Anda di halaman 1dari 1

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

َ َ َ َ ‫سالَ ُم َعلَى‬
ْ ‫سيِِّ ِدنَا م ُحـَ َّم ٍد َو َعلى آ ِل ِه َوأ‬
…..‫ص َحابِ ِه أجْ َم ِعيْن‬ َّ ‫ وال‬, َ‫ب العَالَ ِميْن‬
َّ ‫صالَة ُ َوال‬ ِ ِّ ‫ال َح ْمد ُ ِهللِ َر‬

Ya Allah..Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu Ya Allah , kerana telah mengizinkan kami untuk
berada dan menghadiri Majlis Sambutan Maulidurrasul SAW peringkat Pejabat Pendidikan Islam Daerah
Kulai
Tahun 2019 yang akan disempurnakan oleh Tuan Haji Muhamad Rofiki Bin Dato Kiyai Hj Shamsuddin ,
Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya di tanganMu sahajalah kuasa penilai segala amalan. Justeru itu Ya Allah,Berkatilah Majlis
kami ini.Kau jadikanlah segala usaha kami, sebagai ibadah yang Engkau redhai. Terimalah segala kerja
dan usaha kami ini, sebagai amal soleh yang Engkau berkati Ya Allah.
Rahmatilah kami dengan al Quran, Hiasilah diri kami serta serikanlah hidup kami dengan kemuliaan
sunnah nabi Muhammad s.a.w., Muliakanlah kami dengan cara hidup baginda rasululullah s.a.w.Ya..
Allah, Peliharalah kami, daripada melakukan penghinaan dan pendustaan terhadap nabi akhir zaman Ya
Allah. Kurniakanlah kepada kami kekuatan dan keazaman untuk mengamalkan sunnah rasul Mu
dalam kehidupan kami Ya Allah
Allahumma Ya Haiyu Ya Qayyum Ya Zaljalaliwalikram
Berilah kami keberkatan dalam segala gerak laku kami Ya Allah. Kebahagiaan dan kesenangan dalam
kehidupan kami dan jadikan kami sebagai Muslim sejati yang sentiasa dahagakan ibadah dan ketakwaan
kepadaMu Ya Allah. Penuhilah diari kehidupan kami dengan amal ibadah sebagai bekalan kami untuk
menuju akhirat Mu Ya Allah. (doa ibu bapa).
Ya Allah Ya Munzilarrahman Wa Ya Fatihal Barokah
Kurniakanlah kami taufik dan hidayahMu Ya Allah ,Bimbinglah kami kearah kejayaan, keamanan
,kecemerlangan dan kesejahteraan di dalam penghidupan kami di dunia mahupun di akhirat Ya Allah
,Jadikanlah kami orang-orang yang sentiasa mematuhi perintahMu dan menjauhi segala laranganMu Ya
Allah ,Ampunilah dosa dan ketelanjuran kami dan jadikanlah kami orang-orang yang sentiasa mendapat
keredhoanMu Ya Allah.

َ ‫ َوالَ تَجْ َع ِل اللَّ ُه َّم فِ ْينَا َوالَ َم َعنَا َوالَ َم ْن َيتْبَعُنَا‬، ‫ص ْو ًما‬
َ‫ش ِقيًّا َوال‬ ُ ‫ َوتَفَ ُّرقَـَنَا ِم ْن بَ ْع ِد ِه تَفَ ُّرقا ً َم ْع‬، ‫اَللَّ ُه َّم اجْ َع ْل َج ْم َعنَا َهذَا َج ْمعًا َم ْر ُح ْو ًما‬
.‫ط ُر ْودًا َوالَ َمحْ ُر ْو ًما‬ ْ ‫َم‬

Ya Allah…Jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami
selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi ,Dan janganlah Engkau jadikan pada diri
kami ini ,dan mereka yang bersama kami ,kebinasaan dan menyingkirkan kami dari memperoleh
rahmatMu Ya Allah.

َ َ‫سنَة ًَوقِنَا َعذ‬


ِ ‫اب النَّار‬ َ ‫األخ َرةِ َح‬ َ ‫َربَّنَا َءاتِنَا فِي الدُّ ْنيَا َح‬
ِ ‫سنَة ً َوفِي‬
… َ‫ َو ْال َح ْمد ِ َُّّلِلِ َربِّ ِ العَالَ ِميْن‬، ‫سلَّ َم‬ َ ‫صلَّى هللاُ َعلَى ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءا ِل ِه َو‬
َ ‫صحْ بِ ِه َو‬ َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai