Anda di halaman 1dari 15

Faedah Melibatkan Diri dalam Bidang Sukan

Sukan penting dalam hidup kita. Oleh itu, kita mesti bersukan.

Antara faedahnya, kita akan berpeluh apabila bersukan. Badan kita akan mengeluarkan
toksin. Kita akan menjadi sihat dan cergas.

Selain itu, bersukan menerapkan nilai murni seperti


kesabaran, kerjasama dan muhibah. Kesannya wujudlah perpaduan.

Seterusnya, bersukan dapat mengisi masa lapang. Kita tidak akan mencuri, melepak, membuli dan
sebagainya. Masa digunakan dengan berfaedah.

Akhir sekali, bersukan dapat mencungkil bakat. Jika kita berlatih dan bermain bersungguh-sungguh,
kita boleh mewakili sekolah atau daerah.

Sebagai kesimpulannya, bersukan dapat melahirkan masyarakat yang sihat dan aktif.

Langkah-langkah menjadi murid cemerlang

Pendahuluan:
-Ilmu pelita hidup
-Pencapaian akademik menjamin masa hadapan seseorang.
-Para pelajar haruslah cakna akan kepentingan akademik dalam agenda kehidupan mereka.
-Sesungguhnya, pelbagai prakarsa harus dibudayakan untuk menjadi pelajar cemerlang.

Isi:
1. menumpukan perhatian ketika guru sedang mengajar
-tidak berbual-bual dengan rakan,bertanyakan soalan setelah kelas tamat
-dapat meningkatkan kefahaman terhadap sesuatu topik yang diajarkan

2. mengadakan kumpulan belajar


-melibatkan perbincangan antara rakan,diadakan di tempat yang kondusif seperti pusat sumber atau
rumah rakan.
-dapat menjimatkan masa menelaah pelajaran/membandingkan jawaban dan pandangan daripada
individu yang berlainan

3. mengulang kaji pelajaran


-membuat catatan,meminjam buku rujukan dari pusat sumber,membuat latihan intensif
-dapat mengingati sesuatu fakta dan teknik yang diajarkan

4. menghadiri kelas bimbingan


-memilih pusat tuisyen yang bertauliah,mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru pakar
dan berpengalaman,mendedahkan pelajar kepada soalan sebenar
-dapat meningkatkan keyakinan diri sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan.

Penutup:
-Hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih
-tuntutan ilmu haruslah menjadi pengisi kehidupan seseorang murid agar insan yang syumul dapat dilahirkan
Cara Menjadi Murid Cemerlang

Jaringan 6 A dalam Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menjadi impian setiap murid
tahun enam. Keputusan yang cemerlang pasti akan membuka laluan untuk melanjutkan pelajaran ke
sekolah menengah yang bertaraf langit seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), sekolah menengah
sains, Sekolah Kluster kecemerlangan (SKK) dan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBP). Pelbagai usaha dapat
kita lakukan untuk menjadi murid yang cemerlang.

Pertamanya, kita wajar menumpukan penuh konsentrasi terhadap pengajaran guru di dalam kelas.
Budaya sering bertanya kepada guru dan rakan pula ternyata amat perlu agar setiap kemusykilan kita
terbebas lepas.

Ketika berada di rumah, kita hendaklah sentiasa menyiapkan setiap latihan yang diberikan oleh guru.
Banyakkan melakukan ulang kaji agar setiap ilmu yang telah kita peroleh akan kekal terakam dalam
minda dan dapat dipakai guna berdasarkan keperluan semasa.

Dalam pada itu, kita perlulah menyediakan jadual belajar yang sistematik untuk mengimbangi masa
bermain dengan masa mentelaah. Slot jadual pembelajaran harian ini amat penting kita patuhi agar
masa kita akan terisi dengan manfaatnya.

Di samping itu, amalan belajar secara kumpulan juga akan menjadikan kita murid yang cemerlang
daripada pelbagai aspek. Selain memperoleh ilmu tambahan, mengeratkan silaturahim, sikap kerjasama
dan toleransi akan terbentuk hasil kesepakatan dalam majlis menimba ilmu secara berjemaah ini.

Kriteria murid cemerlang juga dapat kita capai dengan budaya membaca kerana "Buku Itu Jendela
Dunia".

Kunjungilah perpustakaan dan layari Internet untuk membuat rujukan. Pada masa yang sama,
kegemaran bertukar-tukar nota dan kertas peperiksaan dengan rakan dari sekolah, daerah atau negeri
yang lain juga banyak membantu untuk melahirkan insan cemerlang dalam pendidikan pada abad ke-21
ini.

Selain memberikan komitmen yang jitu dengan menghadiri kelas-kelas bimbingan di sekolah dan kelas
tuisyen, budaya mengikuti program-program motivasi juga banyak membantu seseorang murid untuk
menjadi insan cemerlang.

Akhir sekali, selain kerajinan dan kecekalan, amalan tawakal juga perlu kita jiwai untuk merealisasikan
impian untuk menjadi murid cemerlang.
Edisi Ulang Kaji Eksklusif (UNTUK BM PEMAHAMAN)

1. terkial-kial
maksud-sedaya upaya/bergoncang-goncang badan

Contoh ayat:
Pak Atan kelihatan terkial-kial mengayuh becanya ketika mendaki bukit itu.(sedaya upaya)

Kakak ketawa hingga badannya terkial-kial apabila mendengar cerita lucu itu.(bergoncang-goncang
badan)

2. terhegeh-hegeh
maksud-suka menonjolkan diri/terkedek-kedek(jalan seperti itik)

Contoh ayat:
Kenapakah engkau terhegeh-hegeh mahu menyertai pasukan kami walaupun kami tidak berminat untuk
menjadikan kamu sebagai anggota kami?(suka menonjolkan diri)

Adik Adriana yang baru berusia lima tahun berlari terhegeh-hegeh mengejar kucing peliharaan
kakaknya.(terkedek-kedek)

3. terkedek-kedek
maksud-menggoyangkan tubuh seperti itik ketika berjalan/berlari

Contoh ayat:
Seorang wanita tua kelihatan berjalan terkedek-kedek ketika melalui lorong yang gelap itu.

4. terincang-incut
maksud-jalan terlompat-lompa kerana kecederaan pada kaki

Contoh ayat:
Azman berjalan terincang-incut kerana kakinya tersadung pada akar pokok di kebunnya.

5. terhuyung-hayang
maksud-bergerak ke kiri dan ke kanan akibat mabuk/tidak stabil

Contoh ayat:
Beberapa orang remaja kelihatan terhuyung-hayang ketika keluar dari kelab malam itu.

6. tersengguk-sengguk
maksud-pergerakan kepala orang yang mengantuk

Contoh ayat:
Zaidi tersengguk-sengguk ketika pengajaran Sejarah kerana dia tidur lewat pada hari semalam.

7. terkapai-kapai
maksud-ingin mencapai/menyentuh sesuatu objek dengan tangan/kaki
Contoh ayat:
Seorang remaja kelihatan terkapai-kapai untuk berpaut pada dahan pokok ketika dia dibawa arus banjir.

8. tersipu-sipu
maksud-berasa sungguh malu

Contoh ayat:
Kakak kelihatan tersipu-sipu ketika rombongan pengantin lelaki datang untuk melamarnya.

9. tersedu-sedu/teresak-esak
maksud-menangis dengan suara yang terputus-putus

Contoh ayat:
Ismail menangis tersedu-sedu/teresak-esak kerana dimarahi oleh ibunya.

10. terenjut-enjut
maksud-bergerak(turun naik/tinggi rendah badan/bahu)

Contoh ayat:
Encik Marzani jalan terenjut-enjut ketika melalui kawasan berlopak itu.

11. terumbang-ambing/terolang-aling
maksud-terayun-ayun ke kiri dan ke kanan(perahu/sampan/bot bukan MANUSIA)

Contoh ayat:
Perahu yang ditambat pada tunggul kayu itu kelihatan terumbang-ambing/terolang-aling akibat dipukul
ombak.

12. tersekat-sekat
maksud-suara yang terputus-putus(gagap)

Contoh ayat:
Suara Aiman tersekat-sekat ketika menjawab soalan tatabahasa yang tidak diketahui jawabannya.

13. terpontang-panting
maksud-berlari tunggang-langgang(lintang-pukang)

Contoh ayat:
Viknesh berlari terpontang-panting apabila dikejar oleh sekawan anjing liar di kawasan padang itu.

14. terlenggok-lenggok/terliuk-liuk
maksud-keadaan ke kiri dan ke kanan-tarian/badan/lalang

Contoh ayat:
Lalang yang tumbuh meliar di kawasan padang itu kelihatan terlenggok-lenggok/terliuk-liuk akibat ditiup
angin sepoi-sepoi bahasa.
15. terkocoh-kocoh
maksud-tergopoh-gopoh/tergesa-gesa
Contoh ayat:
Vishalini kelihatan terkocoh-kocoh menyusun bukunya ke dalam beg sekolah apabila pemandu bas sekolahnya
membunyikan hon beberapa kali.
INFORMASI BAHASA
FRASA ADJEKTIF DENGAN PELBAGAI KEADAAN BINAAN UNSUR-UNSURNYA

Kata Bantu + Kata Penguat + Kata Adjektif + Kata Adjektif + Kata Penguat + Unsur Keterangan + Ayat
Komplemen

Frasa adjektif boleh mengandungi kata bantu, dua kata penguat, dua kata adjektif, unsur keterangan,
dan ayat komplemen. Kata adjektif yang pertama merupakan inti yang wajib bagi seluruh binaan itu,
sementara unsur-unsur lain ialah unsur tambahan yang bersifat pilihan yang menerangakan unsur inti.

Jika dua kata adjektif hadir berderetan yang membawa makna yang berlawanan, maka kedua-duanya
tidak boleh digugurkan. Misalnya:
(a) tinggi rendah
(b) baik buruk
(c) kecil besar

Sebaliknya, jika unsur adjektif yang kedua membawa maksud keserasian atau berunsur rima, maka
perkataan yang kedua boleh digugurkan. Contohnya:
(a) riang gembira
(b) hitam legam
(c) gemok gedempol

Di bawah ini diberikan contoh frasa adjektif dengan pelbagai keadaan binaan unsur-unsurnya.

1
Kata bantu + kata adjektif
(a) masih kuat
(b) sudah kurus
(c) belum sihat
(d) mahu cantik
(e) telah gering

2
Kata penguat + kata adjektif
(a) sunguh cantik
(b) amat dalam
(c) lebih baik
(d) paling tinggi
(e) agak kecil

3
Kata bantu + kata penguat + kata adjektif
(a) masih agak kecil
(b) belum terlalu lewat
(c) mahu benar pandai
(d) masih terlalu banyak
(e) sudah amat jelas
4
Kata adjektif + kata penguat
(a) besar sekali
(b) cantik sekali
(c) baik benar
(d) banyak sungguh
(e) panjang sangat

5
Kata bantu + kata adjektif + kata penguat
(a) masih awal sangat
(b) sudah baik sungguh
(c) belum masak benar
(d) mahu pandai sekali
(e) sudah tua betul

6
Kata penguat + kata adjektif + kata penguat
(a) amat cantik sekali
(b) sangat indah sekali
(c) sungguh tinggi sekali
(d) sungguh indah nian
(e) sungguh permai nian

7
Kata penguat + kata adjektif + unsur keterangan
(a) sangat manis pada bahagian pangkalnya
(b) sungguh cinta akan tanah airnya
(c) sangat sibuk dengan pekerjaan
(d) amat malas oleh sebab kejemuan
(e) sungguh halus ibarat sutera

8
Kata penguat + kata adjektif + ayat komplemen
(a) sungguh yakin bahawa mereka telah tiba
(b) amat percaya bahawa budak itu pernah datang
(c) sangat sedar bahawa kita masih lemah
(d) amat insaf bahawa kelemahannya menyebabkan kekalahan itu
(e) agak ragu bahawa berita itu benar

9
Kata adjektif + kata penguat + ayat komplemen
(a) sedar sungguh bahawa persiapannya tidak mencukupi
(b) percaya benar bahawa anaknya telah berjaya
(c) yakin betul bahawa pasukannya akan menang
(d) insaf benar bahawa kelemahannya menyebabkan kekalahan itu
(e) percaya sungguh bahawa ayahnya akan pulang

10
Kata bantu + kata adjektif + kata adjektif
(a) masih riang gembira
(b) tetap gagah berani
(c) sudah besar panjang
(d) pasti letih lesu
(e) pasti gemuk gedempol

Ingatlah bahawa frasa adjektif yang terdiri daripada dua kata adjektif boleh didahului oleh kata bantu
tetapi tidak boleh disertai kata penguat. Contohnya:
(a) *masih amat riang gembira
(b) *tetap sangat gagah berani
(c) *sudah besar panjang sungguh
(d) *pasti terlalu letih lesu
(e) *pasti amat gemuk gedempol

Kesimpulannya, kita harus menguasai frasa adjektif dengan pelbagai keadaan binaan unsur-unsurnya.
Dengan penguasaan tatabahasa ini, penulisan kita menjadi lebih gramatis dan kesalahan bahasa dalam
soalan mudah kita kenal pasti. Saya yakin bahawa soalan tatabahasa dalam peringkat UPSR, PT3, SPM,
mahupun SPTM akan menguji calon tentang topik frasa adjektif. Saya berharap semoga nota di atas
dapat membantu kita menguasai frasa adjektif dengan lebih baik agar dapat menjawab soalan
peperiksaan dengan keyakinan yang tinggi.
Senarai Peribahasa Dalam Buku Teks Thn 4-6

1. Alah membeli menang memakai

2. Alang-alang berdakwat biar hitam

3. Ayam tambatan

4. Bagai aur dengan tebing

5. Bagai bulan jatuh ke riba

6. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya

7. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

8. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

9. Berpantang maut sebelum ajal

10. Besar hati

11. Bersatu teguh, bercerai roboh

12. Biar putih tulang, jangan putih mata.

13. Berat sama di daki, lurah sama dituruni

14. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

15. Bulat hati

16. Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan

17. Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung

18. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

19. Hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri

20. Ibarat aur dengan tebing

21. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

22. Langkah seribu

23. Malang tidak berbau


24. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

25. Menara gading

26. Muafakat membawa berkat

27. Otak cair

28. Pasang telinga

29. Peliharalah yang lama, pelajari yang baru

30. Seperti kacang lupakan kulit

31. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

32. Umpama tikus jatuh ke beras

33. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang

34. Yang lama dikelek,yang baharu didukung

*Peribahasa dalam buku teks tahun 6:*


Simpulan bahasa
- tanah air
- titik peluh
- anak tunggal
- air tangan
- kera sumbang
- buah fikiran
- hati terbuka
- lapang dada
- ayam tambatan
- permata hati
- membawa diri
- memerah keringat
- lupa daratan
- murah hati
- orang berada
- menabur bakti
- bulat kata
- menghulur tangan
- menambat hati
- anak buah
- anak jati
- anak didik
- tangan terbuka
- rambang mata
- air muka
- berhati walang
- tergerak hati
- menara gading
- pasang telinga
- sekangkang kera
- tulang empat kerat
- anak bujang

Perumpamaan
- bijak seperti pendeta
- seperti menatang minyak yang penuh
- bagai dihiris sembilu
- cantik bak bidadari
- nipis seperti kertas
- umpama tikus jatuh ke beras
- seperti bulan jatuh ke riba

Pepatah
- bukit sama didaki, lurah sama dituruni
- enggang sama enggang
- selagi hayat dikandung badan
- buang yang keruh , ambil yang jernih
- hanya jauhari mengenal manikam
- hilang di mata, di hati jangan
- alah membeli menang memakai
- hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri
- berpantang maut sebelum ajal
- biar putih tulang, jangan putih mata
- orang berbudi, kita berbahasa
- jangan berputus asa, hari tidak selamanya panas
- sesal dahulu pendapatan

Kata-kata hikmah - rujuk m/s 145

Slogan
- Minda sihat, emosi stabil
- Pandu cermat, jiwa selamat
- perpaduan teras kejayaan
- bahasa jiwa bangsa
- Bangsa membaca bangsa Berjaya

Jeriji-tingkap

tetupai-selak pintu/tiang rumah

sesiku-pengukur sudut

kekisi-bahagian tepi tingkap/jendela/pintu


SENARAI PERIBAHASA YANG SESUAI DENGAN TEMA / HURAIAN DALAM KARANGAN

TEMA 1 – KERJASAMA
(a) bagai aur dengan tebing
(b) ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
(c) hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
(d) terendam sama basah, terampai sama kering
(e) bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

TEMA 2 – KERAJINAN / USAHA / KEGIGIHAN


(a) bagai lebah menghimpun madu
(b) di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
(c) genggam bara api biar sampai jadi arang
(d) hati hendak semua jadi
(e) hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

TEMA 3 – KEINSAFAN / KESALAHAN / BERINGAT-INGAT


(a) Sesal dahulu pendapat, sesal kemudian tidak berguna
(b) ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
(c) bumi mana yang tidak ditimpa hujan
(d) sediakan payung sebelum hujan
(e) sudah terhantuk baru tengadah

TEMA 4 – KEKELUARGAAN / IBU BAPA / ANAK-ANAK


(a) bagai menatang minyak yang penuh
(b) anak emas
(c) bagaimana acuan begitulah kuihnya / bapa borek anak rintik
(d) bagai kaca terhempas ke batu ( sedih / kecewa)
(e) melentur buluh biarlah dari rebungnya

TEMA 5 – REMAJA / BAKAL PEMIMPIN / HARAPAN NEGARA


(a) pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
(b) rajin usaha tangga kejayaan
(c) yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan
(d) kepimpinan melalui teladan
(e) guru kencing berdiri, murid kencing berlari (ajaran guru)

TEMA 6 – KEMALANGAN / PERKARA MALANG / KESUSAHAN


(a) hari ini hari orang, esok mungkin hari kita
(b) berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya
(c) malang tidak berbau
(d) kusangka panas ke petang, kiranya hujan di tengah hari
(e) pandu cermat jiwa selamat / biar lambat asalkan selamat

TEMA 7 : WARISAN BANGSA / PERMAINAN TRADISIONAL


(a) tak kenal maka tak cinta
(b) tak basah dek hujan, tak lekang dek panas
(c) tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
(d) biar mati anak, jangan mati adat
(e) hidup dikandung adat, mati dikandung tanah

TEMA 8: AMALAN MENABUNG / AMALAN MEMBACA


(a) sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit
(b) ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
(c) membaca jambatan ilmu
(d) ulat buku / ilmu kunci kehidupan / ilmu pelita hidup
(e) bangsa membaca bangsa berjaya

TEMA 9: PERSAINGAN / PERJUANGAN /


(a) berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
(b) sampan sudah di air, pendayung sudah di tangan
(c) kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai (jangan ambil risiko)
(d) kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga (jangan memandang rendah kebolehan orang
lain)

TEMA 10: PATRIOTIK / BAHASA KEBANGSAAN


(a) biar putih tulang, jangan putih mata
(b) di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
(c) bahasa jiwa bangsa (bahasa kebangsaan)
(d) hilang bahasa lenyaplah bangsa (bahasa kebangsaan)
(e) bahasa menunjukkan bangsa (bahasa kebangsaan)

Kirana Bahasa

dari-ATM
A-arah
T-tempat
M-masa

1. Pengembara itu datang dari Utara Thailand.(arah)


2. Pengembara itu datang dari Thailand.(tempat)
3. Pengembara itu akan mengikuti kembara hutan dari pagi hingga petang bersama-sama dengan
beberapa orang rakannya.(masa)

daripada-apa/siapa
1. Meja makan di rumah Ali diperbuat daripada kayu bermutu tinggi.(apa)
2. Ali menerima sepcuk surat daripada rakannya.(siapa)

daripada-digunakan sebelum institusi yang mempunyai kaitan dengan MANUSIA seperti


1. sekolah
2. pejabat

1. Ali menerima sepucuk surat daripada institusi pengajian swasta itu.(institusi-kaitan dengan manusia)
2. Bunyi bising itu datang daripada dewan yang berhampiran.(dewan-kaitan dengan manusia)
KARANGAN FAKTA

FAEDAH MENABUNG

Amalan menabung merupakan amalan yang mulia. Terdapat banyak faedah menabung.

Amalan menabung dapat menjamin masa depan. Wang yang disimpan boleh digunakan semasa
kecemasan.

Selain itu, kita dapat berjimat-cermat. Jangan habiskan wang saku kerana boleh dimasukkan ke dalam
tabung.

Seterusnya, kita dapat meringankan beban ibu bapa. Kita boleh guna wang kita untuk membeli buku
atau alat tulis.

Selanjutnya, kita juga dapat keuntungan. Wang di bank akan mendapat faedah. Wang simpanan akan
bertambah.

Kesimpulannya, kita perlu menabung. Bak kata peribahasa, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Kaedah ICK
ISI ▶️ CONTOH▶️KESAN

aedah Perpustakaan

Semua sekolah mempunyai perpustakaan. Perpustakaan memberikan banyak faedah kepada murid.

Antara faedahnya, murid-murid dapat belajar dengan selesa. Murid-murid tidak boleh bermain-main
dan berbuat bising. Murid-murid dapat belajar dengan berkesan.

Selain itu, murid-murid juga boleh meminjam buku. Murid-murid tidak perlu membeli banyak buku.
Murid-murid dapat menjimatkan wang.

Perpustakaan juga digunakan untuk mengulang kaji pelajaran dan mencari maklumat. Ada berbagai-
bagai bahan bacaan dan komputer. Murid-murid dapat meningkatkan ilmu.

Murid-murid dapat mengisi masa lapang di perpustakaan. Masa tidak terbuang dengan melepak.
Membaca dapat diamalkan.

Kesimpulannya, perpustakaan perlu dikunjungi oleh setiap murid.

Kaedah ICK
ISI ▶️ CONTOH ▶️ KESAN
HARI GURU

Pada 16 Mei yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Guru.

Semua murid berkumpul di dewan. Guru bertugas membaca doa. Selepas itu, guru-guru dan murid-
murid menyanyikan lagu Negaraku.

Kemudian, wakil murid memberikan ucapan diikuti dengan ucapan guru besar. Guru besar
mengingatkan murid-murid supaya menghargai jasa guru.

Selepas itu, guru-guru melafazkan ikrar dan menyanyikan lagu tema Hari Guru. Guru-guru membuat
persembahan yang menarik. Murid-murid bertepuk tangan.

Selepas rehat, guru-guru dan murid-murid berkumpul di padang untuk sukaneka . Guru-guru
bertanding dengan murid-murid. Suasana meriah.

Selepas sukaneka, murid-murid memberikan hadiah kepada guru-guru. Guru-guru mengucapkan


terima kasih sambil bersalam-salaman dengan murid.

Pada waktu tengah hari, sambutan Hari Guru pun tamat. Guru-guru berasa gembira kerana diraikan.
Cara-cara Merapatkan Hubungan Kekeluargaan

Nilai-nilai kekeluargaan dalam kehidupan masyarakat di Malaysia semakin terhakis ekoran gaya hidup
moden seperti kerja-kerja yang banyak di pejabat dan sebagainya.Kesibukan bekerja di pejabat juga
akan merenggangkan tali sillaturahim sesama keluarga.Usaha-usaha perlu dilakukan untuk melahirkan
keluarga yang bahagia dan harmoni.

Antaranya ialah ibu bapa harus lebih meluangkan banyak masa dengan anak-anak.Ibu bapa yang
bekerja perlu memanfaatkan hari minggu mereka untuk menghabiskan masa dengan anak-anak.Hal ini
akan membuatkan anak-anak berasa lebih bahagia kerana dapat meluangkan masa bersama anak-
anak.Di samping anak-anak berasa bahagia,fikiran ibu bapa yang bercelaru akibat terlalu lama bekerja
akan menjadi tenang apabila dapat berbual dengan anak-anak mereka.

Seterusnya,setiap ahli keluarga mestilah saling memahami perasaan sesama mereka.Ibu bapa
perlu peka akan kelebihan dan kelemahan setiap anggota keluarga.Dengan ini,tidak akan berlaku
perselisihan faham antara ahli keluarga.Setiap ahli keluarga perlu berbincang akan masalah yang
dihadapi oleh ahli keluarga dengan cara yang betul.Sentiasa berbincang tentang prestasi anak-anak
ketika di sekolah juga boleh membantu anak-anak meningkatkan fahaman tentang sesuatu mata
pelajaran.

Di samping itu,suasana rumah yang kondusif akan menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga.Ibu
bapa perlu sensitif akan keperluan asas di rumah demi keselesaan setiap anggota keluarga.Anak-anak
lazimnya akan mencari hiburan di luar jika keadaan di dalam rumah membosankan.Peralatan rumah
yang berwarna-warni ataupun warna yang ceria dapat menghilangkan rasa bosan dalam diri kita.

Selain itu,sifat hormat menghormati dalam diri setiap anggota keluarga perlu ada.Ahli keluarga
yang paling tua seperti datuk dan nenek perlu dihormati.Seperti adab-adab orang Melayu”yang tua
dihormati,yang muda disayangi”.Bukan sahaja ibu bapa,malah jiran tetangga akan berasa senang untuk
bergaul.

Natijahnya,kebahagiaan sesebuah keluarga bergantung pada kerjasama antara anggota


keluarga.Pepatah”cubit paha kanan,paha kiri sakit juga”perlu menjadi pegangan setiap keluarga.Pada
hakikatnya setiap ahli keluarga memainkan peranan dalam melahirkan sebuah keluarga yang harmoni
dan bahagia.

Anda mungkin juga menyukai