Anda di halaman 1dari 2

Berbudi bahasa amalan MULIA Sesuatu buat pembacaan semua Pepatah melayu ada

menyebutkan:"Orang berbudi kita berbahsa ,orang memberi kita merasa" cukup


sinonim dan sering digunakan dalam masyarakat kita. Ia mempercayai maksud yang
tersurat, malah menjadi pedoman kepada generasi masa kini dan akan datang, agar
benar-benar memahami dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Jika ia tidak
diamalkan, maka runtuhlah budaya, runtuhlah bangsa.

Amalan berbudaya bahasa menzahirkan rasa hormat antara satu sama lain,contohnya
orang muda menghormati orang tua, anak menghormati ibu bapa, murid menghormati
guru. Dengan jelasnya kita dituntut menghormati orang tua dan menyayangi oranga
muda. Dewasa ini terdapat di kalangan masyarakat kita semakin luntur nilai-nilai
budaya bahasa. Ini disebabkan oleh tuntutan mengajar kebendaan, pangkat hingga
menafikan nilai-nilai murni. Dengan terhakisnya nilai-nilai murni menyebabkan
masyarakat luntur akhlaknya. Gejala tidak menghormati orang tua akan membawa
kepada kesan buruk seperti wujud perasaan dendam, kasar, tidak segan silu
melakukan perkara-perkara buruk, tutur bahasa yang kasar dan tidak sopan. Ini semua
berlaku akibat terpengaruh dengan pelbagai budaya yang tidak sihat, terikut-ikut
dengan budaya barat sehingga lupa kepada nilai-nilai murni dan adat resam ke timur
yang akhirnya mempengaruhi imej, watak dan penampilan diri seseorang. Islam
mengajar manusia sentiasa berbudi bahasa dan berlemah-lembut

Mengamalkan budaya bahasa yang baik dan nilai-nilai murni mencerminkan seseorang
itu memiliki budi pekerti tinggi. Setiap tuturkata akan menggambarkan perilaku
seseorang itu, jika baik tutur katanya, maka akhlak dan perilakunya juga baik,
sebaliknya jika buruk tutur katanya maka buruklah akhlaknya seperti kata-kata syair:
"Tegak rumah kerana sendi, Rosak sendi rumah binasa, Tegak bangsa kerana budi,
Rosak budi runtuhlah bangsa

"Bahasa melambangkan bangsa". Justeru ia perlu diterapkan dalam apa jua keadaan
dan masa agar bangsa dan agama kita dapat dinilai sebagai yang terbaik. Kita
hendaklah membudayakan budi bahasa samada ditempat kerja, jalan raya, rumah dan
masjid. Kita juga perlu sentiasa mempamerkan imej diri yang positif dalam segala
tindakan samada cara berfikir, melahirkan perasaan, pertuturan dan perlakuan. Hanya
dengan cara itulah kita dapat membentuk satu budaya kerja yang menetap dan
berkesan. Jika suasana ini dapat diwujudkan, maka kemesraan akan wujud, saling
hormat-menghormati antara satu sama lain, tanpa memperkecilkan dan meremehkan
pandangan orang lain.

Kesimpulannya, untuk memastikan amalan berbudi bahasa ini subur dalam setiap
masyarakat pada setiap masa, maka marilah sekalian umat supaya dapat memainkan
peranan masing-masing. Setiap ibu bapa adalah model dan sewajarnya menunjolkan
sikap yang terbaik ketika mana ia berkomunikasi dengan anak-anak. Ibu bapa perlu
menyamai sikap berbudi bahasa yang cemerlang samada percakapan atau perbuatan.
Peranan media massa diharapkan dapat memainkan peranan penting ke arah
melahirkan budi bahasa yang unggul dan membanggakan. Ini boleh direalisasikan
dengan penyebaran drama-drama television yang berkualiti dari segi penggunaan
bahasa yang baik, jalan cerita yang menampilkan kehebatan nila-nilai murni yang tinggi,
di samping tidak menyiarkan iklan-iklan yang menjolok mata dan menggunakan bahasa
yang tidak sopan. Pemantauan hendaklah dilakukan dengan lebih berkesan dari
semasa ke semasa untuk memastikan budaya berbudi bahasa dapat dihayati oleh
masyarakat. Marilah sama-sama kita menerapkan amalan budi bahasa dalam
komunikasi, ucapan, pertuturan, panggilan, pergaulan dan perlakuan samada dalam
keluarga, masyarakat, mahu pun di tempat kerja. "

Anda mungkin juga menyukai