Anda di halaman 1dari 2

No.

25, Jalan Krai,


Kampung Tok Amat,
18000 Kuala Krai.

Jabatan Perhutanan Negeri,


Tingkat 3, Wisma Kerajaan,
Jalan Bayam,
15660 Kota Bharu. 10 MEI 2019.

Pencemaran Sungai di Kampung Tok Amat.

Saya mewakili penduduk Kampung Tok Amat ingin mengemukakan aduan


berhubung perkara di atas.
2. Di kampung terdapat sebatang sungai dan beberapa anak sungai yang
jernih airnya.Selain menjadi punca air kepada penduduk kampung,sungai ini
juga kaya dengan pelbagai jenis ikan.Kini,sungai ini telah tercemar. Akhirnya
keruh dan dipenuhi oleh sampah sarap.Kami bimbang kesihatan penduduk
kampung terjejas kerana masih banyak penduduk kampung menggunakan air
sungai itu sebagai sumber air minuman.
3. Pada pemerhatian kami,sungai di kampung kami mula tercemar sejak
pembinaan beberapa buah gerai makanan, dan minuman di tepi sungai
tersebut. Kami faham akan tujuan awal pembinaan ferai-gerai tersebut adalah
untuk memberikan peluang kepada penduduk kampung menambah
pendapatan dengan berniaga di kawasan tersebut. Tambahan pula, kawasan
tersebut menjadi tumpuan orang ramai. Malangnya, mereka yang berniaga di
kawasan tersebut menganggap sungai sebagai tempat untuk membuang
sampah dan sisa-sisa makanan.
4. Di samping itu,kegiatan penerkaan hutan simpan terletak kira-kira dua
kilometer dari kampung kami juga penyebab air sungai kami menjadi keruh dan
berkeladak. Setiap hari,kami pasti terserempak dengan lori yang sarat dengan
muatan kayu balak yang diambil dari hutan simpan ini.
5. Pencemaran sungai makin serius apabila kilang kasut yang terletak di
bahagian hulu kampung kami mula beroperasi. Aktiviti kilang tersebut yang
menyalurkan sisa-sisa toksik ke dalam sungai di kampung kami telah
menyebabkan ekosistem organisma marin terganggu.
6. Walaupum ada pelbagai peraturan dan undang-undang yang mencegah
sisa pengilangan dibuang di tepi sungai,tetapi aktiviti yang tidak
bertanggungjawab ini masih berterusan.Oleh itu, kami berharap agar
pemantauan dan pencegahan oleh Jabatan Alam Sekitar dan pihak berkuasa
tempatan perlu ditingkatkan demi kesejahteraan penduduk kampung kami.
Kerjasama tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

_________________
( )

Anda mungkin juga menyukai