Anda di halaman 1dari 18

1.

0 Pengenalan
.Kesantunan bahasa secara umum bermaksud penggunaan bahasa yang baik, sopan,
beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak
yang menjadi teman bicaranya. Kesantunan bahasa menjadi salah satu ciri penting bangsa
yang bertamadun. Bahasa Melayu sebagai bahasa yang telah beratus-ratus tahun menjadi
bahasa tamadun di rantau ini dan sejak kemerdekaan pada tahun 1957 menjadi bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi dan juga bahasa ilmu di Malaysia mempunyai tradisi yang
mantap dalam pengungkapan dan penggunaan bahasa yang santun.
Menurut buku Kesantunan Masyarakat Malaysia yang ditulis oleh Dr. Faridah binti Nazir,
Ratna Laila binti Shahidin, Faiziah binti Shamsudin, perkataan santun dikaitkan dengan
gerak geri ataupun perilaku dan bahasa yang digunakan oleh seseorang dalam komunikasi.
Selain merujuk kepada kesantunan berbahasa, konsep kesantunan juga merujuk kepada
aspek nonverbal seperti tingkah laku, mimic muka dan nada suara. Oleh sebab itu,
kesantunan dikatakan sebagai kehalusan budi bahasa atau budi pekerti dan kesopanan.
Dalam konteks masyarakat Malaysia, kesantunan amat penting diamalkan demi
menjaga perpaduan yang telah lama wujud agar terus terpelihara dan tidak mudah digugat.
Hal ini demikian kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan
agama. Oleh sebab itu, masyarakat Malaysia lagi perlu kesantunan untuk membentuk
masyarakat yang majmuk dan tenteram.

2.0 Pandangan tokoh tentang isu-isu kesantunan


Masihkah kesantunan bahasa itu dipraktikkan ketika berkomunikasi pada zaman globalisasi
ini? Apa berkomunikasi pada zaman globalisasi ini? Apa yang dapat kita sendiri lihat adalah
semakin banyak yang dapat kita sendiri lihat adalah semakin banyak penggunaan kata
penggunaan kata--kata yang kurang sopan, yakni kata yang kurang sopan, yakni
penggunaan

bahasa

yang

tidak berbahasa

ketika

penggunaan

bahasa

yang

tidak berbahasa ketika berkomunikasi, serta tidak lagi menggunakan sapaan yang
bersesuaian ketika berkomunikasi. Ini telah menunjukkan bahawa masyarakat yang semakin
mengabaikan maksud dan konsep kesantunan bahasa. Oleh itu, saya ingin membuat kajian
tentang pandangan pelbagai tokoh tentang kesantunan berbahasa untuk menyedari orangorang pada zaman kini.
Menurut Kamus Dewan, 1994 Santun merupakan perihal (sifat dsb) santun,
kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti). Berbahasa dengan santun ialah
menggunakan bahasa secara: halus, nilai rasa yang baik, penuh kesopanan, dan berusaha
menghindari konflik antara penutur dengan pendengar dalam proses berkomunikasi.

2.1 Pandangan Tokoh di Malaysia


Asmah Haji Omar (2000:88) menginterpretasikan kesantunan menurut perspektif Melayu
dengan mengatakan bahawa kesantunan berbahasa ialah penggunaan bahasa sehari-hari 9
yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan, dan rasa tersinggung daripada pihak
pendengar.
Awang Sariyan (2007) memberi definisi kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang
baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan
kepada pihak yang menjadi teman bicara.
Kesantunan bahasa oleh Teo Kok Seong (1996:40) mentakrifkan kesantunan sebagai
bentuk bahasa atau penggunaan bahasa yang bermaksud untuk berlaku sopan kepada
orang yang diajak bercakap bagi tujuan menghormatinya, di samping memperlihatkan
kehemahan pada orang yang bercakap itu agar dia dianggap sebagai berbudi bahasa.
Asmah Haji Omar dalam Ab. Razak Ab. Karim (2000:1306) pula membahagikan
kesopanan kepada dua jenis, iaitu kesopanan asas dan kesopanan berkendala. Kesopanan
asas ialah kesopanan yang sedia ada dan dijadikan panduan oleh ahli masyarakat untuk
berhubungan antara satu sama lain. Kesopanan berkendala pula ialah kesopanan yang
menggambarkan usaha yang dilakukan oleh ahli masyarakat ketika berhubungan antara
satu sama lain dengan memberikan perhatian kepada kendala tertentu. Menurutnya lagi,
strategi komunikasi yang menandai kesopanan melibatkan perkara berikut:
(1) perkaitan peranan, (2) perbezaan taraf sosial, (3) kewujudan kuasa, (4) menjaga air
muka, (5) kepatuhan pada tajuk atau bidang, (6) kepatuhan pada peraturan.

Bagi S. Nathesan (2005:30) pula, kesantunan berbahasa merujuk kepada budi bahasa
yang tergambar dalam amalan tegur sapa yang digunakan dalam satu-satu masyarakat
bahasa. Amalan ini umumnya ditentukan secara konvensi, iaitu persetujuan secara sebulat
suara oleh masyarakat berkenaan.
Siti Hajar Abdul Aziz (2009) menerangkan bahawa kesantunan bahasa ialah cara
penggunaan kata dan ujaran secara sopan dan beradab.

2.2 Pandangan Tokoh dari Barat


Menurut Lakoff (1975), kesantunan adalah suatu proses komunikasi yang wujud bertujuan
untuk mengurangkan pergeseran dalam perhubungan antara individu. Menurutnya lagi,
kesantunan bermula dengan memahami dan mengujarkan sesuatu yang dianggap baik dari
sudut peraturan sosial. Selain itu, lakoff turut menerangkan bahawa terdapat pelbagai
tingkah laku yang boleh dianggap santun sama ada dalam bentuk linguistik dan juga bukan
berbentuk linguistik.
Leech (1983), menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat
mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Leech juga menyatakan bahawa
kesantunan merupakan kelakuan yang mewujudkan dan mengekalkan pengiktirafan diri
dalam sesuatu interaksi sosial.
Brown dan Levinson (1987:62) menyatakan kesantunan merupakan usaha untuk
mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) kepada pendengar. Bagi mereka, manusia
mempunyai kehendak muka yang terbahagi kepada dua, iaitu muka positif dan muka negatif
yang merupakan kehendak masyarakat sejagat. Oleh itu, memilih strategi kesantunan
adalah penting bagi mengurangkan ancaman terhadap muka pendengar.
Watts et. al (1992:43) menyatakan bahawa kesantunan merupakan tingkah laku yang
digunakan untuk mengekalkan keseimbangan hubungan sosial dan interpersonal dalam
kumpulan sosial.
Bayraktaroglu (1997:5) berpendapat bahawa kesantunan merupakan perlakuan yang
diamalkan untuk membina persefahaman bagi mengelakkan ancaman dan ketegangan
yang boleh menyebabkan hubungan mereka yang terbabit dalam perbualan menjadi
renggang.

2.3 Rumusan
Tokoh yang beza mempunyai takrifan kesantunan bahasa yang mempunyai beza yang kecil.
Secara keseluruhannya, semua tokoh-tokoh dari seluruh dunia telah mentakrifkan
kesantunan

sebagai

usaha

yang

baik

untuk

mengelakkan

perselisihan

faham,

pertelingkahan dan menjamin keamanan sesebuah negara. Selain daripada aspek


berbahasa dan cara bercakap, kesantunan sebenarnya juga terlibat dengan rasional dan
cara seseorang bertindak seperti masyarakat kini yang kekurangan fikiran yang rasional
yang dapat diterokai dalam sikap kesantunan yang menyumbang kepada kes gengsterisme.
Isu-isu keluar dikenali sebagai isu kesantunan. Antara isu kesantunan yang paling teruk
ialah kes gengsterisme.
3.0 Isu kesantunan di Malaysia
Sedih rasanya apabila melihat remaja pada masa kini yang semakin banyak terlibat dalam
masalah sosial. Salah satunya ialah gengsterisme. Seorang ibu akan sedih melihat
pengubahan anaknya daripada seorang yang penyanyang, rajin, dan taat kepada seseorang
yang suka menyakiti, suka membuli, bising dan tidak mengambil berat pada orang lain.
Biasanya anak lelaki lebih mudah terpengaruh dengan gejala sosial. Secara teknikalnya,
sesiapa saja tidak kira jantina, pula mempunyai risiko untuk terpengaruh memasuki
kumpulan gengster atau samseng. Pada beberapa tahun yang lepas, kita dikejutkan dengan
berita tindakan seorang pelajar menampar guru besar akibat menegur kesalahan yang
dilakukan. Perbuatan yang dilakukan pelajar tersebut di rekod oleh seorang individu lain
yang turut berada dalam bilik tersebut. Kini video tersebut masih tersebar luas dan boleh
dimuat turun melalui You Tube.

3.1 Isu Gengsterisme


Gengsterisme ialah individual yang terlibat dalam aktiviti jenayah atau sosial secara
berkumpulan yang membawa kepada penyelewengan tingkah laku dan kerosakan akhlak.
Gengsterisme merupakan satu fenomena yang dianggap menular di kalangan remaja pada
masa kini. Ia bukan sahaja menghalang pencapaian pelajar remaja malahan boleh
mengganggu perkembangan remaja dalam arus pembangunan negara. Gejala ini perlu
ditangani kerana akan mempengaruhi pembabitan pelajar dalam kegiatan lain seperti
penagihan dadah ponteng kelas, kekerasan, ketagihan alkohol dan kes rogol. Sejarah awal
gengsterisme bermula dari penghijrahan masyarakat Cina dan India ke Malaya pada abad
ke-18 dianggap sebagai titik permulaan tertubuhnya kumpulan geng di Malaysia.

Berita Harian, 12 Julai 2001 lalu melaporkan dalam tempoh 10 tahun antara 1989
hingga 1998 kadar jenayah membabitkan remaja lelaki meningkat sebanyak 35 peratus dan
25 peratus bagi remaja perempuan. Kementerian Pendidikan dengan kerjasama polis telah
mengenalpasti pelajar di 456 sekolah menengah di seluruh negara terdedah kepada
kegiatan samseng. Angka ini bukan sedikit dan menunjukkan gejala ini berada pada tahap
yang membimbangkan .
Menurut statistik yang telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada tahun
2008 seramai 8,809 pelajar berusia antara 7 dan 18 tahun ditahan di seluruh negara kerana
terlibat dalam kes-kes jenayah. Daripada jumlah itu, 3,683 terlibat dalam jenayah kekerasan
(Violence Crime) manakala selebihnya jenayah harta benda.Menurut statistik berkenaan,
remaja berusia 16 hingga 18 tahun mendahului senarai dengan 6,435 tangkapan, diikuti
pelajar berusia 13 hingga 15 tahun (2,227 tangkapan). Tidak kurang hebatnya, kanak-kanak
berusia tujuh hingga 12 tahun turut termasuk dalam senarai itu dengan 147 tangkapan.
Pelajar daripada kaum Melayu mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 72.7 peratus
atau 6,401 orang diikuti India (10 peratus atau 876 orang) dan Cina (7.3 peratus atau 641
orang).

Contoh kes-kes gengsetrisme

Gambar 3.1.1: Contoh-contoh gengsterisme

3.2 Faktor-faktor Gengsterisme


Faktor perdana yang menyebabkan masalah ini adalah pengaruh rakan sebaya. Dengan
perkataan lain, masa pergaulan remaja dengan kawan-kawan adalah lebih banyak
berbanding dengan masa yang diluangkan bersama ibu bapa, terutamanya ibu bapa yang
sibuk bekerja. Remaja akan lebih menurut kata-kata atau ajakan rakan-rakan untuk
mencuba sesuatu yang baharu. Situasi ini secara tidak langsung menyebabkan remaja
mudah terjerumus ke dalam kumpulan gengster.
Ada juga remaja yang tidak takut untuk bergiat aktif di dalam aktiviti gengsterisme
kerana sikap ibu bapa sendiri yang mengabaikan tanggunggjawab mereka ke atas anakanak mereka. Masalah lebih rumit di kalangan keluarga yang mempunyai bapa atau ibu
tunggal. Terutamanya dalam keluarga bapa tunggal. Bapa tunggal yang lazimnya dilabel
sebagai sukar memberi kasih sayang apatah lagi jika mengabaikan tanggungjawab dan
peranan sebagai ketua keluarga. Lantaran itu, remaja ini mencari pilihan lain sebagai tempat
untuk mendapatkan perhatian, misalnya di kalangan rakan-rakan.
Faktor yang seterusnya ialah media massa. Media ialah satu proses komunikasi
berasaskan usaha mengatur persefahaman antara manusia yang pada mulanya menerusi
bahasa yang diucapkan. Perkembangan teknologi maklumat dan siber telah membolehkan
manusia berhubung antara satu sama lain tidak memerlukan ruang dan masa. Namun
begitu, media juga banyak memberikan kesan negatif sehingga ia menjadi faktor yang
mempengaruhi gengsterisme. Media massa yang berbentuk cetak atau elektronik kini
semakin sukar di kawal. Remaja terpengaruh dengan filem yang tidak bermoral dan ganas
yang diimport dari negara-negara barat. Budaya dan gaya orang barat yang tidak beretika
iaitu sedikit sebanyak telah merubah cara hidup remaja kita.
Kekurangan pendidikan agama dan moral turut menjadi punca berlakunya gengsterisme.
Pendidikan agama dan moral bukan sahaja dapat membentuk modal insan yang berakhlak
mulia pada masa hadapan tetapi juga dapat menerapkan nilai-nilai murni pada diri
seseorang pelajar. Nilai-nilai murni yang dapat diterapkan oleh pelajar membolehkan
mereka bertindak berdasarkan amalan yang baik. Malangnya, guru-guru di sekolah kurang
memberi pendidikan agama dan moral kepada pelajar kerana menganggap pendidikan ini
kurang penting berbanding subjek lain.
Tambahan pula, faktor persekitaran juga merupakan salah satu faktor menyebabkan
masalah gengsterisme. Tempat tinggal yang tidak selesa dengan ahli keluarga yang ramai di
rumah yang kecil dan sempit serta pendapatan harian atau bulanan yang kecil boleh
menyebabkan remaja ini lebih seronok meluangkan masa di luar rumah.

Faktor diri sendiri ini wujud apabila ada golongan remaja yang ingin merasakan diri
hebat. Ini adalah kerana remaja pada peringkat umur tersebut berasakan diri mereka sudah
dewasa dan ingin melakukan sesuatu yang diluar kebiasaan. Selain itu,ada juga sebilangan
kecil mereka yang inginkan penghormatan dan kuasa di kalangan mereka. Oleh sebab
itu,secara tidak langsung remaja tersebut mengambil kesempatan untuk melakukan sesuatu
yang tidak baik pelajar lain yang lemah.

3.3 Kesan-kesan gengsterisme


Antara kesan negatif gengsterisme adalah pelajaran remaja akan terabai. Hal ini demikian
kerana minat mereka untuk belajar sudah tiada dalam diri mereka. Mereka lebih berminat
melibatkan diri dalam aktiviti gengsterisme berbanding mengulang kaji pelajaran. Bagi
mereka, membaca buku amat membosankan. Dengan ini, mereka lebih suka bergaduh
berbanding membaca buku. Keadaan ini menyebabkan pelajaran mereka terjejas. Apabila
pelajaran

mereka terjejas,

mereka mungkin akan menghadapi

kegagalan dalam

peperiksaan dan turut menjejaskan masa hadapan mereka.


Kewujudan gengsterisme turut mendatangkan beberapa kesan terhadap masyarakat
dan remaja, ini termasuklah mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Kewujudan kumpulan-kumpulan gengster di sekolah memberi impak negatif kepada para
pelajar dengan sering melakukan kegiatan ganas seperti bergaduh, membuli golongan yang
lemah, ponteng kelas, mencabar guru dengan pertuturan yang kasar dan lain-lain. Tingkah

laku kumpulan-kumpulan ini akan mengganggu proses pembelajaran dan perhatian pelajar
yang lain dan melunturkan kualiti pengajaran guru-guru di sekolah. Kegagalan menangani
masalah ini boleh menggagalkan usaha mencapai matlamat pendidikan negara.
Di samping itu, pelajar lain akan mengalami gangguan psikologi. Hal ini kerana mereka
takut akan ahli gengsterisme. Pelajar lain yang menjadi mangsa tidak berani untuk
memberitahu kepada keluarga dan pihak sekolah kerana telah diugut oleh ahli gengster.
Saban hari, setiap kali ke sekolah, perasaan takut menyelubungi mereka. Lama-kelamaan
mereka berasa takut untuk ke sekolah. Pelajar tersebut akan ponteng sekolah untuk
mengelakkan diri daripada diugut atau dipukul lagi. Keadaan ini bukan sahaja meningkatkan
masalah disiplin pelajar malah juga melemahkan sistem pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
Sememangnya jika seseorang remaja melibatkan diri dalam gejala sosial seperti
gengsterisme, ini akan mendatangkan kesan buruk ke atas diri sendiri remaja tersebut.
Masa depan remaja tersebut akan dihancurkan. Remaja yang digelarkan sebagai benteng
negara akan dilabelkan sebagai golongan remaja yang jahat dan tidak berguna dan turut
mencemari imej diri sendiri. Mereka akan dicemuh dan dipandang hina oleh masyarakat.
Penglibatan remaja dalam gengsterisme turut mencemari imej keluarga. Ahli keluarga
akan dikritik, dikutuk dan dipandang serong oleh masyarakat. Ini akan menjejaskan
hubungan baik keluarga yang sepatutnya seindah berlian. Selain itu, perbuatan jahal remaja
juga akan meninggalkan kesan mental dan psikologi yang mendalam kepada ahli keluarga.

Gambar 3.3.1: Gengster sedang mengaduh secara berkelompok kepada seseorang.

3.4 Langkah-langkah mengatasi masalah gengsterisme


Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting di dalam konteks mengatasi masalah
gengsterisme, pembangunan sahsiah dan proses sosialisasi anak mereka. Ibu bapa
mestilah mangambil tahu aktiviti yang disertai oleh anak mereka di sekolah dan luar sekolah
dan, mengenali rakan anak mereka. Keprihatinan yang ditunjukkan oleh ibu bapa akan
membolehkan mereka merasai kasih sayang iaitu menjalin hubungan dengan pihak sekolah
termasuk mengambil berat mengenai perkembangan anak mereka di sekolah melalui
komunikasi dengan pentadbir sekolah.
Langkah yang kedua ialah peranan sekolah. Sekolah boleh menganjurkan kem
kesedaran untuk mengelakkan mereka daripada terlibat dalam gengsterisme. Kokurikulum
juga penting dalam mengadun sahsiah seseorang pelajar. Aktiviti persatuan, kelab dan unit
beruniform perlu sentiasa diperbaharui supaya ia memenuhi citarasa pelajar yang mahu
aktif dan mencuba sesuatu yang baru dan pada waktu yang sama mempertahankan
pencapaian akademiknya serta mendisiplinkan pelajar.
Langkah yang radikal boleh diambil oleh kerajaan adalah dengan mengehadkan
penyiaran filem berunsur ganas dan jenayah. Undang-undang yang ketat menerusi tindakan
kerajaan mampu menyedarkan pelajar tentang bahayanya pembabitan di dalam aktiviti
gengsterisme. Walaupun hukuman penjara tidak boleh menyelesaikan sepenuhnya kes
yang berkaitan dengan gengsterisme ,tetapi sekurang-kurangnya hukuman ini boleh
dijadikan sebagai salah satu alat kawalan untuk mengurangkan pembabitan pelajar dalam
gejala tersebut.
Media massa boleh sama-sama menjalankan peranan dalam menangani masalah
gansterisme ini. Ini kerana media massa yang begitu berpengaruh ini sepatutnya
memperbanyakkan siaran yang lebih membentuk insan-insan yang berjaya daripada
menayangkan cerita-cerita yang memberi impak negatif. Remaja yang merupakan tonggak
negara masa depan ini harus sentiasa diberi ingatan kerana mereka ini bakal memimpin
negara. Bagaimana mereka ingin memimpin negara jika diri mereka sendiri pun tidak terurus
dan terlibat gejala sosial. Apa akan terjadi kepada negara kita jika ini yang bakal memimpin
negara suatu masa hari nanti.
Peranan agama juga sangat penting dalam membendungkan masalah gengsterisme.
Agama bertujuan untuk membersihkan unsur dalaman seseorang manusia yang
juga dikenali sebagai unsur rohani. Unsur rohani pada hakikatnya suka kepada perkaraperkara yang baik, harmoni, tenang dan damai. Oleh itu, untuk memiliki perkara-perkara

seperti ini di dalam jiwa maka, seseorang individu tersebut perlu melakukan perkara-perkara
yang membawa kebaikan, ketenangan dan kedamaian di dalam jiwa.

Rumusan
Kesimpulannya, remaja adalah tulang belakang pembangunan ekonomi, sosial dan politik
bagi sesebuah negara. Penglibatan semua pihak sama ada kerajaan, ibu bapa, masyarakat,
keluarga adalah tanggungjawab yang mesti digalas bersama demi memastikan remaja kini
dapat bebas dari gejala gengsterisme. Semua pihak haruslah berganding bahu mengatasi
aktiviti negatif ini agar tidak berlarutan dan bertambah serius lagi demi masa depan negara
yang cemerlang.

4.0 Peta I-Think


4.1 Faktor-faktor Gengsterisme

Rajah 4.1: Peta minda- Faktor-faktor Gengsterisme

4.2 Langkah-langkah mengatasi masalah gengsterisme

Rajah 4.2 : Langkah-langkah mengatasi masalah gengsterisme

5.0 Kesimpulan
Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan
negara. Mereka adalah aset kekayaan semula jadi yang bakal memegang peranan
pentingdalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah

akhlak di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga
manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang.
Saya memilih isu gengsterisme dalam kerja kursus ini adalah untuk menimbulkan
kesedaran masyarakat tentang kesan buruk yang akan dating jikalau isu ini dibiarkan. Oleh
itu, ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat perlulah berganding bahu dan bekerjasama dalam
memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dan para pelajar. Kerajaan juga perlu
melancarkan

satu

kempen

yang

menyeluruh untuk

menyedarkan

remaja

supaya

menghindarkan diri dalam apa jua bentuk gejala buruk yang boleh merosakkan diri

dan

nama baik keluarga mereka. Golongan ini juga perlu didedahkan dengan pengetahuan
undang-undang agar mereka gementar dengan hukuman.
Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini sebelum
nasi menjadi bubur. Demi mewujudkan generasi yang lebih berguna pada masa hadapan
juga, langkah drastik daripada semua pihak patut dilaksanakan. Tindakan daripada satu
pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil. Jadi, sama-samalah kita berganding bahu
untuk menangani masalah ini.

6.0 Brosur
Definisi atau pengertian brosur dan fungsinya lengkap dapat kamu baca dan juga telaah di
artikel ini. Brosur adalah suatu alat untuk promosi barang, jasa dan lain-lain, yang terbuat
dari kertas yang dimana di dalamnya terdapat sejumlah informasi dan juga penawaran
mengenai jasa atau produk tersebut.
Atau definisi brosur yang lainnya adalah suatu alat publikasi resmi dari perusahaan yang
berbentuk cetakan, yang berisi berbagai informasi mengenai suatu produk, layanan,
program dan sebagainya, yang dimana ditujukan kepada pasar sasaran atau sasaran
tertentu. Cara menyampaikannya di bagikan secara gratis kepada pelanggan atau

masyarakat dengan tujuan untuk memperkenalkan secara lebih jelas dan rinci mengenai
produk, layanan, program dan sebagainya untuk membantu upaya pemasaran.

7.0 Refleksi
Salam

sejahtera

saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan projek kerja kursus

Kesantunan Masyarakat Malaysia ini. Setinggi- tinggi rasa syukur kepada Tuhan kerana
dengan izin saya telah berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan dengan sempurna.
Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak
memberi galakan, dorongan dan bimbingan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Terima kasih juga kepada pensyarah subjek Kesantunan Masyarakat Malaysia iaitu Dr.
Faiziah Haji Shamsudin kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan pengajaran serta
mendorong kami sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Sebagai contoh, Dr. Faizah
menyuruh kita menghantar kerja kursus lebih awal supaya kita dapat mengambil
kesempatan untuk membuat pembetulan.
Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan utama yang berlegar-legar dan muncul
di kotak minda saya ialah mampukah

saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini

memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa tugasan kerja kursus yang lain
yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi

tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan tersebut. Walau
bagaimanapun, saya tetap tidak mengambil mudah memberi alasan dan helah untuk tidak
menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah diberikan. Sebaliknya, saya menyahut
cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan. Hal ini
kerana, saya memikirkan bahawa soalan tugasan yang diberikan tidaklah begitu sukar
memandangkan tajuk-tajuk yang dibincangkan bukanlah tajuk yang masih baru dan asing
bagi kami. Malah, bahan-bahan yang perlu disediakan berdasarkan kehendak tugasan
sebenarnya telah disediakan lebih awal dalam amali pada setiap minggu.
Di samping itu saya menghadapi masalah dalam mencari bahan-bahan untuk
dilampirkan dalam esei yang bertemakan Isu-Isu Kesantunan Masyarakat Malaysia . Saya
agak buntu memikirkan apakah isu-isu yang sesuai untuk dilampirkan. Cadangan Dr. Faizah
telah membantu saya mengatasi masalah tersebut iaitu menetapkan kepada ahli-ahli kelas
dengan tajuk yang berbeza. Oleh itu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr.
Faizah.
Masalah perdana yang saya hadapi ialah kemalasan manusia. Saya berasa bimbang
semasa mendapat pelbagai kerja kursus yang dianggap sebagai benda baru untuk saya.
Saya pergi kuliah sekurang-kurangnya lima jam setiap hari. Apabila saya sampai bilik
selepasa kuliah, saya telah berasa sangat letih dan mengantuk. Saya akan terus rehat dan
jadi malas. Pada suatu hari , saya dikejut kerana ternampak kawan saya iaitu Chlo Yee Gee
Wei sudah menyiapkan kerja kursus. Peristiwa ini telah mengalakkan saya secara tidak
langsung. Oleh itu, saya amat bersyukur kepada Chlo Yee kerana dia memang mambantu
saya menyelesaikan masalah kemalasan manusia saya.
Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurnanya
dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan. Paling penting,
pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini
sudah pasti menjadi nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada saya.

Rujukan
Asmah Hj. Omar.(2000). Wacana perbincangan, perbahasan dan perundingan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sarian.(2007). Bahasa sebagai jati diri bangsa: Isu, cabaran dan keupayaan
pelastarian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Baharu. (1984). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Leech, Geoffrey, N (1983). Principles of pragmatics. London : Longman.
Teo Kok Seong.(2003) . Kesantunan berbahasa kes bahasa Melayu. Dewan Bahasa Mac
hal. 14-23. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Dr. Faridah binti Nazir et. Al., 2014. Kesantunan Masyarakat Malaysia. Pusat Bandar
Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
Brown, P., dan Levinson, S., 1987. Politeness: Some Universal in Language Usage.
Cambridge: Cambridge University Press.
Vivian Wee, 2013. Kepentingan Kesantunan.
http://vivianwee.blogspot.com/2013/10/kepentingan-kesantunan-berbahasa.html.
Muat turun pada 24 Ogos 2015
Yeo siew Jkian, 2010. Apa itu gangsterisme???
http://kamiperihatin.blogspot.com/2010/10/gangsterisme_6742.html
turun pada 24 Ogos 2015.
Caryn Neoh Wan Fang, 2010. Gangsterisme.
http://blma101.blogspot.com/2010/09/gangsterisme.html
turun pada 24 Ogos 2015.

Muat

Muat

LAMPIRAN

Lampiran 1: Keratan akhbar memaparkan berita 114 ponteng kena cekup

Lampiran 2: Buku rujukan Kesantunan Masyarakat Malaysia dari Penerbitan Multimedia

Lampiran 3: Brosur tentang Gengsterisme

Anda mungkin juga menyukai