Anda di halaman 1dari 29

JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan

Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

ABSRTAK

Makna kebahagiaan duniawi dan ukhrawi akan terungkai dan dikupas dalam novel

“Sesuci Murni”. “Sesuci Murni” merupakan hasil karya Isya Azwa Idris . Kajian yang akan

djalankan dalam novel ini adalah tentang konsep-konsep islam seperti akidah, ibadah,khalifah

dan dakwah dalam penghasilan karya. Karya sulung Isya Azwa Idris ini mengajak pembaca

untuk menghayati dengan lebih mendalam akan isi kandungannya. Perasaan kagum dengan

kebesaranNya, menginsafi bahawa setiap ujian yang berlaku ada hikmahNya. Justeru kajian

yang akan dijalankan dalam novel Sesuci Murni adalah tentang beberapa aspek yang

terkandung dalam konsep Teori Takmilah.

Kajian terhadap novel ini memperlihatkan Teori Takmilah yang dicetuskan oleh

Shafie Abu Bakar dijadikan analisis kajian. Pengkajian dilakukan berdasarkan teknik dan

keindahan dalam karya. Konsep-konsep islam diterapkan dengan baik dan memberikan

keinsafan iaitu mesej yang tinggi kepada khalayak. Teknik yang meningkatkan keimanan dan

ketakwaan diri kepada Allah s.w.t.

Teori ini bersifat holistik kerana prinsip-prinsipnya melibatkan pelbagai aspek iaitu

ketuhanan yang bersifat kamal, kerasulan sebagai insan kamil, keislaman yang bersifat

akmal, ilmu dengan sastera yang bersifat takamul, sastera yang berciri estetik dan bersifat

takmilah, pengkarya yang mengistikmalkan diri dan khalayak ke arah insan kamil.

Justeru kajian ini penting untuk meneliti sejauh mana konsep-konsep islam iaitu

akidah, ibadah, khalifah, dakwah dan jihad dalam novel berunsur islam. Penelitian ini

berasaskan kepada sejauh mana pengarang mengemukakan Teori Takmilah dalam karya

mereka. Ia turut dianalisis berdasarkan pemikiran dalam karya yang dihasilkan. Pengarang

-1-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

dan karya sastera yang sempurna menggabungkan unsur-unsur takmilah membentuk satu

karya yang mampu mewadahi khalayak

BAB 1

1. PENGENALAN

Tradisi sastera berunsurkan islam semakin mendapat tempat di hati masyarkat

pembaca. Di Malaysia wacana sastera islam yang bersifat konseptual mula muncul pada

tahun 1965 oleh Yusof Zaki Yaakob. Sejak itu ramai pengkarya mula menghayati karya

berunsur islam. Di Malaysia ia dipelopori oleh Yusof Zaki dan Shahnon Ahmad dan melalui

kerjasama antara DBP dan Persatuan Penulis, karya sastera dari penulis-penulis baru yang

boleh dikatakan mempunyai latar belakang pendidikan agama semakin bercambah.

Teori Takmilah merupakan perkembangan baru dalam dunia kritikan sastera

tempatan. Ia menjadi pendekatan alternatif di tengah-tengah keghairahan teori sastera dari

Barat yang menguasai dunia sastera tempatan hari ini berasaskan nilai-nilai estetika daripada

Al-Quran dan Al Hadis. Menurut Prof Madya Dr Shafei Abu Bakar, bersumberkan nilai-nilai

estetika dan falsafah islam yang berprinsipkan tauhid, teori sastera ini direalisasikan.

Daripada aspek penerapannya, Takmilah mengarah kepada pemahaman bahawa sesebuah

karya sastera merupakan salah satu unsur seni yang menekankan kesempurnaan serta

keindahan.

Di samping dapat memberi kesan positif dalam membentuk perkembangan bahasa

serta mendidik budaya membaca dalam kalangan masyarakat kita ia turut dapat

memanfaatkan ilmu yang dipelajari secara tidak langsung dan sekaligus dapat menerapkan

-2-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

nilai-nilai murni yang terkandung dalam jalan cerita sesebuah novel. Tambahan pula dengan

adanya penyelitan unsur-unsur takmilah dalam penulisan novel itu sendiri.

Di samping itu, novel yang dikaji juga turut memperlihatkan konsep islam yang

dikemukakan dengan baik khususnya dalam memberikan keinsafan dan memperlihatkan

keindahan yang dapat meingkatkan keimanan dan ketakwaan diri khalayak kepada Allah

s.w.t. Malah tradisi sastera yang berunsur islam semakin mendapat tempat di hati pembaca

dan masyarakat apabila tercetusnya polemic sastera antara dua sasterawan besar iaitu

Shahnon Ahmad dan Kasim Ahmad pada pertengahan tahun 1980an. Melalui kerjasama

antara DBP dan persatuan penulis, karya sastera berunsur islam semakin bercambah dengan

kemunculan penulis-penulis yang mempunyai latar belakang pendidikan agama.

2. PERMASALAHAN KAJIAN

Hasil daripada perkembangan kesusasteraan di Malaysia, terdapat karya yang boleh

dikategorikan sebagai karya berunsur islam yang dihasilkan oleh penulis tempatan. Seperti

juga novel pilihan bertajuk “Sesuci Murni” hasil karya penulis Isya Azwa Idris terbitan

Telaga Biru. Novel “Sesuci Murni” banyak memberi pengajaran, kesedaran dan keinsafan

dalam diri. Nilai ketakwaan dan pegangan agama yang kuat amat penting dalam jiwa. Sastera

adalah medium paling halus yang boleh membawa arus pemikiran dalam masyarakat.Malah

kesedaran penulis untuk menghasilkan karya yang melingkungi kehidupan mereka berkaitan

dengan keislaman adalah faktor terhasilnya karya. Apabila perkembangan dan kesedaran

terhadap nilai islam meningkat, ia merupakan satu perkembangan yang positif.

-3-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

Melalui sumber yang dipetik daripada buku “Sikap Dan Pemikiran Usman Awang”

terbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. 1983, tugas seorang sasterawan atau pengarang adalah

memperdalam dan memperluaskan kesedaran dan keinsafan orang lain tentang diri mereka

dan tentang masyarakat yang mereka diami , mendidik dan membimbing ke arah membela

keadilan dan kesucian, membentuk budi pekerti yang luhur dan mempertinggikan peradaban

bangsa. Pendek kata segalanya dinilai berdasarkan elemen-elemen positif supaya mereka

dapat memperjuangkan hasil kesenian sastera islam ke arah kebaikan sejajar dengan arus

pemodenan masa kini. Dalam erti kata lain pengkarya seharusnya bertunjangkan kepada Al

Quran dan Hadis untuk mengukuhkan nilai kesusasteraan islam.

Teknik penulisan karya dan cara penyampaian isi cerita memainkan peranan penting

dalam penghasilan sesebuah karya. Teknik yang berkesan seperti cara pengarang menyusun

jalan cerita, penggunaan kata-kata, adegan-adegan dalam cerita yang mampu menarik minat

pembaca amat penting.. Jadi ini adalah sesuatu yang unik jika dapat meneroka sedalamnya

dan sejauh mana keberkesanan sesebuah karya untuk membuktikan potensi hasil karya itu

sebagai medium penceritaan yang berjaya menambat hati pembaca dan masyarakat serta

berjaya menyampaikan maksud sebenar jalan cerita itu. Kepakaran dan kefahaman pengkarya

terhadap teori yang digunakan juga akan membawa para pembaca dapat dan mudah

menghayati jalan cerita bermula dari saat membaca sehinggalah selesai.

Hubungan sastera dengan ilmu yang mempunyai pertalian dengan fakulti diri amat

penting khususnya akal dan hati. Dalam konsep islam, adalah diterima bahawa akal adalah

ayat paling utama dalam mencapai keilmuan. Karya sastera bukan sahaja berbentuk hiburan

tetapi seharusnya boleh menyampaikan mesej dan pengajaran kepada pembaca dan yang

penting ia bukanlah sesuatu yang dibaca pada waktu senggang tetapi boleh mendidik serta

-4-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

meningkatkan akan erti kebesaran Allah s.w.t. Malah sebagai seorang pengkarya yang

menghasilkan novel bercorak islam, perkara yang harus dititikberatkan adalah soal akidah.

Seseorang pengarang dan pengkarya yang sempurna adalah dengan menggabungkan unsur-

unsur takmilah untuk membentuk satu karya yang mampu mewadahi khalayaknya.

Pengindahan dalam sastera mampu dicapai apabila melibatkan aspek yang

merangkumi penghasilan sesebuah karya. Antaranya adalah bentuk, isi, tema, struktur, watak

perwatakan, sudut pandangan, nilai mesej dan ideolagi. Pemahaman sesebuah karya

merupakan salah satu unsur seni yang menekankan kesempurnaan serta keindahan. Ayat-ayat

suci dan himpunan-himpunan doa yang digunakan dalam penyampaian cerita di samping

usaha menyebarkan dakwah. Imaginasi yang mementingkan ketajaman daya pengamatan

pengarang terhadap sesuatu peristiwa atau jalan cerita merupakan salah satu aspek penting

dalam penghasilan karya. dan kebesaran Illahi yang dipaparkan dalam jalan cerita atau

penghasilan karya. Hal ini sekaligus dapat memberikan keinsafan dalam diri pembaca itu

sendiri. Istikmal yang merujuk kepada pengkarya perlu melengkapkan diri dengan ilmu

agama, sastera dalam usaha mengembangkan ilmu agama.

Malah di samping itu, penghasilan karya sastera yang sempurna akan terhasil apabila

pengkarya berjaya melengkapkan diri dengan menguasai ilmu-ilmu keislaman dan ilmu

berhubung dengan sastera. Nilai-nilai dan ilmu keislaman bukan sahaja bersifat asas malah

khusus dan mendalam sekaligus dapat menerapkannya dalam kehidupan seharian. Menurut

Muhammad Kamal Hassan, beliau menjelaskan bahawa sastera islam itu perlu lahir daripada

sasterawan yang mempunyai jiwa keislaman. Ilmu islam yang terdapat dalam jiwa pengkarya

sekaligus memberi ruang yang baik dalam menjiwai watak dan perwatakan dalam cerita.

Seperti yang sedia kita maklum,sastera bukan sahaja dilihat sebagai bentuk gaya bahasa yang

-5-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

digunakan dalam menyampaikan sesuatu maksud melalui jalan ceritanya, tetapi juga

dianggap penting sebagai salah satu aspek untuk mengembangkan ilmu pengetahuan dan

sekali gus berperanan menyebarkan dakwah islamiah secara formal mahupun tidak formal.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini merujuk kepada satu objektif khusus iaitu mengkaji

prinsip-prinsip Teori Takmilah berdasarkan kajian melalui novel “Sesuci Murni” hasil karya

Isya Azwa Idris. Kajian ini dilakukan untuk meneliti tentang kesesuaian teori Takmilah

diaplikasikan dalam novel yang boleh dikategorikan sebagai karya berunsur islam. Ia boleh

diklasifikasikan sebagai salah sebuah teori setempat yang meletakkan falsafah tauhid sebagai

pakar penilaian sesebuah karya atau teks secara takmilah. Teori ini membuka jalan alternatif

kepada pengkaji untuk menganalisis dan membuat ulasan berasaskan prinsip-prinsip

keislaman. Takmilah menuntut semua pihak yang berada dalam lingkungan sastera

menyedari sastera itu sebagaimana bidang lain mempunyai pelengkap yang akan

melengkapkan jati diri keislaman dalam diri seorang pengarang dan karya yang

dihasilkannya.

Objektif pertama kajian ke atas novel Sesuci Murni ini adalah untuk mengkaji dan

menganalisis tentang prinsip ketuhanan yang bersifat kamal iaitu kesempurnaan dari aspek

ketuhanan. Menganalisis tentang corak dan gaya hidup seorang muslim seperti yang

digambarkan dlam jalan cerita Sesuci Murni . Dalam novel ini menceritakan cara hidup ibu

-6-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

dan abang lelakinya serta hubungan antara ibu, anak lelaki dan anak perempuan setelah

kematian bapa mereka. Cara hidup ibu dan anak lelaki yang jauh menyimpang dengan cara

hidup kebaratan.

Objektif yang kedua pula amanah dan tanggunjawab. Amanah dan tanggungjawab

dalam melaksanakan apa jua perkara termasuk melaksanakan perintah agama. Amanah

bermaksud kejujuran, kepercayaan, melaksanakan sesuatu dengan betul mengikut lunas

Islam. Ia juga bermaksud tanggungjawab yang diserahkan orang lain kepada kita dan perlu

menunaikan sebaik-baiknya tanpa sebarang penyelewengan.

Ia adalah sifat kedua yang wajib bagi rasul. Firman Allah: “Sesungguhnya Allah menyuruh

kamu menunaikan dan melaksanakan amanah (bertanggungjawab) terhadap orang-orang

yang memberikan amanah itu. Dan apabila kamu menghukum antara manusia, lakukanlah

dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pelajaran yang amat baik padamu. Sesungguhnya

Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”. (Surah An-Nisa’ ayat 58

Setiap orang sewajarnya menanamkan rasa tanggungjawab berkenaan sedalam-dalamnya di

dalam dada. Selain daripada peraturan supaya orang menunaikan amanah dengan baik, perlu

ditanamkan rasa iman dan takwa kepada Allah yang selalu memerhatikan segala tindak-

tanduk manusia.Iman dan takwa lebih berkesan daripada undang-undang. Dengan merasakan

tanggungjawab itu sebagai satu kewajipan daripada Allah .Allah berfirman yang bermaksud:

“Hai orang mukmin! Janganlah kamu berkhianat kepada Allah dan Rasul (Muhammad) dan

juga janganlah kamu mengkhianati (memungkiri) amanah-amanah yang dipercayakan

kepadamu, sedangkan kamu mengetahui”. (Surah Al-Anfal ayat 27).

-7-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

Seterusnya objektif yang ketiga adalah keinsafan diri. Penyesalan dan kesedaran

dalam diri mendapat petunjuk dan hidayah. Timbul penyesalan dan kesedaran dalam diri

setelah mendapat rahmat dan petunjuk dariNya.

4. SKOP KAJIAN

Kajian yang dilakukan dikaitkan dengan beberapa konsep islam seperti akidah,

ibadah, ketuhanan dan keislaman yang disesuaikan dengan Teori Takmilah. Skop kajian ini

akan lebih memfokus kepada tiga prinsip utama teori takmilah iaitu prinsip pertama

kesempurnaan daripada aspek ketuhanan yang bersifat kamal, prinsip ketiga prinsip

keislaman yang bersifat akmal dan yang ketujuh iaitu prinsip khalayak yang bertujuan

memupuk mereka ke arah insan kamil. Teori Takmilah seperti prinsip ketuhanan yang

bersifat kamal, prinsip keislaman yang bersifat akmal, khalayak yang bertujuan memupuk

mereka ke arah insan kamil dan prinsip sastera yang bercirikan estetika dan bersifat takmilah.

Kajian yang dilakukan dalam novel “Sesuci Murni” lebih bertumpu kepada corak hidup dan

hubungan dalam kekeluargaan serta usaha melaksanakan amanat yang

dipertanggungjawabkan. Kisah hidup Murni yang mengabdikan diri serta mencari petunjuk

dan hidayah untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Usahanya untuk megembalikan semula

sinar keredhaan dalam hidupnya sekeluarga yang telah menyasar jauh dari corak dan cara

hidup seoarang muslim.

Skop kajian yang dijalankan terhadap novel Sesuci Murni diketengahkan berdasarkan

teori takmilah dan mampu mengajak pembaca untuk menentukan penghasilan sesebuah karya

novel perlu sampai kepada pembaca dan benar-benar serasi dengan kehendak dan

kepentingan sastera islam. Matlamat dalam prinsip ini adalah bertujuan memupuk pembaca

-8-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

ke arah pembentukan insan kamil iaitu mencontohi peribadi terpuji dan akhlak mulia

Rasulullah s.a.w. Kajian ini turut berperanan dan bertujuan memberi kesedaran kepada

pembaca bahawa pembacaan novel dapat meluaskan pemikiran menjadi seorang insan yang

luhur malah melalui pembacaan juga dapat mendidik jiwa dan rohani.

Kajian dilakukan terhadap pemikiran dan falsafah pengarang dalam mengaitkan jalan

cerita dengan beberapa konsep Islam iaitu akidah, ibadah, dakwah, khalifah dan jihad untuk

disesuaikan dengan gagasan Teori Takmilah. Penelitian kajian ditumpukan terhadap novel

yang mengemukakan konsep akidah berdasarkan prinsip kesempurnaan dari aspek ketuhanan

dari sudut kepercayaan kepada Allah s.w.t, kepercayaan kepada Rasul Allah sedabagi

pemimpin, kepercayaan kepada kitab-kitab Allah, kepercayaan kepada hari Kiamat dan

kepercayaan kepada qada dan qadar Allah s.w.t. Manakala konsep ibadah adalah dari sudut

hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia dengan manusia.

Melalui kepakaran dan kefahaman penulis atau pengkarya dapat membawa pembaca

untuk lebih menghayati teori takmilah yang diselitkan dengan lebih jelas daripada saat mula

membaca sehingga selesai. Jalan cerita yang dihasilkan juga harus memiliki sifat memupuk

pembaca ke arah menjadi insan kamil. Di samping itu, kajian yang dilakukan turut memupuk

pembaca mengamalkan konsep nilai-nilai murni yang diterapkan dalam penulisan novel.

Ianya secara tidak langsung turut membuka minda saya selaku pengkaji dan pembaca dengan

menerapkan perasaan kecintaan terhadap Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w melalui bait-bait

doa memohon keampunan dari Allah.

Selain penerokaan terhadap teknik penceritaan, gaya bahasa dan plot sebagaimana

yang dicirikan oleh gagasan Teori Takmilah untuk memperlihatkan keindahan melalui teknik

-9-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

naratif atau kisah berdasarkan hidayah dan keindahan melalui teknik pemilihan kata

berdasarkan nilai pertentangan manusia dengan agama islam.

5. TEORI DAN METODOLOGI

Teori dan pendekatan Takmilah mula diperkenalkan oleh Dr Shafie Abu Bakar pada

sekitar tahun 1992 hingga 1993. Teori Takmilah dibina secara berhubung rapat dengan

falsafah dan prinsip-prinsip keislaman yang bersifat syumul (menyeluruh) dan holistic. Sifat

syumul yang dijelaskan bermula dari falsafah tauhid yang bersifat doktirinik yang kukuh

dalam islam . Manakala sifat ‘kama Allah’ pula menjadi unsur yang Takmilah sebagai

elemen seni dan sastera yang meningkatkan martabat insan.

Takmilah dibina atas kepercayaan yang didasarkan kepada konsep kesyumulan.

Shafie percaya,segala aspek dan bidang kehidupan manusia terangkum dalam lingkungan

tauhid. Oleh itu, bidang sastera yang teradun di dalamnya unsur estetika tidak terkecuali dari

ketauhidan ini. Aspek ketauhidan itu yang memuncakkan kesyumulan itulah menjadi falsafah

kepada pembinaan teori Takmilah. Takmilah boleh dianggap satu teori yang bersifat

universal yang meramgkumkan semua aspek kepengarangan ke dalam acuan Islam. Takmilah

menuntut semua pihak yang berada dalam lingkungan sastera menyedari bahawa sastera itu

sebagaimana juga bidang lain dalam Islam mempunyai fungsi pelengkap yang akan

melengkapkan jati diri keislaman padadiri seseorang pengarang islam dan karya yang

dihasilkannya. Dalam erti kata lain, Takmilah menyempurnakan sifat keislaman menerusi

sastera. Komponen utama contohnya komponen falsafah yang mewarnai nilai-nilai seperti

kebaikan, kebenaran, kemuliaan dan ketinggian peribadi. Manakala komponen seni mewarnai

karya melalui teknik-teknik berkarya itu sendiri. Teori ini boleh disifatkan holistic kerana

-10-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

prinsip-prinsipnya yang tujuh melibatkan segala aspek ketuhanan, kenabian, keilmuan, karya,

pengkarya dan khalayak. Antara tujuh prinsip teori tersebut adalah prinsip ketuhanan yang

bersifat Kamal, prinsip kerasulan yang bersifat insan Kamil, prinsip keislaman yang bersifat

Akmal, prinsip ilmu dengan sastera yang bersifat Takamul, prinsip sastera yang bercirikan

keindahan dan kesempurnaan, prinsip pengkarya yang seharusnya mengistikmalkan diri,

prinsip khalayak yang bertujuan memupuk diri menjadi insan Kamil.

Dalam erti kata lain, Takmilah telah menyempurnakan sifat keislaman menerusi

sastera. Takmilah telah membuka ruang kepada pengarang, teks dan khalayak agar dapat

diterima hasilnya sebagai sesuatu yang haq dan bernilai di sisi Allah. Ia dapat

menyempurnakan sifat keislaman menerusi sastera seperti mana dalam bidang lain, sastera

juga mempunyai fungsi pelengkap yang akan melengkapkan jati diri keislaman dalam diri

seoarang pengarang dan karya yang dihasilkan. Sastera yang hadir dalam masyarakat

semestinya sastera yang menjurus kepada Allah. Segala aktiviti kepengarangan semestinya

tidak terkeluar dari landasan Islam, maka dengan itu, hasilnya akan menemukan hakikat

kesempurnaan yang akan melengkapkan sebahagian daripada tuntutan iman pada diri

pengarang, teks dan khalayak di sisi Allah s.w.t.

Konsep Takmilah turut mengangkat ilmu sebagai satu media yang akan

merealisasikan segala bentuk kegiatan sastera untuk mencapai matlamat dalam karya.Ilmu

perlu menjadi keperluan yang paling asasi di samping siat kreatif pengkarya. Jadi, Takmilah

menuntut seseorang pengarang memiliki ilmu. Melalui ilmu, pengarang dapat menemukan

keagungan Allah, kekuasaanNya dan apa jua yang menjadi tanda kewujudan Allah, kisah-

kisah para rasul, sahabat dan pejuang islam dalam karya mereka. Tidak akan sempurna

-11-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

sesebuah karya sastera itu jika hasilnya terkeluar dari prinsip-prinsip ilmu Islam, khususnya

asas ilmu yang dapat membawa khalayak dan diri pengarang kepada ma’rifat Allah.

Manakala unsur-unsur estetika iaitu keindahan menjadi paksi yang asasi kepada

segala aspek estetika, baik yang terungkap mahupun yang tergambar dalam fikiran manusia,

tercatat dalam karya mahupun tersembunyi. Unsur estetika ini sewajarnya menuju kepada

kesempurnaan makna dan apreasiasi keindahan yang hakiki. Keindahan itu merupakan salah

satu daripada sifat Allah dan memancar serta membuahkan keindahan kepada aspek yang lain

pula. Aspek estetika menjadi tunjang yang memberi wajah keunikannya berbanding dengan

bidang ilmu yang lain. Dengan tidak mengabaikan unsur estetika luaran, Takmilah pergi lebih

jauh menjangkau makna keindahan yang lebih kudus dan universal. Bagi Takmilah,

keindahan-keindahan yang wujud dan terungkap dalam sesuatu karya tidak semestinya

terbatas kepada makna luaran dan berakhir pada tafsiran yang diberikan oleh manusia tetapi

bertalian dengan keindahan hakiki yang menjadi salah satu sifat Allah.

6. KAJIAN LEPAS/TINJAUAN HASIL KAJIAN TERDAHULU

Teori dan pendekatan Takmilah turut dikesan melalui beberapa pembacaan. Melalui

kajian terhadap novel “Nurul Hidayah” dan “Ustaz” oleh Maisarah Yaacob, kajian tersebut

memperlihatkan penggunaan gagasan Teori Takmilah dalam merungkai novel yang

dikategorikan sebagai novel berunsur islam. Kajian telah diteliti berdasarkan tema dan

persoalan, watak dan perwatakan serta latar yang dihasilkan oleh pengarang untuk

diklasifikasikan sebagai novel berunsur islam. Pendekatan gagasan Teori Takmilah telah

-12-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

digunakan untuk menganalisis teks berdasarkan lima unsur insaniah yang dicirikan dalam

teori tersebut iaitu unsur alamiah, unsur inderawi, unsur hati nurani, unsur akliah dan unsur

rohani.. Berdasarkan kajian terdapat gelombang-gelombang tertentu yang membezakan

keima-lima tahap unsur insaniah menerusi kedua-dua novel tersebut.

Hal ini dapat dilihat melalui nilai keinsafan yang diwujudkan pengarang pada watak

bagi menetukan tahap unsur-unsur yang dicirikan dalam gagasan Teori Takmilah. Menerusi

kajian tersebut, novel “Ustaz” mempunyai lebih kedudukan insaniah yang tinggi berbanding

dengan novel “Nurul Hidayah”. Hal ini bermakna novel “Ustaz” lebih banyak menggunakan

kelima-lima unsur insaniah berbanding novel “Nurul Hidayah”.

Memandangkan kajian yang dilakukan hanya terbatas terhadap tema, persoalan

,watak dan perwatakan secara umum tanpa mengaitkannya dengan konsep-konsep berunsur

islam. Oleh yang demikian saya memilih untuk melakukan kajian terhadap Teori Takmilah

secara terperinci dalam sebuah genre novel berunsurkan islam.

7. ORGANISASI KAJIAN

Kajian ini boleh dibahagikan kepada empat bab. Bab 1 menjelaskan tentang

pengenalan di dalamnya termuat permasalahan kajian, objektif kajian, skop kajian, ,tinjauan

kajian terdahulu, teori dan metodologi, kajian lepas atau tinjauan kajian terdahulu serta

organisasi kajian.

-13-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

Dalam bab dua akan menjelaskan sumbangan pengkarya dalam kesusasteraan.

Manakala dalam bab ketiga akan merungkai objektif pertama kajian ke atas novel Sesuci

Murni ini adalah untuk mengkaji dan menganalisis tentang prinsip ketuhanan yang bersifat

kamal iaitu kesempurnaan dari aspek ketuhanan. Menganalisis tentang corak dan gaya hidup

seorang muslim seperti yang digambarkan dlam jalan cerita Sesuci Murni . Dalam novel ini

menceritakan cara hidup ibu dan abang lelakinya serta hubungan antara ibu, anak lelaki dan

anak perempuan setelah kematian bapa mereka. Cara hidup ibu dan anak lelaki yang jauh

menyimpang dengan cara hidup kebaratan.

Seterusnya bab keempat pula akan merungkaikan amanah dan tanggungjawab

sebagai seorang muslim. Hubungan kekeluargaan yang sedikit renggang setelah berlaku

perubahan dan penghijrahan dalam diri anak perempuan keluraga tersebut iaitu Murni yang

tidak henti-henti memanjatkan doa agar rahmat akan menyelubungi diri dan keluarganya.

Murni juga sering menghadiri kuliah-kuliah agama dan kelas mengaji al quran serta kelas

fardhu ain. Masa dan kehidupannya banyak dihabiskan dengan mendekatkan diri kepada

Allah s.w.t.

Seterusnya bab kelima pula keinsafan dalam diri dan petunjuk serta hidayah diperoleh

setelah insan yang tersayang pergi menghadap illahi lalu merubah cara hidup mereka.

Keinsafan yang turut meningkatkan keimanan dan ketakwaan dalam diri.

Bab enam merupakan kesimpulan dan penutup kepada hasil kajian. Bab ini akan

menyentuh secara menyeluruh mengenai ulasan penghasilan kajian dan keberhasilan

pencapaian objektif.

-14-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

BAB 2 SUMBANGAN DALAM BIDANG KESUSASTERAAN

Sumbangan para sasterawan dan penulis cukup besar dalam pembangunan industry

kreatif di negara kita. Banyak karya penulis dalam pelbagai genre dapat diangkat ke pentas

teater dan layar perak sebagai alternatif tambahan untuk mengetengahkan karya-karya terbaik

dan berkualiti tinggi.

Seperti yang diketahui umum, setiap bangsa mempunyai karya agung masing-

masing. Sesuci Murni adalah karya sulung Penulis Isya Azwa Idris yang secara tidak

langsung turut mengangkat dan telah memperkenalkan kepada masyarakat tentang karya

bercorak islamik yang dapat mencorak dan menjadi panduan serta pedoman dalam

kehidupan seharian dengan gaya dan cara hidup yang sederhana. Seperti mana yang kita sedia

maklum,sastera bukan sahaja dilihat sebagai bentuk gaya bahasa yang digunakan untuk

menyampaikan sesuatu maksud melalui penceritaannya, tetapi juga dianggap penting sebagai

salah satu aspek untuk mengembangkan ilmu pengetahuan dan sekaligus berperanan untuk

menyebarkan dakwah islamiah secara formal mahupun tidak formal.

Novel Sesuci Murni boleh dikatakan memberi sumbangan yang cukup besar kerana

idea dan konsep yang diketengahkan berdasarkan teori takmilah dan mampu mengajak

pembaca untuk menentukan penghasilan sesebuah karya novel perlu sampai kepada pembaca

dan benar-benar serasi dengan kehendak dan kepentingan sastera islam. Matlamat dalam

prinsip ini adalah bertujuan memupuk pembaca ke arah pembentukan insan kamil iaitu

mencontohi peribadi terpuji dan akhlak mulia Rasulullah s.a.w. Kajian ini turut berperanan

dan bertujuan memberi kesedaran kepada pembaca bahawa pembacaan novel dapat

-15-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

meluaskan pemikiran menjadi seorang insan yang luhur malah melalui pembacaan juga dapat

mendidik jiwa dan rohani.

Melalui kepakaran dan kefahaman penulis atau pengkarya dapat membawa pembaca

untuk lebih menghayati teori takmilah yang diselitkan dengan lebih jelas daripada saat mula

membaca sehingga selesai. Jalan cerita yang dihasilkan juga harus memiliki sifat memupuk

pembaca ke arah menjadi insan kamil. Di samping itu, kajian yang dilakukan turut memupuk

pembaca mengamalkan konsep nilai-nilai murni yang diterapkan dalam penulisan novel.

Ianya secara tidak langsung turut membuka minda saya selaku pengkaji dan pembaca dengan

menerapkan perasaan kecintaan terhadap Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w melalui bait-bait

doa memohon keampunan dari Allah.

Penelitian dan pemahaman yang padu tentang agama islam yang telah diterapkan oleh

penulis dalam karyanya. Penilaian sesebuah karya banyak bergantung terhadap persembahan

yang dikemukakan berdasarkan tahap unsur pengajaran dan olahan persoalan yang

menggambarkan islam sebagai agama yang syumul.

Secara kesimpulannya, amat penting penggiat seni dan sastera memberi peluang

kepada penulis dan pengkarya baru untuk meluaskan bidang dan seni penulisan mereka.

Golongan seperti mereka ini tidak harus dipinggirkan dan dipandang sepi kerana mereka

juga memainkan peranan dalam mendidik jiwa dan rohani pembaca menerusi karya bercorak

islamik yang dihasilkan di samping dapat memupuk pembaca kea rah menjadi insan kamil.

BAB 3 Amalan Dan Corak Hidup

-16-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

3.1 Takrif Dan Ciri-ciri

Satu-satunya jalan yang benar untuk manusia ialah dengan mengakui bahawa

Allah Subhanahu Wata'ala satu-satunya Tuhan dan Pemilik dan kepada petunjuk dan

arahannya sahajalah manusia patut mengikutinya di dalam membina kehidupan. Manusia

haruslah menyedari bahawa kehidupannya nanti akan diadili dan satu-satunya tujuan

hidupnya ialah untuk mencapai MARDATILLAH (keredhaan Allah) bagi membolehkannya

layak menerima balasan baik di Hari Akhirat. Sebarang sikap dan haluan yang bertentangan

dengan perkara di atas akan membawa manusia kepada kesesatan dan kemusnahan.

Sekiranya manusia mengikuti jalan yang baik, dan taqwa (yang ia adalah bebas untuk

memilih dan mengikutinya) nescaya ia akan mendapati kejayaan di dunia dan di akhirat. Di

dunia dia akan beroleh kehidupan yang aman damai dan puas manakala di akhirat nanti ia

merupakan orang yang layak menerima balasan Syurga Allah (Al Jannah). Dan jika ia

memilih jalan yang lain menafikan dengan peraturan-peraturan Tuhan dan jalan yang jahat

(juga merupakan jalan yang ia bebas memilih dan mengikutinya) nescaya kehidupan

dunianya menjadi kehidupan yang penuh dengan penyelewengan,penipuan, kefasiqan dan

kekecewaan manakala di akhirat nanti ia ditimpa bala derita, siksa kepedihan dan rintihan

penyesalan yang tidak berpangkal di dalam neraka Jahim.

3.2 Amalan Dan Corak Hidup Murni

Kehidupan keluarga Murni telah berubah seleps kematian bapanya. Murni lebih

banyak menyendiri dan mengabdikan diri kepada Allah selain menghadiri kelas-kelas agama,

kelas fardhu ain dan mengikuti kelas mengaji al quran di masjid berdekatan dengan

rumahnya. Murni turut menerima takdir Illahi apabila dia disahkan sakit dan hanya menanti

-17-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

masa sahaja. Namun penghujung hayatnya banyak dihabiskan dengan mendekatkan diri dan

mengabdikan diri kepada Allah.

3.3 Amalan Dan Gaya Hidup Datian Aziah( ibu) Dan Azman (abang)

Namun berbeza pula dengan kehidupan ibu dan abang lelakinya lebih mengamalkan

cara hidup barat. Melanggar perintah agama dan mengamalkan gaya hidup yang kurang sihat.

Ibunya sibuk dengan aktiviti luar dan aktiviti sosial sering mengadakan parti di rumah

manakala anak lelakinya abang kepada Murni iaitu Azman lebih banyak meghabiska masa di

kelab-kelab hiburan dan berpeleseran dengan gadis di luar sana. Hal ini amat ketara sekali

dengan Murni yang berpakaian sopan serta bertudung litup menutup aurat dan lebih suka

menghabiskan masa di rumah berbanding di luar sana.

Malah sejak kematian Datuk Khalid, jarang sekali melihat ibu dan abangnya

menunaikan solat. Dan Murni pernah menegur akan perkara tersebut tetapi dia dimarahi dan

diberi amaran agar tidak mencampuri urusan mereka. Mak Mah iaitu pembantu rumah

mereka yang sejak sekian lama itulah yang sering menemani dan memahami isi hati Murni.

Mak Mah adalah peneman dan tempat Murni mengadu dan meluahkan perasaan. Sikap dan

cara Murni amat disenangi oleh Mak Mah. Murni adalah seorang anak yang baik dan

mentaati perintah Allah. Walaupun serimh dimarahi oleh ibu dan abangnya namun Murni

tetap menghormati mereka berdua sebagai seorang ibu yang melahirkannya dan abang

sedarah sedagingnya.

3.4 Amalan Dan Corak Hidup Arwah Datuk Khalid (bapa)

Arwah bapa Murni seoarng yang kuat dan gigih bekerja sehingga mengabaikan

tanggungjawab diri terhadap Allah serta tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga

-18-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

untuk membimbing isteri dan anaknya. Namun di penghujung usia arwah Datuk Khalid telah

menemui penyesalan dalam diri dan berusaha memperbaiki diri dengan mendekatkan diri

kepada Allah serta memohon kemapunan atas dosa dan kesilapan lalu. Namun niatnya untuk

membantu mengubah cara hidup keluarganya tidak diendahkan oleh isteri dan anak lelakinya.

Hanya anak gadisnya sahaja yang menyedari akan perubahan dan niat bapanya. Lalu pada

penghujung usianya ditinggalkan pesanan dan amanah tersebut kepada anak gadisnya kerana

arwah yakin dan percaya satu-satunya anak gadisnya itu dapat membantu menyedarkan ibu

dan abangnya yang telah hanyut jauh dengan duniawi.

3.5 Pandangan Daripada Perspektif Takmilah

1-Prinsip Ketuhanan Bersifat Kamal


7-Prinsip Khalayak Bersifat Insan Kamil

Setiap prinsip yang terkandung dalam teori takmilah membawa maksud yang

tersendiri. Sebagai contoh, prinsip teori takmilah yang pertama iaitu prinsip ketuhanan yang

bersifat kamal, atau mengenal sifat Allah yang mempunyai sifat kesempurnaan iaitu sama

seperti sifat kamalnya. Melalui teori yang pertama ini, dapat digambarkan tentang

kesempurnaan terhadap pembentukan keluarga, sesuai denganperibahasa melayu yang ada

mengatakan bahawa“air dicincang tidak akan pernah putus”. Menerusi kisah keluarga Murni ,

ia sedikit sebanyak menyentuh hati dan perasaan kepada sesiapa sahaja yang membacanya.

Kehidupannya yang sentiasa dipenuhi dengan bermacam-macam ujian dari Allah S.W.T telah

mematangkan dirinya lantas menjadikan dirinya lebih kuat walaupun sering dimarahi oleh

ibu dan abangnya.

Amalan dan cara hidup seoarang muslim yang diamalkan oleh Murni dalam mencari

kesempurnaan hidup dengan mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Jika dilihat pada awal

penceritaan hubungan kekeluargaan yang dipamerkan menerusi novel pilihan ini merupakan

-19-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

salah satu bentuk hubungan kekeluargaan yang kurang mendidik. Sebagai contoh, situasiyang

dialami oleh keluarga Murni,jelas menunjukkan bahawa kurangnya nilai keislaman yang

sepatutnya dipertanggungjawabkan kepada kedua ibubapa. Disebabkan persefahaman

mereka yang semakin luntur, pengkarya menunjukkan keserasian mereka berdasarkan teori

Takmilah yang ketujuh iaitu prinsip khalayak bertujuan memupuk mereka kea rah insan

kamil.

Di samping itu, pengkarya turut cuba untuk menghidupkan semula teori Takmilah

yang ketujuh ini dengan keikhlasan dan kemuliaan hati seorang abang, Azman ke arah

membentuk insan kamil. Secara tidak langsung, pengkarya juga berjaya menyampaikan

dakwahnya demi memartabatkan kesenian sastera islam dan mendidik umat yang positif.

Islam juga melarang kita untuk bermusuhan sesama sendiri,apatah lagi dengan kedua

ibubapa. Hal ini demikian kerana ibubapa merupakan insan yang telah banyak berkorban

untuk melahirkan kita dan mendidik supaya menjadi modal insan yang cemerlang, gemilang

dan terbilang

-20-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

BAB 4 Amanah Dan Tanggungjawab

4.1 Takrif Dan Ciri-ciri

Amanah dan tanggungjawab dalam melaksanakan apa jua perkara termasuk

melaksanakan perintah agama. Amanah bermaksud kejujuran, kepercayaan, melaksanakan

sesuatu dengan betul mengikut lunas Islam. Ia juga bermaksud tanggungjawab yang

diserahkan orang lain kepada kita dan perlu menunaikan sebaik-baiknya.

Ia adalah sifat kedua yang wajib bagi rasul. Firman Allah: “Sesungguhnya Allah menyuruh

kamu menunaikan dan melaksanakan amanah (bertanggungjawab) terhadap orang-orang

yang memberikan amanah itu. Dan apabila kamu menghukum antara manusia, lakukanlah

dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pelajaran yang amat baik padamu. Sesungguhnya

Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”. (Surah An-Nisa’ ayat 58

Setiap orang sewajarnya menanamkan rasa tanggungjawab berkenaan sedalam-dalamnya di

dalam dada. Selain daripada peraturan supaya orang menunaikan amanah dengan baik, perlu

ditanamkan rasa iman dan takwa kepada Allah yang selalu memerhatikan segala tindak-

tanduk manusia.Iman dan takwa lebih berkesan daripada undang-undang. Dengan merasakan

tanggungjawab itu sebagai satu kewajipan daripada Allah .Allah berfirman yang bermaksud:

“Hai orang mukmin! Janganlah kamu berkhianat kepada Allah dan Rasul (Muhammad) dan

juga janganlah kamu mengkhianati (memungkiri) amanah-amanah yang dipercayakan

kepadamu, sedangkan kamu mengetahui”. (Surah Al-Anfal ayat 27).

-21-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

4.2 Melaksanakan Amanah Dan Tanggungjawab Sebagai Seorang Muslim

Murni telah berusaha untuk menunaikan amanah dan tanggungjawab yang telah

dipertanggungjawabkan oleh arwah bapanya. Arwah bapanya telah berpesan supaya ibu dan

abangnya segera berubah dan bertaubat kerana cara dan kehidupanmereka yang telah tersasar

jauh. Sepanjang hayat arwah bapanya tidak dapat menunaikan tanggungjawabnya sebagai

ketua keluarga kerana arwah bapanya turut leka mengejar kekayaan duniawi. Namun pada

saat akhir hayat hidupnya, arwah telah sedikit demi sedikit merubah cara hidupnya namun

tidak sempat untuk menrubah kehidupan isteri dan anak lelakinya.

Murni telah melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya sebagai seoarag muslim

apabila sering mengabdikan diri dengan mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan

solat lima waktu, berpuasa malah Murni turut menghadiri kuliah-kuliah agama setelah

selesai solat serta mengikuti kelas fardhu aian dan kelas al quran.

Azman turut mendalami dan belajar agama setelah kejadian sedih menimpa

keluarganya. Azman telah membuang jauh segala corak dan gaya hidup yang selama ini

terpesong jauh. Azman telah mula menunaikan solat lima waktu, menghadiri kuliah agama di

masjid berhampiran malah turut menjadi imam apabila menunaikan solat bersama ibunya.

Azman turut menghantar Julia untuk mendalami agama bersama seoarang ustazdi

Terengganu yang juga merupakan ustaztempat arwah Murni belajar. Hal ini demikina kerana

Azman mahu Julia juga berubah menjadi seorang wanita muslim. Azman tidak mahu Julia

-22-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

tersu sesat dengan cara kehidupannya yang gelap itu. Itu adalah asatu tanggungjawab

seoarang muslim untuk memperbaiki akidah dan akhlak sesama muslim.

4.3 Amanah Dan Tanggungjawab sebagai seorang Anak

Murni menunaikan tanggungjawab seoarang muslim, menunaikan perintah dan ajaran

Allah serta tanggungjawabnya sebagai seorang anak dengan menghormati ibunya walaupun

sering dimarahi dengan kata-kata hinaan dari seoarang ibu di atas sikap dan cara hidupnya

yang dikatakan kolot kerana tidak bercampur serta bersosial seperti abangnya Azman yang

baru pulang dari Amerika. Walau sehina mana pun sikap dan tingkah laku Datin Aziah

terhadap Murni, namun dia sedar wanita itu adalah seoranag ibu yang mesti dihormati.

Murni juga berusaha untuk mengubah corak dan gaya hidup ibunya dengan memberi nasihat

dan mengajak ibunya menunaikan solat bersama-sama.. Walaupun reaksi yang diterima amat

mendukacitakan namum sebagai seoarang anak, Murni tidak pernah jemu untuk membawa

perubahan dalam diri ibu dan abangnya iu. Malah setelah pemergian Murni Azman telah

berubah spenuhnya, Azman turut mendalami dan mgikuti kuliah-kuliah agama di masjid

berhampiran serta menjadi imam apabila menunaikan solat bersama ibu, Mak Jah dan Julia.

Azman menunaikan tanggungjawab sebagai seoarang anak lelaki dalam keluarga dengan

penuh tanggungjawab dan tanggungjawab sebagai seoarang anak sekarang adalah menolong

dan membimbing ibunya ke jalan yang diredhai seperti yang diamanahkan oleh arwah

bapanya kepada Murni dahulu. Dan kini Murni telah tiada dan tanggungjawab itu perlu

dilaksanakan oleh Azman sebagai seorang anak lelaki kerana sekarang hanya Azman menjadi

-23-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

tempat bergantung ibunya. Hal ini demikian, seoarang anak harus sentiasalah mendoakan dan

meminta keampunan untuk mereka, sama ada mereka masih hidup atau setelah mereka

meninggal dunia dengan berdoa'

" Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku, rahmatilah kedua-duanya

sebagaimana mereka memeliharaku pada waktu kecil.

Azman turut menunaikan tanggungjawabnya sebagai seoarang anak apabaila sanggup

berusaha untuk memulihkan keadaan semangat ibunya yang tidak dapat menerima akan

kematian Murni.Usaha Azman menggantika Julia yang mirip wajahnya seperti Murni sedikit

sebanyak telah membantu memulihkan keadaan ibunya. Namun Azman harus menunaikan

tanggungjawab untuk mengajar Julia akan selok belok agama supaya tidak terpesong jauh

dan caranya Azman telah menghantar Julia mempelajari dan mengikuti kelas agama oleh

seorang ustazdi Terengganu selama enam bulan. Dari situ Julia telah menemui jalan

keredhaan dan telah mengubah kehidupannya.

4.3 Pandangan Daripada Perspektif Takmilah

3-Prinsip Keislaman Bersifat Akmal

7-Prinsip Khalayak Bersifat Memupuk Sifat Insan Kamil

Berdasarkan prinsip ketujuh insan (kamil) khalayak bertujuan memupuk mereka ke

arah insan kamil.Tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan hasil sastera mengajak manusia

ke arah kebaikan. Namun,  menerusi Teori Takmilah, harapan yang digantungkan terhadap

karya ialah setiap penciptaan karya itu perlu sampai kepada khalayak dan ia benar-benar

serasi dengan kehendak dan kepentingan Islam. Matlamat yang hendak dicapai ialah

-24-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

memupuk khalayak pembaca ke arah pembentukan insan kamil iaitu mencontohi peribadi

terpuji dan akhlak mulia Rasululullah s.a.w. walaupun tidak secara seratus peratus.

Islam disifatkan sebagai agama yang syumul (lengkap). Islam sebagai agama yang sempurna

adalah melengkapi berbagai-bagai aspek termasuklah aspek sastera yang memupuk budaya

masyarakat umatnya. Islam sebagai agama syumul semestinya memancarkan sastera yang

mencerminkan budaya masyarakat umat yang syumul (ideal). Dari segi praktiknya, sastera

berperanan membantu menyempurnakan kesyumulan Islam. Melalui karya diharapkan dapat

memupuk insan yang patuh kepada agama, berkeperibadian tinggi, berpengetahuan luas,

lengkap dengan nilai-nilai kekhalifahan, kerabbaniahan dan keinsanan.

Usaha Murni untuk mengajak keluarganya hidup sebagai seorang muslim akhirnya

tercapai apabila abang dan ibunya telah diberi petunjuk dan hidayah. Malah kehadiran Julia

sedikit sebanyak telah merubah segalanya apabila wajahnya mirip Murni dan perwatakan

Julia juga sudah berubah selepas mengikuti kelas agama bersama ustaz Ahmad.

Sesungguhnya apa yang kita lakukan ini semuanya dating daripada Allah dan apabila Allah

berkehendakkan sesuatu itu terjadi, tak kiralah lambat atu cepatnya .

Sebagaimana firman-Nya dalam surah Yasin ayat 82 yang bermaksud “Hanya kerja

Allah itu apabila Dia menghendaki sesuatu, Dia berkata jadi, maka terjadilah sesuatu itu.

BAB 5 Keinsafan Diri Dan Penyesalan

5.1 Takrif Dan Ciri-ciri

-25-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

Kesedaran tentang iman yang sejati hanya boleh dimiliki dengan ilmu, kefahaman dan

keinsafan diri dengan mengaku bahawa diri kita ini tidak memiliki apa-apa, tanpa

mempunyai kekuatan, kuasa pengetahuan jika tidak dengan kehendak Allah, iaitu dengan

hanya izin Nya Allah sahaja maka baru lah semuanya boleh terjadi.  Keinsafan akan

terbentuk dengan sendirinya kerana kesedaran didalami diri akan meresap melalui amalan

harian yang di jalaninya, menjalani kehidupan sebagai seorang yang beriman dengan

berusaha membuat kebaikan untuk Allah, untuk dirinya dan untuk diri orang lain. Kita harus

mencari keinsafan diri supaya iman kita akan dapat dirasai meresap di jiwa kita. Kita mesti

menaruh penuh kesedaran bahwa kehidupan kita boleh diubahkan oleh Allah dengan sekelip

mata sahaja, dari kaya menjadi miskin, dari yang punya pangkat jadi hina, dari yang punya

kehidupan yang bagus boleh hilang tanpa terduga, maka semua ini tiada yang kekal kecuali

Allah Yang Maha Besar, yang menjadikan langit dan bumi dan juga seisi nya. Minta ampun

lah  kepada Allah akan segala dosa-dosa yang kita lakukan dahulu dan juga minta ampunlah

kita kepada Allah , menanggis kerana merasa insaf diri, maka disini lah akan kita

diketemukan dengan iman sejati yang dicari dan dituntut oleh Allah SWT.

5.2 Penyesalan Dan Keinsafan Dalam Diri

Lahir penyesalanlan dan keinsafan dalam diri Datin Aziah dan juga Azman setelah

Murni meninggal dunia. Setelah kematian Murni dan Azman terlibat dalam kemalangan yang

mengakibatkannya terlantar di hospital telah menimbulkan penyesalan dalam diri. Melihatkan

keadaan ibunya yang tidak tentu arah serta tidak dapat menguruskan diri dengan sempurna

kerana tidak dapat menerima hakikat pemergian anak gadisnya itu. Mereka merasa

penyesalan yang begitu menebal kerana sepanjang hayat Murni mereka tidak pernah

-26-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

mengambil berat akan keadaan Murni yang sebenarnya sedang bertarung menahan kesakitan.

Penyakit yang dihidapinya selama ini sengaja dirahsiakan daripada pengetahuan seluruh ahli

keluarganya.

Azman mencari dirinya yang sebenar dan mula menjejakan kakinya ke surau dan

masjid serta mula mempelajari dan mendalami bacaan al quran bersama seoarang ustaz.

Azman dilihat tidak lagi mengunjungi dan menghabiskan masanya di kelab hiburan serta

berpeleseran dengan gadis di luar sana. Masanya banyak dihabiskan dengan aktiviti

berfaedah sebagai seorang muslim yang sejati. Azman turut berusaha memperbaiki kesilapan

diri dan kisah lampaunya. Dia kini tidak akan menoleh ke belakang kembali. Segala

kenangan silam yang menjerat dan kisah hitam dalam hidupnya dipadamkan terus dari kotak

fikiran. Seperti kata ulama , “jika kita tidak kenal apa itu iman sebenarnya, kita tidak akan

mencapai tahap ihklas kepada Allah apabila kita membuat sesuatu ibadah dan bagaimana

pula mutu amalan kita itu dapat ditampilkan di dalam kehidupan kita seharian? Maka

kerana itu agak sukar jika kita mahu menemukan dengan mudah orang yang baik di dalam

orang banyak yang pada am nya kita kenal mereka sebagai orang Islam”.

Datin Aziah yang merupakan ibu Murni sedikit demi sedikit telah dapat menerima

segala kekurangan diri dan menyesali di atas segala perbuatan dan tingkah lakunya selama

ini. Kesedaran dan keinsafan dalam diri Datin Aziah bermula selepas ketiadaan Murni.

Namun bayangan Murni sentiasa wujud dalam diri Julia yang mirip muka Murni. Kekuatan

dan semangat daripada Azman dan Mak Mah telah mneguatkan lagi semangatnya untuk

mencari keredhaan dan memohon keampunan. Datin Aziah mula belajar mengaji mengaji dan

menunaikan solat. Keimanan dan ketakwaan dalam diri amat penting. Tanpa keimanan dan

ketakwaan amat mudahlaha diri terjerumus ke lembah hina. Datin Aziah juga telah dapat

-27-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

menerima qada dan qadar bahawa anaknya telah tiada dan menerima serta menanggap Julia

seperti arwah Murni walaupun tidak mengetahui lata belakang anak gadis itu. Datin Aziah

turut bersyukur kerana dapat kembali menjalani kehidupan seharian bersama keluarganya

kembali walaupun ketiadaan Murni.

Julia juga telah berubah sepenuhnya.Perwatakannya yang dahulu kasar kini lebih

bersopan dan memakai pakaian yang menutup aurat serta bertudung litup. Julia mendapat

petunjuk dan hidayah sepanjang berada bersama keluarga Ustaz Ahmad di Terengganu.

Perubahan dalam diri Julia sedikit sebanyak telah memberi kegembiraan kepada Mak Mah

yang terlalu merindui arwah Murni. Wajah Julia mirip Murni menyebabkan Mak Mah

mengalir air mata ditambah pula dengan perubahan terhadap diri Julia yang telah menyesal di

atas segala perbuatannya selama ini. Penyesalan dan keinsafan dalam diri Julia sama sekali

telah mengubah corak hidupnya yang selama ini terumbang ambing. Kini hidupnya lebih

tenang dan masanya banyak dihabiskan dengan mendekatkan diri dengan Allah.

5.3 Pandangan Daripada Perspektuf Takmilah

1-Prinsip Ketuhanan Bersifat Kamal


3-Prinsip Keislaman Bersifat Akmal
7.Prinsip Khalayak Bersifat Memupuk Sifat Insan Kamil

Teori Takmilah yang mengalurkan landasan analisis yang bersifat syumuliah yang

merangkumkan semua pihak dalam sastera ialah pengkarya, karya dan khalayak kepada al-

Khaliq yang menjadi puncak estetik dan bersifat hakiki. Karya, dari sudut Takmilah

semestinya sebuah karya yang berjaya menjalinkan satu rangkaian hubungan iman di antara

pengkarya dan khalayak kepada Allah. Khalayak pula semestinya mampu meningkatkan

imannya atau menghasilkan kritikan yang mampu menyedarkan khalayak lain tentang

-28-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

keimanan kepada Allah. Dan, pengkarya pula semestinya berusaha untuk menghasilkan karya

yang dapat menimbulkan kesedaran khalayak terhadap Allah atau mencerakinkan hubungan

khalayak dengan Allah. Ketiga-tiga pihak ini bergerak dalam lingkungan tauhid, sebagai

sempadan yang akan memperlihatkan sifat kesempurnaannya seperti mana yang terdapat

dalam novel Sesuci Murni.

-29-

Anda mungkin juga menyukai