Anda di halaman 1dari 18

PENGAPLIKASIAN KAEDAH, TEKNIK & BAHAN BANTU

BELAJAR DALAM PENULISAN RANCANGAN


PENGAJARAN HARIAN KEMAHIRAN MEMBACA

•BAHAN BANTU
BELAJAR
Bahan Bantu Belajar dalam Penulisan Rancangan
Pengajaran Harian Kemahiran Membaca

❑ Bahan autentik
❑ Bahan teks
❑ Bahan grafik
❑ Bahan multimedia
❑ Bahan interaktif
*Bahan bantu belajar kemahiran membaca sama dengan
bahan bantu belajar kemahiran mendengar dan bertutur*
• Noor Azlan dan Nurdalina (2010), bahan bantu mengajar
memainkan peranan penting kearah memahami konsep di dalam
proses pengajaran selain daripada bertujuan untuk menarik
minat pelajar dalam mata pelajaran. Bahan bantu
mengajar merupakan instrumen dalam membantu pemahaman
para pelajar. Pertama, bahan bantu mengajar juga dikatakan lebih
membantu merangsang dunia pelajar untuk belajar. Penggunaan
bahan bantu mengajar juga memberi sumbangan yang amat
besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran dalam kalangan guru dan pelajar.
• Noor Azlan dan Nurdalina (2010), Bahan bantu mengajar juga dapat
menyelesaikan pelbagai kaedah pengajaran guru yang sentiasa
berubah mengikut peredaran zaman.
• Finkbeiner (2001),tiga komponen utama yang perlu ada di dalam
pengajaran bahasa berbantukan BBM iaitu komputer, bahasa dan
pembelajaran. Guru pada peringkat awal perlu memahami konsep
dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar
memberikan kesan yang optimum kepada pelajar.
• Hamdan dan Surizan (2010) Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang
direka cipta seperti jangka sudut khas dapat meningkatkan dan
mempercepatkan proses pemahaman konsep dan penguasaan
topik penjelmaan kerana pelajar dapat mengaplikasikan sendiri
dengan menggunakan bahan maujud untuk direalisasikan dalam
kemahiran topik penjelmaan khususnya subtopik putaran.
• Norma (2004) penggunaan bahan bantu mengajar sebenarnya
memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengetahuan
melalui penggunaan pelbagai deria seperti deria penglihatan, deria
sentuh, dan deria pendengaran.

• Saridah (2006) pula menyatakan bahan bantu mengajar sesuatu


mata pelajaran seperti perisian multimedia dapat menyokong
pembelajaran kendiri. Perisian perisian memberi
peluangkepada pelajar untuk memilih maklumat yang disukai
mengikut kebolehan masing-masing kerana pelajar dapat memilih
masa, kandungan serta hala tuju pembelajaran dengan kadar yang
cepat. Pembelajaran dapat dilakukan berulang kali, terutamanya
untuk topik yang agak sukar.
Kamarudin Hj. Husin ( 1988 )

Kepentingan Bahan Bantu Mengajar


i. memberi rangsangan dan minat murid-muird.
ii. membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan
menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal.
iii. menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan
mudah oleh cara-cara lain, menjadikan pembelajaran
murid-murid lebih mendalam dan beragam.
iv. dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan
perkembangan perbendaharaan kata.
Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale ( 1964 )

Kepentingan Bahan Bantu Mengajar

i. BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep


ii. Sebagai daya penarik
iii. Penting kepada seseorang pelajar
iv. Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal
v. Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti
sendiri di kalangan pelajar
vi. Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih
mendalam dan beragam.
PRINSIP PEMBINAAN BAHAN

a) Bahan yang sesuai


Sesuai dengan objektif dan matlamat pengajaran bahasa
Melayu (secara khusus kemahiran lisan), pendekatan,
kaedah dan teknik pengajaran; keadaan dan
keselamatan murid-murid, suasana dan kecenderungan
pembelajaran murid.
b) Bahan yang dipilih mesti mencabar.
Bahan yang pilih dalam proses P & P perlu memiliki ciri-ciri
tersendiri yang boleh mencabar minda dan mendorong
minat murid-murid untuk belajar
(i) bahan konkrit kepada bahan abstrak
(ii) bahan mudah kepada yang kompleks
(iii) bahan yang mempunyai fakta terasing kepada bahan
yang mengandungi fakta bersepadu
(iv) bahan yang khusus kepada bahan yang umum,
(v) bahan umum kepada bahan teori
(vi) bahan masa kini kepada bahan masa akan datang,
c) Bahan yang menepati objektif pengajaran.
(i) Pertautan bahan itu dengan isi kandungan, pencapaian,
kebolehan, minat, latar belakang, pengalaman murid-murid,
(ii) urutan susunan bahan perlu teratur, ada kaitan hubungan,
kandungan bab kepada bab yang lain,
(iii) mengandungi maklumat @ fakta penting dan kemas kini
- semasa
(iv) kosa kata yang sesuai mengikut tahap/umur murid,
(v) bahan berbentuk buku perlu dirujuk kepada kementerian
dan agensi kerajaan, dan
(vi) bahan – bahan berkenaan perlu mengandungi
soalan latihan dan ulangkaji.
d) Bahan yang menarik minat murid-murid.
(i) Reka letak, saiz, ilustrasi dan grafik, kualiti kulit
dan cara buku itu dijilid.
(ii)Bahan bantu mengajar berkenaan mengandungi
arahan yang jelas

e) Bahan yang jimat dan murah.


(i) Perkara penting perlu diberi pertimbangan kerana
kewajaran kosnya (munasabah)
f) Bahan yang praktikal.
(i) Dari segi boleh guna, ekonomik - digunakan
secara berulang kali, bahkan boleh dimanfaat juga
dalam P & P mata pelajaran lainnya

g) Bahan yang bersifat luwes.


(i) Bahan yang boleh ubah cenderung untuk diguna
pakai dalam kalangan dan di antara mata
pelajaran, kelas dan antara sekolah dan wilayah.
Bahan Autentik

✔ Bahan autentik merupakan bahan bercetak, bahan audio


dan video yang boleh dijumpai dalam kehidupan seharian
murid.
✔ Contohnya, menu,rancangan radio dan iklan dalam media
elektronik.
✔ Kad, papan tanda, e-book, berita, rencana
✔ BAHAN YANG SAHIH
Bahan Teks

✔ Ciri-ciri teks yang dipilih


✔ Isi kandungan teks / buku teks / buku bercetak
✔ Ciri-ciri fon tulisan yang dipilih
✔ Penggunaan tulisan dan visual / bergambar
Bahan Grafik
✔ Grafik yang mudah difahami
✔ Isi kandungan grafik
✔ Mempunyai kejelasan
✔ Pemilihan gambar
✔ Anyflip , graf , poster, carta alir, kartun
Bahan Multimedia

✔ Pemilihan bahan yang sesuai


✔ Tv Pendidikan
✔ Youtube
✔ tiktok
Bahan Interaktif
✔ Untuk membina kuiz , pengukuhan
✔ Menarik
✔ Wordwall
✔ kahoot
SENARIO PEMBELAJARAN

✔ Kaedah PdP perlu berubah sesuai dengan


perkembangan teknologi siber dan akses kepada internet
yang semakin maju.
✔ Kaedah pengajaran konvensional seperti “chalk and
talk” semata-mata kurang berhasil menarik minat murid
✔ Keperluan sekarang - kaedah yang lebih dinamik dan
kreatif dengan kandungan pengajaran yang relevan
sesuai dengan perkembangan semasa
✔ Diperkenalkan PdP Abad Ke-21

Anda mungkin juga menyukai