Anda di halaman 1dari 1

Catatan : Berkelah Di Tepi Pantai

Kamu dan keluarga telah berkelah di tepi pantai pada hujung minggu. Tulis catatan yang lengkap tentang aktiviti
perkelahan tersebut.

Sabtu, 20 Januari 2015


9.00 pagi

Aku dan keluargaku bersiap-siap. Kami akan pergi berkelah di Pantai Cherating. Adikku membantu ibu
menyediakan makanan. Aku pula membantu abang dan ayah memasukkan beg ke dalam bonet kereta.

10.00 pagi
Kami bertolak ke pantai. Sebelum bertolak, ayah memeriksa kereta supaya tidak berlaku apa-apa yang tidak
diingini berlaku. Semasa dalam perjalanan, aku membaca buku cerita yang dibawa dari rumah. Adikku terlena
sepanjang perjalanan.

11.00 pagi
Kami tiba di Pantai Cherating. Kelihatan orang ramai mula memenuhi pantai. Kami mencari tempat untuk
menghamparkan tikar. Akhirnya, kami menjumpai tempat untuk meletakkan bekalan makanan dan tikar.
Kemudian, aku dan adikku berlari anak ke arah laut. Kami bermandi-manda dengan gembira. Adikku
menggunakan pelampung supaya tidak lemas.

1.00 petang
Aku dan adikku berhenti mandi. Kami ke tandas yang disediakan untuk membilas badan. Kemudian, aku
dan keluargaku makan tengahari di atas tikar. Masakan ibu sungguh sedap. Selepas itu, kami solat di surau yang
berdekatan.

2.00 petang
Aku dan ayahku serta abangku bermain bola tampar. Adikku pula membina istana dari pasir. Orang ramai
juga bermian permainan yang sama.

4.30 petang
Keluargaku mula bersiap-siap untuk pulang. Setelah memasukkan semua barang ke dalam kereta, kami
bertolak pulang. Kami berasa berat hati untuk pulang tetapi puas.

Anda mungkin juga menyukai