Anda di halaman 1dari 21

MEMBINA AYAT DARIPADA

KATA BANYAK MAKNA

09 NOVEMBER 2020
Info Kata banyak makna
Kata banyak makna bermaksud perkataan yang mempunyai lebih
daripada satu maksud.

Makna perkataan yang berbagai-bagai ini dibezakan dalam konteks


ayat yang berlainan.
kata dasar
Contoh: makan

Kata banyak
makna terbahagi
kepada tiga
bentuk:

kata berimbuhan
kata ganda
Contoh; menjelaskan
Contoh;diam-diam
PENGGUNAAN KATA BANYAK MAKNA

PENGGUNAAN KATA BANYAK MAKNA – KATA DASAR


Kata Makna Ayat Contoh
a) Tanda a) Awan mendung alamat akan hujan.
Alamat b) Tempat tinggal b) Posmen menghantar surat berdasarkan
alamat pada sampul surat.
a)Waktu sebelum sesuatu a) Setiap tahun bulan Disember berada di
kejadian ambang tahun baru.
Ambang b) Kayu palang antara dua b) Layang-layang adik tersangkut pada ambang
tiang (pada jendela atau pintu.
pintu)
a) Tidak ada sebelumnya a) Bangunan pencakar langit itu baharu dibina
b) Moden b) Banyak barang ciptaan baharu di pasaran.
Baharu c) Segar c) Sayur-sayuran itu baharu dipetik dari kebun.
d) Sekejap, sebentar d) Adik baharu balik dari sekolah.
a) Berfaedah, bagus ,elok a) Buku-buku itu baik untuk dibaca.
b) Sembuh, pulih b) Kecederaan kaki adik telah baik.
c) Sesuai c) Kasut itu baik untuk adik.
Baik d) Sangat rapat d) Hubungan persahabatan Apin dan Bakar
e) Tidak jahat sangat baik.
e) Tabiat abang yang baik itu disukai ayah.
PENGGUNAAN KATA BANYAK MAKNA – KATA DASAR

Kata Makna Ayat Contoh


a) Jaga daripada tidur a) Adik bangkit pukul 5.00 pagi
b) Hidup kembali b) Pada hari kiamat semua mayat akan bangkit
dari kubur
c) Naik(adunan) c) Kek itu bangkit dengan elok setelah dibakar
d) Terbit d) Akibat diusik,kemarahan Alif mula bangkit
Bangkit e) Sedar untuk bergerak e) Akibat terlalu lama hidup dalam kemiskinan,anaknya
bangkit untuk membela keluarga
f) Alice lee bangkit dari kerusi untuk menjawab
f) Berdiri daripda duduk pertanyaan gurunya.

a) Sembelih a) Lima ekor lembu dibantai pada hari raya korban


b) Peragut itu dibantai oleh orang ramai
b) Pukul c) Sebaik sahaja makanan itu dihidangkan, tetamu
Bantai c) Makan mula membantai

a) Gari,alat untuk mengikat a) Polis belenggu tangan lelaki tersebut kerana mencuri
b) Kongkongan b) Negara di bawah belenggu penjajah sukar
untuk membuat apa-apa keputusan
Belenggu
Kata Makna Ayat Contoh
Bencana a) Kecelakaan,malapetaka a) Negara jepun selalu dilanda bencana
b) Pengkhianatan,gangguan alam
b) Penduduk kampung berasa sangsi akan kehadiran
lelaki tua itu,walhal dia tidak mendatangkan bencana

Bernas a) Berisi a) Ucapan wakil rakyat itu sungguh bernas


b) Subur,penuh berisi(padi atau b) Burung pipit sangat suka akan buah padi yang
gandum) bernas di sawah Pak Ajis
Bidang a) Penjodoh bilangan a) Pak Shukor mempuyai dua bidang tanah
b) Permukaan yang datar b) Kotak kertas itu mempunyai empat bidang
c) Ukuran lebar c) Alas meja ini bidangnya satu meter
d) Jurusan, disiplin ilmu d) Abang mengambil bidang kedoktoran di universiti
e) Lapangan yang diceburi e) Azura menceburi bidang nyanyian

Bulat a) Bentuk seperti bola a) Emak menggentel tepung itu supaya menjadi
b) Bundar seperti duit syiling atau bulat
roda b) Meja di pejabat itu berbentuk bulat
c) Tekad c) Shafie membuat keputusan yang bulat demi masa
depannya
Canggung a) Kekok, tidak mahir a) Cindy Looi kelihatan canggung ketika makan nasi
b) Kurang sempurna menggunakan tangan
c) Berasa segan silu,tidak b) Struktur ayat dalam penulisan karangan
biasa Aminah didapati agak canggung
c) Najla yang pemalu berasa canggung apabila diminta
berucap
Kata Makna Ayat Contoh
Celik a) Mata terbuka a) Mata adik celik walaupun dia tidur
b) Dapat melihat b) Orang yang bermata celik dapat melihat apa yang
c) Insaf berlaku di sekitarnya.
c) Setelah bertahun-tahun terlibat dalam
Kegiatan jenayah,Chee Keong telah celik
akan kesilapannya itu
Cerah a) Baik,bahagia a) Masa depan Damia cerah jika dia berjaya dalam
b) Terang peperiksaan itu
c) Tidak gelap b) Cuaca hari ini sungguh cerah
d) wajah berseri c) Baju yang dipakai oleh adik berwarna cerah
d) Air muka emak cerah apabila mendengar kejayaan
adik
Cergas a) Bertenaga a) Syafiqah adalah seorang kanak-kanak yang
b) Pantas cergas
c) Kegiatan jualan dan belian b) Pemain-pemain bola itu bergerak cergas di padang
d) Masih mengeluarkan wap c) Pasaran saham Malaysia bergerak cergas
(aktif) d) Gunung berapi di Indonesia masih cergas
mengeluarkan laharnya

Ceria a) Bersih,suci a) Kawasan Universiti Kebangsaan Malaysia


b) Riang, gembira kelihatan ceria
c) Menarik b) Anak-anak yang tinggal dirumah anak yatim
kelihatan ceria bersama-sam rakan mereka
c) Pakaian pengantin baru itu kelihatan begitu
ceria
Kata Makna Ayat Contoh
Dalang a) Orang yang memainkan a) Pak Seman terkenal sebagai dalang dalam permainan
wayang kulit kulit di Kelantan
b) Perancang sesuatu perkara b) Dalang yang mencetuskan pemberontakan itu
ditangkap polis semalam
Dangkal a) Cetek(air) a) Air Sungai Gombak menjadi dangkal pada musim
b) Tidak mendalam kemarau
b) Kebanyakan pelajar mempuyai pengetahuan
yang dangkal dalam aspek ekonomi Negara
Darjah a) Peringkat pengajian a) Kanak-kanak berumur tujuh tahun akan belajar
sekolah dalam darjah Satu
b) Taraf pencapaian b) Kerajaan berusaha untuk menggikan darjah
c) Unit ukuran ekonomi rakyat
c) air mendidih pada suhu 100 darjah Celsius
Gebu a) Lembut a) Kek yang dibuat oleh kakak sungguh gebu
b) Halus dan licin b) Muka anak gadis Pak Abu kelihatan sungguh
gebu dan cantik
Genap a) Cukup,lengkap a) Saya belajar di sekolah ini genap 6 tahun
b) Bukan ganjil b) Nombor-nombor genap senang dikira
Kata Makna Ayat Contoh

Hikmat a) Kuasa luar biasa a) Batu hikmat itu dijual dengan harga
b) Maksud sebenar RM200.00
c) Pesanan bijak pandai b) Kemerosotan ekonomi Negara pada tahun
1987 ada hikmat yang tersembunyi
c) Kata-kata hikmat oleh pendeta wajar
diteladani

Hulu a) Kepala a) Hulu keris itu bersalut emas


b) Bahagian atas sungai b) Hujan di bahagian hulu sungai menyebabkan
c) Kawasan kampong yang jauh berlakunya banjir
pendalaman c) Semua kawasan hulu akan disediakan
kemudahan asa yang diperlukan
Jemput a) Ajak, undang a) Cikgu Amin menjemput murid-muridnya berhari
b) Disongsong, menyambut raya ke rumahnya.
c) Mengambil sesuatu b) Saya yang jemput ayah di lapangan terbang.
dengan hujung jari c) Emak menjemput sedikit garam lalu
memasukkan ke dalam masakannya.
Julang a) Angkat sesuatu ke atas a) Ahli gusti menjulang lawannya lalu
b) Meninggi menghempas ke lantai.
c) Mendukung anak ke atas bahu b) Api yang menjulang itu dapat dilihat dari
jauh.
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA BANYAK MAKNA
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

1. I Cahaya hari ini hangat sekali.


II Tidak lama lagi, abang akan memperoleh seorang cahaya mata.
III Tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup.
IV Air muka Sara cahaya sekali setelah mendengar berita baik itu.
 
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV

2. I Kawasan yang rendah itu selalu dilanda banjir.


II Barang yang murah tidak semestinya bermutu rendah.
III Harga kereta nasional lebih rendah daripada harga kereta import.
IV Kebanyakan murid daripada kelas ini rendah dalam mata pelajaran Sains
.
A II dan III
B III dan IV
C I,II dan III
D I,III dan IV
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA BANYAK MAKNA
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

3. I Dia diminta bentang permaidani di ruang tamu.


II Bentang yang ditarik oleh kerbau itu sudah reput.
III Kertas kerja ini akan kami bentang pada petang ini.
IV Penyakitnya bentang kerana mengingkari arahan doktor.
 
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

4. I Kami sampai sejambak bunga kepada guru.


II Paras banjir di Taman Tuna sudah sampai aras bahaya.
III Kereta api dari Johor akan sampai pada pukul 8:00 malam..
IV Sampai hari ini, dia masih belum memulangkan buku cerita itu.
.
A I dan III
B III dan IV
C I, II dan IV
D II,III dan IV
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA BANYAK MAKNA
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

5. I Pegawai yang makan suap itu telah ditangkap.


II Perjalanan kami tadi makan masa selama setengah jam.
III Letupan bom itu telah makan beberapa buah bangunan.
IV Kemalangan itu berpunca daripada brek keretanya yang tidak makan.

A I,II dan III


B I, II dan IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV

6.  I Beg itu ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.


II Usahlah dirisaukan dengan masalah yang ringan itu.
III Beberapa orang mendapat cedera ringan dalam kemalangan itu.
IV Soalan-soalan dalam ujian itu ringan dan mudah diselesaikan.

A I dan III
B II dan III
C I, II dan III
D II,III dan IV
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA BANYAK MAKNA
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

7.. I Liong baru sahaja baik daripada selsema.


II Hubungan Aida dengan Nurul memang baik.
III Almari buruk itu masih boleh baik dan dapat dijual.
IV Kesihatannya masih baik walaupun usianya telah lanjut.

A I dan IV
B II dan III
C I, II dan IV
D II,III dan IV

 8. I Bunga tayar kereta itu melintang.


II Ailin suka memakai baju yang bunga.
III Syarifah menghadiahkan sejambak bunga kepada gurunya.
IV Emak memperoleh banyak bunga daripada wang simpanannya.

A I dan IV
B III dan IV
C I,II, dan III
D I, III dan IV
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA BANYAK MAKNA
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

9. I Jambatan itu sudah siap bina.


II Yoong ambil bina terhadap nasihat gurunya.
III Lena mengikuti kursus seni bina di universiti.
IV Bangunan baharu itu akan kami bina tidak lama lagi.

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

10. I Usianya baru lima tahun..


II Adik masuk ke bilik baru tidur.
III Ayah Kamariah baru balik dari pejabat.
IV Kelvin baru membeli sebuah basikal yang berwarna biru.
 
A I dan II
B II dan III
C I, II dan III
D I, III dan IV
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA BANYAK MAKNA
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

11. I Akal yang diberikan oleh murid kelas itu kurang memuaskan.
II Mereka sedang berbincang tentang akal untuk masa depan.
III Mereka mencari akal untuk melepaskan diri daripada penjahat itu.
IV Kita harus menggunakan akal yang waras apabila membuat keputusan.
 
A I dan II
B I dan IV
C III dan IV
D II, III dan IV  

12.  I kaki pelajar yang berhimpun telah bersurai.


II Kaki Khairul terlalu besar untuk kasut itu
III Banyak kaki yang diperoleh daripada perniagaannnya itu.
IV Lembu Pak Samad di tambat di kaki hutan.
 
A I dan II
B II dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA BANYAK MAKNA
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

13. I Tingginya sama paras dengan saya.


II Curahkan bahan itu hingga paras yang telah ditetapkan.
III Paras wajahnya yang jelita membuatkan banyak jejaka yang terpaut hati.
IV Hujan lebat selama dua hari menyebabkan paras air sungai itu meningkat.

A I dan IV
B II dan IV
C I, II dan III
D I, III dan IV

14. I Dia laku dirinya seperti orang kaya.


II Seseorang yang buruk laku akan dibenci orang.
III Nasi lemak Mak Munah sangat laku dan habis dijual setiap hari.
IV Melihat laku anak yang mabuk itu, Pak Dolah telah hilang sabar.
.
A I dan II
B II, III dan IV
C I, II dan IV
D II,III dan IV
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA BANYAK MAKNA
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

15. I Pakaian pengemis itu terlalu buruk.


II Ibu membuang bunga mawar yang sudah buruk.
III Niat buruk Rosman telah diketahui oleh teman-temannya.
IV Keadaan menjadi bertambah buruk semenjak kami berpindah ke sini.

A I dan II
B II dan III
C I,II dan IV
D I,III dan IV

16.  I Kadar celik huruf di negara kita telah meningkat.


II Kita mestilah sentiasa celik kalau tidak mahu ketinggalan
III Encik Maniam celik gambar perkahwinannya pada setiap hari.
IV Walaupun Kim Chong buta, dia boleh membuat perkara-perkara yang
dapat dilakukan orang-orang yang celik.

A I dan II
B I dan IV
C I, II dan IV
D II,III dan IV
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA BANYAK MAKNA
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

17.. I Malek Nor ingin merebut kembali gelaran Raja Bina Badan Asia.
II Walaupun Johari cacat, dia berjaya merebut hati gadis cantik itu.
III Kanak-kanak yang datang ke majlis perkahwinan itu merebut bunga telur.
IV Dengan cepat dia merebut senjata itu daripada penjahat.

A I dan II
B I dan III
C I, II dan IV
D II,III dan IV

 18. I Pekerja itu asli dari Bangladesh.


II Gas asli dilombong di pesisir pantai Terengganu.
III Penyanyi itu sedang menyanyikan sebuah lagu asli.
IV Masyarakat orang Asli kini semakin maju dalam kehidupan.

A I dan II
B II dan III
C I,II, dan IV
D II, III dan IV
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA BANYAK MAKNA
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

19.. I Wang simpanannya sesak di bank.


II LRT itu sesak dengan penumpang.
III Jalan raya sesak ketika musim perayaan.
IV Datuk diserang sesak nafas selepas berjoging di taman.

A I dan II
B II dan III
C I, II dan III
D II, III dan IV

20. I Bukalah pintu hatimu untuk bertaubat.


II Arnab yang sombong itu tertidur di kaki pokok.
III Penjual kacang putih itu berjaja di kaki lima kedai.
IV Emak membeli sekaki serai daripada penjual ikan itu.
 
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
Apa yang
telah anda
pelajari
dalam
pelajaran
ini?
Semoga dapat
meraih
manfaat
daripadanya…

Terima
Selesai kasih! 
sudah
pelajaran
hari ini…

Anda mungkin juga menyukai