Anda di halaman 1dari 3

Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata :

Bangsa yang mulia dan terhormat bukan sahaja bangsa yang kaya intelek
tetapi kaya
Dengan sikap berbudi bahasa
Salam perpaduan bertatahkan intan kemesraan saya ucapkan kepada Tuan
Peneraju
Majlis, barisan panel juri nan bijak bestari, penjaga masa yang setia dengan
detik
waktunya, dan seterusnya kulasentana dewan yang ceria di hati tinggi
pekerti.
Kulawarga dewan yang saya muliakan,
Mauduk pidato yang akan saya sampaikan ialah Kepentingan Budi Bahasa
Dalam
Kehidupan. Budi bahasa didefinisikan kepada tutur kata, kelakuan, sopan
santun dan
tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam
kata-kata mulia,
dengan kata lain, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan
perasaan baik
terhadap orang lain sebagai peribadi maupun pergaulan masyarakat
terangkum dalam
konsep budi bahasa.
Budi bahasa merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang agar
segala
tindakan mereka terpimpin dan tidak menyeleweng dari norma-norma sosial
yang
dikehendaki dalam masyarakat. Budi bahasa ini penting untuk melahirkan
insan yang
mulia, unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional Negara kea rah
wawasan 2020.
Sejajar dengan itu, subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam telah diajar
di
sekoleh-sekolah untuk membentuk generasi muda yang sentiasa
mengamalkan nilai-nilai

murni dalam kehidupan mereka.


Kulawangsa dewan penggerak wawasan,
Lontaran idea pertama, nilai budi bahasa penting dalam kehidupan untuk
melahirkan
insan yang berakhlak mulia.Penerapan nilai budi bahasa yang kukuh akan
melahirkan
ummah yang berakhlak mulia. Iman al-Ghazali mengatakan apabila kamu
hendak
mengenali wajah lihatlah pada cermin, tetapi apabila kamu hendak
mengenali diri lihatlah
pada wajah. Kata-kata tersebut mengambarkan betapa keperibadian dan
akhlak mulia
menjadi tali pengukur kepada setiap individu. Sesungguhnya berakhlak
mulia amat
dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama kita. Amalan nilai-nilai
murni dapat
membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Kini,
bilangan pelajar di negara kita sejumlah 5 juta orang, jika tidak diterapkan
dengan nilainilai
budi bahasa sejak di bangku sekolah nescaya mereka akan menjadi generasi
yang
akan merugikan negara pada masa kelak. Ingatlah bahawa falsafah hidup
yang
bertunjangkan budi bahasa pada diri akan mencerminkan susana kehidupan
yang harmoni
di Malaysia.
Kulasentana dewan, kluster ilmuan,
Lontaran idea kedua, nilai-nilai budi bahsa penting dalam kehidupan untuk
membentuk
masyarakat yang taat dan takwa kepada pencipta serta bepegang teguh
kepada ajaran
agama. Kepatuhan kepada agama dapat membentuk insan syumul yang
sentiasa patuh
kepada Tuhan dan setia kepada negara. Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan
nilai berbudi
bahasa yang terdapat dalam doktrin agama masing-masing ke dalam jiwa
anak-anak.

Insan yang beragama akan menjadi insan yang bertanggungjawab, beriman,


dan tahu
bersyukur. Tambahan pula, nilai budi bahasa yang berpaksikan agama
penting untuk
membentuk masyarakat yang bersatu padu agar kita tidak diibaratkan
umpama kambing
kecil, meretak tidak memutus tali, berantuk tidak melambung bumi.
Intihanya, nilai budi bahasa amat penting dalam kehidupan kita yang kian
sarat diasak
oleh pelbagai permasalahan sosial pada hari ini. Profesor DiRaja, Ungku Aziz
berkata,
Malaysia yang aman dan damai akan lenyap dalam sedikit masa jika
rakyatnya tidak
bermoral dan nilai budi bahasa yang kian terhakis dari jiwa mereka.
sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai