Anda di halaman 1dari 9

BAHAGIAN A

1. Catat aktiviti / situasi yang dilihat / tersurat sahaja.


2. Elakkan menulis perkara yang tersirat atau bentuk andaian atau pendapat semata-mata.
3. Bina ayat penyata, bukan ayat seru atau ayat tanya / soal.
4. Bina ayat, bukan bina cerita.
5. Bina satu ayat, bukan dua ayat dalam satu nombor.
6. Maklumat tersirat tidak diperlukan seperti sifat bauan (manis, pahit, pedas,mahal dan
sebagainya).
7. Setiap ayat dinomborkan.

KAEDAH YANG DICADANGKAN

Aras 1
2. apa yang berlaku/situasi yang berlaku

Aras 2
a. apa yang berlaku/situasi yang berlaku
b. apa alat/bahan yang digunakan
c. di mana berlaku

Kata hubung; dengan, pada, dan, di, ke

Aras 3
3. apa yang dilakukan / situasi yang berlaku
4. apa alat / bahan yang digunakan
5. di mana berlaku
6. apa tujuan / kesan / faedah

Kata hubung ; supaya, untuk, bagi

4 MODUL PENULISAN BAHASA MELAYU SK


PPMP NEGERI JOHOR
Latihan 1

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

SIAPA/WATAK/APA APA/KATA KERJA KETERANGAN

Salin ayat-ayat yang lengkap di bawah.

4. ________________________________________________________________________
_
________________________________________________________________________
_
5. ________________________________________________________________________
_
________________________________________________________________________
_
6. ________________________________________________________________________
_
________________________________________________________________________
_
7. ________________________________________________________________________
_
________________________________________________________________________
_
8. ________________________________________________________________________
_
________________________________________________________________________
_

Asas-Asas Mengarang

1. Menulis pendahuluan
2. Jenis-jenis perenggan
3. Penutup
4. Menganalisis soalan
5. Ciri-ciri karangan yang baik
6. Kaedah untuk merangka karangan
7. Panduan umum

8. Menulis Pendahuluan:
Sekurang-kurangnya ada lima (5) jenis pendahuluan iaitu:

a. Pendahuluan jenis definisi


Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-
undang atau peraturan. Jenayah bukan sahaja membabitkan orang
dewasa malahan remaja dan kanak-kanak.

b. Pendahuluan jenis pendapat


Menurut Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mahathir, pencemaran alam sekitar berpunca
daripada kegiatan pembangunan dan pembakaran secara terbuka. Walau
bagaimanapun, Pembangunan tidak boleh diberhentikan sama sekali.

c. Pendahuluan jenis suasana


Pada cuti sekolah yang lalu, Nabila sekeluarga telah melancong ke
Pulau Tioman. Mereka menaiki bot ke sana. Bot mereka merempuh laut
biru yang bergelombang.

d. Pendahuluan jenis soalan


Setiap orang perlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri
mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan? Apakah dengan
kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu berjaya?

e. Pendahuluan jenisperibahasa
Peribahasa Melayu “ sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna” dan “seperti aur dengan tebing”. Amat sesuai ke arah
mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya
mengamalkan siafat-sifat yang menggambarkan wujudnya hubungan
kasih sayang dalam sesebuah komuniti
.
3
3. Jenis-jenis Perenggan:

2.1Perenggan Deduktif
a. Isi penting
b. Huraian isi
c. Contoh-contoh

Contoh:

Jantung mengepam darah. Darah dipam oleh jantung ke seluruh bahagian


badan dan kembali ke jantung semula. Proses mengepam darah ini menyebabkan
jantung berdenyut sepanjang hayat kita.

2.2 Perenggan Induktif


d. Huraian isi
e. Contoh-contoh
f. Isi penting

Contoh:

Organ ini merupakan otot yang berongga dan mempunyai empat ruang yang
dinamakan aurikel kanan, aurikel kiri, ventrikel kanan dan ventrikel kiri. Saiznya kira-
kira sebesar genggaman kita. Organ yang penting di dalam tubuh badan itu ialah
jantung.

7. Penutup
Penutup merupakan kesimpulan terhadap pendapat yang telah dikemukakan.

Ingat !
• Kesimpulan mestilah lembut tetapi berkesan.
• Jangan mengulang isi-isi yang telah dikemukakan.
• Gunakan penanda wacana yang sesuai.

Contoh:

Kesimpulannya, kita perlulah lebih berhati-hati apabila menerima


kedatangan pekerja asing kerana pelbagai masalah sosial yang dibawa oleh
mereka. Mereka seharusnya ditapis sebelum diterima bekerja di negara kita.

4
9. Menganalisis soalan:
• Baca dengan teliti
• Gariskan perkara-perkara penting yang menjadi kata kunci dalam soalan.

Contoh:

Kamu kurang berpuas hati dengan beberapa rancangan televisyen tempatan.


Kamu ingin membuat teguran dan seterusnya memberi cadangan untuk
memperbaiki kelemahan tersebut
Tuliskan sepucuk surat kepada pihak yang berkenaan.

Format Surat Kiriman Rasmi


1 Kurang puas hati dengan
beberapa rancangan televisyen
2 Sebab-sebab tidak berpuas hati
3 Cadangan untuk memperbaiki kelemahan

5. Ciri-ciri karangan yang baik:

5.1Ketetapan Isi
Karangan yang ditulis mestilah menepati kehendak dan tajuk
soalan. Sesebuah karangan sebaik-baiknya mempunyai empat isi.

5.2Kejelasan Karangan
Pemilihan kata dan ayat hendaklah jelas dan mudah difahami. Elakkan
penggunaan kosa kata atau ejaan yang salah bagi mengelakan
pemotongan markah.

5.3Gabungan Idea / Perkaitan Isi


Perkaitan idea yang baik dand kemas akan menghasilkan karangan yang
baik. Oleh itu, calon perlu memastikan idea keseluruhan karangan, unsur
fakta yang betul dand mesej yang tepat dan mudah difahami pembaca.
Karangan juga perlu mempunyai idea yang berkaitan antara satu sama
lain dand mengikut urutan.

5.4Kematangan Persembahan
Kelancaran bahasa akan menunjukkan kematangan karangan. Oleh itu,
usur tatabahasa seperti penggunaan tanda baca, ejaan, imbuhan,
variasi ayat dan kosa kata amat ditekankan. Pemerengganan karangan
yang baik termasuk pendahuluan dand penutup juga boleh menunjukkan
kematangan karangan.

5
5.5 Kreativiti
Karangan yang baik mestilah diolah dengan kreatif dan menarik.
Karangan akan lebih berkesan jika calon meletakkan atau melibatkan diri
secara terus dalam karangan tersebut. Calon juga digalakkan menyelitkan
peribahasa, pantun atau penggunaan dialog dalam karangan.

6. Kaedah Merangka Karangan:

Contoh:

1. Peta Minda ( Rujuk Lampiran A )


2. Kata Tanya ( Rujuk Lampiran B )

7. Kaedah Merangka Karangan:

7. 1Fahami betul-betul kehendak soalah


7. 2Merangka karangan: menyusun pendahuluan, isi dan penutup.
7.3Peruntukan masa hanya 60 minit. Calon perlu menjawab dua soalan.
Satu karangan tidak boleh ditulis melebihi 30 minit.
7. 4Gunakan bahasa yang mudah dan lancar.

6
Lampiran A

Sebagai seorang pemberita kamu mendapat maklumat tentang suatu kebakaran. Tulis
berita tersebut.

KAEDAH PETA MINDA

Pendahuluan
- tempat
- tarikh
- peristiwa
Isi 2
Isi 1 kerugian:
Mangsa: - RM 30 000
- lima orang Harta benda
sekeluarga musnah
- terperangkap - api marak
- asap tebal

Berita Kebakaran

Isi 3 Isi 4
Keterangan saksi: Bantuan:
- Sedang tidur nyenyak - Bomba
- Terbau asap - Setengah jam
- Menelefon bomba memadam api

Penutup
- Penghuni rumah kedai
- Berpindah ke pusat penempatan

7
Lampiran A

KAEDAH PETA TANYA

Siapa ? Siapakah ahli sains negara yang dimaksudkan ?


Siapakah yang memberi dorongan kepadanya ?

Apa ? Apakah bidang sains yang diceburinya ?


Apakah keistimewaannya ?

Di manakah beliau dilahirkan ?


Di mana ? Di manakah beliau belajar ?

Ahli
Sains Bila ? Bilakah beliau dipilih sebagai
Negara ahli sains negara ?

Bagaimana ?

Bagaimanakah beliau boleh menjadi


ahli sains negera ?

Mengapa ?

Mengapakah beliau dipilih sebagai ahli sains negara

Anda mungkin juga menyukai