Anda di halaman 1dari 2

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK 21)

Kesiapsiagaan Permata Kolej DPAH Abdillah

Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara lain di dunia, sistem pendidikan kita
perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengatahuan, mampu berfikir secara kritis dan
kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan di peringkat global. Bagi memenuhi tujuan
itu, kerajaan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah memperkenalkan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). KBAT melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini
meruujuk kepada empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisis,
menilai dan mencipta. Kerajaan juga telah melaksanakan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) pada
tahun 2014 bagi menjayakan usaha tersebut. PAK21 merupakan proses pembelajaran berpusatkan
kepada murid yang juga merangkumi 5 elemen iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis,
kreativiti dan aplikasi nilai murni dan etika. Semua elemen tersebut amat penting kerana elemen-
elemen ini adalah untuk kemenjadian murid

Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah ataupun lebih dikenlai sebagai Kolej Abdillah telah
melaksanakan program KBAT dan PAK21 sejak program tersebut mula diperkenalkan lagi. Di sini,
pihak sekolah telah bertungkus lumus melaksanakan dan menerapkan elemen-elemen KBAT dan
PAK21 di sekolah. Para sekolah bukan sahaja didedahkan dan diuji dengan soalan-soalan
peperiksaanyang berbentuk KBAT, malah pelaksanaannya juga dilakukan di dalam kelas. Sebagai
contoh,peta pemikiran I-Think dan Parking Lot telah dijadikan elemen PdPC berkesan di dalam kelas.
Selain itu,para pelajar dibekalkan dengan Traffic Light ataupun kad trafik. KAd ini digunakan untuk
menunjukkan status kefahaman pelajar. Kad berwarna hijau menunjukkan pelajar faham, kad
kuningmenunjukkan pelajar kurang faham dank ad merah menunjukkanpelajar tidak faham. Para
pelajar juga bijak menyususn atur kelas mereka supaya dapat mengubah suasana pembelajaran
kepada yang lebih baik dan selaras dengan pelaksanaan PAK21. Kelas abad ke-21 ini amat sesuai
dilaksanaan kerana banyak memberi impak yang positif dalam diri murid. Dengan wujudnya kelas
abad ke-21 ini, murid dapat bersedia untuk menghadapi peperiksaan, di mana pepriksaan kini
diterapkan dengan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Pelaksanaan elemen-elemen KBAT dan PAK21 bukan sahaja dilakukan dalam kelas malah
juga dilakukan di luar kelas. Terdapat beberapa badan khas di Kolej Abdillah yang memerlukan murid
untuk mengaplikasikan elemen-elemen ini di luar kelas. Antara badan tersebut ialah Majlis
Perwakilan Permata (MPP), Majlis Perwakilan Permata Asrama (MPPA). Badan-badan ini telah
menjalankan pelbagai program yang sebahagian besar diuruskan oleh pelajar khususnya urusan
belakang tabir manakala guru hanya bertindak sebagai pembimbing. Sebagai ahli majlis tertinggi
MPP, kami telah menguruskan beberapa majlis dan program yang penting di sekolah. Sebagai
contoh, kami telah menguruskan perhimpunan mingguan sekolah. Untuk menjayakan program ini,
kami telah melakukan persiapan yang rapi sebelum perhimpunan berlangsung. Ahli Majlis Tertinggi
MPP telah menjayakan mesyuarat unutk pengagihan tugas dan memastikan atur cara majlis berjalan
lancer kelak. Di sini kami bebas mengutarakn pendapat dan mengenal pasti sebab dan akibat
mengikut pandangan dan pendapat kami sendiri. Setiap minggu kami mempunyai rutin bertugas
sendiri yang bermaksud semua MPP akan mempunyai tugas-tugas yang berbeza setiap minggu.
Ketika majlis berlangsung pula kami diuji dengan beberapa cabaran yang memerlukan kami untuk
berfikir secara pantas dan membuat sesuatu keputusan. Antaranya ialah apabila terdapat perubahan
atur cara majlis. Sebagai contoh,terdapat tambahan pada penyampaian hadiah, pengumuman
penting ataupun persembahan slide pada minit terakhir. Kami perlu memberi reaksi dengan pantas
dan membuat keputusan yang wajar supaya tidak mengganggu kelancaran majlis.

Majlis-majlis yang dianjurkan juga bejalan lancar bukan sahaja disebabkan oleh MPP malah
bantuan daripada badan khas lain terutama Majlis Perwakilan Permata Asrama (MPPA). Mereka juga
ibarat tulang belakang kepada Kolej. Mereka telah menjalankan majlis-majlis yang berkaitan dengan
asrama dan juga sekolah. Terkini pada 27 September 2018 MPPA telah diamanahkan menguruskan
Majlis Solat Hajat yang juga dibantu oleh MPP dan PersatuanPelajar Islam Kolej (PPIK). Beberapa hari
sebelum majlis berlangsung kami telah berbincang dan telah mengagihkan tugas masing-masing.
Sehari sebelum majlis berlangsung semua kelengkapan dan keprluan telah tersedia, namun begitu
kami telah diuji apabila majlis solat hajat ini terpaksa ditangguhkan pada keesokan harinya
disebabkan maslah masalah yang tidak dapat dielakkan. Berbekalkan persiapan dan kerjasama yang
ada, kami Berjaya menguruskan majlis tersebut dengan jayanya. Tanpa ada kerjasama dan
komunikasi yang baik antara kami majlis ini pasti tidak dapat dijalankan dengan baik.

Selain itu,program kerohanian pada setiap pagi Jumaat, menuntut kerjasama yang erat
kalangan MPP, MPPA, PPIK serta Persatuan Pelajar Kristian untuk mengawal selia kelancaran
program yang berjalan serentak seawall jam 6:40 pagi. Rutin bertugas memerlukan kolaboratif yang
jitu dengan komunikasi yang berkesan serta pengamalan nilai murni yang mantap agar kemenjadian
semua pemimpin muda dapat bergerak serentak dan sederap. Kami juga dapat mengendalikan
program-program lain seperti Sambutan Hari Kemerdekaan dan Sambutan Gawai Raya dengan baik
dengan mengaplikasikan elemen yang ada dalam komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti
dan aplikasi nilai murni dan etika. Seia sekata pada era globalisasi amat menjadi dengan penyatuan
elemen PAK21.

Penerapan elemen PAK21 dan KBAT amatlah penting bagi MPP, MPPA, PPIK serta seluruh
permata Kolej Abdillah kerana pelajar dilatih untuk memiliki kemahiran yang boleh dilakukan pada
masa akan datang, seperti kemahiran komunikasi yang baik,mampu berkolaboratif dan
menyelesaikan masalah berdasarkan reality kehidupan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa
perlaksanaan KBAT dan PAK21 sangant memberi kesan kepada pelajar. Selain itu, hasil daripada
semua usaha ini ialah lahirnya nilai murni dan etika yang dipupuk dalam diri pelajar kea rah
pembentukan jati diri yang lebih cemerlang. Kita perlu bijak menggunakan peluang yang ada umtuk
menerapkan elemen-elemen KBAT dan PAK21 dalam diri kerana kitalah yang bakal menjadi nakhoda
bahtera aspirasi negara kelak.

Oleh: Aiman Nasrullah bin Zulkifli

Anda mungkin juga menyukai