Anda di halaman 1dari 32

1.

Abang angkat
Lelaki yang telah diakui
sebagai abang, tetapi tidak
mempunyai pertalian darah
dengan orang yang
mengakuinya.
Hamidah mempunyai seorang
abang angkat bernama Hamzah.
2. Abang ipar
Suami kepada kakak
sendiri; abang kepada isteri
atau suami.
Hafiz ialah abang ipar Umar.
3. Abang kandung Abang yang seibu sebapa.
Liza tinggal bersama abang
kandungnya setelah kedua-dua
ibu bapa mereka meninggal
dunia.
4. Abu angin Telah musnah sama sekali.
Kota yang melambangkan
ketamadunan bangsa itu telah
menjadi abu angin kerana
diserang oleh tentera Tatar.
5. Abu Jahal
Orang yang jahat dan tidak
suka akan kebaikan.
Abu Jahal kampung ini telah
diberkas polis awal pagi tadi
kerana disyaki terlibat dalam
beberapa kes rompakan.
6. Abu Lahab
Orang yang jahat dan tidak
suka akan kebaikan.
7. Abu Nawas Orang yang suka berhelah.
Kami memanggilnya Abu
Nawas kerana dia pandai
berhelah apabila ditanya tentang
sesuatu.
8. Ada akal
Cara menyelesaikan sesuatu
masalah.
Syeila ada akal untuk
menyelesaikan masalah
kewangan yang dihadapi oleh
ayahnya.
9. Ada angin
Orang yang berperangai
luar biasa pada masa
tertentu.
Alin ada angin, ada kalanya dia
peramah dan ada kalanya pula
dia marah-marah.
10. Ada bakat
Berkebolehan dalam
sesuatu lapangan seperti
melukis, mengarang dan
sebagainya.
Izzah ada bakat menjadi penulis
novel.
11. Ada can Ada peluang.
Nampaknya ada can kita jadi
orang kaya kalau perniagaan kita
ini berjaya, kata Amin kepada
Umair.
12. Ada gaya
Ada ciri-ciri yang
memperlihatkan
Osman ada gaya menjadi
pelakon filem kerana dia tinggi
kebolehannya. dan tampan.
13. Ada hati Keinginan.
Walaupun berpendapatan kecil
Jaya ada hati hendak membuka
perniagaannya sendiri suatu hari
nanti.
14. Ada jalan
Ada cara untuk
menyelesaikan sesuatu
perkara.
Hamdan ada jalan untuk
membiayai perbelanjaan
anaknya di institusi pengajian
tinggi iaitu dengan membuat
pinjaman di bank.
15. Ada-ada Ada sesuatu.
Ada-ada sahaja yang diceritakan
oleh Abu sekembalinya dia dari
bandar.
16. Adat balai Adat dalam istana raja.
Semasa di dalam istana kamu
hendaklah menjaga adat balai.
17. Adik angkat
Seseorang yang telah diakui
sebagai adik sendiri tetapi
tidak mempunyai pertalian
darah.
Jamilah adik angkat saya,
ibunya menyerahkan dia kepada
keluarga kami untuk dipelihara.
18. Adik ipar
Adik kepada isteri atau
suami.
Adik ipar saya seorang doktor.
19. Adik kandung
Adik daripada ibu bapa
yang sama; seibu sebapa.
Sulaiman sedang mencari adik
kandungnya, Hasnah yang telah
terpisah sejak sepuluh tahun
lalu.
20. Adu buku = Beradu buku Bertinju.
Samad beradu buku dengan
Wahid.
21.
Adu domba = Mengadu
domba
Melaga-lagakan seseorang
atau kumpulan dengan
seseorang atau kumpulan
yang lain.
Pendatang baru di kampung itu
suka mengadu domba pemuda di
kampung ini dengan pemuda
dari kampung seberang.
22.
Adu kening = Beradu
kening
Berhadap-hadapan muka.
Walaupun kami duduk beradu
kening di majlis itu tetapi kami
tidak dapat berbual-bual.
23.
Adu lengan = Beradu
lengan
Beradu kekuatan.
Wira dan Jaka beradu lengan di
hadapan gadis itu.
24.
Adu nasib = Mengadu
nasib
Mencari rezeki.
Kamal datang dari seberang dan
cuba mengadu nasib di negara
ini kerana di sini banyak
peluang pekerjaan.
25. Adu untung Mencari rezeki.






1.
Babi buta = Membabi
buta
Berbuat sesuatu tanpa
banyak berfikir.
Serangan yang membabi buta itu
telah menyebabkan ramai orang
awam terkorban.
2. Bahasa ibunda
Bahasa yang dituturkan
oleh sesuatu kaum.
Bahasa ibunda Mei Lin ialah
bahasa Mandarin.
3.
Bahasa kasar =
Berbahasa kasar
Bahasa yang tidak sopan
untuk digunakan.
Ratna mengeluarkan bahasa
kasar semasa bergaduh dengan
kakaknya.
4. Bahasa pasar
Bahasa Melayu yang tidak
betul tatabahasanya.
Jangan menggunakan bahasa
pasar apabila membuat
karangan.
5. Baik budi Baik hati.
Hafiz seorang pemuda yang baik
budi dan menghormati orang
tua.
6. Baik hati
Bersikap baik dan
penyayang (suka
menolong).
Nenek memang baik hati. Dia
sering menghulurkan derma
kepada rumah anak-anak yatim.
7. Baik sangka
Berpendapat yang orang
lain baik.
Kita hendaklah sentiasa bersikap
baik sangka terhadap semua
orang.
8.
Balas budi = Membalas
budi
Balas jasa dan berterima
kasih.
Jiman menyara kos perubatan
ibu angkatnya sebagai membalas
budi keluarga angkatnya itu.
9. Balas guna
Balas jasa dan berterima
kasih.
10.
Balik gagang = Berbalik
gagang
Berpihak kepada musuh.
Akibat rasa tidak puas hati
terhadap ketuanya, Ahmad telah
berbalik gagang dengan
membocorkan rahsia
syarikatnya.
11. Balik hati = Berbalik hati Berubah pendirian.
Dia telah berbalik hati dan tidak
jadi meninggalkan kampungnya.
12. Bangkai bernyawa Orang yang tidak berguna.
Kehidupan seorang penagih
dadah ibarat bangkai bernyawa.
13.
Bantal lengan =
Berbantal lengan
Kehidupan yang terlalu
miskin.
Kehidupannya yang berbantal
lengan menyebabkan dia jarang
bergaul dengan jiran
tetangganya.
14.
Banting tulang =
Membanting tulang
Bekerja bermati-matian.
Ayah membanting tulang
mencari rezeki untuk menyara
kami sekeluarga.
15. Banyak akal Banyak helah.
Leman banyak akal apabila
diminta membayar hutangnya.
16. Banyak cakap Orang yang suka berleter.
Halijah banyak cakap sehingga
pening kepala saya
mendengarnya.
17. Banyak mulut Orang yang suka berleter.

18. Bapa angkat
Orang yang mengaku
sebagai bapa dan
memelihara kita, walaupun
tiada pertalian darah.
Bapa angkat saya memelihara
saya seperti anaknya sendiri,kata
Salmah kepada Karim."
19. Bapa kandung Bapa sebenar.
Bapa kandung saya tinggal di
Perak.
20.
Basuh mulut =
Pembasuh mulut
Sajian manis atau buah-
buahan yang dijadikan
hidangan selepas makan.
Selepas makan tengah hari saya
makan buah tembikai sebagai
pembasuh mulut.
21. Batu api
Orang yang suka
menghasut.
Dalam pergaduhan itu Si
Mamatlah batu apinya.
22. Batu loncatan
Sesuatu yang dijadikan
permulaan untuk mencapai
hajat yang lebih besar.
Kursus membuat makanan ini
hanyalah batu loncatan sebelum
saya bergiat cergas dalam
perusahaan makanan.
23. Bau-bau bacang Persaudaraan yang jauh.
Saya mesti melawat Zainon
apabila ke Terengganu kerana
kami memang ada bau-bau
bacang.
24. Bawa alamat Memberi tanda.
Langit gelap bawa alamat hari
akan hujan.
25.
Bawa diri = Membawa
diri
a. Pandai bergaul. b.
Melarikan diri.
a. Mei Ling pandai membawa
diri apabila bertemu keluarga
mentuanya. b. Dia membawa
diri ke seberang untuk mencari
pekerjaan.










1. Cabut nyawa Membunuh.
"Janganlah kau cabut nyawaku,"
pinta Rashidah.
2. Cacing gila Meronta-ronta.
Kesakitan yang dialaminya
menyebabkan dia seperti cacing
gila.
3. Cacing kepanasan Gelisah.
Dia seperti cacing kepanasan
apabil disoal polis.
4. Cacing naik ke mata
Kelakuan atau perbuatan
yang melampau.
"Nampaknya perbuatan pegawai
Inggeris itu seperti cacing naik
ke mata," kata Tuk Penghulu.
5. Cahaya mata Anak.
Puan Hayati baru sahaja
melahirkan cahaya mata yang
kedua.
6. Cakap angin
Cakap-cakap yang tidak
berfaedah.
Daripada bercakap angin dan
melepak di gerai baiklah kita ke
perpustakaan.
7. Cakap besar Meninggi diri.
Uyub suka bercakap besar
tentang kekayaannya.
8. Cakap mulut
Bahasa yang digunakan
dalam percakapan harian.
Terdapat perbezaan antara
bahasa tulisan dengan cakap
mulut.
9. Cakap tinggi Meninggi diri.

10.
Cakar awan = Pencakar
awan
Bangunan-bangunan yang
tinggi.
Di kota besar banyak bangunan
pencakar awan.
11. Cakar ayam Tulisan yang buruk.
Tulisannya seperti cakar ayam
dan sukar dibaca.
12.
Cakar langit = Pencakar
langit
Bangunan-bangunan yang
tinggi.
13. Campur cakap
Melibatkan diri dalam
urusan orang lain.
"Kamu jangan campur cakap
kalau kamu tidak tahu perkara
yang sebenarnya," kata ayah.
14. Campur mulut
Melibatkan diri dalam
urusan orang lain.
15. Campur tangan
Melibatkan diri dalam
urusan orang lain.
16. Cangkul angin
Melakukan perbuatan yang
sia-sia.
Ah Lau cangkul angin sahaja
kerana perniagaannya tidak
membawa keuntungan.
17. Cari akal = Mencari akal Berikhtiar menyelesaikan Puan Ramlah mencari akal
sesuatu perkara. untuk menyelesaikan masalah
perbelanjaan persekolahan anak-
anaknya.
18. Cari bala
Membuat sesuatu yang
akhirnya menyusahkan diri
sendiri.
Jangan cari bala dengan
memberi perlindungan kepada
pendatang asing.
19. Cari fasal
Mencari sebab untuk
memulakan pergaduhan.
Ketua kumpulan samseng itu
cari fasal dengan menendang
kasut Kasim.
20. Cari fikiran
Berikhtiar menyelesaikan
sesuatu perkara.
21. Cari ikhtiar
Berusaha bersungguh-
sungguh.
Limah sedang mencari ikhtiar
untuk menyembuhkan penyakit
anaknya.
22. Cari jalan
Berikhtiar menyelesaikan
sesuatu perkara.
23. Cari makan
Bekerja atau mencari
rezeki.
Kebanyakan para nelayan
menghadapi kesukaran untuk
mencari makan kerana masalah
pencemaran pantai yang
semakin menjadi-jadi
kebelakangan ini.
24. Cari muka
Mengusahakan sesuatu
untuk mendapatkan pujian
atau ganjaran.
Dia sengaja cari muka ketika
pengurus ada.
25.
Cari nama = Mencari
nama
Berusaha untuk menjadikan
namanya dikenali ramai.
Siti Nurhaliza mencari nama
dengan melibatkan diri dalam
bidang nyanyian.




1.
Dabik dada = Mendabik
dada
Menunjuk-nunjukkan
keberanian atau
kebanggaan.
Dia mendabik dada dan
mencabar sesiapa sahaja yang
berani menentangnya.
2. Dagang piatu
Orang asing yang tidak
mempunyai saudara-mara.
Ameer berasal dari Bangladesh
dan dia dagang piatu di
Malaysia.
3. Daki dunia Harta dunia.
Hidup mesti amanah, jangan
mudah terpengaruh dengan daki
dunia.
4. Dakwat tumpah Rambut yang hitam lebat.
Rambut Rozita yang bagai
dakwat tumpah itu sungguh
cantik dipandang.
5. Dalam kekeringan
Sewaktu seseorang itu tidak
mempunyai wang.
Saya dalam kekeringan bulan ini
kerana terpaksa mengeluarkan
wang yang banyak untuk
membaiki kereta saya yang
rosak.
6. Dalam tangan
Sesuatu yang pasti akan
dimiliki.
Pasukan Selangor berjaya ke
perlawanan akhir bola sepak
Piala Diraja, sekurang-
kurangnya untuk menjadi naib
juara sudah dalam tangan.
7. Dapat hati
Beroleh cinta, cinta yang
berbalas.
Sejak dapat hati daripada gadis
sebelah rumah, Jusoh sering
kelihatan tersenyum sendirian.
8.
Dapat khabar =
Mendapat khabar
Menerima berita.
Pak Leman mendapat khabar
anaknya menjadi pelajar terbaik
di United Kingdom.
9.
Dapat malu = Mendapat
malu
Menanggung malu.
Ah Hok mendapat malu apabila
dia ditangkap kerana mengedar
dadah.
10.
Dapat nama = Mendapat
nama
Menjadi terkenal.
Anisa mendapat nama setelah
memenangi hadiah pertama
peraduan mengarang cerpen.
11. Dapat terpijak
Mendapat sesuatu dengan
mudah atau tidak disangka-
sangka.
Zainon dapat terpijak hadiah
bonus yang bernilai RM5000.
12.
Darah baru setampuk
pinang
Masih muda.
Walaupun Sira seperti darah
baru setampuk pinang dia berani
berhadapan dengan musuh di
perbatasan.
13. Darah daging
Anak dan saudara-mara dari
keturunan sendiri.
Anak abang saya adalah darah
daging saya.
14. Darah gemuruh Mudah gugup.
Swee King tewas dalam
pertandingan syarahan itu
kerana dia darah gemuruh.
15. Darah manis
Mudah mendapat bahaya
atau kecederaan.
Orang yang sedang bertunang
dikatakan berdarah manis dan
perlu sentiasa berhati-hati
apabila melakukan sesuatu kerja.
16. Darah panas Cepat marah.
Berhati-hati apabila bercakap
dengannya kerana dia darah
panas.
17. Darah putih Keturunan bangsawan. Kassim sebenarnya berdarah
putih dan nama sebenarnya ialah
Raja Kassim bin Raja Alauddin.
18. Datuk nenek Leluhur.
Petua datuk nenek tidak harus
dilupakan.
19. Delima merekah Warna bibir yang cantik.
Bibirnya yang bagai delima
merekah itu sentiasa mengukir
senyuman.
20.
Depan hidung = Di
depan hidung
Terlalu dekat.
Bakul besar yang di depan
hidung pun dia tidak nampak,
apalagi kalau disuruh mencari
jarum.
21. Detak hati Perasaan, kata hati.
Detak hatinya mengatakan
bahawa adiknya masih hidup.
22. Detik jantung Bunyi degup jantung.
Seakan terhenti detik jantung
Ayu apabila mendengar berita
kematian sahabat baiknya.
23. Diam diri = Berdiam diri Tidak berkata-kata.
Dia hanya berdiam diri dalam
mesyuarat itu.
24. Diam penggali
Orang yang diam dan
memudaratkan dirinya.
Kalau tidak faham hendaklah
bertanya, jangan jadi diam
penggali.
25. Diam-diam lepu
Pada zahirnya nampak baik
tetapi sebenarnya jahat dan
berbahaya sekali.
Jangan percayakan Azhar itu
kerana dia diam-diam lepu.




1. Ekor belangkas
Pedang atau golok yang
berbentuk ekor belangkas.
Ekor belangkas yang
dipamerkan di muzium itu
adalah hasil ukiran anak
Kelantan.
2. Ekor lipas
Rambut pada lubang
tengkuk.
Anak remaja sekarang gemar
dengan fesyen rambut ekor
lipas.
3. Ekor mata Sudut mata.
Dia memandang saya dengan
ekor mata yang tajam.
4. Ekor pulau Hujung pulau.
Tanah di bahagian ekor pulau itu
sangat subur.
5. Elok budi
Berkelakuan baik, bersopan
dan pemurah.
Jalilah yang sentiasa elok
budinya merupakan menantu
kesayangan Mak Cik Puteh.
6. Emas putih
Campuran emas berwarna
putih.
Cincin perkahwinannya yang
diperbuat daripada emas putih
itu berharga beribu-ribu ringgit.
7. Emas tempawan Orang yang dikasihi.
Anak tunggalnya Si Melati
itulah emas tempawan baginya.
8. Embun betina
Titis embun yang kecil-
kecil.
Embun betina yang turun
mendinginkan lagi suasana
malam itu.
9. Embun jantan
Titis embun yang besar-
besar.
Aku berasa sejuk kerana embun
jantan mulai turun,"" kata
Nordin.





1.
Faham kiri =
Berfahaman kiri
Berfikiran politik yang
radikal.
Dia berfahaman kiri dan suka
menentang kerajaan.
2. Fajar menyingsing Awal pagi.
Kami akan memulakan
ekspedisi mendaki Gunung
Ledang sebelum fajar
menyingsing.
3. Fasih lidah Pandai berkata-kata.
Dia memang fasih lidah dan
dapat menjawab semua soalan
yang dikemukakan dengan tepat.




1.
Gadai bergolok =
Bergadai bergolok
Berbelanja sehingga
berhabis.
Arfah bergadai bergolok untuk
mengadakan kenduri kahwin
anak tunggalnya.
2.
Gadai nyawa = Bergadai
nyawa
Meletakkan diri dalam
keadaan yang boleh
membawa maut.
Mei Kee bergadai nyawa untuk
menyelamatkan anaknya dalam
kebakaran itu.
3. Gadis sunti
Anak perempuan yang
belum baligh.
Gadis sunti itu sudah biasa
membuat kerja-kerja di dapur
apabila ibunya tiada di rumah.
4. Gaji buta
Mendapat gaji tanpa perlu
bekerja bersungguh-
sungguh.
Saya mesti menjalankan tugas
dan tanggungjawab ini
bersungguh-sungguh supaya
tidak makan gaji buta sahaja.
5. Gaji pokok
Gaji tanpa bayaran yang
lain.
Walaupun gaji pokok saya kecil
tetapi elaunnya lumayan.
6. Gambaran hidup Teladan.
Kita patut menjadikan kejadian
tanah runtuh itu sebagai
gambaran hidup.
7. Ganti tikar
Berkahwin dengan adik
isteri setelah isteri
meninggal dunia.
Arif rela ganti tikar daripada
mengahwini perempuan lain
tambahan pula anak-anaknya
amat manja dengan adik iparnya
itu.
8. Garam hidup Pengalaman.
Semasa berada di rantau orang
sudah tentu banyak garam hidup
yang kita tempuhi.
9. Gatal mulut
Suka bercerita keburukan
orang.
Tidak salah berbual-bual dengan
jiran tetangga asalkan tidak gatal
mulut.
10. Gatal tangan
Suka membuat yang bukan-
bukan.
Saya tidak mahu membawa
Halizah ke rumah Mak Busu
kerana dia suka gatal tangan
sehingga habis bunga Mak Busu
dirosakkan.
11. Gelap buta Sangat gelap.
"Salmah, jangan berjalan dalam
gelap buta seorang diri, takut
terjadi sesuatu yang tidak
diingini," nasihat Pak Mat
kepada anaknya.
12. Gelap fikiran
Tidak dapat berfikir lagi
kerana terlalu marah.
Tamam mengamuk kerana dia
menjadi gelap fikiran apabila
melihat rumahnya dibakar.
13. Gelap hati Sukar memahami pelajaran.
Murid yang gelap hati dalam
mata pelajaran Matematik akan
diberikan bimbingan khusus.
14. Gelap mata
a. Tidak dapat berfikir lagi
kerana terlalu marah. b.
Pitam.
Jabu terjatuh sebaik saja kakinya
mencecah di garisan penamat
dalam perlumbaan 500 meter itu
kerana gelap mata.
15. Gelap pemandangan Pitam.

16.
Gelap wang =
Menggelapkan wang
Menggunakan wang yang
bukan hak.
Pekerja yang menggelapkan
wang syarikat itu sekarang
berada dalam tahanan polis.
17. Gelegar buluh
Bercakap besar tetapi
kosong.
Saya tidak berminat mendengar
ceramahnya kerana cakapnya
lebih berbunyi gelegar buluh
daripada tindakan sebenarnya.
18. Geli hati Rasa lucu hendak tertawa.
Geli hati saya melihat telatah
badut dalam persembahan sarkas
itu.
19. Gelora hati Perasaan yang tidak tenang.
Dia tidak dapat menahan gelora
hati untuk bertemu dengan
sahabat penanya dari Kashmir.
20. Gelora semangat Perasaan berkobar-kobar.
Bergelora semangatnya untuk
mempertahankan rekod
dunianya di Sukan Olimpik kali
ini.
21. Gencatan senjata
Memberhentikan
peperangan.
Kedua-dua belah pihak yang
berjuang telah bersetuju untuk
mengadakan gencatan senjata.
22.
Gendang paha =
Bergendang paha
Bersuka ria kerana orang
lain ditimpa kesusahan.
Musuh politiknya bergendang
paha apabila tersebar berita dia
dijatuhi hukuman penjara.
23. Gerak badan Bersenam.
Setiap pagi pasukan kadet itu
berkawad dan melakukan gerak
badan di padang kem tentera
tersebut.
24. Gerak hati Perasaan.
Gerak hatiku mengatakan aku
akan berjaya dalam peperiksaan
SPM kali ini.
25. Gerak jalan
Latihan berjalan sebagai
satu pasukan.
Rumah Biru mengadakan latihan
gerak jalan pada setiap hari
Sabtu.




1. Habis akal
Bingung setelah berusaha
sedaya upaya.
Saya seolah-olah habis akal
untuk mendapatkan biasiswa
bagi melanjutkan pelajaran ke
universiti pada tahun depan.
2. Habis bulan Hujung bulan.
Habis bulan Mac ini, dia akan
berpindah ke Sarawak.
3. Habis jadi abu Musnah.
Pasukan Selangor gagal ke
pertandingan akhir dan impian
untuk bergelar juara habis jadi
abu.
4. Habis jodoh Bercerai.
Ramlan dan Ramlah telah habis
jodoh setelah sepuluh tahun
berkahwin.
5. Habis modal
a. Tidak ada lagi modal
yang tinggal. b. Tidak ada
lagi perkara yang hendak
dicakapkan.
a. Saya sudah habis modal untuk
meneruskan perniagaan ini. b.
Cukuplah setakat sini, saya pun
telah habis modal untuk
bercakap.
6.
Habis nyawa =
Menghabiskan nyawa
a. Mati. b. Menebus dengan
nyawa.
a. Ayam yang dilanggar oleh
motosikal tadi sudah habis
nyawa ketika saya
menghampirinya. b. Dia
sanggup menghabiskan nyawa
untuk memerangkap harimau
yang telah membaham ayahnya.
7. Habis perkara Selesai.
Pertelingkahan semalam
dianggap sudah habis perkara
dan jangan dibangkitkan lagi.
8. Habis tahun Penghujung tahun.
Habis tahun ini saya akan
berpindah ke luar negeri kerana
ayah telah dilantik sebagai duta
negara.
9. Halwa mata
Persembahan yang
mengasyikkan.
Persembahan tarian tradisional
pada malam meraikan ahli sukan
negara itu telah menjadi halwa
mata para penonton.
10. Halwa telinga
Sesuatu yang baik untuk
didengar.
Rancangan "Senandung Malam"
yang sering ke udara di radio itu
akan menjadi halwa telinga
apabila saya bersendirian di
rumah.
11. Hampa tangan Tidak mendapat apa-apa.
Dia pulang dengan hampa
tangan apabila kalah dalam
pertandingan bahas itu.
12. Hancur hati Sangat sedih.
Hancur hati ibunya apabila
menerima berita anaknya terlibat
dalam kemalangan itu.
13. Hangat hati Sangat marah.
Hangat hati saya melihat dia
memijak-mijak batas sayur itu.
14. Hangat-hangat kuku Suam-suam.
Setiap pagi saya terpaksa
menyediakan air yang hangat-
hangat kuku untuk mandian
adik.
15. Hangat-hangat tahi ayam
Minat atau usaha yang tidak
berpanjangan.
Kalau berniaga atau
mengusahakan apa jua biarlah
bersungguh-sungguh jangan
hangat-hangat tahi ayam.
16. Hangus hati Sangat marah.

17. Harga diri Maruah.
Harga diri mesti dijaga walau di
mana pun kamu berada.
18. Harga mati Harga tetap.
Semua barang di pasar raya itu
dijual dengan harga mati.
19. Harga pokok
Harga yang belum
dicampur dengan belanja
lain.
Harga pokok sebutir berlian ini
RM5000, tetapi apabila
dicampur dengan emas dan upah
tukang menjadikan harganya
bertambah mahal.
20. Hati batu
Degil atau mempunyai
azam yang kuat.
Zarina memang hati batu kerana
dia tetap menyertai ekspedisi
berkayak itu walaupun telah
dilarang oleh ibunya.
21.
Hati berlian = Berhati
berlian
Sangat baik hati.
Ibu tiriku berhati berlian. Dia
menjaga kami adik-beradik
bagai anaknya sendiri.
22. Hati kecil Perasaan dalam batin.
Hati kecil saya sering berkata
bahawa suatu hari nanti saya
pasti akan bertemu dengannya.
23. Hati muda Rasa muda dalam hati.
Saya tidak suka berkawan
dengannya. Walaupun sudah tua
tetapi tetap berhati muda.
24. Hati nurani
a. Hati yang telah mendapat
petunjuk Tuhan. b.
Perasaan hati yang murni.
a. Pendidikan agama dapat
membentuk hati nurani manusia
untuk menjadi insan yang
sentiasa bersyukur. b. Jangan
mengecewakan hati nurani anak
kecil yang tidak berdosa.
25. Hati tawajuh
Hati yang semata-mata
dihadapkan kepada Tuhan.
Dia berhati tawajuh, kemewahan
dunia tidak lagi dihiraukan.




1. Ibu angkat
Perempuan yang
memelihara seseorang
seperti anaknya sendiri.
Ibu angkat saya memelihara
saya semenjak saya berumur tiga
tahun.
2. Ibu ayam
Perempuan yang
memperdagangkan pelacur.
Menjadi ibu ayam adalah
pekerjaan yang dikutuk oleh
Allah.
3. Ibu kandung
Perempuan yang
melahirkan seseorang; ibu
sendiri.
Ibu kandung saya meninggal
dunia ketika melahirkan saya.
4. Ibu keladi
Orang tua yang berkelakuan
seperti orang muda.
Che Yan, si ibu keladi itu
memakai baju dan seluar
berwarna oren.
5. Ibu pertiwi Tanah tempat kelahiran.
Malaysia merupakan ibu
pertiwiku yang dicintai.
6. Ikat diri = Mengikat diri Terlalu berat.
Latihan di pusat itu terlalu
mengikat diri para peserta
sehingga saya tidak ada masa
untuk bersantai.
7. Ikat hati = Mengikat hati Menawan.
Senyumannya telah mengikat
hati saya.
8.
Ikat janji = Mengikat
janji
Membuat perjanjian.
Teruna telah mengikat janji
dengan Dara untuk hidup
bersama.
9.
Ikat kata = Mengikat
kata
Menggubah kata.
Penulis lirik lagu itu sangat
pandai mengikat kata dalam lirik
lagu yang ditulisnya.
10. Ikat perut
Mengurangkan makan
kerana kemiskinan.
Setiap hari saya terpaksa ikat
perut kerana ayah uzur dan tidak
dapat bekerja menangkap ikan di
laut.
11. Intan baiduri Orang yang dikasihi.

12. Iri hati Dengki.
Mawar iri hati dengan
kecantikan Dang Anum.
13. Isi dada
Sesuatu yang terfikir dalam
hati.
Setelah lama mendiamkan diri,
dia mengeluarkan isi dada yang
terpendam selama ini.
14. Isi hati
Sesuatu yang terfikir dalam
hati.
15. Isi perut
Sesuatu yang terfikir dalam
hati.
16. Isi rumah
Keluarga; orang yang
tinggal di rumah berkenaan.
Seluruh isi rumah itu masih
berkabung atas kematian salah
seorang ahlinya.





1. Jadi abu arang Barang yang telah rosak.
Basikal saya yang dipinjamnya
telah menjadi abu arang.
2. Jadi bapa kuda Orang lelaki yang Menjadi bapa kuda memang
berkahwin di sana sini dan
tidak bertanggungjawab.
mudah tetapi fikirkanlah masa
depan anak-anak yang
dilahirkan itu.
3. Jadi bumi langit
Orang yang sangat
diharapkan.
Dia anak piatu, sayalah yang
menjadi bumi langit kepadanya.
4.
Jadi fikiran = Menjadi
fikiran
Masalah yang harus
difikirkan.
Kenaikan harga barang-barang
makanan menjadi fikiran kepada
suri-suri rumah.
5. Jadi umang-umang
Suka menggunakan hak
orang lain.
Kemeja yang saya pakai ini
milik Murad, jadi umang-
umanglah saya hari ini.
6. Jaga hati = Menjaga hati
Bertolak ansur dan saling
menghormati.
Apabila bersahabat hendaklah
saling menjaga hati masing-
masing.
7. Jaga mulut Berhati-hati bila bercakap.
Jaga mulut apabila bercakap
supaya tidak menyinggung hati
kawan-kawan.
8. Jalan belakang
Menggunakan cara yang
tidak sah.
Ahmad memperoleh lesen
perniagaannya melalui jalan
belakang.
9. Jalan buntu
Sesuatu yang tiada
penyelesaian.
Penyelidikan ke atas penyakit
berjangkit itu menemui jalan
buntu kerana sehingga ke hari
ini masih belum diketahui punca
penyakit tersebut.
10. Jalan damai
Menyelesaikan sesuatu
menggunakan cara
rundingan.
Perselisihan antara Arief dan
Haqeemie akhirnya menemui
jalan damai apabila masing-
masing telah memohon maaf
dan mengaku kesilapan.
11. Jalan fikiran Cara berfikir.
Jalan fikiran kamu biarlah dapat
membantu kita menyelesaikan
masalah ini.
12. Jalan kaki Berjalan tanpa kenderaan.
Latif berjalan kaki ke sekolah
setiap pagi kerana jarak sekolah
dari rumahnya tidak jauh.
13. Jalan tengah
Mengambil keputusan yang
tidak berat sebelah.
Saya mengambil jalan tengah
supaya kedua-dua pihak yang
bertelingkah dapat didamaikan.
14. Jarum halus Tipu muslihat.
Amin menggunakan jarum halus
sehingga Hamidah terpedaya
dan menyerahkan semua wang
simpanannya kepada Amin.
15. Jatuh air muka Menjadi malu.
Jatuh air muka Tuk Penghulu
kerana kelakuan anaknya yang
biadab itu.
16. Jatuh bangun Maju mundur.
Jatuh bangun sesebuah syarikat
terletak di atas kebijaksanaan
pengurusnya.
17. Jatuh cinta Menaruh cinta (kasih).
Harith jatuh cinta kepada anak
gadis Mak Gayah.
18. Jatuh dari langit
Mendapat sesuatu dengan
mudah atau tidak disangka-
sangka.

19. Jatuh harga diri Jatuh maruah.
Walaupun Shamsul berjawatan
tinggi dan anak orang ternama
tetapi perlakuan sumbangnya
telah menyebabkan jatuh harga
dirinya.
20. Jatuh hati Menaruh cinta (kasih).

21. Jatuh melarat Menjadi miskin.
Dia jatuh melarat dan
ditinggalkan oleh kekasihnya
setelah semua perniagaannya
mengalami kerugian.
22. Jatuh nama Menanggung malu.

23. Jatuh sakit Mendapat sakit.
Dia jatuh sakit selepas memakan
makanan yang dijual di gerai
tepi jalan itu.
24. Jatuh semangat Hilang keberanian.
Dalam peperangan itu tentera
Jawa telah jatuh semangat
apabila ketua mereka dibunuh
oleh musuh.
25. Jejak bahu Sampai ke paras bahu.





1. Kacang hantu Orang jahat.
Pemuda-pemuda kacang hantu
di kampung itu suka berkumpul
di tepi jambatan dan
mengganggu setiap gadis yang
lalu di situ.
2. Kaki arak
Orang yang suka minum
arak.
Sejak Ah Cheong menjadi kaki
arak, semua wangnya digunakan
untuk membeli arak.
3.
Kaki ayam = Berkaki
ayam
Tidak memakai kasut.
Hafeezhat terpaksa berkaki
ayam ketika pulang dari masjid
kerana kasutnya telah hilang.
4. Kaki bangku Tidak pandai bermain bola.
Ilham kaki bangku kerana dia
tidak pernah bermain bola
sepak.
5. Kaki botol
Orang yang suka minum
arak.
6. Kaki buli
Orang yang suka menyakiti
dan menganiaya orang yang
lemah.
Zainal sering diganggu oleh
kumpulan kaki buli di
sekolahnya yang diketuai oleh
Hamzah.
7. Kaki gaduh Orang yang suka bergaduh.
Ikram seorang kaki gaduh dan
sering menimbulkan masalah di
kampungnya.
8. Kaki gunung
Di bahagian permulaan
gunung.
Saya dan rakan-rakan
berkhemah di kaki gunung
sebelum memulakan pendakian
ke puncak.
9. Kaki hutan Tepi hutan.

10. Kaki judi
Orang yang suka bermain
judi.
Arman seorang kaki judi dan
telah banyak menghabiskan
harta ayahnya di meja judi.
11. Kaki langit Langit di bahagian bawah.
Pemandangan yang indah di
kaki langit dapat dilihat pada
waktu senja.
12. Kaki lima
Bahagian lantai di hadapan
kedai atau rumah.
Aishah berteduh di kaki lima
kedai makan sementara
menunggu hujan berhenti.
13. Kaki perempuan
Lelaki yang suka
mengganggu perempuan.
14. Kaki rambu Orang yang suka merayau.
Sejak dipukul orang kampung
kerana disangkakan pencuri
ketika sedang merayau, Faisal
tidak lagi menjadi kaki rambu.
15. Kaki seribu Cabut lari.

16. Kaki umpat
Orang yang suka
mengumpat orang.
Jauhi tabiat menjadi kaki umpat
yang hanya menceritakan
keburukan orang sahaja.
17. Kaki wayang
Orang yang suka menonton
wayang.
Fadzil kaki wayang. Dia akan
menonton setiap filem baru yang
ditayangkan di panggung itu.
18. Kaku lidah
Tidak dapat bercakap
dengan lancar.
Ahmad menjadi kaku lidah
apabila disoal tentang
penglibatannya dalam kes
rasuah.
19. Kambing hitam Orang yang dipersalahkan.
Dia menjadi kambing hitam
apabila berlaku kecurian di
kawasan perumahan itu.
20. Kampung halaman
Kampung tempat
dilahirkan.
Setelah lama belajar di luar
negeri dia rindu hendak kembali
ke kampung halamannya.
21. Kata dua
Pernyataan terakhir oleh
sesuatu pihak yang
mengemukakan tuntutan
yang mesti diterima oleh
pihak lain yang terlibat
dalam perundingan.
Aman diberi kata dua iaitu
berhenti daripada membuat
kekacauan atau dipindahkan ke
daerah lain.
22. Kata hati Perasaan.

23. Kata pujangga
Perkataan orang bijak
pandai.
Orang tua-tua sering
menggunakan kata pujangga
ketika memberi nasihat dan
tunjuk ajar kepada orang muda.
24. Kata putus Ketentuan yang terakhir.
Mesyuarat yang diadakan gagal
mencapai kata putus kerana ahli-
ahlinya bertelagah.
25. Kaya anak Banyak anak.
Walaupun keluarga Ahmad
hidup dalam kemiskinan tetapi
dia kaya anak dan hidup
bahagia.





1. Langit hijau Sangat jauh.
Saya akan mencari adik kandung
saya itu, walaupun sampai ke
langit hijau.
2. Langkah baik
Waktu yang paling sesuai
untuk memulakan sesuatu
pekerjaan; permulaan yang
baik.
Pada pendapat saya, hari Jumaat
merupakan langkah baik bagi
kita melangsungkan
perkahwinan antara Zarina dan
Amran.
3. Langkah bendul
Adik berkahwin lebih
dahulu dari kakaknya.
Oleh sebab Suraya langkah
bendul, pengantin lelaki
memberikan hadiah kepada
kakak Suraya.
4. Langkah kanan Bernasib baik; bertuah.
Hari ini, Suzana langkah kanan
kerana ketika dia tiba di rumah
abangnya, mereka sedang
menikmati buah durian.
5. Langkah kiri Malang.
Kami langkah kiri hari ini
kerana kereta kami rosak dalam
perjalanan.
6. Langkah seribu Cabut lari.
Kami membuka langkah seribu
apabila dikejar oleh orang gila
itu.
7. Langkah sumbang
Cara atau perbuatan yang
tidak betul.
Pelajar baru itu perlu berlatih
lagi kerana banyak langkah
sumbang yang telah
dilakukannya semasa bersilat
tadi.
8. Lapang dada Perasaan lega.
Puan Rashidah berasa lapang
dada setelah selesai
menguruskan kemasukan anak
sulungnya ke universiti.
9. Lapang hati Perasaan lega.

10. Lapik perut Makan sedikit.

11. Lari semangat Terkejut.

12. Laut lepas Tengah laut.
Ikan paus itu berada di laut
lepas.
13. Lebai malang
Orang yang selalu
mengalami nasib malang.
Nasibnya umpama lebai malang,
sudahlah keretanya rosak,
duitnya pula dicuri orang.
14.
Lembut gigi daripada
lidah
Pandai berkata-kata;
memujuk rayu.
Salmah terpedaya dengan kata-
kata suaminya yang lembut gigi
daripada lidah.
15. Lembut hati Penyayang.
Anak muridnya sayang dan
hormat kepadanya kerana dia
seorang yang lembut hati.
16. Lena ayam Belum tidur betul.
Semasa anaknya menjerit
ketakutan, dia baru lena ayam.
17. Lepas angan-angan
Membuat sesuatu yang
diingini.
Apabila ayahnya bertolak ke
luar negeri, Hamdan lepas
angan-angan untuk membeli
kereta baru.
18. Lepas diri
Tidak melibatkan diri
dalam sesuatu hal.
Darwis lepas diri daripada kes
rasuah itu kerana dia tidak tahu
tentang hal itu.
19. Lepas tangan
Tidak bertanggungjawab
atas sesuatu yang telah
dilakukan.

20. Lidah bercabang
Percakapan yang tidak
boleh dipercayai kerana
selalu berubah-ubah.
Lamin lidah bercabang dan
cakapnya tidak boleh dipercayai.
21. Lidah biawak
Percakapan yang tidak
boleh dipercayai kerana
selalu berubah-ubah.

22. Lidah keras
Tidak dapat menyebut
perkataan dengan betul.
Oleh sebab Rafiq lidah keras,
dia gagal dalam ujian lisan yang
diadakan.
23. Lidah panjang Suka menghasut.
Sikap Joyah yang lidah panjang
itu menyebabkan rumah tangga
Milah porak-peranda.
24. Lidah tak bertulang
Mudah berjanji tetapi tidak
ditepati; tidak jujur.
Hassan berhati-hati memilih
kawan kerana dia takut terkena
orang yang lidah tak bertulang.
25. Lintah darat
Peniaga yang mengambil
keuntungan yang terlalu
tinggi.
Gara-gara aktiviti lintah darat,
kehidupan penduduk di
kampung itu masih lagi dalam
kemiskinan.




1. Mabuk darah
a. Pening kerana melihat
darah yang banyak. b.
Pengsan kerana terlalu
banyak mengeluarkan
darah. c. Mengamuk
seolah-olah hilang ingatan
kerana melihat darah.
a. Salmi mabuk darah apabila
melihat keadaan adiknya. b.
Salman mabuk darah kerana
luka di dadanya mengeluarkan
banyak darah. c. Tentera itu
mabuk darah lalu melepaskan
tembakan rambang.
2. Mabuk gunung
Mabuk ketika berada di
tempat yang tinggi.
Rahmah mabuk gunung semasa
mendaki Gunung Kinabalu.
3. Mabuk kecubung
Sangat kasih akan
seseorang sehingga tidak
menghiraukan hal-hal lain.

4. Mabuk kepayang
Sangat kasih akan
seseorang sehingga tidak
menghiraukan hal-hal lain.

5. Mabuk laut
Pening dan muntah semasa
belayar.
Si Tanggang telah seminggu
mabuk laut dan terlantar di
geladak kapal.
6. Mabuk selasih
Sangat kasih akan
seseorang sehingga tidak
menghiraukan hal-hal lain.

7. Mahkota hati Orang kesayangan; kekasih.

8. Mahkota negeri Raja.
Raja Nazrin telah ditabalkan
menjadi mahkota negeri Perak
Darul Ridzuan.
9.
Main mata = Bermain
mata
Memberikan isyarat dengan
mata.
Pemuda itu bermain mata untuk
mendapatkan perhatian daripada
Kak Leha.
10. Makan angin Berehat atau bersiar-siar.
Pada hujung minggu lepas kami
sekeluarga makan angin ke Kota
Bharu.
11. Makan angkat Orang yang suka dipuji.
Pembantu rumah saya makan
angkat, kalau dipuji semakin
rajin dia bekerja.
12. Makan beradap
Makan bersama-sama buat
pertama kali (pasangan
pengantin).
Mak Andak menemankan
pengantin semasa makan
beradap.
13. Makan berdamai
Makan bersama-sama buat
pertama kali (pasangan
pengantin).

14. Makan besar Mengadakan jamuan.
Jemputlah ke rumah kerana ada
makan besar petang ini.
15.
Makan budi = Termakan
budi
Menerima pertolongan
orang.
Akibat termakan budi pak
ciknya, Zali dipaksa berkahwin
dengan sepupunya.
16. Makan bunga
Mengambil keuntungan
daripada wang yang
dipinjamkan.
Ceti itu makan bunga dengan
mengenakan kadar faedah 20%
daripada jumlah wang yang
dipinjam.
17. Makan darah
Sesuatu yang dijual dengan
harga yang sangat mahal.
Penjaja di kampung itu makan
darah kerana kain yang
dijualnya sangat mahal
berbanding dengan harga di
bandar.
18. Makan diri
Berasa sedih yang teramat
sangat sehingga
merosakkan diri sendiri.
Semenjak ditinggalkan oleh
suaminya, dia makan diri
sehingga menjadi kurus kering.
19. Makan duit
Mengambil wang secara
haram; rasuah.
Pekerja yang makan duit
syarikat telah dikenakan
tindakan undang-undang.
20. Makan gaji
Bekerja untuk mendapatkan
upah.
Hasrom bekerja makan gaji
dengan abangnya.
21. Makan garam
Mempunyai banyak
pengalaman dalam hidup.
Dengarlah nasihat orang tua
kerana mereka telah lama makan
garam.
22. Makan hati
Berasa sedih yang teramat
sangat sehingga
merosakkan diri sendiri.

23. Makan kawan
Mencelakakan kawan
sendiri.
Jabir makan kawan sendiri
apabila dia memfitnah Jamil.
24. Makan suap
Mengambil wang secara
haram; rasuah.
25. Makan sumpah
Mendapat kesusahan
setelah mengingkari
sumpah.
Akibat dimakan sumpah,
hidupnya menjadi miskin dan
melarat.




1. Naik angin Terlalu marah.
Dia naik angin apabila kawan-
kawan mengusiknya.
2. Naik darah Terlalu marah.

3. Naik geram Menyampah.
Naik geram saya melihat tingkah
lakunya yang mengada-ada itu.
4. Naik kepala
Berbuat sesuatu yang
melampaui batas.
Anak manja itu naik kepala
apabila ayahnya ada di rumah.
5. Naik minyak
Menjadi marah dan
mengganas.
Semasa Ali naik minyak, semua
barang-barang yang ada di
dalam rumahnya dibaling dan
dipecahkannya.
6. Naik pitam Pening.
Nenek naik pitam dan hampir
pengsan kerana cuaca terlalu
panas.
7. Naik saksi Menjadi saksi.
Datuk Ali naik saksi dalam
perbicaraan itu.
8. Naik semangat Bertambah berani.
Dali naik semangat apabila
lawannya jatuh setelah
ditumbuknya.
9. Nama baik Maruah.
Nama baik keluarga hendaklah
dijaga, walau di mana pun kita
berada.
10. Nasi damai
Nasi yang dihidangkan
kepada pengantin sebagai
tanda mesra setelah bersatu.
Pengantin baru dihidangkan nasi
damai selepas mereka
bersanding.
11. Nujum Pak Belalang Tukang tilik palsu.
Usah percaya cakapnya, dia
sebenarnya Nujum Pak
Belalang.
12. Nyawa-nyawa ikan Hampir mati.
Burung itu nyawa-nyawa ikan
semasa ditemui Ali.
13. Nyiur gading Pokok kelapa kuning.
Halaman rumahnya dihiasi
dengan pokok nyiur gading.




1. Oleh-oleh Hadiah.
Ibu membawa beberapa helai
kain batik dan pasu berukir
sebagai oleh-oleh dari Indonesia.
2. Omong kosong
Cakap-cakap yang tidak
berfaedah.
3. Orang asing
Orang dari negeri lain yang
datang ke sesebuah negeri.
Orang asing yang tinggal di
negeri ini diberikan layanan
yang baik.
4. Orang asli
Penduduk asal sesebuah
negeri.
Kebajikan orang asli di negara
ini dikendalikan oleh Jabatan
Orang Asli.
5. Orang atasan
Orang yang berpangkat
tinggi; pembesar.
Majlis itu akan dihadiri oleh
orang atasan sahaja.
6. Orang berada Orang yang berharta.
Jamiah orang berada dan
disegani di kampung ini.
7. Orang besar
Orang yang berpangkat
tinggi; pembesar.
8. Orang biasa Rakyat biasa.
Walaupun Tengku Kamal
kerabat diraja dia tidak kekok
bergaul dengan orang biasa.
9. Orang buangan
Orang yang dihukum buang
negeri.
Dia menjadi orang buangan dan
tidak dibenarkan balik ke
negerinya untuk jangka masa
sepuluh tahun.
10. Orang buruan
Orang yang dicari kerana
kesalahan jenayah.
Pihak polis berjaya menangkap
orang buruan itu ketika mereka
cuba melarikan diri ke negara
jiran.
11. Orang dagang Orang dari negeri lain yang

datang ke sesebuah negeri.
12. Orang dalam
Orang yang bekerja dalam
sesuatu jabatan.
Orang dalam disyaki terlibat
dalam kecurian itu.
13. Orang dapur Orang perempuan.
Hidangan ini disediakan oleh
orang dapur saya, kata ayah
kepada tetamu yang datang.
14. Orang darat
Penduduk asal sesebuah
negeri.
15. Orang gaji Pembantu rumah.
Orang gaji saya berasal dari
Filipina.
16. Orang galang
Orang yang menjadi
pelindung kepada orang
lain.
Ahmad sedia menjadi orang
galang demi keselamatan
majikannya.
17. Orang halus Roh, jin atau orang bunian.
Seorang bomoh telah dipanggil
untuk menghalau orang halus
yang dikatakan telah
mengganggu penduduk
kampung.
18. Orang harapan
Orang yang
dipertanggungjawabkan
dengan sesuatu tugas.
Sarjan Haris menjadi orang
harapan dalam misi yang
berbahaya itu.
19. Orang kanan Orang yang diharapkan.
Haliza menjadi orang kanan di
syarikat itu setelah Pengurus
Besarnya meletakkan
jawatannya secara tiba-tiba.
20. Orang tua-tua
Orang bijak dan
berpengalaman.
Dengarlah nasihat orang tua-tua
kerana mereka lebih
berpengalaman dalam hidup.
21. Orang upahan
Orang yang dibayar untuk
membuat sesuatu kerja
biasanya yang tidak baik.
Jaiman menjadi orang upahan
dalam kes pembunuhan itu.
22. Otak beku Bodoh.
Ajarlah dia secara berperingkat-
peringkat kerana dia otak beku.
23. Otak cair Pandai.
Habsah otak cair dan dia dapat
menjawab semua soalan dengan
tepat.
24. Otak udang Bodoh.




1. Pacat kenyang
Pulang segera sesudah
makan.
Rafeah seperti pacat kenyang
kerana setelah dia makan segera
hendak pulang.
2.
Padang jarak padang
tekukur
Musnah.
Mengikut legenda, Pulau
Langkawi telah disumpah
menjadi padang jarak padang
tekukur selama tujuh keturunan.
3. Pak sanggup
Orang yang menyanggupi
sebarang kerja yang
diberikan.
Rahmat menjadi pak sanggup
dengan mengahwini Aishah
demi menjaga nama baik gadis
itu.
4. Pak turut
Orang yang mengikut
sahaja.
Sikap Hamdan yang pak turut
menyebabkan dia terjebak dalam
sindiket penyeludupan.
5. Paku belanda Harga tetap.
Barang-barang di situ semuanya
paku belanda dan tidak boleh
ditawar lagi.
6.
Paling hati = Berpaling
hati
Tidak setia.
Akibat tidak menepati janji, para
penyokongnya telah berpaling
hati.
7. Paling tadah Tidak setia.

8. Panas rezeki Sukar mendapat rezeki.
Zahari panas rezeki dan sudah
tiga bulan dia menganggur.
9. Panjang akal Cerdik.
Walaupun miskin tetapi dia
panjang akal. Akhirnya dia
berjaya menjadi seorang
jutawan.
10. Panjang ekor Berani berbuat jahat.
Dia memang panjang ekor
kerana murid lain ke sekolah
tetapi dia berjalan-jalan di pasar
raya.
11. Panjang fikiran Cerdik.

12. Panjang lidah
Suka mengadu atau
menyampai-nyampaikan
cakap.
Jangan panjang lidah nanti
terjadi pergaduhan di kalangan
teman-teman sekerja.
13. Panjang tangan Orang yang suka mencuri.

14. Pasang badan Berhias diri untuk memikat.
Beberapa bulan selepas
kematian isterinya, Pak Mail
mula pasang badan.
15. Pasang kaki Mengadakan pengintip.
Pihak berkuasa terpaksa pasang
kaki di pelabuhan-pelabuhan
untuk membanteras kegiatan
penyeludupan.
16. Pasang mata
Memerhatikan baik-baik;
waspada.
Pengawal keselamatan itu
terpaksa pasang mata kerana
barang kemas yang dipamerkan
mahal-mahal belaka.
17. Pasang telinga
Mengintip atau mencuri
dengar perbualan.
Ah Mun pasang telinga semasa
abangnya berbual di telefon.
18. Pasar gelap
Tempat jual beli yang tidak
sah.
Peniaga pasar gelap itu telah
ditangkap kerana menjual
barangan curi.
19.
Patah arang = Berpatah
arang
Perselisihan yang tidak
dapat didamaikan lagi.
Sulaiman telah berpatah arang
dengan keluarga Salimah setelah
pinangannya ditolak.
20. Patah hati Kecewa.
Sudin tidak patah hati walaupun
telah dua kali gagal dalam
pertandingan itu.
21. Patah kandar
Sesuatu yang bertambah
sukar; hilang tempat
bergantung.
Hidup Salmi patah kandar sejak
suaminya tidak bekerja.
22. Patah lagu
Getaran suara apabila
menyanyi.
Dendangan lagu Siti Nurhaliza
menarik perhatian saya. Patah
lagunya sungguh mengasyikkan.
23. Patah lidah
Tidak dapat berkata-kata
dengan lancar.
Semasa perdebatan itu saya
seperti patah lidah apabila
hendak mengemukakan
pendapat.
24. Patah perang Kalah perang.
Dalam pertempuran di
sempadan Thailand, pihak
komunis telah patah perang
dengan tentera Malaysia.
25. Patah semangat
Hilang kemahuan untuk
berusaha.
Setelah berumah tangga Mas
Anizan patah semangat untuk
bergiat dalam bidang seni.





1. Rabun ayam
Tidak dapat melihat dengan
jelas ketika gelap atau pada
waktu malam.
Ishak rabun ayam, sebab itulah
dia tidak keluar pada waktu
malam.
2. Rabun senja
Tidak dapat melihat dengan
jelas ketika gelap atau pada
waktu malam.

3. Raja bola Pemain bola yang handal.
Mokhtar Dahari pernah menjadi
raja bola pasukan Selangor.
4. Raja sehari Pengantin. Saya akan menjadi raja sehari
dua hari lagi.
5. Rambang mata
Tidak tahu mana yang
hendak dipilih.
Saya menjadi rambang mata
apabila melihat baju yang
cantik-cantik itu.
6. Rangkai hati Orang kesayangan; kekasih.

7. Retak tangan Nasib.
Sudah retak tangan Kim Moi
yang kehilangan ibu bapa pada
usia yang begitu muda.
8. Rezeki harimau
Makanan yang banyak dan
berjenis-jenis.
Tetamu yang datang ke majlis
keraian itu dihidangkan dengan
juadah bak rezeki harimau.
9. Rezeki mahal Sukar mendapat rezeki.

10. Rezeki murah
Selalu mendapat
keuntungan.
Rahman rezeki murah kerana
baru dua hari di bandar dia telah
mendapat pekerjaan tetap.
11. Ringan kaki
Suka melawat atau
berkunjung.
Aku suka berkawan dengan Anis
kerana dia ringan kaki dan
mudah diajak berbincang.
12. Ringan kepala Mudah memahami.
Izyan memang bijak dan ringan
kepala. Semua formula yang
diajar oleh guru dapat
difahaminya.
13. Ringan mulut Peramah dan fasih.
Izati seorang gadis yang ringan
mulut dan berbudi bahasa, sebab
itulah dia disenangi oleh rakan-
rakannya.
14. Ringan tangan Suka menolong.
Zahira menjadi kesayangan
mentuanya kerana dia rajin dan
ringan tangan.
15.
Ringan tulang berat
perut
Orang yang rajin bekerja
dan memperoleh
kesenangan.
Hasil usahanya yang ringan
tulang berat perut dia hidup
senang di waktu tua.
16. Ringan tulang Suka menolong.

17. Rosak hati Menderita.
Rosak hati Zaiton kerana
ditinggalkan suaminya.
18. Rosak nama Mendapat malu.

19. Rusuh hati Gelisah.
Tuan Puteri Lelasari berasa
rusuh hati kerana ayahandanya
pergi berperang.





1. Sagu hati
Wang atau pemberian yang
diberikan sebagai ganti
rugi.
Sagu hati akan diberikan kepada
semua penghuni setinggan
apabila rumah mereka
dirobohkan.
2. Sakit akal Gila.

3. Sakit angau
Sangat kasih akan
seseorang sehingga tidak
menghiraukan hal-hal lain.

4. Sakit hati
Marah kerana ditipu atau
dihina.
Sakit hati saya apabila mendapat
tahu dia telah menipu saya.
5. Sakit otak Gila.

6. Salah cakap
Maklumat yang
disampaikan tidak tepat.
Jangan cepat percaya pada cerita
Salmi kerana dia selalu salah
cakap.
7.
Salah jalan = Tersalah
jalan
Tersesat.
Kami terlewat untuk
menyaksikan persandingan
Kamil kerana sewaktu kami
hendak ke rumahnya, kami telah
tersalah jalan.
8.
Salah kata = Tersalah
kata
Maklumat yang
disampaikan tidak tepat.
9. Salah langkah
Memulakan sesuatu usaha
tanpa rancangan yang teliti.
Disebabkan salah langkah hasil
keluaran syarikatnya tidak
mendapat pasaran yang baik.
10. Salah mulut Terlajak kata.
Akibat salah mulut, Suzi telah
dimarahi oleh ibunya.
11. Salah urat Terseliuh atau terpelecok.
Dia salah urat semasa
mengadakan latihan lompat
tinggi semalam.
12. Sampah dunia Orang yang tidak berguna.

13. Sampah masyarakat Orang yang tidak berguna.

14. Sampai ajal Meninggal dunia.
Sekian lama dia menderita sakit
dan kini telah sampai ajalnya.
15. Sampai akal Dapat diterima akal.

16. Sampai hati
Tergamak melakukan
sesuatu.
Tidak sampai hati Tuk Ya
hendak menembak rusa itu.
17. Saudara angkat
a. Orang yang dipelihara
oleh ibu bapa kita. b.
Seseorang yang diakui
sebagai saudara sendiri.
a. Jamil menjadi saudara angkat
saya semenjak dia masih kecil.
b. Semenjak Jamil tinggal
bersama kami setelah kematian
orang tuanya, kami
menganggapnya sebagai saudara
angkat kami.
18. Saudara anjing
Adik-beradik seibu
berlainan ayah.
Setelah ibunya berkahwin lain,
Mariah memperoleh seorang
saudara anjing bernama
Mariana.
19. Saudara baru
Orang yang baru memeluk
agama Islam.
Salmiah Abdullah merupakan
saudara baru dan kita perlu
membimbingnya mendalami
ilmu agama.
20. Saudara dekat
Saudara -mara yang masih
dekat pertaliannya.
Kami saudara dekat kerana ibu
kami adik-beradik.
21. Saudara jauh Persaudaraan yang jauh.

22. Saudara kandung Saudara seibu sebapa.
Ibu terpaksa menyerahkan
saudara kandung saya kepada
Mak Piah kerana kesempitan
hidup.
23. Saudara pungut
Orang yang dipelihara oleh
ibu bapa kita.
24.
Saudara susu = Saudara
susuan
Menjadi saudara atau adik-
beradik kerana menyusu
daripada perempuan yang
sama.
Dia menjadi saudara susuan saya
kerana ibu telah menyusuinya
sejak dia masih bayi lagi.
25. Sehelai sepinggang
Pakaian yang ada pada
tubuh.
Mangsa kebakaran itu tinggal
sehelai sepinggang kerana
semua harta benda mereka telah
musnah.




1. Tahan hati Cekal.
Dia tahan hati menghadapi
semua cabaran yang menimpa
dirinya.
2. Tahi air
Sampah yang mengapung
di atas air.
Kolam itu dipenuhi dengan tahi
air yang dibuang oleh penduduk
di kawasan sekitar.
3. Tahi arak
Orang yang suka minum
arak.
4. Tahi ketam Sisa kayu yang diketam.
Tahi ketam boleh digunakan
untuk menanam pokok orkid.
5. Tahi lalat
Titik atau tumbuhan kecil
di kulit.
Mukanya bujur sirih dan bertahi
lalat di tepi hidung.
6. Tahi minyak Cerewet.
Linggam memang tahi minyak,
ada sahaja yang tidak kena pada
pandangannya.
7. Tahu adab Berbudi bahasa.
Dia seorang yang tahu adab dan
penghulu memandang tinggi
kepadanya.
8. Tahu ada
Mahukan sesuatu itu siap
sedia.
Kita hendaklah berusaha
memperoleh sesuatu yang
dihajati, jangan tahu ada sahaja.
9. Tahu adat Sopan santun.
Gadis yang tahu adat itu telah
dipinang orang.
10. Tahu bahasa Berbudi bahasa.

11. Tahu diuntung Sedar akan kedudukan diri.
Husin tahu diuntung akan
dirinya kerana itu dia tidak
membangga diri.
12. Tajam akal Pintar.
Kanak-kanak yang tajam akal
akan mendapat kemudahan
menggunakan komputer secara
percuma selama enam bulan di
sekolah itu.
13. Tajam fikiran Pintar.

14. Tajam ingatan Tidak pelupa.
Nenek yang berumur seratus
tahun itu masih tajam ingatan
tentang sejarah hidupnya.
15. Tajam lidah
Orang yang selalu
mengeluarkan kata-kata
pedas.

16. Tajam mulut
Orang yang selalu
mengeluarkan kata-kata
pedas.

17. Tajam pendengaran Lekas dapat mendengar.
Walaupun sudah tua tetapi dia
masih tajam pendengaran.
18. Tajuk mahkota Orang kesayangan; kekasih.

19. Tali barut
Orang yang membuat
pekerjaan tidak baik untuk
orang lain.
Si Hamzah menjadi tali barut
Jepun sewaktu Perang Dunia
Kedua.
20. Tangan kanan Orang yang diharapkan.

21. Tangan kosong Hampa.
Zainab pulang dari bandar
dengan tangan kosong kerana
dia masih gagal mendapat
sebarang pekerjaan.
22. Tangan panas Selalu gagal.
Dia tangan panas kerana semua
rancangannya tidak menjadi.
23. Tangan terbuka
Suka menolong orang;
murah hati.
Kasmini menerima
tanggunggjawab membiayai
pelajaran anak yatim itu dengan
tangan terbuka.
24. Tangkai hati Orang kesayangan; kekasih.

25. Tangkai jering Sangat kedekut.






1.
Ubat hati = Pengubat
hati
Penghibur hati.
Setelah Zaiton meninggal dunia,
hanya Rokiahlah yang menjadi
pengubat hati Mak Tijah.
2. Ubat jerih Upah.
Tersenyum lebar Zakiah apabila
menerima enam ratus ringgit
sebagai ubat jerih menyulam
baju-baju itu.
3. Ubat lelah Upah.

4. Untung batu Nasib yang buruk.
Nakhoda itu mengalami untung
batu kerana kapalnya telah
diserang lanun.
5. Untung sabut Nasib yang baik.
Nakhoda Tanggang untung
sabut kerana perniagaannya
sangat menguntungkan.





1. Wang duka
Wang yang diberikan
kepada waris yang
meninggal dunia.
Ismadi mendapat wang duka
hasil daripada kutipan derma
kakitangan pejabat ayahnya
setelah ayahnya meninggal
dunia.
2. Wang hantaran
Wang yang diberikan
kepada keluarga pengantin
perempuan.
Wang hantaran perkahwinan
kakak berjumlah sepuluh ribu
ringgit.
3. Wang kopi
Bayaran tidak rasmi kepada
seseorang sebagai upah.
4. Wang suap Bayaran yang diberikan Saya enggan membayar wang
kerana melakukan sesuatu
pekerjaan, biasanya secara
tidak sah.
suap kepada pegawai yang
berkenaan kerana perkara
tersebut menyalahi undang-
undang.





1. Zaman bahari Zaman purbakala.
Barang-barang yang ditemui itu
merupakan barang-barang
zaman bahari yang mempunyai
nilai sejarah yang tinggi.
2. Zaman puntung berasap Zaman kuno.
Manusia di zaman puntung
berasap kebanyakannya bekerja
sebagai petani dan nelayan.

Anda mungkin juga menyukai