Anda di halaman 1dari 11

Cerpen adalah satu cerita pendek yang mempunyai satu tema yang utama dan selalunya mengandungi 6 hingga

8 muka surat sahaja. Perjalanan watak berkembang dengan pantas. Ceritanya juga pendek dan padat. Ia tidak memerlukan ayat yang panjang lebar dan berbelit-belit. Cerpen mempunyai tema yang pelbagai seperti soal cinta, ekonomi, politik, sosial dan sebagainya. Selain itu, cerpen mestilah mengandungi lima perkara asas iaitu kenapa, dimana, bagaimana, bila dan siapa dalam keseluruhan proses penceritaan itu sehinggalah selesai atau tamatnya sebuah cerpen. Ramai penulis di negara ini kebanyakannya bermula dengan genre penulisan cerpen seperti Amaruszati Nur Rahim, Lily Haslina Nasir dan lain-lain lagi. KESANTUNAN BAHASA Kesantunan berbahasa dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana seperti patik, berangkat dan mencemar duli. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan. Abdul Shukor Shaari (2003) mentakrifkan kesantunan sebagai cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang itu dengan penuh sopan, tidak biadap atau kurang ajar. Kesantunan bahasa merangkumi aspek-aspek seperti pemilihan kata yang digunakan ketika bertegur sapa, nada, gerak laku dan gaya yang digunakan ketika berkomunikasi. Merujuk kepada cerpen yang telah saya pilih, kesantunan bahasa jelas ditunjukkan oleh pengarang. Kesantunan bahasa yang ditonjolkan sangat memberi kesan kepada pembaca. Contohnya, Jangan kau sesali nasibmu, nak. Kau harus berterima kasih kerana kau dilahirkan dengan jiwa dan sifat mulia, tidak mempunyai naluri pembunuh sebagaimana yang ada pada harimau, singa, buaya, dan juga manusia. Demikian pertuturan seorang bapa kepada anaknya yang merungut tentang kejadian mereka yang dianggap bodoh. Kata-kata yang diungkapkan membawa makna tersendiri yang mampu menyentuh perasaan pembaca. Ia juga menggunakan bahasa halus tetapi mudah difahami. Kesantunannya dapat diteliti dengan penggunaan bahasa atau kata-kata yang sopan, tidak biadap dan memberi nasihat. Begitu juga dengan contoh lain seperti , Perutmu sakit? Pertanyaan yang diajukan oleh si ibu kepada anaknya dengan penuh kasih sayang. Kehalusan budi bahasa memainkan peranan penting dalam aspek kesantunan bahasa kerana setiap

kesalahan kata yang diungkapkan boleh merosakkan kesantunan bahasa. Contoh lain yang dapat diketengahkan dalam cerpen ini ialah, Mari kita ikuti jejak darah bapamu,. Penggunaan perkataan mari dalam ayat tersebut dapat digambarkan sebagai kata yang boleh membawa kepada kesantunan berbahasa. Ajakan si ibu kepada anaknya untuk menjejaki darah si bapa jelas menunjukkan penggunaan kesopanan dan kehalusan bahasa dalam berkomunikasi. Sehubungan dengan kesantunan berbahasa dalam adat melayu, mereka memandang tinggi dan memuliakan orang yang berbudi bahasa. Orang yang mempunyai budi bahasa, berbudi mulia dan sopan dalam berbahasa diberi nilai yang sangat tinggi manakala orang yang tidak mempunyai budi bahasa dan bercakap dengan tidak sopan dianggap berperangai rendah. 6.3 SISTEM SAPAAN

Bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan rujukan mengikut situasi dan konteks yang sesuai. Kesalahan penggunaan kata sapaan ini boleh menimbulkan hubungan yang tidak harmoni antara penutur dan pendengar. Kata-kata membawa implikasi yang berlainan apabila digunakan dalam situasi yang berbeza. Sistem sapaan melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Ia terbahagi kepada pelbagai kategori. Antaranya ialah panggilan dalam keluarga sedarah, gelaran pergaulan tak sengaja (formal), gelaran warisan, gelaran kurniaan kerajaan dan banyak lagi. Dalam cerpen yang saya pilih ini, sistem sapaan yang banyak digunakan ialah panggilan dalam keluarga sedarah atau keluarga asas. Contohnya, bapa, ibu dan adik yang menunjukkan pertalian darah antara mereka . Penggunaan kata ganti diri pertama jelas kelihatan. Contohnya aku dalam ayat ini, Aku selamanya mengagumi ketajaman pendengaran dan penciuman bapa. Kata ganti diri aku dalam ayat tersebut menegaskan bahawa watak aku sahaja yang berkata sedemikian. Selain itu, terdapat juga kata ganti diri kedua, iaitu Kami berbaring dan berbual-bual sementara menanti mata mengantuk. Kami merupakan kata ganti diri yang mewakili ramai orang, sama ada dua orang atau lebih. Kebanyakan sistem sapaan yang ditunjukkan oleh pengarang dalam cerpen ini merujuk kepada keluarga sedarah kerana terdapat pertalian kekeluargaan dalam hubungan mereka iaitu keluarga asas. Kata ganti diri dalam sesebuah keluarga ditentukan melalui pertalian darah keluarga asas, keluarga suku/perut dan keluarga turun-temurun.

Lantaran itu, bahasa yang ditekuni dengan pemilihan sistem sapaan yang tepat, sesuai dan jitu akan membina kesantunan bahasa dan pemikiran yang besar apabila dibaca atau diungkapkan. Pada umumnya, sistem sapaan merupakan satu daripada wahana perhubungan dan komunikasi antara manusia. Sebagai satu keperluan sosial, sistem sapaan memang menjadi alat penting dalam setiap pertuturan seseorang. 6.4 KEPENTINGAN GAYA BAHASA, KESANTUNAN BAHASA, SISTEM SAPAAN DALAM MASYARAKAT MALAYSIA Dalam mengejar dunia tanpa sempadan, budi bahasa dan ketinggian nilainya khususnya dalam masyarakat Malaysia kian terhakis akibat pembangunan pesat yang kian rancak. Manusia hanya tahu pergi kerja dan pulang begitu sahaja sehingga kadang-kadang langsung tidak bertegur sapa antara jiran tetangga. Sikap individualistik sebegini amat mambimbangkan. Arus pembangunan yang seakanakan tiada berpenghujung mendorong masyarakat untuk mengejar wang ringgit tanpa mempedulikan komuniti setempat. Kemana hilangnya semangat kekitaan dan budi bahasa yang dahulunya menjadi kebanggaan kita semua. Bahkan anak-anak muda bersidai di sana sini tanpa ada rasa malu dengan ungkapan-ungkapan yang tidak menyenangkan. Kata-kata yang dituturkan seolah-olah tidak diajar dan langsung tiada adab. Penggunaan bahasa yang baik amat penting untuk menyampaikan sesuatu mesej. Sekiranya bahasa yang digunakan buruk dan tidak menepati ciri-ciri kesantunan bahasa yang baik, bagaimanakah maklumat tersebut dapat disampaikan dengan berkesan. Oleh yang demikian, gaya bahasa yang menarik, kesantunan bahasa yang tinggi dan penggunaan sistem sapaan yang betul khususnya dalam kalangan masyarakat Malaysia adalah menjadi satu perkara penting yang perlu dititikberatkan. Secara umumnya, penggunaan gaya bahasa yang menarik penting bagi menarik minat seseorang untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang apa yang ingin kita ungkapkan sama ada dalam bentuk lisan mahupun tulisan. Selain itu, penggunaan gaya bahasa yang menarik dapat membantu meningkatkan penggunaan kosa kata seseorang. Seperti yang kita sedia maklum, gaya bahasa merupakan sesuatu yang indah jika digunakan tepat pada tempatnya. Tidak mustahil penggunaan gaya bahasa yang menarik mampu menggembirakan hati semua

orang. Oleh itu, gaya bahasa memainkan peranan yang penting dalam sesuatu situasi. Merujuk kepada kesantunan bahasa dan sistem sapaan, kedua-duanya dilihat saling berkaitan antara satu sama lain. Oleh sebab itu, kedua-duanya adalah sangat penting dalam memastikan keluhuran dalam setiap tutur bicara masyarakat di Malaysia. Kesantunan berbahasa adalah penting dalam memastikan sesuatu perhubungan atau komunikasi itu menjadi berkesan. Penggunaannya meliputi pelbagai aspek dalam kehidupan setiap individu. Amat mengejutkan lagi apabila kesan besar kepada penggunaan kesantunan berbahasa yang kurang memuaskan berlarutan dalam aktiviti seharian kita, khususnya dalam bentuk lisan secara berterusan akan membawa kesan yang negatif kepada pemikiran seseorang itu. Penggunaan kesantunan berbahasa dan sistem sapaan yang lemah akan menjejaskan keyakinan seseorang dan boleh juga mendorong kepada akhlak yang buruk. Oleh itu, amat penting bagi kita sebagai rakyat Malaysia untuk mengamalkan penggunaan bahasa yang baik. Golongan pengarang dilihat dapat menyajikan santapan minda buat masyarakat dengan menyelitkan penggunaan bahasa yang indah lagi menyantun untuk tatapan dan pengertian warga merdeka melalui karyakarya yang dihasilkan. KESANTUNAN BAHASA Kesantunan berbahasa dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana seperti patik, berangkat dan mencemar duli. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan. Abdul Shukor Shaari (2003) mentakrifkan kesantunan sebagai cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang itu dengan penuh sopan, tidak biadap atau kurang ajar. Kesantunan bahasa merangkumi aspek-aspek seperti pemilihan kata yang digunakan ketika bertegur sapa, nada, gerak laku dan gaya yang digunakan ketika berkomunikasi. Merujuk kepada cerpen yang telah saya pilih, kesantunan bahasa jelas ditunjukkan oleh pengarang. Kesantunan bahasa yang ditonjolkan sangat memberi kesan kepada pembaca. Contohnya, Jangan kau sesali nasibmu, nak. Kau harus berterima kasih kerana kau dilahirkan dengan jiwa dan sifat mulia, tidak mempunyai naluri pembunuh sebagaimana yang ada pada harimau, singa, buaya, dan juga manusia. Demikian pertuturan seorang bapa kepada anaknya yang merungut

tentang kejadian mereka yang dianggap bodoh. Kata-kata yang diungkapkan membawa makna tersendiri yang mampu menyentuh perasaan pembaca. Ia juga menggunakan bahasa halus tetapi mudah difahami. Kesantunannya dapat diteliti dengan penggunaan bahasa atau kata-kata yang sopan, tidak biadap dan memberi nasihat. Begitu juga dengan contoh lain seperti , Perutmu sakit? Pertanyaan yang diajukan oleh si ibu kepada anaknya dengan penuh kasih sayang. Kehalusan budi bahasa memainkan peranan penting dalam aspek kesantunan bahasa kerana setiap kesalahan kata yang diungkapkan boleh merosakkan kesantunan bahasa. Contoh lain yang dapat diketengahkan dalam cerpen ini ialah, Mari kita ikuti jejak darah bapamu,. Penggunaan perkataan mari dalam ayat tersebut dapat digambarkan sebagai kata yang boleh membawa kepada kesantunan berbahasa. Ajakan si ibu kepada anaknya untuk menjejaki darah si bapa jelas menunjukkan penggunaan kesopanan dan kehalusan bahasa dalam berkomunikasi. Sehubungan dengan kesantunan berbahasa dalam adat melayu, mereka memandang tinggi dan memuliakan orang yang berbudi bahasa. Orang yang mempunyai budi bahasa, berbudi mulia dan sopan dalam berbahasa diberi nilai yang sangat tinggi manakala orang yang tidak mempunyai budi bahasa dan bercakap dengan tidak sopan dianggap berperangai rendah. 6.3 SISTEM SAPAAN

Bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan rujukan mengikut situasi dan konteks yang sesuai. Kesalahan penggunaan kata sapaan ini boleh menimbulkan hubungan yang tidak harmoni antara penutur dan pendengar. Kata-kata membawa implikasi yang berlainan apabila digunakan dalam situasi yang berbeza. Sistem sapaan melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Ia terbahagi kepada pelbagai kategori. Antaranya ialah panggilan dalam keluarga sedarah, gelaran pergaulan tak sengaja (formal), gelaran warisan, gelaran kurniaan kerajaan dan banyak lagi. Dalam cerpen yang saya pilih ini, sistem sapaan yang banyak digunakan ialah panggilan dalam keluarga sedarah atau keluarga asas. Contohnya, bapa, ibu dan adik yang menunjukkan pertalian darah antara mereka . Penggunaan kata ganti diri pertama jelas kelihatan. Contohnya aku dalam ayat ini, Aku selamanya mengagumi ketajaman pendengaran dan penciuman bapa. Kata ganti diri aku

dalam ayat tersebut menegaskan bahawa watak aku sahaja yang berkata sedemikian. Selain itu, terdapat juga kata ganti diri kedua, iaitu Kami berbaring dan berbual-bual sementara menanti mata mengantuk. Kami merupakan kata ganti diri yang mewakili ramai orang, sama ada dua orang atau lebih. Kebanyakan sistem sapaan yang ditunjukkan oleh pengarang dalam cerpen ini merujuk kepada keluarga sedarah kerana terdapat pertalian kekeluargaan dalam hubungan mereka iaitu keluarga asas. Kata ganti diri dalam sesebuah keluarga ditentukan melalui pertalian darah keluarga asas, keluarga suku/perut dan keluarga turun-temurun. Lantaran itu, bahasa yang ditekuni dengan pemilihan sistem sapaan yang tepat, sesuai dan jitu akan membina kesantunan bahasa dan pemikiran yang besar apabila dibaca atau diungkapkan. Pada umumnya, sistem sapaan merupakan satu daripada wahana perhubungan dan komunikasi antara manusia. Sebagai satu keperluan sosial, sistem sapaan memang menjadi alat penting dalam setiap pertuturan seseorang. 6.4 KEPENTINGAN GAYA BAHASA, KESANTUNAN BAHASA, SISTEM SAPAAN DALAM MASYARAKAT MALAYSIA Dalam mengejar dunia tanpa sempadan, budi bahasa dan ketinggian nilainya khususnya dalam masyarakat Malaysia kian terhakis akibat pembangunan pesat yang kian rancak. Manusia hanya tahu pergi kerja dan pulang begitu sahaja sehingga kadang-kadang langsung tidak bertegur sapa antara jiran tetangga. Sikap individualistik sebegini amat mambimbangkan. Arus pembangunan yang seakanakan tiada berpenghujung mendorong masyarakat untuk mengejar wang ringgit tanpa mempedulikan komuniti setempat. Kemana hilangnya semangat kekitaan dan budi bahasa yang dahulunya menjadi kebanggaan kita semua. Bahkan anak-anak muda bersidai di sana sini tanpa ada rasa malu dengan ungkapan-ungkapan yang tidak menyenangkan. Kata-kata yang dituturkan seolah-olah tidak diajar dan langsung tiada adab. Penggunaan bahasa yang baik amat penting untuk menyampaikan sesuatu mesej. Sekiranya bahasa yang digunakan buruk dan tidak menepati ciri-ciri kesantunan bahasa yang baik, bagaimanakah maklumat tersebut dapat disampaikan dengan berkesan. Oleh yang demikian, gaya bahasa yang menarik, kesantunan bahasa yang tinggi dan penggunaan sistem sapaan yang betul khususnya dalam

kalangan masyarakat Malaysia adalah menjadi satu perkara penting yang perlu dititikberatkan. Secara umumnya, penggunaan gaya bahasa yang menarik penting bagi menarik minat seseorang untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang apa yang ingin kita ungkapkan sama ada dalam bentuk lisan mahupun tulisan. Selain itu, penggunaan gaya bahasa yang menarik dapat membantu meningkatkan penggunaan kosa kata seseorang. Seperti yang kita sedia maklum, gaya bahasa merupakan sesuatu yang indah jika digunakan tepat pada tempatnya. Tidak mustahil penggunaan gaya bahasa yang menarik mampu menggembirakan hati semua orang. Oleh itu, gaya bahasa memainkan peranan yang penting dalam sesuatu situasi. Merujuk kepada kesantunan bahasa dan sistem sapaan, kedua-duanya dilihat saling berkaitan antara satu sama lain. Oleh sebab itu, kedua-duanya adalah sangat penting dalam memastikan keluhuran dalam setiap tutur bicara masyarakat di Malaysia. Kesantunan berbahasa adalah penting dalam memastikan sesuatu perhubungan atau komunikasi itu menjadi berkesan. Penggunaannya meliputi pelbagai aspek dalam kehidupan setiap individu. Amat mengejutkan lagi apabila kesan besar kepada penggunaan kesantunan berbahasa yang kurang memuaskan berlarutan dalam aktiviti seharian kita, khususnya dalam bentuk lisan secara berterusan akan membawa kesan yang negatif kepada pemikiran seseorang itu. Penggunaan kesantunan berbahasa dan sistem sapaan yang lemah akan menjejaskan keyakinan seseorang dan boleh juga mendorong kepada akhlak yang buruk. Oleh itu, amat penting bagi kita sebagai rakyat Malaysia untuk mengamalkan penggunaan bahasa yang baik. Golongan pengarang dilihat dapat menyajikan santapan minda buat masyarakat dengan menyelitkan penggunaan bahasa yang indah lagi menyantun untuk tatapan dan pengertian warga merdeka melalui karyakarya yang dihasilkan. KONSEP KESANTUNAN BERBAHASA , VERBAL DAN NON VERBAL Kesantunan bahasa secara umumnya merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya. Tatabahasa atau tatacara berbahasa harus sesuai dengan norma budaya masyarakat tersebut. Kesantunan bahasa sesuatu masyarakat seringkali dipenuhi oleh norma budaya

masyarakat tersebut. Bahasa yang digunakan bukan sahaja mengambil kira bentuk atau pilihan kata tetapi turut menitikberatkan sistem sapaan yang akan diguna pakai. Noresah Baharom (2000) mendefinisikan kesantunan sebagai perihal santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa dan budi pekerti). Manakala Asmah Hj. Omar pula mentakrifkan kesantunan merujuk kepada kesedaran peranan, taraf sosial, kuasa dan kepatuhan mengawal perbincangan dan menjaga air muka. Selain itu, kesantunan berbahasa juga diertikan sebagai kesopanan dan kehalusan ketika menggunakan bahasa, baik dalam bentuk lisan mahupun dalam bentuk tulisan. Konsep ini bermaksud kesantunan berbahasa bukan sahaja secara berkomunikasi dan juga bahasa tubuh tetapi juga merangkumi penulisan. Dari segi percakapan, penggunaan bahasa juga berbeza mengkut umur dan peringkat. Laras bahasa yang sesuai harus digunakan pada masa berkenaan. Dalam konsep kesantunan tulisan, kita hendaklah menulis sesuatu perkara dengan pemilihan ayat dan bahasa yang sesuai agar ia senang difahami. 7.1.1 Kesantunan Verbal Kesantunan verbal bermaksud komunikasi lisan. Bahasa verbal biasanya dikaitkan dengan ungkapan kata yang bermakna, sama ada yang dituturkan atau bertulis, budaya, bahasa dan komunikasi. Konsep ini boleh dimaksudkan dengan bertutur secara lisan. Selalunya kita akan menggunakan bahasa yang lembut dan panggilan yang sesuai untuk berkomunikasi dengan orang di sekeliling kita. Menurut Norazilah Buhari, Nor Azlili Hassan dan Nadhirah Nordin, (Universiti Tun Abdul Rahman), dalam kajian mereka yang bertajuk Keberkesanan Interaksi Melalui Komunikasi Bukan Verbal : Satu Tinjauan Awal, mereka berpendapat komunikasi verbal terhasil dalam bentuk lisan atau bertulis. Hal ini bermaksud percakapan yang tinggi atau berbisik dalam sesuatu majlis bukanlah merupakan kesantunan bahasa. Sebagai contoh, apabila kita meninggi suara dalam sesuatu majlis, orang yang berada di sekitar itu mungkin tidak akan selesa dan boleh menimbulkan suasana yang tidak selesa. 7.1.2 Kesantunan Non Verbal Kesantunan bukan verbal adalah penyampaian pesan tanpa kata-kata. Definisi ini bermaksud komunikasi bukan verbal ialah kita berkomunikasi secara tanpa berkata, berucap dan bercakap untuk memberitahu sesuatu perkara. Dengan erti kata lain komunikasi bukan verbal boleh dimaksudkan kita menggunakan bahasa tubuh dan pergerakan tubuh badan kita untuk memberitahu sesuatu hal kepada

seseorang. Konsep ini juga bertujuan menerangkan secara mendalam konsep verbal dengan menggunakan bahasa tubuh dan mimik muka. Postur badan memainkan peranan penting dalam konsep ini. Hal ini kerana jika postur badan tidak dapat menunjukkan apa yang kita ingin memberitahu, jadi konsep ini tidak dapat disempurnakan. Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (1999) apa yang disebut bahasa badan (bahasa tubuh) termasuklah perhubungan ruang dari jarak, orientasi masa, gerak-geri, gerak mata, sentuhan, suara dan kadar kelajuan kita bercakap. Dengan membaca bahasa tubuh, kita dapat mengetahui sama ada mesej yang diperkatakan itu dapat diterima secara positif atau sebaliknya. Dalam kajian komunikasi pula, nada suara, corak air muka, isyarat tangan, dan isyarat-isyarat lain yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu maksud digolongkan sebagai komunikasi non verbal. Ini bererti kesantunan non verbal ialah aspek komunikasi yang penting kerana ia dapat menyampaikan sesuatu perkara yang sukar melalui percakapan. Konsep ini juga dapat menambahkan keberkesanan untuk menyampaikan maklumat dengan tepat. Hal ini kerana seseorang itu boleh menggunakan bahasa tubuh untuk menyampaikan maksud tersirat semasa menyampaikan ucapan. Seterusnya, kesantunan bahasa dalam cerpen Meniti Ranjau oleh Jais Sahok ini dapat dilihat daripada dua segi iaitu verbal dan non verbal. Kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan kepada orang yang dihormati, setaraf atau orang yang lebih rendah kedudukannya. (Amat Juhari Moain,1992). Hal ini jelas kerana sememangnya itulah fungsi bersopan santun ketika berbahasa. Sebagai contoh, Zikri, yang membahasakan emaknya, ayahnya dan bosnya dengan sungguh baik, hormat dan bersopan. Zikri masih ingat bagaimana tolak ansur bapanya terhadap hasratnya untuk bekerja di sebuah hotel. Malah, kesantunan bahasa juga dapat dilihat di dalam cerpen ini apabila Zikri tidak bertindak negatif terhadap herdikan bosnya, Encik Thong. Namun, dia bertindak sebaliknya apabila berhadapan dengan dua orang pengawal keselamatan yang menahannya. Yalah aku tahu tapi ini lebihan makanan orang. Dia cuba berkeras dengan kebenarannya. Dia mengharapkan jaga itu memahami maksudnya. Bahasa yang digunakan Zikri masih sopan namun agresif. Hal ini jelas berlainan dengan Encik Thong yang terang- terangan menggunakan bahasa yang kasar terhadap Zikri. Justeru, ibu bapa Zikri pula lebih terarah menasihatinya di dalam cerpen ini. Manakala, sistem sapaan yang digunakan di dalam cerpen ini pula begitu jelas untuk menunjukkan taraf Zikri terutamanya terhadap keluarga, ibu bapa dan rakan- rakannya serta dengan orang yang lebih tua daripada dirinya. Zikri menggelarkan Encik Thong sebagai Encik, merujuk kepada tarafnya sebagai ketua Zikri. Bahkan, Zikri menghormati ibu bbapanya dengan panggilan emak dan ayah. Begitu juga apabila betemu rakan- rakannya, Zikri turut menggunakan kata sapaan yang sesuai sebagai tanda hormat dan sopan terhadap mereka. Jelasnya, di dalam cerpen ini, penggunaan sistem sapaan begitu ketara dan positif.

Di dalam konteks yang lebih menyeluruh, gaya bahasa, kesantunan bahasa dan sistem sapaan penting dalam masyarakat Malaysia bagi melestarikan kesopanan budaya timur iaitu masyarakat Melayu dan bagi menonjolkan ciri- ciri keunikkan di dalam bahasa Melayu. Malah, tiga perkara ini juga penting dalam masyarakat Malaysia untuk mengukuhkan hubungan di antara kaum, memberikan dan menerima anggapan yang baik terhadap dan daripada orang lain selain menjadi masyarakat yang majufikiran dan tindakannya. Hal ini juga jelas kepentingannya dalam konteks global. Namun, fenomena kesantunan berbahasa dalam kalangan generasi muda hari ini dilihat semakin merosot dan suram. Hal ini kerana desakan ruang, waktu, tenaga dan wang. Generasi muda terpaksa menggunakan bahasa yang cacamarba dan bahasa singkatan seperti di dalam facebook, twitter, email mahu pun ketika bersms. Sesetengahnya pula, begitu terpengaruh dengan rakan sebaya dan ada pula dalam kalangan generasi muda gemar menggunakan bahasa yang kasar dan tidak sopan sebagai identiti mereka kerana ianya mudah, cepat dan semakin difahami serta digunapakai oleh generasi muda. Kesimpulannya, seperti cerpen Meniti Ranjau karya Jais Sahok, aspek- aspek penggunaan bahasa yang baik haruslah dikekalkan dan ditingkatkan agar ianya tidak lapuk dek panas dan tak lekang dek hujan.

MENGHURAIKAN KONSEP KESANTUNAN BERBAHASA, VERBAL DAN NON VERBAL Konsep kesantunan berbahasa merupakan satu konsep yang berkait rapat dengan aspek bersopan santun dalam berbahasa terutamanya ketika berkomunikasi dengan orang lain, ketika menyampaikan mesej kepada audiens, ketika berinteraksi dengan seseorang dan lainlain lagi. Daripada aspek bahasa Malaysia menurut pemahaman saya, kesantunan berbahasa merujuk kepada kesantunan berbahasa daripada segi verbal dan non verbal. Melalui verbal dan non verbal, kesantunan berbahasa dapat ditonjolkan dan seterusnya dicontohi oleh masyarakat terutamanya golongan muda masa kini yang dilihat semakin meminggirkan kesantunan berbahasa sama ada daripada segi verbal atau pun non verbal. Kesantunan berbahasa daripada segi verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan. Kesantunan berbahasa verbal perlu sentiasa ditonjolkan terutamanya semasa bercakap dengan orang lain, bergurau senda dengan rakan- rakan, menyampaikan maklumat, bertanyakan sesuatu, membuat pembentangan kepada umum dan lain- lain lagi. Secara ringkasnya, konsep kesantunan berbahasa verbal merujuk kepada semua aspek komunikasi secara lisan. Sebagai contoh, melalui media massa seperti radio, televisyen dan internet, pengucapan awam dan ceramah, seminar serta sesi ucapan. Semua contoh tersebut menuntut penuturnya agar menggunakan bahasa yang sopan santun semasa menyampaikan apa- apa yang ingin disampaikan. Manakala, kesantunan berbahasa daripada segi non verbal pula merujuk kepada perbuatan, ekspresi wajah, bahasa tubuh dan isyarat. Tidak kira sama ada melalui verbal atau non verbal,

konsep kesantunan berbahasa itu perlu ada pada setiap insan di atas muka bumi ini. Konsep kesantunan berbahasa non verbal ini merujuk kepada semua perlakuan yang tidak menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami. Sebagai contoh, non verbal melalui media cetak seperti surat khabar, majalah, jurnal dan buku. Justeru, bahasa tubuh, ekspresi wajah yang merangkumi hubungan mata juga memainkan peranan yang sama penting untuk melestarikan konsep kesantunan berbahasa itu. Kesimpulannya, konsep kesantunan berbahasa ini perlulah dihayati, diamalkan dan dipraktikkan oleh setiap lapisan masyarakat di seluruh dunia. Hal ini kerana, kesantunan dalam berbahasa itu sangat penting sama ada verbal atau non verbal bagi menjaga nama baik bangsa, agama dan tanah air tercinta. Malahan, kesantunan berbahasa ini juga dapat menjaga hubungan baik kita sesama insan berbagai bangsa serta mengekalkan dan mengeratkan hubungan silaturahim yang baik dengan semua orang. Oleh itu, diharapkan semua pihak dapat bersama- sama berganding bahu dalam membangkitkan, menanam dan mengimplimentasikan nilai- nilai baik dalam konsep kesantunan berbahasa verbal dan non verbal agar kita semua mendapat manfaatnya di samping kita sama- sama melestarikan penggunaan bahasa yang bertunjangkan konsep kesantunan berbahasa.

Anda mungkin juga menyukai