Anda di halaman 1dari 7

DEFINISI DAN PENGERTIAN BUDI BAHASA

Budi bahasa merujuk kepada tutur kata,kelakuan,sopan santun dan tatatertib,akal


kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia,dengan kata
lain,setiap gerak laku,tutur kata,tata hidup,pemikiran dan perasaan baik terhadap orang
lain.


Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi ketiga cetakan
keenam 2002(m/s180), budi didefinisikan sebagai akal,kebijaksanaaan atau
sifat baik, perbuatan baik dan kebajikan.


Bagi masyarakat Melayu amnya, perkataan budi itu membawa pelbagai maksud
antaranya jasa dan sumbangan yang diberikan kepada individu yang lain.
Lazimnya,orang yang menaburkan budi tidak mengharapkan balasan. Budi atau
sumbangan itu baik dari segi tenaga atau material, mestilah diberi dengan ikhlas jika
ingin diberkati ALLah SWT. Orang yang menerima budi pula tidak dituntut untuk
membalas budi yang diterima,memadai budi diterima dengan penuh ikhlas dan
kesyukuran.

CIRI-CIRI ORANG BERBUDI BAHASA
(1) Bertimbang rasa
- Perasaan bertimbang rasa merupakan sebahagian daripada sikap terpuji mengira
perbezaan latar belakang sesuatu kaum
- bertindak atau melakukan sesuatu perkara agar tidak menyinggung perasaan orang
lain
- memahami pendapat yang berbeza dan belajar menyesuaikan diri dengan orang lain

(2) Bertoleransi
- bersikap sabar
- sikap dapat menerima atau menghormati pendapatan, fikiran dan kepercayaan orang
lain

(3) Bertolak ansur
- tidak hanya mementingkan atau menguntungkan bagi sebelah pihak semata-mata
- tidak terlalu mengira bila berbuat baik sesama orang lain
- mudah memaafkan kesalahan orang lain

(4) Bersopan-santun
- lemah-lembut
- tidak angkuh, tidak menunjuk-nunjuk dan tidak sombong dalam pergaulan
dengan orang lain
- perilaku yang sopan

(5) Ramah mesra
- mudah diajak berunding
- mesra dan memberi senyuman
- penyabar dan tidak emosional

(6) Tidak mementingkan diri sendiri
- tidak hanya memperhatikan kepentingannya sendiri, tetapi kepentingan orang lain
juga
- selalu tolomg menolong antara satu sama lain
- memberi bantuan kepada orang yang memerlukankan bantuan


PERBANDINGAN AMALAN BERBUDI BAHASA
MASYARAKAT ZAMAN SEKARANG DAN ZAMAN
DAHULU
Mungkin banyak di antara kita mendengar cerita daripada atuk dan nenek kita
bagaimana mereka berinteraksi dengan orang yang lebih tua.Jikalau masyarakat dulu
sangat berbudi bahasa dan baik tutur katanya terhadap orang yang lebih tua tetapi
zaman sekarang ada sahaja anak-anak yang berani melontarkan kata-kata yang kurang
sopan.Filem-filem melayu klasik dahulu banyak menerapkan nilai-nilai berbudi
bahasa.Sebagai contoh anak-anak membongkokkan sedikit badan apabila berjalan di
hadapan orang tua,bersalaman dengan tetamu yang hadir,membuatkan air untuk
tetamu dan bertanyakan khabar.Namun di dalam filem-filem atau drama zaman
sekarang amat jarang dapat kita iht perlakuan seperti yang terdapat dalam filem-filem
klasik.

Tambahan pula, baru-baru ini negara dikejutkan dengan berita tentang seorang pelajar
menengking dan mengherdik gurunya di dalam kelas.Perkara ini jelas menunjukkan
bahawa masyarakat kini amat tidak menerapkan amalan berbudi bahasa dalam
kehidupan seharian.Lima belas tahun yang lalu amat jarang sekali kita dapat dengar
tentang tindakan kasar pelajar terhadap gurunya.Peredaran masa dan zaman dapat
merubah pelagai macam perkara.

SEBAB-SEBAB MENGAPA MASYARAKAT SEKARANG
TIDAK MENGAMALKAN BUDI BAHASA

1. I bu bapa
Kurang memainkan peranan dalam mendidik anak-anak mengenai budi bahasa
Terlalu sibuk dengan kerjaya
Terlalu mengharapkan guru/pendidik di sekolah mendidik anak-anak
Tidak menekankan aspek budi bahasa dalam diri anak-anak
2. Kemajuan teknologi

Budaya luar yang mudah diikuti
Memberi pengaruh yang kurang baik
Budaya luar tidak mementingkan budaya budi bahasa
Remaja terpengaruh dengan budaya luar seperti "punk", "gothik", dan sebagainya.
3. Diri sendiri/Remaja/Masyarakat

Menganggap tidak penting
Kolot dan memalukan
Bangga dengan status (anak orang berada)
Lebih bangga dengan budaya luar berbanding budaya sendiri
Kurang didikan agama
Kurang perpaduan negara
4.Sekolah
Kempen di sekolah kurang berkesan
Guru-guru yang kurang menekankan aspek berbudi bahasa dan lebih
mengutamakan aspek peperiksaan
Terlalubergantung terhadap kerajaan

5.Kerajaan
Tidak mementingkan budi bahasa(terutamanya kakitangan awam)
Tidak boleh dijadikan contoh kepada rakyat
Kempen yang dijalankan banyak tidak berkesan

SEJAUH MANA RAKYAT MALAYSIA
MENGAMALKAN BUDI BAHASA
Rakyat Malaysia telah lama terkenal dengan amalan berbudi bahasa. Tetapi lama
kelamaan budaya ini kian luntur kerana arus kemodenan. Jika kita lihat remaja-remaja
sekarang khususnya
kurangnya amalan berbudi bahasa dalam diri mereka. Oleh itu, Kerajaan Malaysia
mengambil inisiatif untuk memulihkan semula amalan berbudi bahasa dalam kalangan
masyarakat dan remaja khusunya. Oleh itu, di sini ingin dibuktikan sejauh mana rakyat
Malaysia mengamalkan budi bahasa.
Menghormati Orang Lain Walau di Mana Kita Berada

Beratur ketika di jalan raya

Beratur Ketika Menaiki Kenderaan Awam

Memberikan Layanan Yang Baik Di Sektor Perkhidmatan

Menghormati Orang Yang Lebih Tua

Membantu Orang Kurang Upaya Melintas Jalan





KESAN BAIK MENGAMALKAN DAN KESAN BURUK
TIDAK MENGAMALKAN AMALAN BERBUDI
BAHASA
KESAN BAIK

DIRI :
Diberi petunjuk di dunia dengan ucapkan kata-kata yang baik
Sikap yang kasar dan keras hati akan menyebabkan orang akan menjauhkan diri
dari kita.
Mengamalkan amalan berbudi bahasa akan mencerminkan keperibadian
seseorang.
MASYARAKAT:
Mendapat layanan yang baik dari masyarakat.
Melahirkan masyarakat yang baik,bertanggungjawab dan penuh amanah.
Menzahirkan rasa hormat antara satu sama lain.
NEGARA:
Menjadi khazanah yang boleh diwarisi.
Mengeratkan hubungan silaturrahim serta menyemarakkan lagi semangat
muhibbah.
Melahirkan bangsa yang penyayang.
KESAN BURUK

DIRI:
Kurangnya kesedaran sivik terhadap harta benda awam.
Dipandang serong oleh masyarakat.
Tidak dipercayai oleh orang sekeliling.
MASYARAKAT
Keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat.
Wujudnya jurang antara golongan tua dengan golongan muda.
Berlakunya perbalahan antara masyarakat.
NEGARA:
Pembangunan negara akan terbantut kerana tiada persefahaman antara
masyarakat.
Meningkatkan kes jenayah dalam negara.
Pandangan serong daripada masyarakat luar.






CARA-CARA MENERAPKAN AMALAN BERBUDI
BAHASA DAN NILAI-NILAI MURNI
Amalan dan penerapan budi bahasa dan nilai-nilai murni sama ada dalam komunikasi,
ucapan, pertuturan atau panggilan atau dalam perlakuan dan pergaulan dapat
dipraktikkan dalam :
institusi kekeluargaan
Istitusi kemasyarakatan
Institusi pembelajaran
Institusi perkhidmatan
1. Institusi Kekeluargaan
Antara Ibu Bapa-Anak-Anak-Ibu Bapa
Ibu bapa wajib mendidik,membimbing dan mengatur anak-anak supaya bertutur
dengan baik dan betul serta mempunyai kelakuan terpuji. Antaranya :
Patuh, taat, hormat dan menyayangi mereka
Menghormati orang lain, menghargai alam sekitar, tumbu-tumbuhan dan haiwan
Beradap, bertingkah laku sopan dan tertib dalam semua keadaan
Menjaga kebersihan diri, pakaian dan persekitaran
Antara Adik-Beradik
Hubungan antara adik-beradik disusun oleh aturan kelahiran dari sulung kepada tengah
dan bongsu.Yang muda mesti hormatkan yang tua, adik menghormati kakak dan abang
dengan memanggil secara baik gelaran atau pangkat yang lazim dalam
masyarakat.Antaranya ialah:
Gelaran abang long, abang ngah, kak cik atau sebagainya
Pergaulan dan kelakuan antara adik beradik perlulah bersopan santun
Rasa hormat-menghormati dan setiakawan serta saling membantu

Antara saudara-mara
Hubungan darah dan perkahwinan dengan saudara- mara sebelah ibu dan bapa, ipar
dan mentua dan sebagainya hendaklah berasaskan rasa hormat,sopan dan santun
melalui tegur sapa dan panggilan mereka
Komunikasi dan pergaulan saudara-mara juga harus berasaskan rasa hormat,
sopan dan santun.
Kunjung-mengunjungi antara saudara-mara adalah amat baik dan dapat
mengeratkan hubungan silaturrahim.






2. Institusi kemasyarakatan dan masyarakat umum
Antara generasi tua dan muda
Hubungan antara tua dan muda sentiasa berada dalam suasana hormat-
menghormati,sayang-menyayangi dan bertatasusila.Antaranya:
Mendahulukan yang tua
Bertegur sapa dengan panggilan pakcik atau makcik atau kakak atau adik jika
lebih muda
Bertutur,bercakap atau berbual dengan nada suara lembut,bersopan dan rendah
diri
Tidak berjenaka sesuka hati,memerli atau memandang rendah,membantah dan
bermegah-megah.
Yang muda diberi peluang untuk memberi pendapat atau pandangan.
Pemimpin Masyarakat dan Orang Awam

Hidup bermasyarakat memerlukan tutur kata yang sopan, fiil yang halus dan berpekerti
yang mulia. Antaranya :
Menghormati seseorang yang dipilih menjadi pemimpin
Bekerja bersama-sama , bermuafakat dan berunding.
Semangat bergotong royong.
Masyarakat Umum
Anggota Masyarakat yang berbudi adalah orang yang menunjukkan perangai, kelakuan
serta peribadi yang baik dan sentiasa menjaga dirinya dari segala macam perlakuan
buruk yang tidak disetujui masyarakat. Antaranya :
Memberi bantuan terutama kepada warga tua, warga istimewa, wanita dan
kanak-kanak.
Bertimbang rasa, sabar dan baik hati
Mengelak dari membuang sampah dan melakukan kekotoran
3. Institusi Pembelajaran
Antara Guru-Pelajar-Guru
Guru mendidik murid-murid termasuklah berbudi bahasa dan berakhlak untuk
berkelakuan baik teratur dan sejahtera. Antaranya :
Berdisiplin
Bertegur sapa dengan penuh hormat dan bersopan santun
Menggunakan bahasa yang sopan dan beradab
Berani mengakui kesalahan
Antara Pelajar-Rakan Sebaya
Saling menghormati sesama rakan. Antaranya :
Membiasakan diri mengucapkan salam atau ucap selamat
menghargai perbezaan beragama, latar belakang masyarakat dan budaya masing-
masing
menghargai idea, fikiran dan pendapat serta hak milik rakan sebaya





4. Institusi Perkhidmatan
Antara Ketua-Anggota Yang dipimpin Ketua
Layanan baik dan berbudi oleh ketua terhadap kakitangan bawahan akan menimbulkan
rasa mesra dan mendorong semua kakitangan berusaha keras untuk membantu ketua
mencapai matlamat organisasi.
Antara Rakan Sekerja
Sesama rakan sekerja perlulah menunjukkan budi pekerti yang mulia dan bahasa yang
halus serta bertimbang rasa akan sentiasa menarik rakan sekerja untuk bersama
menjalankan kerja yang bermutu, membina kesatuan organisasi dan juga mencapai
matlamat danmisi organisasi.
Antara Organisasi- Pelanggan
Anggota perkhidmatan yang berkhidmat di kaunter-kaunter barisan hadapan dan
perkhidmatan telefonis menjadi cerminan kepada seluruh organisasi yang diwakilinya.


KEPENTINGAN BERBUDI BAHASA
1. I ndividu
Dipandang serong oleh masyarakat
Mudah mendapatkan pertolongan ketika berada dalam kesusahan
Mudah didampingi oleh orang lain
Melahirkan individu yang beretika dan bersopan santun
2. Masyarakat
Mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum
Mengelakkan perbalahan sesama masyarakat
Melahirkan masyarakat yang bertamadun
3. Negara
Mempamerkan nilai positif kepada pelancong asing
menarik minat pelancong asing untuk sentiasa berkunjung ke negara kita
Meningkatkan pendapatan negara

Anda mungkin juga menyukai