Anda di halaman 1dari 11

FAKTOR-FAKTOR PENGHALANG KREATIVITI Bookmarks Toolbar

Most Visited

Di dalam keghairahan seseorang pendidik itu mendidik dan membimbing pelajar, terutamanya di dalam bidang pendidikan seni kadang kala akan wujud pelajar buntu ataupun kabur dalam menghasilkan sesuatu hasil karya seni yang kreatif. Terdapat beberapa faktor yang boleh mengakibatkan seseorang pelajar buntu dalam melahirkan idea-idea kreatif. Diantara faktor-faktor itu adalah: (i) Tekanan Dari Guru (ii) Tekanan Dari Rakan Sebaya (iii) Tekanan Dari Persekitaran i)Tekanan Dari Guru Seseorang pelajar itu akan mengalami kebuntuan idea yang sangat ketara dalam proses menghasilkan dan menyiapkan hasil kerja yang kreatif yang telah diberikan oleh guru. Keadaan ini akan berlaku bila mana guru terlalu mengokong tanpa memberikan peluang kepada pelajar untuk menghasilkan rekaan yang diingini. Apabila berlakunya keadaan begini ianya akan menjadi satu tekanan dan ianya juga akan mengongkong pelajar berkenaan untuk memperkembangkan idea-idea kreatif yang terlintas di dalam minda mereka. Secara tidak langsung, perkara ini akan menjadi satu penghalang kepada perkembangan kreativiti di kalangan pelajar. Sebagai seorang pendidik yang pintar dan berpengetahuan yang luas serta terbuka pemikirannya, beliau sudah semestinya bertindak sebagai pembimbing dan bukannya bertindak sebagai penghalang kepada proses perkembangan pemikiran kreatif di kalangan pelajar-pelajarnya. Bates, J. K.(2000) menyarankan bahawa seorang pendidik itu perlulah menjadi rakan dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajarnya sendiri di dalam proses membentuk mereka ke arah kecekapan menyelesaikan dan menghasilkan satu karya kreatif yang menarik. Kita sebagai seorang pendidik perlulah bersedia untuk menjadi pakar rujuk kepada pelajar. Kaedah Problem Solving merupakan salah satu cara yang telah dikenal pasti dapat melatih minda pelajar supaya boleh berfikir dengan cara yang lebih baik dan berkesan dalam menyelesaikan sebarang permasalahan yang mendatang.

ii) Tekanan Dari Rakan Sebaya Faktor tekanan daripada rakan sebaya juga merupakan salah satu sebab yang boleh menyebabkan kreativiti seseorang pelajar itu akan terbantut. Omardin Ashaari(1999) menjelaskan, terdapat empat kumpulan pelajar dan rakan sebaya yang utama di dalam proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Empat kumpulan berkenaan adalah: (i) Kumpulan pelajar yang mempunyai sikap sahsiah yang seimbang dan resional. (ii) Kumpulan pelajar yang mempunyai sikap sahsiah yang matang dan seimbang. (iii) Kumpulan pelajar yang mempunyai sikap sahsiah yang seimbang.

(iv) Kumpulan pelajar yang mempunyai sikap sahsiah yang kurang seimbang. Kumpulan-kumpulan pelajar ini adalah terdiri daripada rakan sebaya yang setiap hari berada disekeliling setiap individu pelajar itu setiap hari. Sekiranya di dalam sebuah kelas itu mempunyai peratusan kumpulan pelajar dari kumpulan satu dan dua, kebarangkalian pelajar-pelajar dari kelas berkenaan untuk menyelesaikan sebarang permasalahan mungkin tidak mempunyai halangan dan tekanan. Tekanan mungkin akan berlaku dikalangan pelajar kiranya kelas berkenaan mempunyai peratus pelajar dari kumpulan tiga dan empat yang tinggi. Kekurang sikap yang matang dan seimbang dikalangan pelajar dari dua kumpulan ini akan menyebabkan proses kreativiti itu akan menjadi lambat dan lembab. Pengaruh daripada rakan sebaya yang matang dan mempunyai pemikiran yang lebih seimbang akan menjadi satu perlumbaan dan persaingan yang sihat bagi menyelesaikan sebarang permasalahan dengan cara yang lebih kreatif dan efektif. Tekanan dikalangan rakan-rakan sebaya ini boleh dikurangkan sekiranya kelas berkenaan mempunyai purata peratusan yang seimbang pelajar dari semua kumpulan. Ini secara tidak langsung akan wujud satu suasana proses pembelajaran daripada rakan sebaya (learn from peer group). Perasaan rendah diri mungkin akan berjaya dikurangkan. iii) Tekanan Dari Persekitaran (Budaya dan Keluarga) Faktor-faktor persekitaran seperti budaya dan keluarga juga adalah di antara faktor-faktor lain yang meyumbang kepada penghalang kreativiti seseorang pelajar itu. Keadaan ceria di persekitaran sekolah dan bilik perlu juga diwujudkan, supaya seseorang pelajar itu dapat bergiat dengan cergas dalam aktiviti pembelajaran. Persekitaran sekolah sperti organisasi, struktur dan suasana pesekitaran yang kurang baik dan tidak kondusif juga merupakan penyumbang kepada tekanan dan menjadi penghalang kepada pelajar untuk berfikir dengan cara yang lebih kreatif. Budaya dan sikap sambil lewa juga akan mempengaruhi daya dan tahap pemikiran seorang pelajar itu supaya dapat berfikir dengan cara yang lebih kreatif. Ini kerap berlaku terumanya dikalangan pelajar yang lemah disegi pencapaian akademiknya, kerana budaya serta sikap yang kurang menyenangkan ini akan mengurangkan motivasi dan tidak memberikan perangsang kepada mereka untuk memikirkan dan menerbitkan idea-idea baru yang menarik. Sikap dan sokongan daripada ibu dan bapa juga sangat penting dalam memberikan perhatian terhadap proses pembelajaran anak-anak. Ibu bapa mempunyai pengaruh yang sangat kuat terhadap cara kehidupan seseorang pelajar itu. Mereka merupakan pencetus dan sumber ilham kepada pelajar. Mereka juga boleh memberikan galakan dan sokongan kepada pelajar untuk berjaya dan mendapat pencapaian akademik yang cemerlang. Sebuah keluarga yang berpecah-belah belah juga boleh menyebabkan tekanan emosi dan perasaan seseorang pelajar itu dalam pembelajaran. Mac Kinnon (1962) seorang tokoh yang banyak membuat kajian tentang kelompok individu kreatif tertentu seperti Jurutera mengatakan bahawa perbezaan yang ketara ibubapa biasa dengan ibu bapa kreatif adalah mereka saling menghormati dan mempercayai kebolehan anak-anak mereka dalam melakukan sesuatu perkara. Mereka tidak akan berasa ragu-ragu ntuk memberikan kebebasan kepada anak-anak mereka untuk mengenali alam dan membuat keputusan mereka sendiri.Amalan-amalan awal sebegini akan membentuk sifat untuk berdikari yang merupakan satu daripada sikap individu yang kreatif.

Disamping itu juga, kewujudan jarak psikologi diantara anak-anak dan kedua ibu bapa dan faktor ini akan membolehkan mereka lebih bebas berbanding dengan anak-anak yang biasa. Kecenderungan untuk mempunyai sifat bebas dikalangan anak-anak banyak dipengaruhi oleh sifat semula jadi ibu bapa itu sendiri yang lebih gemar akan kebebasan, membenci protokol dan sesuatu yang menyebabkan mereka terikat serta terkongkong.

Cabaran antara Pendidikan Seni Visual dan Teknologi ( ICT)


PENDIDIKAN SENI DAN TEKNOLOGI Cabaran antara pendidikan seni visual dan teknologi ( ICT) Sharulnizam bin Ramli Sarjana Pendidikan (Seni) Fakulti Seni dan Muzik Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstrak Mengupas cabaran yang dihadapi oleh pendidikan seni visual terutamanya ekoran dari kepesatan ledakan teknologi khususnya ICT masa kini. Peranan Pendidikan Seni Visual (PSV) pada abad ini amat mencabar kerana bidang ini mempunyai tanggungjawab besar bagi melahirkan bukan sahaja pelajar yang kreatif malah dapat memproduksi penghayat dan seniman visual sebagai katalis perkembangan Seni Visual di Malaysia . Cabaran teknologi ICT dan perisian melukis yang muncul seharusnya tidak mengugat nilai estetika seni tradisional dan seharusnya diterima sejajar dengan permintaan masyarakat jika tidak mahu dilihat pendidikan seni jauh ketinggalan. Cabaran antara pendidikan seni dan penggunaan teknologi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pengenalan: Secara etimologi, perkataan pendidikan berasal dari bahasa Belanda iaitu Paedagogiek. Perkataan Pais bererti anak manakala gogos membawa maksud membimbing. Perkataan iek pula bermaksud ilmu. Jadi secara etimologinya, Paedagogiek pendidikan adalah ilmu yang memberikan bimbingan kepada kanakkanak. Dalam bahasa Inggeris, pendidikan diterjemahkan sebagai education. Perkataan Education berasal dari bahasa Yunani iaitu educare yang bererti membawa keluar yang tersimpan di dalam jiwa kanak-kanak untuk dibimbing supaya tumbuh dan berkembang. Pendidikan Seni bermaksud seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Ia bertujuan melahirkan warganegara berbudaya, khususnya individu yang kreatif, berpengetahuan dalam bidang seni, mempunyai kemahiran mencipta dan peka terhadap ciri estetik.

Edmund Burke Feldman dalam bukunya Varieties Of Visual Experience Fourth Edition(1992) menjelaskan bahawa seni wujud seiring dengan kesan sejarah dan ketamadunan manusia yang masih berkembang seiring dengan kemajuan manusia beserta zamannya. Memetik Siti Zainon Ismail (1985) dalam bukunya Getaran Jalur Dan Warna pula menyatakan; kurang pasti bila kesenian itu wujud. Berdasarkan teori seni sejagat, ia ada di mana-mana sahaja manusia akan membina kehidupannya, kerana ia berpunca dari keperluan lahir dan batin serta berkaitan dengan nilai kepercayaan yang telah mendarah daging. Menurut pandangan Syed Mohd Naquib Al Attas dalam buku Iberahim Hassan(2003) pula menyatakan ilmu seni merupakan satu usaha atau proses menitiskan sesuatu ke dalam diri seseorang. Seni mementingkan aplikasi ilmu dengan kemahiran. Inovasi teknologi merangkumi tiga tahap yang penting. Gabungan tersebut ialah idea yang kreatif, aplikasi secara praktikal dan penerimaannya terhadap masyarakat. Ini dikaitkan dengan maksud kreatif yang menekankan sesuatu yang unik, baru dan bermakna, dalam konteks norma kita sendiri. Inovasi teknologi merangkumi tiga tahap yang penting. Gabungan tersebut ialah idea yang kreatif, aplikasi secara praktikal dan penerimaannya terhadap masyarakat. Ini dikaitkan dengan maksud kreatif yang menekankan sesuatu yang unik, baru dan bermakna, dalam konteks norma kita sendiri. Arthur Efland ( 1990 ) dalam bukunya A History of Art Education: Intellectual and Social Currents in Teaching the Visual Arts telah menjelaskan bahawa olahan seni dan kreativiti tanpa asas ilmu adalah tidak berguna. Pendidikan Seni Visual malahan turut tidak dapat dipisahkan dengan pemikiran kreativiti dan nilai-nilai estetika. Berfikiran kritis dan kreatif menurut Torrance (1966) ialah mengaplikasikan pengetahuan seni, kemahiran berfikir dan kemahiran mengaplikasi secara analitis dan kreatif untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang rasional dan bertanggungjawab berkaitan dengan isu kreativiti. Pendidikan Seni Visual merupakan satu disiplin ilmu yang merentas kurikulum dan boleh dikatakan sebagai asas kepada mata pelajaran lain. Pelajar yang didedahkan dengan Pendidikan Seni berasa lebih senang dan yakin apabila berdepan dengan tugasan dalam mata pelajaran lain terutamanya yang melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kefahaman menerusi visual tentunya lebih mudah daripada penghafalan fakta menerusi catatan berjela. Peta minda yang digrafikkan lebih berkesan untuk menyatakan sesuatu konsep atau penerangan yang sukar. Prinsip dalam Pendidikan Seni Visual berupaya memenuhi tuntutan dalam masalah ini. Fedman ( 1996 ) mendefinisikan Pendidikan Seni Visual sebagai usaha yang melibatkan pelajaran dan pengajaran membuat dan memahami seni, disamping mengetahui tentang dunia diri kita sendiri melalui seni.

Matlamat Pendidikan Seni Visual Matlamat Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah TERUTAMANYA adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Antara kemahiran yang akan dikuasai pelajar melalui pendidikan seni visual ialah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran berkomunikasi secara berkesan, kemahiran membuat pilihan dan keputusan yang tepat, kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat, kemahiran bekerjasama dan kemahiran pengurusan. Objektif Pendidikan Seni Visual Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan. Memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual. Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya. Mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain. Menghargai sumbangan tokoh-tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa. Membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa. Pengajaran Dan Pembelajaran ( P & P ) Sejajar dengan hasrat kerajaan bagi melahirkan rakyat yang celik komputer, tunas baru di peringkat sekolah lagi perlu dijadikan sampel bagi mendedahkan pelajar-pelajar terhadap penggunaan komputer dan internet sejajar dengan ledakan teknologi di sekeliling mereka. Melalui kaedah Problem Based-Learning ( PBL ) yang menggunakan pendekatan `student centered dilihat sangat sesuai untuk diadaptasikan secara bersepadu di sekolah. Ia tidak lagi memfokuskan kepada kaedah konversional iaitu Chalk and Talk di mana guru dilihat lebih memainkan peranan berbanding pelajar di dalam bilik darjah atau kelas. PBL bukan teori atau kaedah P&P baru kerana pada zaman Scrates dan Pluto lagi kaedah ini telah digunapakai oleh kedua ilmuan ini di mana pelajar mereka dikehendaki menyelidiki dan menganalisa sesuatu permasalahan yang diberi dan seterusnya mempersembahkan pada sesi kritik ilmu secara ilmiah. Sejarah moden Problem Based-Learning bermula pada era 70-an. Ia diperkenalkan pada mulanya sebagai kaedah mempergiatkan pendidikan kedoktoran di McMaster University, Kanada. Menurut (Neufeld & Barrow, 1974) ia diperkenalkan apabila pelajar perubatan gagal mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan dalam situasti kritikal apabila pengetahuan mereka diperlukan. Guru atau fasilator melalui PBL dapat menilai prestasi dan minat pelajar terhadap Pendidikan Seni Visual apabila gerak kerja berkumpulan dan individu dilakukan. 8 Teori Pelbagai Kecerdasan oleh Gardner(1996) dapat digilap secara berperingkat-peringkat melalui kaedah Problem Based-Learning. Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Menurut Senn ( 1998 ), Teknologi maklumat dan komunikasi merangkumi pelbagai teknologi yang disepadukan untuk memperolehi, menyimpan dan menyebarkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, audio, animasi dan sebagainya yang menggunakan alat-alat elektronik. Abdul Razak ( 2000 ) pula menjelaskan teknologi maklumat dan komunikasi merangkumi apa jua alatan elektronik yang membenarkan pengguna menyimpan, menghubung, memproses, mencipta dan menyampaikan maklumat. Di negara kita, dengan penubuhan MSC, ICT dilihat memacu Malaysia menjadi negara yang berdaya maju dan kompetitif sesuai dengan cabaran globalisasi dan era teknologi maklumat. Teknologi yang pesat di sekeliling kita juga menyelinap ke kanvas seni dan kewujudan perisian-perisan melukis secara digital mula mengambil alih nilai-nilai kemanusiaan dalam seni tradisional. Perisian melukis antaranya Adobe Photoshop CS2, Adobe Illustrator CS2, Adobe in Design, Corel Painter, Studio Artist, Jasc Paint Shop Pro, ArtRage, dan openCanvas Justeru, teknologi digital yang muncul berupaya mengubah persepsi dingin terhadap pendidikan seni. Wan Jamarul Imran, (2001) menyatakan : di Malaysia, Allahyarham Ismail Zain adalah pelopor kepada pembangunan digital (Vincent1988).Proses penghasilan karya seni dibuat menggunakan komputer dan dicetak dengan penggunaan mesin pencetak Abdul Rahim (2005) menyatakan bahawa globalisasi yang meluaskan konsep dunia tanpa sempadan memberikan cabaran terhadap guru bagaimana perancangan pengajaran dan pembelajaran serta dunia pendidikan boleh dimajukan dari perspektif global yang melibatkan penyesuaian kurikulum, penjadualan belajar, penerokaan maklumat melalui ICT pengawalan dan penyeliaan, dan peranan efektif guru dalam memajukan dunia pendidikan. Merujuk Alvin Toffler (1971) dalam bukunya yang bertajuk Future Shock telah membayangkan bahawa pada 20 hingga 30 tahun akan datang, ledakan teknologi bakal mempengaruhi setiap aspek kehidupan manusia. Ini termasuklah sistem pendidikan manusia itu sendiri. Justeru, cabaran dilihat bagaimana pendidikan seni dapat mengadaptasikan ledakan teknologi hari ini agar dapat seiring dengan karya-karya seni yang dihasilkan agar bersesuaian dengan selera dan permintaan masyarakat yang mendokongnya. Apabila memperkatakan tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi ia tidak dipisahkan dengan rekaan seni grafik dan multimedia. Rekabentuk grafik atau seni visual melalui komputer dapat dibahagikan kepada beberapa kriteria dan bahagian; - untuk produksi video dan filem. - pembinaan objek 3 Dimensi secara maya. - penghasilan dan penciptaan seni persekitaran - cakera optik atau video. - informasi dan telekomunikasi. Memetik pandangan George Penston (2006) yang menyatakan bahawa pembangunan perisian komputer berasaskan reka bentuk grafik seperti Illustrator, Photoshop, In-Design dan Flash yang dibangunkan oleh Adobe Systems Inc dapat memperkembangkan daya kreativiti penggunanya disamping menjimatkan banyak masa berbanding pendekatan reka bentuk grafik secara tradisional (manual and paste up technique). Kesedaran manusia terhadap teknologi dapat dilihat pada era revoulusi perindustrian di Eropah dimana Johanesh Gurnterberg telah mencipta mesin cetak pertama dunia pada tahun 1440 yang menyemarakkan revolusi komunikasi. Justeru cabaran dilihat bagaimana pendidikan seni hari ini dapat mengadaptasikan ledakan teknologi agar dapat seiring dengan karya-karya

seni yang dihasilkan agar bersesuaian dengan selera dan permintaan masyarakat yang mendokongnya. Kelebihan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ) Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pengajaran. Fasilator atau guru berupaya memberikan tingkat ilmu dengan lebih berkesan dan cepat. Meningkatkan motivasi pelajar. Membolehkan pembelajaran bersendiri. Membolehkan pelajar mengakseskan maklumat dengan mudah dan pantas. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar. Meningkatkan kemahiran teknologi maklumat dan komunika Cabaran-cabaran terhadaap Pendidikan Seni Visual: Penerimaan dan kesedaran kepentingan ICT di kalangan pendidik seni masih rendah. Masih terdapat segelintir di kalangan pendidik Pendidikan Seni Visual yang memandang sepi terhadap ledakan ICT yang mula menyerap masuk ke semua sektor kehidupan. Di samping menggagalkan usaha dan hasrat kerajaan bagi meningkatkan celik computer di kalangan masyarakat, ia sama sekali merugikan sektor pendidikan yang menyebabkan Pendidikan Seni Visual terus dilabel sebagai mata pelajaran kelas dua di mata masyarakat. Peralatan yang masih kurang. Kekurangan kemudahan dan penyediaan infrastruktur bagi menjayakan penggunaan ICT dalam P&P di sekolah turut menjadikan Pendidikan Seni Visual terus mempraktikkan kaedah konversional yang kerap berubah-ubah sejak dari zaman selepas merdeka. Antara peralatan yang penting seperti makmal komputer, kamera, LCD, projektor, mesin pengimbas, mesin pencetak hinggalah kepada peralatan tulis seperti kertas, dakwat dan sebagainya. Sokongan sesetengah pihak pentadbir terhadap matapelajaran PSV. Peranan pentadbir yang kurang memberi tumpuan kepada permintaan semasa Pendidikan Seni Visual turut merupakan faktor yang menjadikan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual kian terpinggir. Dengan era teknologi global dan digital, kesedaran dan peranan pentadbir bagi mendedahkan guru dan pelajar terhadap ICT adalah sangat penting. Tiada kurikulum bersepadu yang khusus bagi matapelajaran ICT dalam PSV. Kurikulum bagi mendedahkan ICT secara praktikal dilihat tidak begitu meluas. Pengetahuan dan bahan bagi mendedahkan pelajar secara teori dan praktikal tidak akan berjaya jika hanya meletakkan kaedah pengajaran dan pembelajaran ICT sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. Pelajar Pendidikan Seni Visual perlu diberi ruang untuk mempunyai satu sukatan yang lengkap bagi mepelajari kaedah ICT agar mereka terdedah dengan cara dan potensi ICT bagi digunakan dalam kehidupan dan karier masa hadapan.

Sikap ibubapa dan masyarakat yang tidak mengalakkan anak-anak mereka mempelajari PSV.

Ibubapa merupakan individu yang paling dekat dengan pelajar dan mereka turut berperanan bagi memperihalkan kepentingan ICT kepada anak-anak mereka sejak dari awal. Jika ibubapa sendiri turut menganggap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual tidak penting, ini juga memberi cabaran bagaimana perlunya kempen kesedaran peranan seni di dalam kehidupan diusahakan Masih ada segelintir masyarakat yang menganggap PSV terutama lukisan figura adalah tidak baik. Terdapat segelintir masyarakat yang cepat membuat andaian dan tafsiran menyatakan Pendidikan Seni Visual hanya sesuai kepada pelajar-pelajar yang lemah dalam mata pelajaran lain dan seterusnya melabel mata pelajaran ini untuk pelajar yang tidak bijak dan cerdas fikirannya. Tanggapan lukisan figura yang menyalahi hukum sesebuah agama turut menyumbangkan kepada cabaran dalam menobatkan Pendidikan Seni Visual setanding dengan mata pelajaran lain.

Produk/seni-seni baru Seni-seni visual baru yang muncul tidak seharusnya dilihat sebagai penghalang kepada seni konversional yang sekian lama didokong. Seni konversional sebagai asas dan teknologi hanyalah sebagai tool atau alat bagi menambah baikkan lagi sesuatu rekaan. Antara seni-seni baru yang muncul adalah : - Rekabentuk grafik berkomputer. - Animasi 2D dan 3D bagi filem dan permainan video/PC - Fotografi secara digital. (Lampiran) Saranan/Cadangan Mendedahkan pelajar kepada perisian rekabentuk dan internet. Masanya telah tiba pelajar-pelajar Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah didedahkan dengan lebih meluas menggunakan teknologi ICT. Paparan multimedia dan grafik berkomputer dilihat mampu menarik minat pelajar-pelajar terhadap Pendidikan Seni Visual dan menjana idea positif bagi melahirkan pereka-pereka yang diasuh dari peringkat awal persekolahan lagi.

Kurikulum PSV tidak harus terlalu berubah-ubah dan menirupakai kurikulum negara lain (mengulangi masalah PSV dari negara yang diadaptasikan). Kita tidak menafikan sukatan kurikulum di negara kita banyak mengadaptasikan kurikulum pendidikan dari luar negara. Walaupun demikian, kita tidak harus mengulang kembali permasalahan pendidikan di negara terbabit ke dalam pendidikan negara kita. Ini bakal memyebabkan kurikulum pendidikan Pendidikan Seni Visual dirombak dan dianalisa saban waktu hingga menimbulkan kesukaran kepada warga pendidik dan pelajar. Justeru kita harus menggunakan modul-modul yang bersesuaian dengan multicuture yang diterima di negara kita. Fasilator atau guru memainkan peranan positif bagi meningkatkan kemahiran ICT masing-masing.

Peranan guru atau fasilator sangat penting dalam menyedarkan pelajar-pelajar terhadap ICT. Oleh yang demikian, guru perlu melengkapkan pengetahuan ICT bagi memberi contoh dan tauladan postif kepada para pelajar. Ini agar tidak dikatakan seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan. Kemudahan ICT di makmal / studio di sekolah dipertingkatkan. Pihak berkenaan perlu meningkatkan kemudahan-kemudahan ICT di sekolah seperti penggunaan internet tanpa wayar, makmal-makmal komputer yang lengkap, tenaga pengajar yang mahir dan bukubukuan berkenaan ICT di sekolah. Ini sangat penting agar penerimaan pelajar dan warga pendidik terhadap ICT berterusan dan membantu melahirkan warga ilmu yang celik computer. Sokongan dari pihak pentadbir sekolah. Kepentingan ICT di dalam Pendidikan Seni Visual terutamanya perlu mendapat sokongan dan perhatian dari pentadbir agar kesungguhan dalam memertabatkan Pendidikan Seni Visual di mata masyarakat dapat dikembalikan. Dengan kerjasama yang erat di antara pihak pentadbir dan warga pendidik pastinya ICT dapat memudahkan urusan pekerjaan dan tugasan di sekolah di samping meletakkan Pendidikan Seni Visual sama taraf dengan mata pelajaran lain. Sokongan ibu bapa dan masyarakat. Peranan dan kesedaran ibubapa dan masyarakat sebenarnya sangat penting dalam menjayakan hasrat kerajaan bagi meningkatkan celik komputer di kalangan rakyat. Ibubapa dilihat dapat memberi sokongan moral dan pendedahan yang positif bagaimana seni dapat membantu anak-anak mereka bagi meningkatkan keyakinan dan ketrampilan diri. Seni seharusnya dilihat sebagai terapi yang boleh dijadikan pemangkin bagi menjalani kehidupan yang cergas dan kreatif. Kesimpulan Untuk mengupas isu ini bukanlah mudah kerana ia memerlukan perbincangan yang lebih terperinci. Namun melalui penulisan ini, penulis melihat betapa pelajar-pelajar pada era kini terdedah dengan ledakan teknologi yang berlaku di sekeliling mereka. Media dan komunikasi tidak henti-henti menyogok dan memaparkan ledakan teknologi globalisasi yang pantas dan cepat senaterio dunia. Justeru dilihat ICT dalam pelajaran dan pembelajaran dapat menarik minat pelajar-pelajar kepada mata pelajaran PSV . Tanpa menidakkan kaedah konversional yang sedia ada, kaedah ICT dilihat mampu menambahbaikkan kurikulum PSV dan dengan harapan PSV tidak terus dianggap matapelajaran kelas dua. Cabaran hasil dari kemunculan teknologi komputer atau ICT boleh menjadi pencetus kepada era yang lebih gemilang dalam pendidikan seni di negara kita. Ledakan teknologi tidak harus dilihat mengubah persepsi asal sehingga kemunculan teknologi ini seolah pemangkin kepada hilangnya nilai-nilai kemanusiaan dari aspek kreativiti dan estetika. Perubahan yang muncul seharusnya dilihat dari aspek yang lebih positif. Peranan institusi pendidikan bagi meningkatkan kadar celik komputer yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran komputer ke arah melahirkan masyarakat siber juga boleh membantu melahirkan pelajar dan pendidik agar mahir dalam ICT. Kaedah pengajaran konversional chalk and talk perlu diubah dan diserap dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran menerusi peralatan ICT seperti projektor LCD, komputer dan persembahan perisian PowerPoint. Teknologi maklumat dan komunikasi(ICT) menyediakan peluang kepada golongan guru Pendidikan Seni Visual sendiri bagi mempelajari maklumat dan kaedah baru dalam proses pembelajaran serta pengajaran.

Jelasnya, melalui penerimaan positif dan kesedaran oleh semua pihak terhadap maha penting ICT pastinya dapat melahirkan pelajar yang lebih kompeten, kreatif dan berdaya saing selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan RUJUKAN Abd Rahim Abd Rashid. ( 2005). Profesionalisme Keguruan Prospek dan Cabaran Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Ahmad Suhaimi Mohd Noor ( 2007 ), Sejarah Kesedaran Visual di Malaya. Tanjong Malim: UPSI Alvin Toffler ( 1971 ) Future Shock . London : Pans Books LTD Arthur Efland ( 1990 ). A History of Art Education: Intellectual and Social Currents in Teaching the Visual Arts New York: Teacher College Press: Gardner, (1990) Art Education and Human Development California: The Getty Education Institute Hunter, B. (1987). My Student Use Computer: Curriculum Plan For Grade-8. New York: Reston Publishing. Malaysia (2001). Rancangan Malaysia Kelapan, 2002 2005. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Bhd. Mc Keown, P. G. (1986). Living with Computer. USA: Harcourt Brace Jovanovich Publishers. Md. Nasir, Iberahim Hassan ( 2003). Pendidikan Seni Untuk Maktab & Universiti. Tanjung Malim: UPSI Robyler, M.D. (1988). The Effectiveness of Microcomputer in Education. A review of research from 1980-87. T.H.E. Journal 16 (2) : 85-89 Rudolf Arnheim ( 1991) Thoughts on Art Education USA: The Getty Center: Sudarman Danim(2003) Agenda Pembaharuan Sistem Pendidikan Yogyakarta: Pustaka Pelajar Torrance, E.P. (1990). Thinking creatively with words manual. Benseville, IL : Scholastic Testing Service, Inc Torrance Center for Creativity & Talent Development. (1994). Torrance Center for Creativity Studies. [On-Line] Zulkifli Abdul Manaf dan Raja Mazrah Raja Hussain. (1994) Attitudes, Knowledge

and Previous Computer Experience of Teacher Trainess in the Diploma of Education Programme at the University Of Malaya. Journal of Educational Research, 16: 1-19. eprints.uthm.edu.my/131/1/mohamad_mohsin.pdfSimilar

Cabaran Salah satu daripada elemen penting dalam seni berfikir kreatif adalah cabaran. Cabaran ialah halangan, rintangan dan cubaan yang dihadapi dalam usaha menghasilkan sesuatu idea, produk dan perkhidmatan. Cabaran dapat memberi tekanan dan dorongan kepada seseorang. Individu yang ingin berjaya dalam melakukan sesuatu perkara tidak mudah mengalah dan putus harapan. Bagi individu yang takut menghadapi cabaran, ia mudah mengalah, tidak tahan tekanan, raguragu dan takut menghadapi realiti. Cabaran memang berisiko. Jika kita tidak sanggup menanggung risiko, sukar bagi kita mengecap kejayaan. Selain itu, cabaran menghendaki kita meyakinkan kebolehan, bakat dan kemampuan diri sendiri. Menurut Leong (2001), Creative people must posses a strong sense of self-belief in their abilities and in what they are doing. Menurut Wycoff, 1995 pula, To know what you do not know, you must go where you have not gone; see what you have not seen; do what you have not done and be what you have not been, dan menurut Eleanor Roosevelt You must do the thing you think you cannot do.

Anda mungkin juga menyukai