Anda di halaman 1dari 1

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan

Aku berasa sangat teruja kerana ayah telah berjanji untuk membawa
kami sekeluarga ke pantai Teluk Cempedak. Aku bangun awal dan
membangunkan adikku. Emak menyediakan bekalan untuk dibawa. Aku menolong
ayah untuk meletakkan barang-barang ke dalam kereta.

Perjalanan dari rumah kami ke pantai Teluk cempedak mengambil masa


selama satu jam .Ayah memandu dengan berhati-hati.Aku melihat panorama yang
indah dalam perjalanan manakala adikku pula tertidur.

Setibanya di sana,kami telah mencari satu tempat yang sesuai untuk


duduk. setelah mengenal pasti tempat sesuai, emak mengeluarkan barang-
barang makanan dan berkelah di bawah sepohon pokok rendang.Pemandangan di
tepi pantai sungguh indah.Pasir yang memutih dan angin yang bertiup sepoi-sepoi
bahasa sungguh mendamaikan.

Emak membentang tikar lalu meletakkan bekalan dan barang-barang


atas tikar.Aku dan adik menukar pakaian kepada pakaian mandi.Kami meminta
izin daripada ibu untuk pergi bermandi-manda.Adik menggunakan pelampung
kerana tidak tahu berenang.Kami juga tidak melepaskan peluang untuk membina
istana pasir .Emak pula mendengar radio manakala ayah membaca surat khabar.

Selepas puas bermain dan mandi-manda, kami menikmati pelbagai


juadah yang ibu sediakan seperti nasi lemak,kuih-muih, dan air sirap . Kami
makan dengan gelojoh kerana kelaparan. Kenikmatan makan di tepi pantai sukar
digambarkan.

Beberapa jam kemudian, kami berkemas untuk pulang.Aku membeli


beberapa cenderamata untuk kawan-kawanku.Kami juga mengambil gambar
sebagai kenang- kenangan.Kami pulang meninggalkan pantai dengan perasaan
gembira.Aku berharap agar dapat datang sekali lagi ke pantai Teluk Cempedak.

Anda mungkin juga menyukai