Anda di halaman 1dari 1

Karangan Ucapan

Format

1. Karangan ini biasanya ditulis untuk disampaikan dalam majlis


2. Karangan jenis ini memerlukan murid untuk menghuraikan fakta berdasarkan tajuk yang diberikan
mengikut format yang telah ditetapkan
3. Karangan ini dimulakan dengan kata alu-aluan sebagai tanda hormat kepada Tuan Pengerusi Majlis,
para jemputan khas dan audiens
4. Karangan ini juga perlu menyatakan tajuk ucapan/syarahan/ ceramah yang ingin disampaikan
5. Setiap perenggan hanya mengandungi satu isi sahaja

Latihan 8 : Karangan Ucapan 26/2/18

Andaikan bahawa anda terpilih mewakili kelas anda untuk menyampaikan ucapan. Tajuk ucapan itu ialah
“Membazir Adalah Amalan Yang Tidak Baik”. Sediakan teks ucapan anda tersebut.
_____________________________________________________________________________________
Rangka :

1.Pendahuluan
-ucapan alu-aluan kepada Tuan Pengerusi Majlis,para hakim,Guru Besar ,guru-guru ,dan rakan-rakan
sekalian.

2.Isi-isi
a) banyak mendatangkan keburukan - jika terlalu boros berbelanja ,kita tidak akan mempunyai wang pada
masa kita memerlukannya - makanan yang dibeli secara berlebihan akan terbuang.
b) membuang masa dengan cara tidak berfaedah adalah amalan buruk - masa itu emas - gunakanlah masa
dengan sebaik-baiknya.
c) membazir air dan elektrik - bil air dan elektrik meningkat - terpaksa mencatu air pada musim kemarau.

3.Penutup
membazir sememangnya amalan yang tidak baik - banyak mendatangkan keburukan.

Anda mungkin juga menyukai