Anda di halaman 1dari 4

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB

HABSAH & NORAZLINA (/)

LAMAN UTAMA (/)

more...

Simpulan Bahasa Bergambar Dan Ayat


1. Ulat Buku
Maksud : Orang yang rajin membaca
Contoh ayat:
Ali digelar ulat buku kerana rajin membaca buku di mana dia pergi.

2.Cahaya Mata
Maksud: Anak
Contoh ayat:
Puan Aminah sungguh gembira kerana mendapat cahaya mata pertama.

3.Makan Angin
Maksud: pergi bersiar-siar untuk berehat.
Contoh ayat:
Pada hujung minggu Encik Salleh selalu membawa keluarganya pergi makan
angin.

4.Ringan tulang
Maksud: orang yang rajin berkerja

Contoh ayat
Amir sangat disayangi oleh ayahnya kerana dia seorang yang ringan tulang.

5.itik pulang petang


Maksud: berjalan lambat
Contoh ayat:
Aminah sering digelar sebagai itik pulang petang kerana sering lambat balik
ke rumah.

6.cepat tangan
Maksud: suka mencuri
Contoh ayat:
Harun amat ditakuti oleh penduduk di Sungai Buluh kerana dia seorang yang cepat tangan

7. jantung hati
Maksud: orang yang amat disayangi
Contoh ayat:
Adib dan Alia ialah jantung hati Pak Dolah

8.Banyak mulut
Maksud:suka bercakap banyak atau berleter

Contoh ayat:
Rozi digelar sebagai banyak mulut kerana suka berleter.

9. Bertikam lidah
Maksud: bertengkar atau berdebat

Contoh ayat:
Lim dan Kamal merupakan sahabat yang baik namun mereka selalu bertikam
lidah ketika memberi pendapat.

10. Kaki bangku


Maksud: orang yang tidak tahu bermain bola sepak

Contoh ayat:
Azim seorang kaki bangku kerana dia tidak tahu bermain bola sepak .

11. Mata petai


Maksud: mata yang tidak dapat melihat dengan betul
Contoh ayat:
Zailani menonton televisyen dari jarak dekat kerana dia seorang yang mata petai.

12. Berat tulang


Maksud:pemalas
Contoh ayat:
Zahid sering dimarahi oleh kakaknya kerana dia berat tulang .

13.Cakap besar
Maksud: suka meninggi diri
Contoh ayat:
Firaun seorang pemimpin yang tidak di sukai penduduknya kerana cakap besar dan kejam.

14. kaki tangan


Maksud: pembantu
Contoh ayat:
Ali dan Sami merupakan kaki tangan harapan Encik Hamid.

15. Isi rumah


Maksud: penghuni dalam sesebuah rumah
Contoh ayat:
Encik Mahime mempunyai enam orang isi rumah
16. rupa paras
Maksud: wajah seseorang
Contoh ayat :
Sofia diminati oleh ramai pemuda kerana memiliki rupa paras yang sangat jelita.

17. Itik mendapat air


Maksud: gembira kerana mendapat apa yang disukai

Contoh ayat:
Raja Sulaiman bagai itik mendapat air kerana dapat memperisterikan Puteri Zulaika.

18. Raja sehari


Maksud: pengatin baru
Contoh ayat:
Hari ini, hari yang paling bahagia untuk Ahmad kerana dia sudah menjadi raja sehari.

19. Kerang busuk


Maksud: asyik tersengih sahaja
Contoh ayat:
Abdullah seperti kerang busuk ketika berjumpa dengan Sarah.

20. Langkah seribu


Maksud: lari dengan pantas
Contoh ayat:
Amir, Razak dan Raju mengangkat langkah seribu apabila dikejar sekumpulan anjing liar.

21.Mata duitan
Maksud: orang yang tamak
Contoh ayat:
Kamil digelar mata duitan kerana sikapnya yang sangat tamak.

22.Ada hati
Maksud: ada keinginan
Contoh ayat:
Abu Ubaidah ada hati untuk memiliki Siti Mariam.

FREE WEBSITE (HTTP://WWW.WEEBLY.COM/?UTM_SOURCE=INTERNAL&UTM_MEDIUM=FOOTER&UTM_CAMPAIGN=3)

POWERED BY (HTTP:
UTM_S

Anda mungkin juga menyukai