Anda di halaman 1dari 1

Pengalaman Memelihara Haiwan Kesayangan di Rumah

Kategori: Penulisan UPSR

     Antara perkara menarik yang berlaku dalam hidup saya ialah pengalaman menjaga haiwan peliharaan saya,
Snowy. Snowy ialah seekor kucing yang comel. Bulunya panjang, gebu danputih seperti salji. Saya menjumpai
Snowy di hadapan rumah saya ketika Snowy masih kecil.

     Saya berasa simpati akan nasib Snowy yang dibuang dan hilang tempat bergantung ibarat layang-layang
terputus tali. Setelah mendapat kebenaran ibu bapa, saya mula menjaga Snowy sebagai haiwan peliharaan saya.
Semenjak kecil lagi, Snowy merupakan seekor anak kucing yang comel. Telatahnya sering mencuit hati saya
dan keluarga. Saya menjaga Snowy ibarat menatang minyak yang penuh.

     Pengalaman menjaga Snowy menyemai rasa tanggungjawab dalam diri saya. Saya perlu memberinya
makanan yang berkhasiat tiga kali sehari. Di samping itu, saya perlu memastikan sangkar dan tempat tidurnya
bersih. Saya turut memandikan Snowy dua minggu sekali dan sekali-sekala saya menyikat bulu Snowy yang
panjang itu.

     Dengan memelihara Snowy, hidup saya telah terisi. Saya selalu bermain dengan Snowy pada masa lapang.
Apabila saya ada masalah, saya selalu menceritakannya kepada Snowy dan Snowy sentiasa menjadi pendengar
yang setia dan baik. Pernah suatu hari, ibu dan bapa saya balik kerja lewat. Saya tinggal di rumah bersama
Snowy. Dengan tidak semena-mena, bekalan elektrik terputus. Saya berasa takut namun ketakutan itu hilang
sebaik sahaja mendengar Snowy mengiau. Saya tahu saya tidak keseorangan.

     Sudah dua tahun saya menjaga Snowy. Snowy ibarat sebahagian daripada ahli keluarga saya. Jika dulu saya
susah hendak menguruskan Snowy namun alah bisa tegal biasa.

Anda mungkin juga menyukai