Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN PETA MINDA Peta minda ialah suatu lakaran grafik pemikiran individu.

Ia menjadikan sesuatu yang tersirat kepada yang tersurat. Peta minda membolehkan kita merangka, mencatat nota, merekod maklumat atau peristiwa, merancang aktiviti dan membuat sesuatu persembahan dan sebagainya. Ia adalah alat berkesan yang mendorongkan pemikiran kreatif. Bentuk Peta Minda berbagai-bagai, iaitu bergantung kepada kreativiti pengguna. Perkara yang penting diberikan pertimbangan ialah mudah, menarik dan bermakna kepada pengguna.

PANDUAN MENGHASILKAN PETA MINDA (a) Gunakan kertas kosong tanpa garisan (A4 atau saiz yang lebih besar) (b) Gunakan secara lanskap (c) Mulakan lakaran atau penulisan dari tengah atau pusat (d) Lukiskan imej pusat yang menggambarkan idea, isi, pandangan ataupun pemikiran anda. Gunakan sekurang-kurangnya 3 jenis warna di dalam imej ini. Hadkan saiz imej pusat lebih kurang 2cm x 2cm

(e) Kembangkan garisan dari pusat ke arah luar. Di atas garisan ini tulis kata kunci idea utama di dalam bentuk perkataan, gambar atau kedua-keduanya. Garisan utama ini lebih lebar dan organik Garisan ini sama panjang seperti perkataan di atasnya. Satu perkataan untuk satu garisan. Tuliskan perkataan secara menegak.

(f) Dari garisan utama kembangkan garisan-garisan lain mengikut keperluan. Garisan-garisan ini lebih nipis daripada garisan utama dan mengandungi idea/ isi/ pemikiran sampingan. Gunakan huruf kecil. Gunakan kata kunci atau imej Gunakan imej berwarna dan perspektif 3-D dalam symbol. Letakkan perkataan di atas garisan. Gunakan satu perkataan atas satu garisan. Gunakan anak-anak panah, gambar dan corak untuk menunjukkan kaitan. Jadikan corak yang menarik. Gunakan bentuk ringkas serta kod-kod peribadi untuk keseronokan dan keberkesanan. Binalah garisan dengan pantas dan spontan. Biarkan kreatif dan asli.

(g) Jadikan Peta Minda sebagai sesuatu yang menghiburkan.

Anda mungkin juga menyukai