulangan keuntungan yang lumayan,

walaupun ada masanya anggapannya meleset. Begitu juga dalam bidang pelajaran, Zaidi

percaya pelajaran yang diterima itu boleh meningkatkan kehidupan seseorang terutamanya

6
Kajian Perbandingan Genre Kesusasteraan Terpilih

dalam aspek sosial dan ekonomi. Lantaran Zaidi yang mempunyai sifat terbuka, penulis

melihat pengarang telah menjadikannya sebagai satu ejen untuk menyalurkan segala idea

kemajuan itu. Walaupun masyarakat Ketari tidak mahu menerimanya, namun dia tetap

dengan pendiriannya. Zaidi tetap mahu menunjukkan kepada masyarakat dan bangsanya

bahawa segala uahanya itu tidak akan sia-sia.

Penulis dapat melihat Zaidi yang mempunyai sifat-sifat seperti mengambil tahu,

pemurah,bertanggungjawab dan baik hati. Hal ini bukan ditunjukkan kepada Pak Kia

sekeluarga malah juga kepada masyarakat Ketari terutamanya kepada Tutung dan Tapa. Zaidi

tidak sanggup melihat Tutung dan Tapa serta beberapa orang Ketari yang lain berada dalam

kesusahan masuk ke dalam perangkap penipuan Pendekar Atan. Pada Pak Kia dan

masyarakat Ketari, sifat pemurah dan baik hati Zaidi ini ditunjukkannya sewaktu masyarakat

Ketari mengalami banjir besar. Zaidi sanggup menghulurkan bekalan makanan dan keperluan

dapur. Peristiwa seterusnya sewaktu abangnya itu mengalami kecederaan kerana disondol

oleh babi hutan yang merosakkan tanamannya. Zaidi berasa kasihan melihatkan keadaan

Pak Kia yang terbaring di rumahnya itu dengan tiada rawatan yang sempurna. Justeru dia

sanggup membawa Dreser Mat Amin dari Bentong ke Janda Baik untuk memberi rawatan

kepada abangnya itu.

Zaidi juga mempunyai sifat bertanggungjawab dan bersimpati. Zaidi melihat hasil

tanaman yang dikeluarkan oleh penduduk Janda Baik itu tidak terurus

pemasarannya.Tambahan pula tiadanya jalan perhubungan yang memuaskan dari Janda Baik

ke jalan raya belum ada. Zaidi tidak mahu melihat hasil tanaman mereka itu rosak begitu

sahaja sedangkan para petani itu telah mengusahakannnya dengan bersusah payah. Walau

dengan cara apa sekalipun Zaidi mahu menolong mengusahakan pemasaran hasil pertanian

7
Kajian Perbandingan Genre Kesusasteraan Terpilih

itu ke Kuala Lumpur. Watak Zaidi juga digambarkan oleh pengarang sebagai seorang yang

mempunyai jiwa perniagaan. Dia ingin memperbaiki keadaan sosioekonominya. Justeru itu

dia mengusahakan tanaman getah dan mengusahakan pemasaran hasil tanaman yang

dikeluarkan oleh petani di Janda Baik ke Kuala Lumpur. Tidak ketinggalan juga pengarang

telah memperlihatkan semangat nasionalisme pada watak Zaidi tetapi tidaklah sehebat Cikgu

Brahim. Zaidi sebenarnya tidak mahu melihat penduduk Ketari berpindah jauh ke Janda Baik.

Dia mahu penduduk Ketari terus tinggal di situ dan mengusahakan tanaman getah yang

hasilnya sangat diperlukan pada waktu itu. Seterusnya, Zaidi juga digambarkan oleh

pengarang mempunyai sikap dan sifat tidak senang terhadap mereka yang terlalu percaya

kepada perubatan secara tradisional yang dilakukan oleh pawang ataupun bomoh. Baginya

perbuatan dan amalan itu menyalahi ajaran islam.

Di samping mempunyai sifat-sifat yang positif, penulis dapat juga mengesan sifat

negetif yang ada pada watak Zaidi ini. Sifat negetif ini bukanlah bermakna jahat tetapi

kelemahan. Penulis melihat adakalanya Zaidi cepat terpengaruh dengan pandangan dan

pendapat seseorang tanpa memikirkan secara mendalam terlebih dahulu tentang risiko yang

bakal dihadapinya. Sebagai contoh Zaidi menyetujui dengan mudah pelawaan Pendekat Atan

untuk mengusahakan bersama kebun rambutan lekang di Ketari. Pada waktu itu Zaidi tidak

memikirkan siapakah Pendekar Atan yang sebenarnya dan sejauh manakah kejujuran dan

keikhlasannya. Pada waktu itu Zaidi hanya memikirkan keuntungan yang bakal diperoleh

hasil daripada penanaman rambutan itu.

Akhir sekali penulis akan melihat watak Pendekar Atan. Penulis melihat watak

Pendekar Atan ini sebagai manusia yang mempunya sifat-sifat negetif. Pendekar Atan

seorang yang berpura-pura dan bermuka-muka, seorang kaki judi, seorang yang bermulut

8
Kajian Perbandingan Genre Kesusasteraan Terpilih

manis dan pandai memujuk sama ada untuk kepentingan sendiri mahupun untuk kepentingan

majikanya Tuan Pekok. Pendekar Atan dilihat sanggup melakukan apa sahaja untuk

mencapai hasratnya itu. Pendekar Atan tidak pernah memikirkan kesan dan akibat yang akan

diterima oleh masyarakat di Ketari daripada perbuatannya yang ada unsur-unsur penipuan itu.

Unsur-unsur penipuan itu tidak begitu ketara pada masyarakat Ketari lantaran gerak-geri serta

tindak-tanduknya yang halus dan berhati-hati serta tutur kata yang manis. Segala niat buruk

Pendekar Atan terhadap masyarakat Ketari itu tidak akan terbongkar sekiranya Tutung dan

Tapa tidak memberitahu Zaidi bahawa mereka telah ditipu. Sekiranya Tutung dan Tapa

lambat memberitahu hal itu dan melaporkannya kepada pihak polis, sudah pastilah beberapa

keeping geran tanah kepunyaan Tutung, Tapa dan beberapa orang lain di Ketari akan

bertukar milik kepada Pendekar Atan. Dari perwatakan Pendekar Atan sepanjang perjalanan

novel ini, penulis membuat kesimpulan bahawa Pendekar Atan ini merupakan seorang watak

yang tidak berperikemanusiaan dan tidak bermoral. Segala tindak tanduk halus dan tutur kata

manis yang dituturkan sebenarnya bertentangan dengan niat buruk apa yang tersemat di

hatinya. Segala bantuan yang diberikannya kepada Tutung, Tapa dan beberapa orang lain di

Ketari itu adalah bertujuan untuk mendapatkan keuntungan bagi Tuan Pekok dan dirinya.

Pendekar Atan mahu hidup senang dan berharta dengan cara menipu dan menggunakan hasil

titik peluh orang lain. Penulis melihat watak Pendekar Atan ini memang banyak terdapat

dalam amsyarakat kita pada hari ini.

9
Kajian Perbandingan Genre Kesusasteraan Terpilih

3. Rumusan

Hasil daripada pembacaan novel Rimba Harapan ini, penulis dapat menyelami

keadaan genting yang dilalui oleh masyarakat Melayu dahulu sekitar tahun 1920an hingga

1930an iaitu sewaktu zaman kolonial Inggeris. Menyentuh tentang tema yang terdapat di

dalam novel ini, penulis menganggap tema yang dikemukakan amat menarik dan sesuai

dengan zamannya kerana pengarang menyentuh tema tentang keadaan sosioekonomi

masyarakat Melayu pada ketika itu. Dari segi penampilan watak-wataknya pula, penulis

merasakan Keris Mas telah berjaya meninggalkan kesan psikologi kepada pembaca. Watak –

watak seperti Pak Kia, Zaidi, Jusuh, Karim dan Pendekar Atan dilihat bukan sahaja ‘hidup’

malah dirasakan wujud di alam nyata. Ini kerana segala pergerakan dan tindak tanduk yang

mereka lakukan tidak di lebih-lebihkan. Sesungguhnya karya Keris Mas ini telah memberi

satu impak kepada generasi muda pada hari ini tentang betapa sukarnya kehidupan

masyarakat melayu pada suatu ketika dahulu.

10

Anda mungkin juga menyukai