Anda di halaman 1dari 1

Catatan : Berkelah Di Tepi Pantai

Kamu dan keluarga telah berkelah di tepi pantai pada hujung minggu. Tulis catatan yang
lengkap tentang aktiviti perkelahan tersebut.

Sabtu, 20 Januari 2022

Aku dan keluargaku bersiap-siap. Kami akan pergi berkelah di Pantai Cherating. Adikku
membantu ibu menyediakan makanan. Aku pula membantu abang dan ayah memasukkan beg
ke dalam bonet kereta.

10.00 pagi           

               Kami bertolak ke pantai. Sebelum bertolak, ayah memeriksa kereta supaya tidak
berlaku apa-apa yang tidak diingini berlaku. Semasa dalam perjalanan, aku membaca buku
cerita yang dibawa dari rumah. Adikku terlena sepanjang perjalanan.

11.00 pagi

                Kami tiba di Pantai Cherating. Kelihatan orang ramai mula memenuhi pantai. Kami
mencari tempat untuk menghamparkan tikar. Akhirnya, kami menjumpai tempat untuk
meletakkan bekalan makanan dan tikar.
                Kemudian, aku dan adikku berlari anak ke arah laut. Kami bermandi-manda
dengan gembira. Adikku menggunakan pelampung supaya tidak lemas.

1.00 petang

                Aku dan adikku berhenti mandi. Kami ke tandas yang disediakan untuk membilas
badan. Kemudian, aku dan keluargaku makan tengahari di atas tikar. Masakan ibu sungguh
sedap. Selepas itu, kami solat di surau yang berdekatan.

2.00 petang

                Aku dan ayahku serta abangku bermain bola tampar. Adikku pula membina istana
dari pasir. Orang ramai juga bermian permainan yang sama.

4.30 petang

                Keluargaku mula bersiap-siap untuk pulang. Setelah memasukkan semua barang ke
dalam kereta, kami bertolak pulang. Kami berasa berat hati untuk pulang tetapi puas.

Anda mungkin juga menyukai