Anda di halaman 1dari 9

IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru Jalan Datin

Halimah, 80350 Johor Bahru, Johor

NAMA PENSYARAH ENCIK JAFRI BIN HUSSIN


NAMA : IZZAH NAZIRAH BT MOHD NAJIB
ANGKA GILIRAN : 2018122310063
NO. KAD PENGENALAN : 990904-01-5076
PROGRAM : PPISMP
OPSYEN : PENDIDIKAN JASMANI (SK)
AMBILAN : JUN 2018
KUMPULAN / UNIT : PENDIDIKAN JASMANI 3
NO. TELEFON : 017-6016070
EMAIL : izzahnazirah52@gmail.com
KOD & NAMA KURSUS : KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA
TAJUK : MENGHURAIKAN ASPEK KESANTUNAN
TARIKH HANTAR : 9 OGOS 2018
ISI KANDUNGAN

No. Tajuk Halaman

1. Pengenalan Kesantunan Bahasa 1

2. Takrifan Tokoh-tokoh Dunia 2-3

3. Aspek-aspek Kesantunan Bahasa 4

4. Kepentingan Kesantunan Bahasa 5

5. Rumusan 6

6. Rujukan 7
1. PENGENALAN KESANTUNAN BAHASA

Menurut Kamus Dewan Bahasa (1989), ‘Kesantunan’ dapat ditakrifkan sebagai perihal
santun, kesopanan, kehalusan berbudi bahasa atau budi pekerti iaitu baik dalam bahasa
mahupun tulisan. Manakala, bahasa merupakan salah satu alat untuk berkomunikasi.
Melalui bahasa juga, terdapat unsur perlambangan dan simbol budaya. Malaysia merupakan
negara yang mempunyai penduduk berbilang bangsa dan keturunan. Nilai berbudi bahasa
atau dalam erti kata lain kesantunan dalam berbahasa sememangnya sudah menjadi salah
satu nilai yang utama yang perlu diamalkan dalam kalangan rakyat di Malaysia. Malahan,
kesantunan dalam berbahasa telah lama diterapkan ke dalam budaya melayu sejak azali
lagi. Namun, pada masa kini, masih ramai gagal menerapkan budaya kesantunan bahasa di
dalam kehidupan seharian. Kesantunan secara dasarnya menekankan tentang ketinggian
akhlak serta jati diri yang tinggi. Kesantunan bahasa juga dapat didefinisikan sebagai
kesopanan dan kehalusan dalam menuturkan setiap perkataan dan menggunakan bahasa
dengan baik sama ada dalam komunikasi mahupun tulisan. Dengan bahasa, masyarakat
dapat berkomunikasi antara satu sama lain sama dan perlu dipraktikkan dalam setiap
komunikasi oleh setiap lapisan bangsa dan masyarakat tidak kira orang yang dihormati,
orang yang sama taraf mahupun orang yang lebih rendah tarafnya daripada si penutur.

2. TAKRIFAN TOKOH-TOKOH DUNIA


Secara umumnya, kesantunan bahasa dapat menggambarkan nilai kesopanan diri
seseorang individu dalam komunikasi. Dalam kesantunan bahasa, terdapat tokoh-tokoh
terkenal yang telah memberi takrifan tentang kesantunan dalam berbahasa. Penekanan
terhadap pandangan tokoh perlulah ditekankan kerana masyarakat melayu masa kini kurang
cakna terhadap takrifan atau maksud disebalik kesantunan bahasa. Mereka hanya
mengaplikasikan aspek kesantunan di dalam kehidupan harian mereka tanpa mengetahui
maksud yang sebenar. Oleh hal yang demikian, wujudnya tokoh-tokoh yang terkenal
memberikan takrifan serta penjelasan tentang kesantunan bahasa.

Antara tokoh tanah air dan tokoh dunia yang terlibat dalam memberikan takrifan tentang
kesantunan bahasa ialah Dr. Asmah Haji Omar (2006), di mana beliau telah mentakrifkan
kesantunan bahasa sebagai cara atau strategi yang digunakan oleh penutur untuk
menyampaikan sesuatu perkara. Hal ini juga dikaitkan dengan kesantunan dalam pertuturan
serta tingkah laku dalam menyampaikan sesuatu perkara tersebut perlulah diterapkan di
dalam diri si penutur. Dalam erti kata lain, seseorang individu perlulah berkomunikasi atau
menuturkan sesuatu sama ada lisan ataupun bukan lisan dengan cara yang tidak mengguris
hati atau tidak membuatkan seseorang individu yang lain tersinggung.

Seterusnya, menurut beliau, kesantunan terbahagi kepada dua jenis iaitu kesantunan asas
dan juga kesantunan berkala. Pertama, kesantunan asas merupakan pedoman bagi
masyarakat berhubung antara satu sama lain. Masyarakat perlulah saling berbaik dan
bersopan santun antara satu dengan yang lain kerana agama dan bangsa telah
menerapkan budaya bersantun dalam berbahasa sejak azali lagi. Seterusnya, kesantunan
berkala diertikan sebagai gambaran tentang ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam
sesebuah organisasi dalam berhubung antara satu sama lain mengikut keadaan dan
tempat. Salah satu contoh kesantunan berkala ialah cara pandangan seseorang semasa
berkomunikasi dan cara penyampaian komunikasi seseorang. Oleh hal yang demikian,
penerapan nilai kesantuan amatlah digalakkan di dalam agama dan setiap lapisan
masyarakat sejak kecil lagi agar hubungan antara satu sama lain terjamin.

Selain itu, menurut tokoh China, Gu (1990) beliau menyatakan bahawa kesantunan bagi
masyarakat cina bukan hanya sekadar instrumen malahan kesantunan juga sebenarnya
lebih menjurus kepada norma dalam menimbulkan keharmonian dalam sosial. Norma
bermaksud ketentuan atau peraturan yang sudah menjadi kebiasaan di dalam sesuatu
masyarakat. Jelaslah di sini bahawa, masyarakat cina sudah menjadikan kesantunan
sebagai satu kebiasaan di dalam masyarakat mereka sejak daripada dahulu lagi.
Walaubagaimanapun, menurut Libra (1976),masyarakat Jepun mementingkan ‘interaksi
sosial’ dalam kesantunan. ‘interaksi sosial’ membawa maksud struktur masyarakat yang
saling bersandaran di dalam sesuatu kelompok sosial. Hal yang demikian jelaslah,
masyarakat Jepun amat menjaga hubungan dan saling bergantung dalam

Menurut pandangan Leech (1983) pula, beliau menekankan bahawa kesantunan


merupakan perlakuan yang mampu mengurangkan pergeseran atau konflik di dalam
sesuatu komunikasi. Dalam hal ini, bahasa dan percakapan seseorang individu tersebut
perlulah lembut, halus dan berbudi pekerti agar konflik dan pergeseran di dalam satu
interaksi tidak akan berlaku. Manakala, J. Ferguson dan Das Gupta (1968) menyatakan
bahawa kesantunan bahasa terjadi apabila tempoh perbualan digunakan di antara penutur
dan si pendengar dalam usaha mengekalkan keharmonian dalam perbualan tanpa
menimbulkan sebarang masalah atau konflik. Dalam hal ini, sesebuah masyarakat boleh
saling berkomunikasi antara satu sama lain dan menetapkan satu persetujuan sesama pihak
dengan menetapkan satu tatacara yang perlu dipatuhi. Hal ini demikian kerana,
kesefahaman dan kesantunan antara semua pihak dapat memberikan keharmonian dalam
sesebuah organisasi masyakarat yang mengamalkan budaya yang sama.

Selanjutnya, menurut pandangan tokoh Islam, Al-Qahtani (2005) menjelaskan bahawa


kesantunan dan kearifan mempunyai maksud yang sama dari sudut bahasa arab iaitu,
halim, halima, haliman yang membawa maksud tenang atau perlahan ketika sedang marah
atau ketika emosi sedang tidak stabil dalam sesuatu situasi yang mampu mencabar
kesabaran seseorang individu. Jelaslah bahawa, kesantunan dalam diri seseorang individu
mampu menenangkan diri daripada mudah marah dan mampu mengawal emosi sekiranya
diterapkan. Khalifah Abdul Malik Marwan ada menyebut semulia mulia orang di atas muka
bumi ini adalah orang mampu merendahkan dirinya walaupun mempunyai pangkat,
memaafkan seseorang di dalam pertelingkahan serta berlaku adil ketika kuat.

3. ASPEK - ASPEK KESANTUNAN BAHASA

Kesantunan adalah salah satu ciri utama dalam kemahiran komunikasi. Selain daripada
pandangan tokoh kesantunan, kesantunan berbahasa juga meliputi aspek aspek seperti
penggunaan ungkapan bertatasusila, penggunaan kata ganti nama diri mengikut konteks
dan situasi, penggunaan bentuk sapaan, gelaran kehormat serta penggunaan intonasi dan
nada suara yang sesuai. Penggunaan ungkapan bertatasusila merupakan ungkapan yang
menggunakan kosa kata yang halus dan sopan secara lisan mahupun tulisan. Sebagai
contoh, selamat pagi, terima kasih apa khabar dan contoh bagi bahasa arab pula adalah
seperti assalamualaikum dan syukur alhamdulillah.

Seterusnya, penggunaan kata ganti nama diri mengikut konteks dan situasi pula
merupakan satu aspek untuk menunjukkan hubungan si penutur dan si pendengar yang
meliputi faktor usia, keakraban serta pangkat. Kata ganti nama diri juga terbahagi kepada
dua iaitu kata ganti nama diri biasa seperti aku, saya dan beliau manakala kata ganti nama
diri diraja adalah seperti hamba, patik, beta dan lain- lain.

Disamping itu juga, penggunaan bentuk sapaan dan gelaran kehormat pula merujuk
kepada gelaran kekeluargaan, gelaran pergaulan biasa, gelaran keturunan dan lain-lain.
Gelaran kekeluargaan ditentukan berdasarkan pertalian darah dan ikatan perkahwinan.
Contohnya, nenek, ayah, menantu, besan. Manakala, gelaran pergaulan biasa pula gelaran
cik digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin dan encik untuk lelaki sahaja.
Gelaran ini digunakan semasa dalam komunikasi dengan orang yang sebaya dengan
individu, orang yang lebih muda atau orang yang lebih tua daripada individu.

Seterusnya, gelaran keturunan membawa maksud gelaran yang diwarisi oleh seseorang
anak daripada bapanya. Gelaran keturunan juga terbahagi kepada empat iaitu keturunan
raja-raja yang memerintah ( Raja, Tuanku / Ungku , Pengeran dan lain-lain), keturunan
orang besar-besar ( Datu, Tan, Tuan, Wan) keturunan Nabi Muhammad S.A.W ( Syed dan
Syeikh, Sharifah ) dan keturunan yang berasal dari luar Malaysia (Raden, Daeng, Teuku dan
Teungku). Aspek seterusnya, penggunaan intonasi dan nada suara yang sesuai amat
penting dalam aspek komunikasi dengan tujuan untuk menyampaikan sesuatu perkara
dengan menggunakan gerak badan seperti mata, tangan dan gerak kepala yang sesuai
dengan situasi.

4. KEPENTINGAN KESANTUNAN BAHASA

Kesantunan dalam berbahasa mempunyai kepentingan yang tersendiri. Setiap aspek-


aspek dalam kesantunan berbahasa mempunyai kepentingan dan amat penting digunakan
dalam kehidupan sosial. Antara kepentingan kesantunan dalam berbahasa ialah untuk
mewujudkan perpaduan antara sesama masyarakat. Hal ini demikian kerana, perpaduan
dalam masyarakat amatlah penting untuk menjamin suasana yang aman harmoni tanpa
pergaduhan. Penggunaan bahasa yang betul semasa komunikasi amat penting untuk
menjaga hubungan baik antara sesama masyarakat. Pepatah ada menyatakan, ‘bersatu kita
teguh, bercerai kita roboh’. Oleh hal yang demikian, sekiranya masyarakat bersatu padu,
negara akan lebih aman dan anasir-anasir luar tidak akan menggugat kestabilan negara.

Selain itu, kesantunan bahasa juga dapat menjadikan sektor pelancongan negara
meningkat naik. Hal ini demikian kerana, pelancong akan selalu berkunjung dan melancong
di Malaysia sekiranya rakyat menerapkan nilai budi bahasa dalam komunikasi. Sebagai
contoh, sekiranya terdapat pelancong melancong di Malaysia, rakyat perlulah beramah
mesra dan bersantun dalam komunikasi dengan pelancong agar Malaysia terkenal bukan
sahaja kerana tempat-tempat yang menarik malahan rakyat yang bersantun dan mempunyai
budi pekerti yang tinggi.

Selanjutnya, kesantunan bahasa dapat memupuk kesedaran masyarakat tentang


kesantunan dalam berkomunikasi. Pada masa kini, masyarakat semakin kurang penekanan
dalam menerapkan nilai kesantunan dalam hubungan sosial dan lebih membimbangkan
para remaja yang semakin banyak menggunakan perkataan yang tidak sesuai dan boleh
mendatangkan keburukan. Hal ini perlu diberikan penekanan yang serius terutamanya pada
golongan remaja kerana remaja merupakan bakal pemimpin yang akan meneraju masa
hadapan negara. Oleh hal yang demikian, aspek-aspek kesantunan perlulah diterapkan ke
dalam diri setiap individu sejak azali lagi demi untuk menjamin dan melahirkan rakyat
Malaysia yang berbudi pekerti.

5. RUMUSAN

Akhir sekali, kesantunan bahasa amatlah penting bagi setiap lapisan masyarakat tidak kira
bangsa dan agama. Kesantunan bahasa bukan sahaja penting dalam menjamin institusi
masyarakat yang harmoni tetapi ia juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi, kosa
kata dan nada serta intonasi yang betul dalam kalangan rakyat di Malaysia. Oleh hal yang
demikian, setiap individu perlulah belajar dan mengubah cara penyampaian komunikasi
yang salah kepada yang lebih betul agar nilai-nilai yang positif dan perlakuan yang baik
dapat diperoleh. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan yang penting dalam
mendedahkan dan mendidik anak-anak tentang penggunaan perkataan dan cara
komunikasi yang betul berdasarkan aspek-aspek kesantunan bahasa. Oleh itu, negara akan
lebih melahirkan rakyat yang lebih bermutu dan berbudi perkerti yang tinggi dan dapat
membangunkan masa hadapan negara kearah negara maju.
6. RUJUKAN

Buku

1. Kamus Dewan Bahasa Edisi Pertama, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1970
2. Budaya Dan Pembelajaran , Oxford Fajar Sdn. Bhd, 2014
3. Nawi Ismail, Bahasa Melayu Topikal Penggal 3 Tingkatan Enam, Percetakan Salam
Sdn. Bhd, 2016
4. Afif Aiman, Pendidikan Moral, Sasbadi Sdn. Bhd., 2005

Laman Sesawang

1. http://malaylanguagecentre.moe.edu.sg/qql/slot/u181/Khazanah
%20Ilmu/Perkongsian%20Profesional/MLCS-Final-9-38.pdf
2. https://kesantunanipgktik02.wordpress.com/2015/08/24/kesantunan-
berbahasa-minggu-4-takrifan-kesantunan-daripada-tokoh-tokoh-dunia/
3. https://rencanailmusfy.wordpress.com/adab-kesantunan-bahasa-dalam-
masyarakat-melayu/
4. http://komunikasi-dlm-islam.blogspot.com/2016/07/konsep-kesantunan-
bahasa.html
5. http://muzkesantunanmasyarakat.blogspot.com/2015/09/konsep-kesantunan-
berbahasa-dan.html
6. http://pengajianmalaysia.over-blog.com/kesantunanberbahasa
7. https://www.researchgate.net/publication/308897394_KESANTUNAN_BAHA
SA_SEMASA_BERKOMUNIKASI_DI_LAMAN_SOSIAL

Anda mungkin juga menyukai