Anda di halaman 1dari 10

Dalam kesibukan kita sehari-hari, kita mungkin semakin lupa untuk memupuk ciri-ciri keperibadian luhur, baik untuk

diri kita sendiri ataupun untuk anak-anak kita. Sebelum budaya masyarakat kita merosot lagi, kita harus sedar dan mempelajari serta mempraktikkan semula nilai-nilai dan budi bahasa warisan kita. Usaha ini harus dimulakan pada peringkat diri sendiri, peringkat keluarga dan pada peringkat masyarakat. Sudah sampai masanya bagi setiap warga Malaysia berjuang mengamal dan menghidupkan semula budi bahasa dan nilai-nilai murni dalam kehidupan kita. Banyak petanda di akhir-akhir ini yang menunjukkan bahawa lantaran keghairahan berlumba-lumba mengejar kehidupan moden seolah-olah kita lupa terhadap tuntutan kehidupan yang bersopan-santun dan bertatasusila. Nilai-nilai murni yang kita amalkan turun-temurun sudah mulai tampak ketinggalan ditelan aksi kehidupan moden.

Kalau ribut runduklah padi Padi cupak Datuk Temenggung Kalau hidup tidak berbudi Duduk tegak berdiri canggung

Kini kita mahu bangkit semula. Kita mahu menghidupkan semula ciri-ciri dan amalan yang pada suatu ketika dahulu didapati lumrah sebagai amalan terpuji di kalangan masyarakat Malaysia. Bangsa Malaysia di hari muka tidak harus terus membawa cara hidup yang kasar yang tiada mengandungi budi bahasa dan amalan-amalan murni. Justeru kita harus bersama berusaha mencapai tahap kehidupan yang serba melengkapi. Amalan yang melengkapi itu ialah mengamalkan cara hidup yang bersopan-santun dan bernilai murni. Dari rumah ke sekolah; dari kampung ke pejabat amalan ini harus bersama kita pupuk semula. Dari cara kita bertegur-sapa, dari cara

kita berinteraksi sesama kita hinggalah ke cara kita menjawab panggilan telefon, mengguna dan membersihkan tandas - amalan murni menjadi nilai tambah kepada kehidupan. Sesungguhnya sopan santun dan nilai-nilai murni adalah adunan hidup yang tidak harus dilemahkan oleh cara hidup moden. Seperti kata pepatah: Seperti padi, lagi runduk, lagi berisi. Untuk mendefinisikan kesantunan bahasa, kita perlu melihat peranan bahasa itu sendiri dalam konteks kehidupan seharian. Bahasa boleh dikatakan sebagai satu alat komunikasi di antara si penyampai maklumat dan si penerima maklumat atau si pendengar. Kepentingan bahasa juga dapat dilihat dalam hubungan dan pergaulan harian masyarakat. Dalam erti kata lain, bahasa berfungsi memaparkan dan menggambarkan kehidupan harian kita. Tidak keterlaluan kiranya jika bahasa itu dikatakan sebagai cermin yang menunjukkan keperibadian si penutur.Penggunaan bahasa yang betul, dari perkataan hinggalah ke aspek nada dan faktor seperti tempat dan keadaan suasana akan menentukan samada si penutur itu mempunyai budi pekerti atau sebaliknya. Kesantunan bahasa adalah berkaitan dengan kehalusan budi bahasa, keadaban dan kesopanan. Ia berperanan untuk menjaga perasaan si pendengar atau si penerima maklumat. Tidak hairanlah kenapa berlakunya pergaduhan dan pertelingkahan disebabkan isu yang berkaitan dengan kebiadapan. Seperti kata orang-orang tua, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Dapat dirumuskan bahawa kesantunan bahasa berkaitan dengan tatacara dan peraturan dalam berbahasa. Ini dilihat dari aspek cara dan bentuk bahasa yang digunakan seperti pemilihan kata, nada, gerak laku atau bahasa badan yang digunakan semasa berkomunikasi. Lima kepentingan aspek kesantunan berbahasa ialah mengandungi nilai hormat yang tinggi , kosa kata halus dan bertatasusila, tidak menyinggung perasaan orang lain apabila bertutur, melambangkan kesantunan budi, kehalusan dan kesopanan tingkah laku penutur, mencerminkan akal budi seseorang atau anggota masyarakat serta

kesantunan berbahasa melambangkan warisan bangsa melalui penghasilan karya sajak serta pantun. Kesantunan berbahasa yang mengandungi nilai hormat yang tinggi menunjukkan komunikasi antara penutur memerlukan kesopanan yang tinggi. Hal ini kerana apabila seseorang individu bertutur dengan individu lain, akan menimbulkan perasaan hormat kepada rakan. Bagi kelompok masyarakat pula, kesantunan berbahasa amat penting bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni, saling bertolak-ansur serta dapat mewujudkan kerjasama. Tambahan pula, negara akan disanjung oleh negara-negara luar kerana rakyat yang mendiami negara tersebut mempunyai kesantunan berbahasa dalam berkomunikasi. Secara tidak langsung, bilangan pelancong juga akan berminat untuk mempelajari bahasa yang dituturkan. Selain itu, kepentingan kesantunan berbahasa ialah mempunyai kosa kata yang halus dan bertatasusila. Hal ini menunjukkan pengunaan kosa kata amat penting dalam berkomunikasi. Ia juga akan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama insan. Sebagai contoh, pengerusi yang mengendalikan sesebuah majlis mengucapkan selamat pagi dan salam sejahtera kepada def-def kehormat, tuan puan serta hadirin hadirat yang dihormati sekalian. Suasana majlis juga akan menjadi tenang dan berjalan lancar. Tambahan pula, melalui kesantunan berbahasa juga, kita tidak akan menyinggung perasaan orang lain. Hali ini menggambarkan nilai hormat dan memahami perasaan seseorang individu. Sebagai contoh, apabila kita menegur seseorang, tegurlah dengan kata yang sopan agar dia tidak tersinggung dengan teguran kita. Aspek kesantunan berbahasa juga melambangkan warisan bangsa. Melalui penghasilan karya-karya sajak, pantun, syair, gurindam dan lain-lain lagi. Maksud tersirat melalui penghasilan karya dapat difahami dengan jelas dan membolehkan seseorang individu mengambil iktibar dan menjadikan sebagai kata-kata ransangan diri. Melalui pertuturan bahasa melayu juga, seseorang akan tidak dianggap sebagai seorang yang biadab atau tidak beradab sekiranya menggunakan bahasa yang sopan dan menekankan aspek kesantunan berbahasa dalam pertuturan seharian.

Tambahan pula, kesantunan bahasa menggambarkan orang melayu mementingkan serta mengutamakan adab dan nilai-nilai murni di dalam pertuturan. Sebagai contoh, dengan menggunakan gelaran untuk menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Selain itu, seseorang perlulah berjabat tangan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim yang terjalin. Selain itu, melalui kesantunan berbahasa juga melambangkan sebagai satu bahasa yang indah dan mempunyai peradaban. Kesantunan berbahasa juga dapat diterapkan melalui slogan-slogan. Sebagai contoh budi bahasa budaya kita. Hal ini menggambarkan bahasa yang indah dan mempunyai nilai-nilai murni. Melalui aspek kesantunan berbahasa juga melambangkan kehalusan budi, kesopanan dan menggambarkan tingkah laku penutur. Tingkah laku penutur dapat dicerminkan dari sikap serta cara percakapan. Sekiranya seseorang penutur bercakap dalam keadaan megah, masyarakat sekeliling akan menggambarkan penutur tersebut sebagai seorang yang bongkak dan sombong. Sehubungan dengan itu, kesantunan berbahasa juga dapat memupuk kesedaran warganegara yang mengambil emeh dalam aspek pertuturan. Sebagai contoh, golongan remaja bertutur tanpa adab dan sopan santun. Secara tidak langsung, ia menjejaskan imej sesebuah negara. Sistem panggilan yang melibatkan kerabat diraja terbahagi kepada dua iaitu sistem kekeluargaan dan sistem kata ganti nama diri. Sistem kekeluargaan merujuk kepada penggunaan kata ganti nama diri seharian. Hal ini berbeza dengan penggunaan kata ganti nama diri. Sistem ini di bahagikan pula kepada tiga bahagian iaitu kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua serta kata ganti nama diri ketiga. Melalui sistem kekeluargaan , penggunaan kata ganti nama diri digunakan mengikut gelaran. Sebagai contoh, anakanda, ayahanda, bonda, kakanda serta adinda. Sistem ini berbeza dengan panggilan seharian golongan rakyat biasa. Contohnya panggilan ayah, emak, kakak serta adik.

Sistem kata ganti nama diri yang pertama ialah penggunaan beta dan patik. Kata ganti nama pertama berbeza cara pemakaiannya walaupun melibatkan orang yang pertama. Beta digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong, Sultan, Sultanah serta Tengku Ampuan apabila bertutur dengan golongan rakyat biasa. Istilah patik pula merujuk kepada rakyat jelata apabila hendak bertutur dengan golongan diraja. Sistem kata ganti nama diri yang kedua ialah Tuanku. Kata ganti nama diri Tuanku digunakan oleh rakyat biasa apabila bertutur dengan raja dan merujuk kepada raja yang berkenaan. Selain itu, kata ganti nama diri ketiga pula ialah , Tuanku, Duli Tuanku, Duli Yang Maha Mulia serta Baginda. Kata ganti nama diri ini merujuk kepada Raja atau Permaisuri apabila bercakap dengan orang lain. Manakala, Tuan Hamba digunakan oleh Raja atau Permaisuri kepada orang bawahan yang dilawan bercakap. Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa. Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan. Semasa berkomunikasi dengan individu lain, pemilihan kata yang digunakan ditentukan oleh beberapa faktor seperti hubungan, usia dan status.

Ganti nama diri digunakan untuk merujuk diri seseorang. dalam bahasa Melayu terdapat tiga ganti nama diri. Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu juga mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri di mana ia menggabungkan sistem sapaan dan panggilan. Ini merujuk kepada gelaran sebagai tanda hormat dan sebagai ganti nama. Bagi gelaran pergaulan biasa contohnya Cik digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin, manakala Encik untuk lelaki sahaja.

Gelaran Pergaulan (Formal) pula, sebagai contoh Tuan digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada kendiri, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed. Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi pangkatnya, daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad. Puan pula untuk perempuan sahaj ayang pangkatnya lebih tinggi daripada kendiri, dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya. Manakala saudara digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur dengankendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum rapat dewngan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahliahli dalam mesyuarat,perbahasan dan sebagainya. Saudari pula digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara. Tetuan hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan (termasuk syarikat guaman) seperti: Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.)

Gelaran Warisan adalah seperti Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu). Bagi gelaran keturunan orang-orang besar pula ialah seperti Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Abang (Sarawak); Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu). Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti syed atau sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.

Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh). Gelaran Kurniaan sebagai contoh Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Satuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu) Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956). Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Gelaran Ikhtisas ialah gelaran bagi individu yang diperoleh melalui pencapaian atau kejayaan akademik atau kemahiran dalam bidang tertentu seperti Profesor,Doktor,Ustaz dan Ustazah.

Rujukan Hormat ialah seperti Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Sultan, Raja, Sultanah Duli Yang Maha Mulia, Balu Raja, Yang Maha Mulia, Raja Muda atau Tengku Mahkota dan Duli Yang Teramat Mulia. Jenama kekeluargaan sebagai contoh abang,kakak,adik,Pak Long,Pak Lang,Mak Long,Mak Lang dan sebagainya. Konsep kesantunan tidak harus tertumpu kepada satu-satu bangsa sahaja Kesimpulannya nilai-nilai murni serta budi bahasa juga penting bagi menghasilkan masyarakat yang benar-benar membangun dan bertamadun. Pembangunan yang seimbang bukan sahaja mengambil kira dimensi ekonomi, tetapi juga mentaliti sesebuah masyarakat. Hasrat saya adalah untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang mendukung pemikiran kelas pertama. Pengamalan etika yang luhur, budaya kerja yang mengutamakan prestasi berserta dengan adap sopan yang terpuji berupaya menaikkan nama Malaysia di mata dunia. Ia berupaya memartabatkan kita sebagai rakyat Malaysia. Dengan demikian, masyarakat juga haruslah menganjurkan aktiviti yang berteraskan amalan bersopan santun dalam aktiviti setempat. Sekiranya amalan ini terus subur berkembang, nescaya generasi muda akan turut sama-sama

menghayatinya. Jelaslah di sini bahawa pelbagai alternatif perlu diambil untuk memastikan amalan ini tidak terhakis dalam generasi muda kini, persis kata mutiara,Budi Bahasa Budaya Kita.

Dari Daik pulang ke Daik Sehari-hari berkebun pisang Budi baik dibalas baik Dalam hati dikenang orang Tanam lenggun tumbuh kelapa Terbit bunga pucuk mati Budi tuan saya tak lupa Sudah terpaku di dalam hati Tenang-tenang air laut Sampan kolek mudik ke tanjung Hati terkenang mulut menyebut Budi baik rasa nak junjung Kapal belayar dari Arakan Ambil gaji jadi jemudi Mati ikan kerana umpan Mati saya kerana budi Burung Serindit terbang melayang Mari hinggap di ranting mati Bukan ringgit dipandang orang Budi bahasa rangkaian hati Sumber : Akhbar Utusan Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka

Anda mungkin juga menyukai