Anda di halaman 1dari 1

KARANGAN - AUTOBIOGRAFI - AKU SEEKOR KUCING

Tuliskan sebuah karangan bertajuk AKU SEEKOR KUCING.


AKU SEEKOR KUCING
Aku seekor kucing yang berbulu tebal. Aku berasal dari negara Jepun. Badanku berwarna
kuning kebiru-biruan. Aku adalah spesis kucing yang disukai ramai. Kecantikan dan kehebatanku
telah terkenal di seluruh dunia.
Aku telah dibeli oleh seorang ahli perniagaan dari Malaysia. Dia telah membeliku untuk
dihadiahkan kepada anaknya yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-12. Tuanku bernama
Eryana.
Eryana sangat menyayangiku. Setiap hari aku dibelai dan dijaga dengan rapi. Aku umpama
insan istimewa buat Eryana. Aku telah diberi nama Manja. Namaku Manja kerana tuanku sering
memanjakanku. Semua ahli keluarga Eryana sangat mengambil berat akan diriku.
Aku dimandikan setiap pagi. Selepas itu, aku diberi makan Friskies dan makanan tambahan
yang lain. Pada waktu tengah hari, aku akan menunggu kepulangan tuanku dari sekolah. Aku
ditimang seperti anak kecil. Gembiranya hatiku hanya tuhan sahaja yang tahu.
Pada suatu hari, Eryana membawa aku ke taman untuk bersiar-siar dan beriadah. Tiba-tiba
datang seekor anjing gila menyerangku. Aku terkejut dan tergamam dengan kejadian itu. Badanku
mengalami calar-balar dan luka hampir ke seluruh badan.
Tuanku mengejarkanku ke klinik haiwan. Aku telah disahkan dijangkiti penyakit. Keadaan ini
menyebabkan aku mula dilupakan. Tuanku menjauhkan dirinya daripadaku. Apalah nasibku ini.
Sudah jatuh ditimpa tangga.

Tajuk : Aku Sebiji Bola


Aku sebiji bola. Nama aku ialah Adidas. Aku dibuat di sebuah kilang di Shah Alam.
Pada suatu hari, aku dan kawan-kawan dimasukkan ke dalam sebuah kotak yang besar.
Kami dihantar ke sebuah pasar raya di Setiawan. Di situ, kami dipamerkan untuk dijual.
Pada suatu petang, seorang wanita telah membeli aku. Akudihadiahkan kepada anak
lelakinya.
Tuan aku selalu membawa saya ke padang. Biasanya, dia akan bermain dengan kawankawannya. Badan aku sakit kerana selalu ditendang.
Walau bagaimanapun, tuan aku pandai menjaga aku. Setelah bermain, dia
akan memastikan badan aku bersih. Apabila badan aku kempis , aku akan dipam oleh tuan aku.
Saya berasa gembira kerana dapat berkhidmat untuk tuan saya

Anda mungkin juga menyukai