Anda di halaman 1dari 2

MODEL POLYA-PENYELESAIAN MASALAH Prinsip pertama : Memahami Masalah Pelajar seringkali gagal menyelesaikan masalah kerana semata-mata mereka

tidak memahami masalah tersebut. Polya telah mengajar guru-guru untuk bertanya pelajar soalan-soalan berikut :

Adakah kamu memahami semua makna istilah/perkataan yang digunakan dalam masalah tersebut ? Apa yang perlu kamu cari dan tunjukkan ? Bolehkah kamu menyusun semula ayat-ayat dengan perkataan sendiri ? Bolehkah kamu menggunakan gambar atau diagram yang boleh membantu kamu memahamkan masalah ? Adakah maklumat cukup untuk menyelesaikan masalah ?

Prinsip kedua : Merangka strategi Polya menegaskan, ada pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah. Kemahiran memilih strategi yang sesuai bergantung kepada berapa banyaknya pengalaman kita menyelesaikan masalah sebelum ini. Antara strategi yang boleh membantu ialah:

Cuba jaya membuat senarai yang tersusun mengenalpasti kemungkinan-kemungkinan menggunakan simetri menimbangkan kes istimewa menyelesaikan persamaan melihat pola melukis gambar menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu guna model bekerja dari bawah/ menggunakan maklumat terakhir terlebih dahulu guna formula guna analogi/perbandingan lakonkan/ujikaji mempermudahkan masalah

Prinsip ketiga : Melaksanakan strategi

langkah ini biasanya lebih mudah dari merancang strategi. Yang pelajar perlukan pada langkah ini ialah ketekunan dan berhati-hati apabila menggunakan kemahiran yang sedia ada. Jika tidak berjaya menyelesaikannya, patah semula ke langkah pertama dan merancang strategi berbeza. Ini adalah langkah biasa dalam matematik yang juga digunakan oleh pakar matematik sekalipun. Prinsip keempat : Menyemak jawapan Polya merasakan adalah wajar mengambil sedikit masa untuk menyemak jawapan dan membuat refleksi. Ini bertujuan untuk mengukuhkan keyakinan dan memantapkan pengalaman untuk mencuba masalah baru yang akan datang. Gunakanlah Model Polya untuk menyelesaikan sebarang masalah hari ini.

Anda mungkin juga menyukai