Anda di halaman 1dari 3

Tajuk : Budi Bahasa Amalan Mulia.

Mantan Perdana Menteri Malaysia , Tun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah berkata,Bangsa yang mulia dan terhormat bukan sahaja bangsa yang kaya dengan intelek tetapi kaya dengan sikap berbudi bahasa.Kata-kata ini membuat saya terpanggil untuk merungkaikan melalui sebuah pidato yang berpaksikan tajuk Budi Bahasa Amalan Mulia.

Terima kasih sejambak mawar seharum kasturi buat pimpinan majlis, barisan kehakiman intelektual berkarisma, penjaga masa yang setia dengan masanya, guruguru dan rakan-rakan yang dikasihi.

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia ,

Sidang saksi yang saya hormati,

Izinkan saya merungkaikan maksud pidato saya pada hari ini. Budi bahasa merujuk kepada tutur kata ,kelakuan , sopan santun dan tatatertib . Dengan kata lain setiap gerak laku , tutur kata , tata cara hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain, mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa.

Sidang saksi yang saya muliakan Sesunnguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya ,peradaban dan agama. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ingatlah falsafah hdup yang bertunjangkan nilai-nilai murni akan mencerminkan suasana kehidupan yang harmoni di Malaysia

Meninjau dari skop yang lebih luas , amalan berbudi bahasa dapat melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun dan memiliki tahap tatasusila yang tinggi. Bagi merealisasikannya subjek pendidikan moral dan pendididkan Islam memainkan peranan penting dalam menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid seawal mereka di bangku persekolahan.Bak kata perpatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Banyak implikasi akan timbul jika masalah budi bahasa tidak dihiraukan . Gejala tidak menghormati orang tua akan membawa kepada kesan buruk seperti wujud perasaan dendam,kasar,tidak segan silu melakukan perkara-perkara

buruk,tutur bahasa yang kasar dan tidak sopan.Ini semua berlaku akibat terpengaruh dengan pelbagai budaya yang tidak sihat,terikut-ikut dengan budaya barat sehingga lupa kepada nilai-nilai murni dan adat resam timur yang akhirnya mempengaruhi imej,watak dan penampilan diri seseorang. Mengamalkan budaya bahasa yang baik dan nilai-nilai murni mencerminkan seseorang itu memiliki budi pekerti tinggi. Amalan berbudaya bahasa menzahirkan rasa hormat antara satu sama

lain,contohnya orang muda menghormati orang tua,anak menghormati ibu bapa,murid menghormati guru.Dengan jelasnya kita dituntut menghormati orang tua dan menyayangi orang muda. Dewasa ini amalan budi bahasa dikalangan masyarakat kita semakin luntur nilai-nilai budaya bahasanya.Ini disebabkan oleh tuntutan mengejar

kebendaan,pangkat hingga menafikan nilai-nilai murni.Dengan terhakisnya nilai-nilai murni menyebabkan masyarakat luntur akhlaknya.Kita mestilah berusaha untuk menaikkan kembali budaya Melayu dipersada dunia dengan budi pekerti yang mulia. Budi bahasa perlu diterapkan dalam apa jua keadaan agar budaya dan agama kita dinilai sebagai yang terbaik. Sidang penonton penuh santun, Bahasa melambangkan bangsa.Justeru ia perlu diterapkan dalam apa jua keadaan dan masa agar bangsa dan agama kita dapat dinilai sebagai yang terbaik.Kita hendaklah membudayakan budi bahasa samada ditempat kerja,jalan raya,rumah dan masjid.Kita juga perlu sentiasa mempamerkan imej diri yang positif dalam segala tindakan samada cara berfikir,melahirkan perasaan,pertuturan dan perlakuan.Hanya dengan cara itulah kita dapat membentuk satu budaya kerja yang mantap dan berkesan. Jika suasana ini dapat diwujudkan,maka kemesraan akan wujud,saling hormat-menghormati antara satu sama lain,tanpa memperkecilkan dan meremehkan pandangan orang lain.

Tegak rumah kerana sendi, Rosak sendi rumah binasa, Tegak bangsa kerana budi, Rosak budi runtuhlah bangsa. Sidang saksi yang dihormati, Kesimpulannya,untuk memastikan amalan berbudi bahasa ini subur dalam setiap masyarakat pada setiap masa, maka semua pihak perlulah memainkan peranan masing-masing.Setiap ibu bapa adalah model dan sewajarnya menunjulkan sikap yang terbaik ketika berkomunikasi dengan anak-anak.Ibu bapa perlu menyemai sikap berbudi bahasa yang cemerlang samada percakapan atau perbuatan. Media massa diharapkan dapat memainkan peranan penting ke arah melahirkan generasi berbudi bahasa melalui penyebaran maklumat kepada

pengguna.Pemantauan hendaklah dilakukan dengan lebih berkesan dari semasa ke semasa untuk memastikan budaya berbudi bahasa dapat dihayati oleh masyarakat. Marilah sama-sama kita menerapkan amalan budi bahasa dalam

komunikasi,ucapan,pertuturan,panggilan,pergaulan dan perlakuan samada dalam keluarga,masyarakat,mahu pun di tempat kerja. Apa tanda Melayu jati Adat dan syariat dipegang mati Apa tanda Melayu beradat Budi bahasa dipegang erat . Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai